Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Solat pembentuk peribadi Seorang Muslim

on Saturday 31 August 2013


SOALAN:

SOLAT itu mencegah daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Namun jenayah masih lagi berlaku dalam kalangan masyarakat Islam hari ini. Mengapa hal ini berlaku?

JAWAPAN:

SOLAT adalah identiti umat Islam. Ibadah ini dilakukan di rumah, surau (musalla) atau masjid. Saya pernah melihat di suatu kawasan pinggir bandar, semua pekedai akan menutup kedai pada tengah hari Jumaat kerana hendak pergi solat. Kedai hanya dibuka semula pada jam 3 petang.

Persoalannya, mengapa budaya umat Islam tidak sama ketika dalam solat dan di luar solat? Dalam solat, kita boleh merendahkan hati dan merendahkan diri di hadapan Pencipta. Tetapi di luar solat, mengapa kita tidak mampu menjaga hati dan diri sebaik dalam solat?

Solat itu pendidik peribadi dan bukan sekadar rutin semata-mata yang ditunaikan sebaik azan berkumandang.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umat mu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal kebajikan (terutama solat) itu menghapuskan kejahatan. Perintah ALLAH sedemikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat.” (Surah Al-Hud: 114)

Ini bermakna, solat mendisiplinkan kita untuk menguruskan masa dan menghapus kejahatan. Jika seseorang itu menghayati solatnya, terutama dari segi bacaan dan perbuatan, maka tubuh zahir dan jiwa raganya akan dipenuhi dengan pelajaran yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Contohnya, kita sujud dua kali pada setiap rakaat. Solat yang empat rakaat mengandungi lapan kali sujud. Sujud pula merupakan kedudukan paling rendah antara hamba dengan Tuhannya. Mengapa kita lebih banyak sujud daripada berdiri tegak?

Pelajarannya ialah kita ini hamba. Walau setinggi mana pun pangkat kedudukan kita dalam kalangan manusia, kita tetap rendah di sisi Ilahi.

Dalam solat, kita wajib menutup aurat. Itulah penanda aras kesopanan yang diajar solat. Kita berasa selamat dalam pakaian tersebut, dan berbangga dengan identiti agama kita ketika melakukan ibadat solat.

Bagaimanapun, saya hairan mengapa selepas selesai solat, ada wanita menayangkan auratnya kepada lelaki ajnabi. Kenapa dalam solat boleh menutup aurat tetapi tidak di luar solat? Adakah kehidupan orang Islam ini berbeza ketika solat dan di luar solat?

Pendinding penyakit 

Hakikatnya, solatlah kehidupan kita. Apa yang kita buat dalam solat, itulah yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Solat sepatutnya membentuk keperibadian mulia, terutama sekali penjagaan hati dan lidah. Sesungguhnya hati dan lidahlah yang menjadi penyebab goyangnya akidah, permusuhan, pergaduhan dan pecah belah.

Jika ada insan suka sangat mengumpat, mengutuk, menghina atau mengadu domba walaupun solat awal waktu, walaupun tidak pernah meninggalkan solat berjemaah, terbuktilah solatnya masih belum berjaya membentuk keperibadian diri.

Kita perlukan ilmu dan usaha untuk khusyuk dalam solat. Solat itu kehidupan kita, maka wajiblah menunaikannya sebaik mungkin. Daripada 50 waktu, ALLAH meringankannya ke lima waktu sahaja. Itulah bukti kasihnya ALLAH SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Tidak adil jika kita masih berkira atau malas menunaikan solat sedangkan kita boleh duduk menghadap komputer berjam-jam lamanya. Sedarlah... solat tidak lama, sekadar lima minit sahaja.

Antara sifat orang munafik ialah mereka melakukan solat dalam keadaan malas. Antara sifat orang fasik ialah mereka kekal melakukan dosa (tidak mahu solat). Antara sifat orang mukmin pula ialah mereka melakukan sesuatu perkara dengan tekun. Jadi, mana satu pilihan anda?

Kajian saintifik membuktikan solat sangat bermanfaat dari segi kesihatan. Kebanyakan orang bersolat, tidak nyanyuk atau menderita penyakit sendi atau otot ketika tua. Solat boleh menyihatkan tubuh badan, menjadi pendinding penyakit fizikal dan mental.

Solat ditetapkan mengikut waktu tertentu. Perantaraan waktu bagi setiap solat ada hikmah yang tertentu. Perubahan waktu dari pagi hingga ke malam memberikan kita tenaga yang berbeza melalui spektrum warna cahaya.

Jika orang Islam sendiri tidak suka solat, orang bukan Islam bertepuk tangan. Kata mereka, apabila orang Islam meninggalkan solat sebagai ibadat paling penting, maka mudahlah untuk menjatuhkan dan menghina mereka.

Dalam solat ketika duduk antara dua sujud, terdapat doa ringkas tetapi penuh pengharapan dan pergantungan terhadap Ilahi. Doa tersebut bermaksud "Tuhan ampunilah aku, sayangilah aku, cukupilah kekurangan ku, Tinggikanlah darjat ku, berikanlah aku rezeki, berikanlah aku petunjuk, sihatkanlah aku, maafkanlah aku."

Jiwa lebih tenteram

Solat Jumaat diwajibkan kepada golongan lelaki. Lelaki adalah ketua kepada wanita, ketua keluarga, ketua syarikat dan ketua jabatan. Tujuan khutbah Jumaat pula untuk memberikan peringatan kepada lelaki mengenai tanggungjawab mereka memakmurkan institusi rumah tangga dan syarikat masing-masing.

Solat dan khutbah Jumaat perlu diniatkan untuk mendapatkan ilmu dan menambahkan iman. Maklumlah, yang datang ke masjid itu ketua pegawai eksekutif, pengurus dan orang berjawatan penting dalam syarikat. Gaji pula mahal.

Sedangkan khatib yang membaca khutbah bukanlah sesiapa... tiada pangkat, gaji pun rendah sahaja. Jadi, apa kelas pegawai atasan mendengar nasihat daripada khatib berstatus jaguh kampung, bukan?

Alangkah bagusnya kumpulkan semua inti pati khutbah Jumaat yang didengar itu untuk dijadikan rujukan dan penambahbaikan amal ibadat. Bayangkan jika ada 52 minggu setahun, maka 52 khutbah kita dengar. Jika semua lelaki Islam memanfaatkan khutbah Jumaat sebagaimana yang diajar oleh agama, tentulah indeks jenayah akan susut.

Pihak lelaki mendengar khutbah untuk dirinya, kemudian balik ke rumah dan mengulanginya semula kepada anak dan isteri. Inilah antara bentuk bimbingan suami kepada isteri, juga bapa kepada anak.

Dengan cara ini, dakwah berjalan. Dengan cara ini institusi kekeluargaan boleh dikukuhkan. Dengan cara ini jenayah, maksiat dan gejala sosial boleh dibendung bermula dari dalam rumah lagi.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ditimpa kesusahan dia sangat resah gelisah. Dan apabila beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut." (Surah Al-Maarij: 19-21)

Oleh itulah Islam datang sebagai pengantara untuk menyeimbangkan diri manusia antara resah dan bakhil. Penyelesaiannya ialah bersikap sederhana. Tidak sampai ke tahap fakir ataupun terlalu kaya yang bakhil. Dengan kesederhanaan, hati lebih tenang dan jiwa lebih tenteram.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "Kecuali orang yang melaksanakan solat, mereka yang tetap setia melaksanakan solat." (Surah Al-Maarij: 22-23).

Ayat ini merupakan sambungan daripada ayat 19-21 yang menyatakan bahawa orang yang mengerjakan solat merupakan orang yang boleh menghindari tabiat resah gelisah dan bakhil kedekut.

Jika hati resah, ambillah wuduk kemudian lakukan solat dengan khusyuk. Selepas solat, insya-ALLAH rasa resah gelisah itu akan hilang dan rasa tenang pula datang sebagai pengganti.

Jika kita merasakan sukar untuk menderma kerana bimbang harta akan berkurangan, ambillah wuduk kemudian lakukanlah solat tahajud, solat hajat atau solat tasbih.

Melalui solat tersebut, hati akan berasa sayu lalu mengakui tiada yang lebih hebat, tiada yang lebih berkuasa, tiada yang lebih kaya melainkan ALLAH SWT.

Apa yang kita miliki tentang harta keduniaan, tidak sedikit pun sebanding dengan apa yang ALLAH SWT miliki di langit dan bumi. Malah, tubuh badan kita pun dicipta oleh-Nya. Sekaya mana pun kita, jika jatuh sakit tetap memerlukan pertolongan-Nya jua.

Oleh itu, janganlah kita bersolat sebagai rutin atau meneruskan tradisi keluarga semata-mata. Galilah dan manfaatkanlah apa yang ada di dalam solat itu. Mudah-mudahan hidup kita lebih bermakna, berkat solat yang kita tunaikan sepanjang usia.

Sumber : Sinarharian

Menghayati erti kemerdekaan dengan jiwa kenegaraan


MERDEKA laungan keramat yang kita dengar apabila setiap kali tibanya 31 Ogos. Namun kalau sekadar melaungkan merdeka beberapa kali adakah cukup membuktikan kita memahami erti kemerdekaan sebenar? Jika hanya meletakkan bendera Malaysia di kereta, di rumah dan di mana-mana sahaja menjelang 31 Ogos, adakah situasi ini cukup membuktikan kita bersemangat patriotik?

Isu menterbalikkan bendera Malaysia, bendera dijadikan sebagai pakaian, merosakkan lirik lagu Negaraku, tidak menghormati lagu Negaraku semasa dinyanyikan, di mana sebenarnya jati diri anak-anak Malaysia?

Anak-anak muda hari ini kurang menghayati erti kemerdekaan kerana dilahirkan dalam era baharu dengan semuanya serba canggih dengan teknologi terkini. Dengan erti kata lain, tidak pernah mengalami kesusahan dan keperitan seperti yang pernah dialami datuk dan nenek moyang kita yang jauh di sanubari mereka mencintai Malaysia sepenuh jiwa dan raga.

Seorang warga Indonesia yang ditemui memberitahu, di negaranya semasa menyambut Hari Kemerdekaan adalah berbeza di Malaysia. Semua yang hadir hanya diberi makan ubi kayu dengan merasai suasana sambutan yang diadakan seolah-olah mereka berada di zaman penjajahan kerana pemimpin mahu mereka menjiwai suasana itu sendiri. Inilah yang kurangnya pada anak-anak Malaysia sebab lahir sahaja semua kemewahan telah berada di depan mata.

Remaja kini dikatakan kurang mengenali tokoh-tokoh yang berjasa dan yang telah banyak menabur bakti kepada negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tok Janggut, Mat Kilau, dan Abdul Rahman Limbong. Semangat tokoh-tokoh tersebut berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanah tumpah darah mereka perlulah mengalir dalam darah para remaja yang sepatutnya menjadikan tokoh-tokoh tersebut sebagai idola.

Seorang graduan yang dilahirkan perlu cintakan negara begitu juga rakyatnya dan saya bersetuju supaya subjek Kenegaraan Malaysia menjadi subjek wajib dan diketengahkan untuk mendedahkan kepada anak-anak kita erti kemerdekaan dan menghargai negara. Seronok belajar sejarah kerana sejarahlah membawa kita mengenal kehidupan.

Keprihatinan ini ditunjukkan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang bertitah meminta supaya kerajaan segera memperkenalkan subjek Kenegaraan bertujuan mendidik anak bangsa mengenai Perlembagaan dan melahirkan warganegara Malaysia yang memahami aspek perpaduan dan permuafakatan.

Dalam titah baginda dalam Majlis Syarahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2013, bertajuk Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13: Permuafakatan dan Perpaduan Nasional, di Wisma Perwira ATM, Kementerian Pertahanan baru-baru ini, baginda menggesa kerajaan mengutamakan pendidikan asas kenegaraan bermula di peringkat sekolah dengan menyemai semangat setia kepada raja dan negara, sesuai dengan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong.

Titah baginda, kanak-kanak perlu diasuh melalui kurikulum serta kaedah bersesuaian sejak awal untuk turut menghormati simbol negara seperti bendera supaya tidak terus dihina seperti dipijak-pijak atau dijadikan pakaian.

'' Kurikulum kandungan dan kaedah pengajaran mengenai aspek kenegaraan yang benar-benar dihayati hendaklah segera diperkenalkan tanpa bertangguh dijadikan kandungan pengajian bukan sahaja di sekolah, malah maktab perguruan, kolej serta institusi latihan dan diuji dalam urusan lantikan dan kenaikan pangkat pegawai awam,'' titah baginda penuh amanat menyuntik semangat jiwa patriotisme yang tinggi.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dianjurkan oleh kerajaan perlu dipenuhi dengan aktiviti memupuk semangat patriotisme. Aktiviti-aktiviti yang bersemangat patriotisme yang harus diterapkan sepenuhnya dalam kalangan pelatih-pelatih yang terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama, dan hormat menghormati.

Media masa, sama ada media cetak, elektronik atau media baharu semuanya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kehidupan manusia sangat besar sehinggakan boleh dikatakan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen dan komputer.

Sehubungan itu, media masa wajar dijadikan alternatif paling berkesan bagi menyemai semangat patriotisme. Filem-filem bercorak patriotisme perlu diberi keutamaan seperti filem Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Leftenan Adnan, Hati Malaya, Paloh dan Embun.

Kita menanti perkembangan terkini pembikinan filem bertajuk Kanang Anak Langkau sebagai mengenang jasa mendiang Pahlawan negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau dan menjadikan contoh kepada para pegawai dan anggota tentera lain. Filem Tanda Putera pula mewujudkan pelbagai spekulasi. Rasanya, penonton-penonton filem di Malaysia sudah semakin matang dan mampu menilai mesej ikhlas dari filem berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan mereka yang menonton wayang tiga hari sebelum dan selepas 31 Ogos 2013 akan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku sebelum tayangan filem di pawagam dan mungkin diteruskan hingga Hari Malaysia 16 September jika diluluskan nanti.

Penghayatan dalam lagu, puisi, sajak dan syair berkaitan dengan patriotisme bagi menyemai semangat cintakan negara perlu ada dalam diri anak muda. Ada segelintir remaja yang tidak memahami puisi, ketawa dan berjenaka semasa sesi mendeklamasikan sajak. Dan sedihnya, melihat situasi apabila pelajar-pelajar yang menyanyikan lagu Negaraku dengan lirik yang salah dan tidak berdiri tegak. Ibu bapa harus menjadi tunjang utama keluarga dan mengambil peranan dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja khususnya cabaran ibu bapa yang masih muda.

Sajikan cerita-cerita rakyat yang berunsurkan sejarah untuk anak-anak mengenali warisan dan budaya. Semasa bercuti, bawalah mereka ke tempat-tempat bersejarah yang menarik di Malaysia. Bukankah - "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung"? Selamat Menyambut Hari Kebangsaan. Salam 1Hati.

Oleh : DR. JESSICA ONG HAI LIAW ialah Timbalan Pengarah Pusat Penerbitan dan Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Sumber : Utusan Malaysia

Gafim Pula Desak Finas Jelaskan Pasal Tender Iklan Pendek Khas Merdeka RM450 Ribu

Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli

Isu bajet iklan pendek hari kemerdekaan terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang mencecah RM450 ribu masih belum reda apabila Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (Gafim) pula mempersoalkan agensi itu dalam pemberian tender.

Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan agensi berkenaan dan mendesak supaya Finas menjelaskan bagaimana sesebuah tender iklan yang mempunyai bajet besar diberi.

"Gafim sebenarnya sokong apa-apa sahaja usaha kerajaan yang menerbitkan iklan merdeka bagi kesedaran orang ramai.

"Cuma apa yang perlu dijelaskan adalah proses pemilihan produksi dalam memberikan tender dan bagaimanakah keterbukaan yang dibuat oleh pihak Finas?," soalnya.

Pada Rabu lalu, Ahmad Idham meneusi Twitter miliknya mempersoalkan langkah Finas melaburkan RM450 ribu untuk menghasilkan treler Tanah Tumpahnya Darahku sempena hari kemerdekaan untuk ditayangkan di pawagam yang panjangnya hanya 2 minit 40 saat.

Ahmad Idham meminta badan itu memberi penjelasan berhubung kos berkenaan yang dianggap tinggi untuk sebuah iklan pendek.

Pengerusi Finas, Datuk Md Afendi Hamdan pula memberi respons dengan mengatakan bajet berkenaan adalah bersesuaian dengan kualiti iklan tersebut yang diberikan tendernya kepada syarikat Vision Networks milik Afdlin Shauki.

Iklan berkenaan sudah pun disiarkan serentak di pawagam seluruh negara sebelum tayangan filem bermula Rabu lalu disusuli promo berjudul Pesanan Terakhir dan diikuti nyanyian lagu Negaraku.

Kempen itu bermula dari 28 Ogos lalu sehingga 3 September depan sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-56.

Tambah Jurey, sepatutnya pihak Finas tidak perlu beremosi dalam membuat kenyataan berhubung perkara tersebut kerana pihak mereka berhak mengetahui bagaimana proses pemilihan syarikat produksi dalam pemberian tender tersebut sama ada ia dibuat secara terbuka ataupun sebaliknya.

"Mereka kena tahu, Finas adalah agensi kerajaan, bukannya swasta yang boleh sembarangan memberi projek. Jadi mereka perlu mengikut prosedur.

"Sebenarnya kami semua tidak tahu mengenai projek ini dilakukan. Tiba-tiba sahaja ia sudah mula ditayangkan di pawagam. Bukankah lebih elok kalau mereka memberitahu secara terbuka berkenaan projek ini dan kemudian pastinya ramai yang akan menghantar ‘proposal’ masing-masing.

"Ia juga sekali gus dapat melihat pelbagai idea. Jangan biarkan industri berprasangka buruk kerana Finas ditubuhkan untuk membantu industri," tegasnya.

Sementara itu, Jurey juga berkecil hati dengan Finas memandangkan agensi itu dilihat kurang mesra dengan penggiat-penggiat seni tempatan.

Malah katanya, ketika pihak Gafim menghantar surat untuk berjumpa serta berbincang mengenai perkembangan dan masalah-masalah yang timbul berkaitan industri hiburan, agensi itu langsung tidak memberikan sebarang respons.

"Saya lihat Finas tidak mesra dengan industri lagi. Tidak seperti dahulu, setiap tiga bulan mereka membuat satu forum untuk berbincang berkaitan masalah yang timbul.

"Malah apakah peranan dan akta terbaharu Finas selepas bergabung dengan Filem Negara Malaysia? Semua itu penggiat filem perlu tahu," ujarnya.

Sumber

PM Malaysia : Empat unsur kekalkan kestabilan, perpaduan negara


MELAKA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengariskan empat unsur bagi mengekalkan kestabilan dan perpaduan di negara ini iaitu sikap toleransi, hormat menghormati, menjaga sensitiviti dan saling mempercayai antara satu sama lain.
  
Beliau berkata rakyat yang mempunyai sikap toleransi akan menjurus kepada penerimaan dan meraikan kepelbagaian kaum, adat serta budaya masyarakat di negara ini.
  
Sikap saling menghormati antara satu sama lain pula, katanya akan memberi ruang kepada setiap kaum di negara ini mengamalkan adat dan budaya masing-masing.
  
"Saling menghormati antara kumpulan etnik walaupun minoriti adalah satu nilai baik..,umpamanya kita tidak tindas masyarakat Portugis sebaliknya memberi  tempat yang baik kepada mereka di Melaka," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri Merdeka Raya 2013 di sini, malam ini.
  
Yang turut hadir ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan isteri Toh Puan Zurina Kassim, Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
  
Najib berkata rakyat juga tidak seharusnya menyentuh sensitiviti kaum lain sebaliknya mencari jalan atau cara sewajarnya supaya tidak menyakiti perasaan sesuatu kaum.
  
Beliau berkata unsur yang terakhir ialah perlunya ada sikap untuk saling mempercayai antara satu sama lain yang membolehkan masyarakat di negara ini hidup aman dan bahagia.
  
Katanya Malaysia yang menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56 esok bertuah kerana mempunyai kemerdekaan yang menjurus kepada negara maju dan berjaya.  

Justeru, Perdana Menteri berkata rakyat perlu bersyukur dan mengambil iktibar daripada sejarah agar keamanan yang dikecapi hari ini terus berkekalan.
  
"Kalau kita buta sejarah kita akan menjadi warga negara yang tidak punyai jati diri yang kukuh, nilai kemerdekaan amat bermakna bukan sahaja kita melaungkan merdeka tetapi memahami pengertian merdeka," katanya.

Sementara itu, Najib memuji penganjuran majlis anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka itu yang disifatkan berjaya memperlihatkan kebolehan menteri dan ketua menteri yang baru dilantik ke jawatan tersebut.
  
"Kedua-dua mereka ini Idris dan Mohamed Nazri baru dilantik ke jawatan masing-masing ... malam ini antara ujian pertama bagi kedua-dua pemimpin kita dan ini sebahagian daripada KPI (Petunjuk Prestasi Utama) mereka, saya rumuskan kedua-dua capai KPI cemerlang," katanya.
  
Beliau berkata pemilihan Melaka bagi penganjuran majlis itu bertepatan kerana negeri itu mempunyai nilai budaya dan sejarah selain merupakan kawasan tarikan pelancong.
  
Katanya penganjuran majlis itu juga merupakan persediaan bagi Tahun Melawat Malaysia 2014.- Bernama

Pesalah sendiri minta tambah sebatan



AYER KEROH - Seorang bapa tujuh anak menangis ketika merayu agar hukuman penjara yang dijatuhkan mahkamah sesyen di sini, semalam dikurangkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan ditambah.

Tertuduh, Zainuddin Mohamed, 45, dari Semanggol, Perak, dijatuhi hukuman penjara 90 bulan dan 12 sebatan selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak pejabat pos menggunakan senjata tiruan.

Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap tertuduh yang melakukan kesalahan itu di Pejabat Pos Cawangan Telok Mas, Taman Seri Telok Mas, kira-kira 12.40 tengah hari pada 22 Februari lalu, membabitkan kerugian RM1,774.

Dia turut melakukan kesalahan sama dengan merompak wang berjumlah RM8,259 di Pejabat Pos Cawangan Padang Temu, Taman Pertam Jaya, kira-kira 12.45 tengah hari pada 14 Ogos 2012.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, Zainudin tidak dapat mengawal perasaan sambil mengesat air mata kerana menyesali perbuatannya yang sanggup merompak semata-mata untuk memberi wang belanja kepada anak-anaknya.

Bekas perunding pembangunan syarikat itu merayu hukuman penjara disingkatkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan lebih tinggi supaya dapat segera kembali menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.

“Kesilapan yang dilakukan berpunca apabila saya bekerja tapi tak dapat gaji. Saya berusaha cari kerja lain namun diberi dugaan, dua hingga tiga kali ditipu. Yuran anak-anak mahal. Sampai satu tahap saya tiada apa-apa dalam poket.

“Saya sedar saya buat pilihan salah apabila hanya mahu mahu melihat anak-anak berjaya. Saya benar-benar insaf,” katanya yang mempunyai enam anak sedang belajar termasuk dua buah universiti tempatan dan sebuah sekolah berasrama penuh, selain anak bongsu berusia dua tahun lapan bulan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhana Ahmad dan Haslida Isamail memohon hukuman sewajarnya diberikan terhadap tertuduh yang turut memberi kesan trauma terhadap mangsa yang berada pejabat pos ketika kejadian.

“Saya bersimpati terhadap pilihan yang salah oleh tertuduh. Namun, atas faktor kepentingan awam dan trauma mangsa akibat senjata digunakan. Walaupun ia mainan atau tiruan tapi ia sedikit sebanyak mengancam mangsa,” kata Nurfarhana.

Selepas mengambil kira faktor fakta kes termasuk trauma mangsa serta menimbang rayuan tertuduh, Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan dari tarikh ditangkap pada 26 Mei lalu dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta 54 bulan dari tarikh 16 Jun dan tujuh sebatan, pertuduhan kedua.

“Saya hairan, kamu ada anak-anak yang bijak tapi macam mana boleh ambil pilihan begini? Pertama kali saya jumpa (kes) ada keluarga yang baik. Kamu betul-betul hilang punca dan lakukan perkara yang salah sedangkan tuhan bagi kita akal untuk hadapi ujian-Nya. Andai ada polis (ketika kejadian), saya tak tahu bagaimana nasib kamu,” katanya.

Sumber : Sinarharian

Sengatan Obor-Obor Boleh Membawa Maut

on Friday 30 August 2013

Obor-obor

KUALA LUMPUR: Pada awal Februari 2010, seorang pelancong wanita dari Sweden yang sedang bercuti di Langkawi mati di sengat obor-obor atau ampai-ampai ketika berenang di Pantai Cenang.

Menurut laporan media, Carina Löfgren sedang menuju untuk kembali ke pantaibila dia disengat obor-obor hanya beberapa meter dari pantai.

Suaminya Ronny Lofgren dilaporkan sebagai berkata: "Carina berada hampirsatu meter di depan saya semasa kejadian itu.

"Airnya bukanlah dalam sangat, hanya paras peha saya. Tiba-tina dia (Carina)menjerit dan memegang pehanya. Kami mengesyaki dia disengat obor-obor.

"Bila berada di samping Carina, kami cuba mencabut sesungut dari kakinya danberjaya melakukan dalam beberapa saat tetapi beliau kemudian jatuh pengsan."

Menurut laporan media juga, suami dan adik lelaki Carina telah membawa mangsa keluar dari air.

Adikya cuba membantu Carina dengan memberi rawatan kecemasan termasuk pernafasan dari mulut ke mulut dan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

"Beliau (adik carina) telah mencuba CPR selama empat hingga lima minit,"

"Carina mati dalam pelukan saya," cerita Ronny dengan penuh kesedihan dalamlaporan media itu.

Menurut laporan media itu juga, ambulans tiba tidak sampai 15 minit dan kakitangan paramedik memberitahu Ronny bahawa sudah agak terlewat untukmenyelamatkan Carina.

TANPA TULANG BELAKANG

Menurut pakar-pakar biologi marin (laut), ampai-ampai kotak adalah sekumpulan hidupan invertebrata (tanpa tulang belakang) yang tergolong dalam kumpulan Cubozoa.

Satu daripada hidupan jenis ini yang paling bahaya ialah Chironex fleckeri yang dikenali juga sebagai 'tebuan laut'.

Pakar-pakar menyatakan Chironex Fleckeri dijumpai di lautan sekeliling Australia dan spesimen jenis itu mempunyai venom yang cukup bagi membunuh60 orang dewasa.

"Organisme ini adalah kecil dan lutcahaya membuatkan ia sukar kelihatan,"jelas seorang penyelam skuba veteran, Steven Martyn, yang ditemui di sebuahhospital di sini.

Kegagalan jantung dikenalpasti sebagai penyebab utama kematian bila mangsadisengat 'tebuan laut' dan kerapkali dalam kes seumpama itu kematian dilaporkanberlaku dengan begitu cepat," kata Martyn.

DESTINASI PERCUTIAN

Bagi Martyn, adalah penting untuk mengetahui tentang wujud atau tidaknyaobor-obor di pantai resort di destinasi percutian yang dikunjungi.

"Ada diantara destinasi percutian popular meletakkan jaring bagi memerangkapobor-obor tetapi ia hanya berjaya memerangkap obor-obor yang besar manakala yang kecil dapat meloloskan diri," kata beliau.

Ada laporan mengenai mereka yang berenang disengat dan gagal kembali kepantai dan sebab kematian adalah kegagalan jantung akibat disengat obor-obor.

Jikapun sempat kembali ke pantai, mangsa perlu mendapatkan segera bantuanperubatan, kata Martyn.

SESUNGUT

Menurut ensiklopedia mengenai hidupan marin, sesungut obor-obor mempunyairatusan sel penyengat yang dikenali sebagai nematocysts.

Nematocysts melindungi obor-obor daripada pemangsa (predator) dan digunakanbagi menyengat hidupan kecil yang lain.

Bergantung kepada spesies obor-obor, sentuhan kepada sel penyengat ini bolehmembawa kecederaan dan kematian.

Kesannya berbeza dari gatal-gatal, sakit yang sedikit dan kecil kepada jenisyang 'pedih dan berapi' selain boleh menyebabkan iritasai kulit seperti kulitmelepuh selain menimbulkan kesukaran pernafasan, serangan jantung dan kematian.

Samada sengatan daripada obor-obor menjadi toksik bergantung kepada jenisobor-obor itu dan ketahanan (tahap imuniti) badan manusia yang disengat.

Menurut ensiklopedia itu lagi, sengatan obor-obor yang paling toksik adalahdaripada 'ampai-ampai kotak' atau Chironex fleckeri dan Caruka barnesi yangterdapat di Australia dan sebahagian dari laut Indo-Pasifik.

Obor-obor jenis ini diketahui dapat membunuh manusia hanya dalam masa limaminit.

REAKSI

Lain individu akan memberi reaksi yang berbeza terhadap sengatan obor-obor.

"Anggaplah sengatan obor-obor sebagai racun dan jika lebih kecil saiz badanorang yang disengat, maka kesannya akan lebih besar berbanding dengan orang yangbersaiz badan besar," jelas Martyn.

Samalah juga reaksi terhadap sengatan lebah, ada yang hanya menimbulkanalergi biasa dan ada yang mengalami kejutan anaphilaktik yang membawakematian dari hanya satu sengatan.

"Begitu juga dengan sengatan daripada obor-obor," tambah Martyn. - BERNAMA

Imam Ghazali: Enam Persoalan Mengenai Hidup

Bola Kehidupan
 
SUATU HARI, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

Imam Al Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mungkin kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Islam.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari semua yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Sholat". Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting, kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan megahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sekian.
 
Sumber : tranungkite.net

Filem KL Gangster 2 bocor di Internet, Syamsrul bertindak lapor polis

on Thursday 29 August 2013


Poster KL Gangster 2
FILEM arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, KL Gangster 2 yang menelan kos mencecah RM 4 juta dikhabarkan telah tersebar di internet meskipun ia masih belum ditayangkan di mana-mana pawagam.

Melalui status Facebooknya yang terkini, Syamsul memberi amaran keras terhadap pihak yang melakukan perkara tersebut.

“Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuatnaik filem KL Gangster 2 tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun.

“Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Sinar Harian Online difahamkan, Syamsul sendiri telah pergi membuat laporan polis, pagi tadi.

Sementara, di laman sosial Facebook Skop Productions menulis, “Amaran: Laporan polis telah dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab mencuri dan memuatnaik filem terbaru kami di laman internet.”

Status itu juga menyebut, “Kami akan pastikan pihak yang bertanggungjawab tak akan terlepas. Hentikan penyebaran ‘link’ di laman sosial sebelum tindakan dikenakan.”

Sementara itu, status Facebook tersebut turut memberitahu pemantauan telah dijalankan dari pihak polis anti-siber.

“Sebarang maklumat ‘link’ yang dimuatnaik atau muatturun di laman Facebook, Youtube, blog, Twitter dan sebagainya akan diambil tindakan.

“Ini adalah satu jenayah serius dan tidak akan dibiarkan,” tulisnya.

Filem sekuel arahan Syamsul, KL Gangster berjaya meraih kutipan box office RM12 juta.

Sumber : Sinarharian

Hukum Mencarut, Memaki dan Mengeji dalam Islam

on Wednesday 28 August 2013

Sekadar Hiasan
 
HUKUM mencarut, maki hamun dan mengeji dijelaskan dalam nas-nas & hadith sohih:

1-Barang siapa yang menetapkan niat nya dalam bulan-bulan tersebut untuk mengerjakan haji, maka janganlah ia bercakap lucah (rafath), melakukan kerja fasiq (fusuq), & bergaduh dalam masa mengerjakan haji" [ Al-Baqarah :197 ]
  
2-Menurut Ibnu Umar "rafath" bermaksud bersetubuh & bercakap mengenainya. "Ata' Bin Abi Rabah pula berpendapat, "Rafath ialah bersetubuh & bercakap lucah.  Hukumnya adalah haram". "Fusuq" pula, Ibnu Abbas mentafsirkan sebagai, "Semua bentuk maksiat".  Manakala Ibnu Umar mengatakan, "Fusuq ialah maki". Al-Dahhak pula mentafsirkannya dengan, "Menggelarkan seseorang dengan gelaran yang keji"

3-"Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata2 yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban)

4-"Bukanlah mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata2 yang keji dan orang yang lucah percakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutni);

5-"Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim);

6-"Wahai Aisyah! Kalaulah kata-kata yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat" (Ibnu Abi al-Dunya);

7-"Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munafik" (al-Tirmizi).

8-"Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing"(Ibrahim Bin Maisarah)

Kepada pencarut, pemaki & pengeji yang bekerja secara full time or part time, bertaubatlah. Bukan kah memperbanyakkan sebut kalimah Allah itu lebih baik.
 

Gempar : Tukang urut lari berbogel

on Tuesday 27 August 2013

Wanita warga Vietnam yang menjalankan perkhidmatan B2B ditahan.

SHAH ALAM - Sekumpulan gadis tukang urut warga asing sanggup berlari dalam keadaan bogel  selepas premis tempat mereka bekerja di Buki Tinggi, Klang, di sini,  diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan kesemua tukang urut terbabit sedang leka melayan urutan badan ke badan (B2B) bersama pelanggan masing-masing di bahagian tingkat bawah premis terbabit.

Timbalan Penolong Pengarah 2 Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat awam.

Menurut Shahanizam, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 14 wanita ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

“Mereka cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan tingkat atas sebagai pusat urut kaki, namun di tingkat bawah mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Nik Shahanizam berkata, 10 pelanggan yang berada di premis terbabit turut diambil keterangan sebelum dibebaskan. Seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemilik premis turut ditahan.

Difahamkan modus operandi kegiatan ini ialah pelanggan boleh membuat temu janji terus dengan menghubungi wanita yang diinginkan dengan bayaran RM135 bagi setiap sesi.

Kesemua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Sumber : Sinar Harian

Hakim : Keterangan tak cukup untuk sabit Azilah, Sirul

Kes Pembunuhan Altantuya

PUTRAJAYA - Keterangan mengikut keadaan adalah tidak mencukupi dan tidak cukup kukuh untuk mengekalkan sabitan kesalahan dua anggota unit tindakan khas polis membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, menurut penghakiman Mahkamah Rayuan.
  
Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dalam penghakiman 47 muka surat yang dikeluarkan hari ini berkata mahkamah dikekang untuk memberikan manfaat keraguan kepada Cif Inspektor Azilah Hadri dan Korperal Sirul Azhar Umar kerana kesalahan mereka tidak dibuktikan dengan memuaskan.
  
"Kami sedar akan jenayah kejam yang telah dilakukan tetapi kesalahan perayu (Azilah dan Sirul Azhar) telah tidak dibuktikan secara memuaskan, (maka) kami dikekang untuk memberikan manfaat keraguan kepada perayu," katanya.
  
Beliau berkata mahkamah sebelum ini telah mengabaikan dan terlepas pandang fakta-fakta penting dan bukti yang memihak kepada perayu yang menyebabkan kegagalan pelaksanaan keadilan yang serius dan ketara terhadap perayu sambil menambah bahawa kesan kumulatif terhadap beberapa bukan arahan menjadikan pensabitan terhadap perayu tidak selamat.
  
Hakim Tengku Maimun juga berkata DSP Musa Safri merupakan saksi penting yang boleh mengungkap kejadian yang berlaku dan boleh memberikan penjelasan terhadap fakta-fakta dan boleh merapatkan jurang dalam penceritaan kes pendakwaan.

"Kami memutuskan bahawa berdasarkan fakta kes ini, iaitu peranan DSP Musa dalam membawa kedua-dua perayu ke dalam gambaran keseluruhan episod ini, keterangan beliau adalah penting untuk membentangkan penceritaan yang dijadikan asas kes pendakwaan," katanya.
  
Pada Jumaat lepas, tiga anggota panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada tuduhan membunuh selepas sebulat suara membenarkan rayuan mereka.
  
Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Hakim Datuk Linton Albert dan Hakim Tengku Maimun.
  
Mereka (Azilah dan Sirul Azhar) telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan dan mengenakan hukuman mati terhadap mereka atas kesalahan membunuh Altantuya.
  
Azilah, 37, dan Sirul Azhar, 42, dituduh membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam pada 19 Okt, dan 1 pagi 20 Okt 2006.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt, 2008 terhadap pertuduhan bersubahat dengan mereka selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie ke atasnya. Pihak pendakwaan tidak memfailkan rayuan.
  
Dalam penghakimannya, Hakim Tengku Maimun berkata afidavit Abdul Razak yang diambil oleh hakim perbicaraan sebagai sebahagian daripada keterangan pendakwaan mengandungi perkara-perkara memudaratkan terhadap perayu dan ia cenderung untuk mencadangkan perayu adalah bersalah.
  
"Malah, sejak tertuduh ketiga (Abdul Razak) dibebaskan dan dilepaskan dengan tiada rayuan dibuat pihak pendakwaan, ternyata bahawa apa sahaja yang dilakukan perayu dalam melakukan jenayah sepenuhnya adalah atas kehendak mereka sendiri.
  
"Bagaimanapun, ia tidak boleh terlepas pandang bahawa episod yang buruk dan dahsyat ini bermula dengan permintaan tertuduh ketiga kepada DSP Musa sebelum perayu muncul.
  
"Keterangan menunjukkan tanggungjawab perayu adalah untuk meronda di sekitar rumah tertuduh ketiga dan kehadiran perayu di rumah tertuduh ketiga pada malam 19.10.2006 adalah atas permintaan untuk apa-apa bantuan daripada tertuduh ketiga kepada Azilah," katanya.

Musa ialah pengawal peribadi timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa itu (kini perdana menteri).
     
Tengku Maimun berkata hakim perbicaraan juga gagal mempertimbang pembelaan alibi oleh Azilah yang mendedahkan bahawa dia tidak mungkin berada di dua tempat pada masa yang sama pada malam pembunuhan Altantuya.
  
Katanya hakim perbicaraan gagal menangani fikirannya kepada cabaran pihak pembelaan ke atas eksibit seperti log panggilan dan ramalan liputan dan membuat dapatan mengenai kesahihan data yang merupakan bahan keterangan penting bagi menunjukkan kehadiran Azilah di tempat kejadian jenayah.
  
Menurut eksibit-eksibit berkenaan, Azilah berada di Pekan Subang pada 10.15 malam dan di Kampung Melayu Subang pada 10.19 malam. Bagaimanapun. diari balai polis di Bukit Aman menunjukkan bahawa Azilah berada di sana untuk mengambil senjatanya, Glock EAH 387 dan dua magazin peluru, pada 10.18 malam.
     
Mengenai Sirul Azhar, Tengku Maimun berkata terdapat percanggahan dan tidak membawa kepada sebarang keputusan tentang peristiwa berhubung penemuan jaket hitam dan barang kemas (barang kemas Altantuya).

Katanya menurut seorang daripada saksi-saksi polis, Sirul Azhar telah memberitahu supaya dia menyimpan barangan itu (barang kemas) dalam jaket, tetapi testimoni daripada pegawai yang lain tidak mendedahkan sebarang kenyataan sedemikian dibuat.
  
Tengku Maimun berkata tangggungjawab pihak pendakwaan di mana keterangan mengikut keadaan sebenarnya adalah sangat berat.
  
"Keadaan mesti sepenuhnya dan alasan-alasan yang ditunjukkan, rantaian keterangan mesti lengkap, bukti mesti menunjukkan mendesak kepada kesimpulan tertuduh bersalah dan tidak boleh ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan dan jika wujud jurang di dalamnya, maka ia tidak mencukupi," katanya.
  
Katanya pendakwaan telah mencadangkan bahawa kehadiran perayu (Azilah dan Sirul Azhar) di Hotel Malaya pada 18 Okt, 2006 adalah bukti niat mereka untuk melakukan jenayah.
  
"Bagaimanapun, kesimpulan memihak kepada perayu juga boleh disediakan iaitu bahawa kehadiran mereka adalah semata-mata untuk mengesahkan bahawa di mati (Altantuya) adalah memang menginap di hotel itu sebagai satu maklumat yang diberikan oleh penyiasat persendirian kepada Abdul Razak dan oleh Abdul Razak kepada Azilah," katanya.

Tengku Maimun berkata kehadiran perayu di Hotel Malaya tidak menunjukkan rantaian keterangan yang lengkap ke atas mereka untuk mendapati mereka bersalah.
  
Katanya pendakwaan juga mengakui bahawa terdapat pelbagai bukan arahan oleh hakim perbicaraan dan meminta mahkamah untuk menggunakan proviso Seksyen 60 (1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk membetulkan kecacatan untuk menegakkan sabitan komando polis itu.
 
 "Melihat kepada keseluruhan keterangan dan hal keadaan kes ini, kita berpandangan bahawa ini bukan kes yang layak dan sesuai untuk kita menggunakan proviso itu.
  
Keadaan yang digunakan oleh pihak pendakwaan tidak sepenuhnya dan alasan-alasan yang ditunjukkan dan rantaian bukti tidak lengkap.
  
"Kita tidak boleh mengatakan jika tribunal yang munasabah diarah dengan betul boleh mensabitkan perayu berdasarkan keterangan yang ada," katanya. - Bernama

Nelydia Senrose Belum Bersedia Jadikan Qi Razali Suami




PETALING JAYA: Pelakon Nelydia Senrose belum bersedia untuk bergelar isteri kepada kekasihnya Qi Razali dalam usia yang begitu muda.

Nelydia, 19, atau lebih senang disapa Nely berkata, ini kerana masih banyak perkara terutama sekali tanggungjawab sebagai isteri tidak diketahuinya.

"Memang saya mengaku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"Bukannya mudah, banyak perkara yang harus kita tahu dan faham mengenai tanggungjawab seseorang isteri. Namun tidak ada masalah untuk mempelajarinya jika jodoh saya dan Qi sudah sampai.

"Cuma kalau boleh saya inginkan sedikit masa untuk mematangkan diri," katanya kepada mStar Online.
Nelydia ditemui pada majlis pra-tonton dan pelancaran drama bersiri Strawberi & Karipap di GSC The Gardens, di sini pada Isnin.

Tambah adik kepada Uqasha Senrose ini, dia dan Qi, 35, pernah berbincang mengenai ikatan perkahwinan mereka namun dia bersyukur kerana memiliki seorang teman lelaki yang memahami situasinya itu.

Dalam pada itu, Nelydia juga berpuas hati kerana kisah cintanya dengan Qi tidak terlalu diberi pendedahan oleh media seperti kakaknya yang bercinta dengan aktor Pekin.

"Kalau boleh kami mahu kisah percintaan kami tidak terlalu didedahkan pada umum. Cukuplah sekadar masyarakat tahu tentang perhubungan kami. Lebih elok jika kisah kerja kami sahaja yang dipaparkan," tuturnya.

Sementara itu, dalam Strawberi & Karipap, Nelydia bergandingan dengan Zizan Nin, Sein, Nur Fathia, Mia Sara dan Rykarl Iskandar.

Strawberi & Karipap bakal bersiaran bermula 1 September ini setiap Ahad pada pukul 11 pagi menerusi saluran Astro Ceria.

Sumber : Mstar

Info Kesihatan : Masalah 'tidak subur' boleh dirawat

on Monday 26 August 2013

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Selepas tiga tahun mengharungi perkahwinan dan masih tidak mempunyai anak, David Ng dan isteri mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan bagi 'masalah' mereka.

"Kami membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan setelah isteri saya gagal mengandung selepas tiga tahun kami berkahwin manakala tekanan daripada ahli keluarga yang lebih tua sudah tentu memburukkan lagi keadaan.

"(Tetapi) kini saya adalah bapa kepada tiga anak IVF (Persenyawaan Dalam Vitro)," jelas Ng yang bertugas dalam industri telekomunikasi kepada media pada majlis pelancaran kempen ‘Harapan Dapatkan Anak’ di sini baru-baru ini.

Ng mengahwini Shirley Goh pada tahun 2006. 

Goh, yang juga bertugas dalam industri yang sama, menceritakan bahawa beliau jadi runsing kerana gagal mendapatkan anak selepas tiga tahun berkahwin.

Pasangan itu mula mencari rawatan alternatif dan Goh mencari maklumat mengenai cara mengatasi kemandulan. 

Beliau bernasib baik kerana mendapat satu pilihan.

Pasangan itu tidak membuang masa untuk mendapatkan bantuan perubatan.

“Kami dapatkan rawatan bagi kesuburan tetapi gagal pada awalnya. Kami diberitahu peluang berjaya hanya 50-50.

"Kami tidak berputus asa dan memilih satu lagi pilihan iaitu program ‘Persenyawaan Dalam Vitro' atau IVF. Kami mengambil peluang mencubanya dan kalaulah ia berhasil, itu adalah anugerah dari Tuhan,” Goh menjelaskan pengalamanya. 

Ng adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga dan itu menyebabkan tekanan yang dihadapinya dirasakan amat besar.

Selepas dua prosedur IVF yang berjaya, pasangan itu kini mempunyai anak perempuan yang berumur tiga tahun dan sepasang kembar berumur satu tahun.

"Tiga (anak) sudah cukup," jelas pasangan itu.

KOS

Terdapat 30 Pusat Kesuburan bagi pasangan yang gagal mendapatkan anak secara normal mendapatkan rawatan di seluruh negara.

Bagi masalah kesuburan, masa adalah faktor penting kerana jika seseorang yang 'mandul' itu lambat mendapatkan rawatan, peluang bagi pasangan itu mendapat anak akan lebih tipis.

Di dunia, dianggarkan 9.6 peratus daripada pasangan yang berkahwin mengalami masalah kesuburan. 

Pakar penjagaan kesihatan menyatakan trend lambat memulakan keluarga juga menyaksikan banyak pasangan mengalami masalah ketidaksuburan yang juga boleh dikaitkan dengan umur lanjut bagi pasangan wanita.

Menurut takrif Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), ketidaksuburan adalah satu penyakit sistem reproduktif yang diukur dari segi kegagalan untuk mengandung secara klinikal selepas 12 bulan atau lebih hubungan seksual secara normal.

Masalah ini bukan hanya tertumpu kepada golongan wanita sahaja, malah ia melibatkan lelaki.

Wanita yang boleh mengandung tetapi 'gagal' melahirkan anak juga menghadapi masalah ini.

Kos bagi rawatan kaedah IVF adalah antara RM12,000 dan RM20,000 bagi satu prosedur. - Bernama

Terkini : PLUS akan beri rebat 20 peratus sempena Hari Kemerdekaan ke-56

Pengguna Lebuhraya Plus akan menikmati rebat merdeka

KUALA LUMPUR - Pengguna lebuh raya PLUS Malaysia Berhad ( PLUS ) berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik pada 31 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-56.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid dalam kenyataan hari ini berkata rebat tol itu diberi kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, Touch ’n Go dan SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.

"Ia merupakan satu daripada langkah PLUS menyemarakkan sambutan kemerdekaan akan datang. Selain itu, ia adalah antara strategi PLUS menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas.

"Rebat berkenaan boleh dituntut di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 16 Sept hingga 15 Dis ini,” katanya sambil memberitahu tuntutan rebat tol selepas tempoh itu tidak akan diterima.

Beliau menggesa orang ramai supaya membayar tol secara elektronik sebagai satu langkah untuk mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan orang ramai melalui plaza tol dengan selesa.
Rebat itu tidak akan diberi kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan jambatan Pulau Pinang, katanya. - Bernama


Rumahtangga : Tugas perempuan VS Tugas lelaki

Sekadar Hiasan

MENURUT Sosiologi, Arlir Hochschild, ada satu istilah iaitu ‘shift kedua’ yang menggambarkan pekerjaan wanita perlu dilakukan di rumah dan di luar rumah.

Istilah ‘home sweet home’ pun susah dirasakan kerana selepas seharian bekerja di pejabat dan kembali di rumah, wanita masih perlu terus bertugas.

Berdasarkan laporan Bureau of Labor Statistic pada Jun tahun ini, ‘shift kedua’ masih menjadi masalah bagi wanita kerana hanya 20 peratus lelaki yang membantu kerja rumah seperti bersih-membersih dan mencuci pakaian.

Sebelum berumahtangga, pernahkan anda terfikir kehidupan shift kedua ini?

Bermula dengan kehidupan seorang isteri dan kehidupan seorang ibu? Siapa lebih sibuk? Suami? Isteri? Ayah? Ibu?

Sebaik saja bergelar isteri dan ibu, tanggungjawab wanita bertambah berlipat gandan. Mana nak urus rumahtangga, suami, anak-anak dan kemudian ditambah pula dengan tugasan di pejabat.

Letih? Suami patut fikirkannya!


Mari kita bandingkan jadual harian yang ringkas ini:

PAGI:
PEREMPUAN selalunya akan bangun awal sekitar jam lima atau enam sebab banyak kerja rumah perlu diselesaikan. Contohnya, kemas rumah, basuh baju, sidai baju, sarapan, siapkan anak ke sekolah atau hantar. Kemudian barulah ke pejabat.

LELAKI sebaik sedar dari tidur terus mandi dan bersiap-siap, kemudian sarapan dan terus pergi kerja.

WAKTU BEKERJA:
(9 Pagi Hingga 6 Petang)

PEREMPUAN terpaksa bertungkus lumus siapkan segala kerja yang ada. Kalau tak disiapkan, kerja akan bertimbun dan kerja rumah menunggu bila pulang nanti.

LELAKI juga bekerja keras untuk sara keluarga. Tapi yang seronoknya lelaki tak perlu nak fi kir hal dekat rumah bila pulang nanti.


PETANG:

PEREMPUAN habis waktu pejabat terus pecut pulang ke rumah sebab nak jemput anak dari sekolah atau nursery.

Setibanya di rumah ada kalanya sampai tak sempat tukar baju kerja, isteri dah mula tanak nasi di dapur. Lepas mandi mulalah tergesa-gesa ke dapur untuk sediakan makan malam untuk keluarga.

LELAKI pula ada yang berseronok mengisi masa petang dengan bersukan…main badminton lah, pingpong, tenis, futsal pun ada. Lepas tu pulang ke rumah mandi, rehat dan tunggu untuk makan malam.

MALAM:

Selesai saja menjamu selera bersama keluarga…

PEREMPUAN perlu mengemas dapur. Kalau menonton TV sekalipun, tangan masih lagi melipat baju sambil tengok anak-anak buat kerja sekolah. Dalam masa sama, perlu juga menggosok baju untuk hari esok. Jam 10 malam perlu tidurkan anak sebab esok nak sekolah.

LELAKI pula, lepas makan malan duduk tergedang tengok TV sambil baca akhbar. Kadang-kadang ada juga yang suka luangkan masa untuk online.

MASA UNTUK BERSAMA:

PEREMPUAN lazimnya sudah keletihan, mana taknya bayangkanlah non-stop dari pagi dah macam gasing. Asal letak kepala aje terus lena…

LELAKI pula kadang-kadang asyik pandai merungut si isteri asik tidur awal dan tak melayan kehendak batin katanya… Salah siapa???


KES 1 : Perang besar bila mengadu penat
Zalika, 34.

PERKAHWINAN adalah perkongsian hidup antara suami isteri yang bukan sahaja menuntut sikap tolak ansur dan bekerjasama kedua-dua belah pihak.

Malah lebih tepat lagi segala susah dan senang perlu dipikul bersama-sama.

Begitulah juga yang menjadi harapan saya sebaik mengambil keputusan untuk berkahwin dengan suami yang dikenali sejak zaman persekolahan lagi.

Namun apa yang diharapkan itu jauh tersasar sebaik sahaja memegang status isteri dan ibu.

Rutin saya berubah 360 darjah. Segala kerja rumah terpaksa bereskan sendirian, meskipun pada masa sama, saya turut bekerja bagi membantu meringankan bebanan ekonomi keluarga.

Saya bukan robot dan saya bukan seorang manusia yang tidak kenal erti penat.

Sudahlah seharian penat bekerja, pulang ke rumah terpaksa pula menyambung kerja-kerja memasak, mengemas, melayan anak-anak dan banyak lagi yang ada kalanya membuatkan saya terbeban dan menjejaskan emosi.

Sebelum berkahwin saya memang mempunyai pekerjaan dan mengimpikan untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa selepas berkahwin.

Namun ia ternyata suatu angan-angan kerana  realitinya selepas bergelar isteri dan ibu, saya terpaksa membatalkan hasrat itu.

Saya perlu membantu meringankan beban suami dari sudut perbelanjaan rumahtangga yang saban hari saban meningkat.

Saya tak sampai hati membiarkan suami sendirian menanggung beban itu. Tapi sedihnya, setelah saya sendiri mengorbankan kepentingan diri demi membantu meringankan bebanan suami, sedangkan di sebelah pihak suami tidak pula berfikir seperti mana saya, dengan menyerah sepenuhnya tanggungjawab menguruskan rumahtangga kepada saya.

Lebih menyedihkan hati saya, ada kalanya tanpa sempat membuka pakaian kerja, saya terpaksa bergegas ke dapur untuk menyiapkan makanan untuk suami dan anak-anak.

Sedangkan suami pada ketika itu lebih memilih untuk bersantai dan menonton televisyen sementara menunggu makan malam, tanpa langsung rasa bersalah melihat diri saya umpama lipas kudung di dapur.

Ada kalanya saya agak sedih dan terkilan dengan sikap suami yang langsung tidak peduli dengan bebanan yang terpaksa saya ditanggung.

Selain penat di pejabat, saya terpaksa pula menyambung kerja-kerja rutin di rumah, malah tugas menghantar dan ambil anak di pusat asuhan juga diserah bulat-bulat kepada saya.

Itu belum lagi dikira dengan tugas-tugas lain di rumah termasuk membasuh kain, mengemas rumah, menggosok pakaian, semuanya di bawah 'bidang tugas-tugas  khas' saya tanpa langsung dibantu oleh suami.

Sedihnya, apabila diminta membantu, tanpa rasa bersalah, tanpa perasaan suami mengatakan itu tugas seorang isteri.

Jangan harap untuk mengemas dapur dan meja sebaik selesai makan, apabila diminta menguruskan anak-anak ketika saya sibuk di dapur juga boleh mencetuskan pergaduhan dengan suami.

Jadi saya lebih rela menguruskan sendiri. Saya pernah berperang besar dengan suami sebelum ini gara-gara saya mengungkit penat dengan dua tugas yang terpaksa dipikul.

Itupun setelah saya menyuarakan pendapat agar suami turut membantu menguruskan rumah tangga dan memintanya faham situasi saya yang bekerja untuk meringankan bebannya.

Hati saya kadangkala memberontak kerana perkara ini. Ada kalanya saya terfikir untuk apa berkahwin andai tidak mampu berkongsi segala kesusahan dan kepenatan bersama.

Bukan tidak bersyukur dan bukan hendak menolak tanggungjawab, tapi saya yakin ramai isteri lain mengalami nasib serupa seperti saya.

Tempoh 24 jam sehari bagaikan tidak cukup untuk menguruskan segala keperluan suami dan anak-anak sehinggakan keperluan sendiri terabai.

Tapi disebabkan saya sendiri telah sebati dengan situasi ini, saya sudah   alas untuk bertengkar dan meminta suami memahami kerana kesudahannya tetap sama.

Jauh dalam sudut hati saya berharap suatu masa nanti suami akan sedar tanggungjawabnya. Tidak banyak, sedikit pun memadai.

KES 2: Tidak pernah cuba bantu
Aisyah, 35.

BEBANAN yang dipikul bukan sahaja kepada tanggungjawab, tetapi situasi kewangan menjadi sangat meruncing bila suami tidak bekerja.

Bagi saya, suami seorang yang gagal menjadi ketua keluarga yang baik. Apatah lagi dengan ketidaksediaannya untuk sama-sama membantu saya di rumah.

Sudahlah Suami tidak pandai mengemas rumah mahupun memasak, kalau sekadar itu saya faham. Tapi masalahnya dia tidak pernah cuba untuk ringankan beban saya. Saya tidak minta dia lakukan segala kerja yang lelaki tidak mampu lakukan.

Cukuplah kalau sekadar membantu menjaga anak-anak kami yang berusia tujuh dan lima tahun, sementara saya lakukan kerja rumah lain. Tapi, itu pun dia tak mahu.

Pulang dari bekerja, pasti tiada masa rehat bagi saya. Mana nak layan anak-anak, mengemas dan memasak untuk suami dan anak.

Saya sudah puas memberikannya pelbagai nasihat namun suami tidak pernah ambil peduli.
Malah, saya dipandang seperti sengaja mencari kesilapannya pula. Kadangkala, ia menjadi pencetus pergolakan rumah tangga kami apabila dia malas hendak melakukan sesuatu yang menyenangkan hati.

Dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah ibunya yang tinggal berhampiran kami berbanding menolong mengemas rumah.

Rutin harian saya bermula seawal jam 6 pagi sehingga waktu malam tanpa hentihenti. Dari tempoh itu, meski pun tidak bekerja dan duduk di rumah, tiada apa pun dilakukannya.

Dia seperti raja duduk di rumah. Bila balik rumah, saya dapati rumah berselerak dan serabut. Saya tertekan dan lemas.

Setiap masa saya ‘berleter’ menasihatinya dan berharap dia akan berubah ringan tulang membantu sekurang-kurangnya mengemas rumah bagi meringankan tekanan dan beban yang saya hadapi.

Tapi, entah esok atau bila... Saya hanya mampu bersabar dan berdoa mudah-mudahan hatinya terbuka untuk membantu saya, suatu hari nanti.



KES 3: Masa dihabiskan di luar
Abdul Razak Abdullah, 20-an

SEJAK mendirikan rumah tangga kirakira tiga tahun lalu, saya tidak pernah sekali pun membantu tugas di rumah malah menyerahkan sepenuhnya kepada isteri.

Disebabkan masa kerja yang banyak dihabiskan di luar, saya tidak berkesempatan mengambil tahu urusan di rumah.

Saya bekerja dengan syarikat pembalakan yang memerlukan tempoh masa tertentu berada dalam kawasan pembalakan.

Sesekali pulang ke rumah, sudah keletihan dan banyak masa hanya berehat sementara isteri sediakan keperluan saya dan anak kecil kami. Isteri saya menoreh getah sejak sebelum mereka berumah tangga lagi.

Tidak pernah sekali dia menyekat kemahuan isteri untuk bekerja di samping menggalakkannya melakukan perkara berfaedah semasa ketiadaannya di rumah.

Kami bukanlah daripada keluarga senang dan dia (isteri) juga tahu pendapatan saya yang tidak seberapa ini hanya mampu sediakan keperluan ala kadar sahaja.

Kesudian dia bekerja setidaknya dapat penuhi kemahuannya sendiri dan bantu saya tampung mana-mana keperluan di luar jangka.

Tetapi saya memang tidak dapat membantunya uruskan hal rumah memandangkan faktor kerja yang tidak menentu masa.


KES 4: Tugas sebagai pemandu lori membantaskan
Ahmad Kamil Mohamed, 40-an

BEKERJA sebagai pemandu lori tidak memberi peluang kepada saya memberi tumpuan kepada isteri dan empat anak di rumah.

Setiap kali pulang ke rumah, dia sudah keletihan dan masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk berehat sahaja.

Sepanjang 15 tahun berumahtangga, saya belum mampu lagi bantu isteri menguruskan kerja rumah.

Pernah juga isteri bersungut kepenatan kerana dia juga bekerja pembantu kedai makan untuk tampung kewangan kami, tetapi saya tidak boleh ambil risiko berhenti kerja kerana belum tentu dapat kerja yang lebih baik daripada ini.

Sebelum berumah tangga saya biasa lakukan sendiri kerja di rumah termasuk basuh baju kerana tidak ada pilihan lain. Apabila berumah tangga tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri.

Anak-anak juga lebih rapat dengan isteri dan saya hanya dirujuk ketika memerlukan sokongan kewangan bagi persekolahan mereka.

Sekarang saya tidak betah lakukan kerja rumah tambahan pula sekiranya isteri dalam pantang, kerja diambil alih ibu atau ibu mertua yang tinggal berdekatan.

Sumber : Sinarharian

Perancang Perkahwinan Kesal dengan tuduhan Black: 'Saya teraniaya'

on Sunday 25 August 2013

Black dan Tunang

Dalam keterujaan melangkah ke alam perkahwinan bulan depan, juara Mentor musim ketiga ini dan tunangnya berdepan dengan cabaran yang tidak disangka.

Menurut Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah, 26, dia berasa ditipu oleh perancang perkahwinan yang dilantiknya setelah tiada perkembangan walaupun sudah membayar RM30,000 menerusi dua transaksi iaitu RM18,000 pada bulan April dan RM12,000 pada bulan Jun.

Justeru demi memastikan majlis perkahwinannya berjalan lancar, Black mengambil keputusan untuk memberhentikan khidmat perancang perkahwinan tersebut dan menyerahkan tugas persiapan perkahwinannya kepada pihak pengurusan.

Tidak berakhir setakat itu, usaha Black untuk mendapatkan kembali wang yang telah dibayar menemui jalan buntu apabila perancang perkahwinan tersebut dikatakan hanya berdiam diri.

Bagi memastikan nasibnya mendapat pembelaan sewajarnya, Black telah melaporkan perkara ini kepada pihak polis dan juga bakal membawa isu ini ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

Jika sebelum ini kita sering mendengar kenyataan Black, perancang perkahwinan yang hanya mahu dikenali sebagai Puan WP (Wedding Planner) tampil memberi penjelasan secara eksklusif kepada Zass.

Bekas Perancang Perkahwinan Black

Ikuti temu bual berikut:

Setelah lama isu ini menjadi sebutan, apakah yang membuatkan anda tampil untuk memberi kenyataan?
Puan WP: Tujuan saya tampil memberi kenyataan ini bukan mahu memburukkan sesiapa atau cuba untuk mencari gaduh.

Saya hanya mahu membersihkan nama saya dan ingin menegaskan saya tidak melesapkan duit Black seperti didakwanya. Lagipun, ini bukan pertama kali saya menguruskan majlis perkahwinan artis dan selama ini tidak pernah ada masalah yang berbangkit.

Boleh anda jelaskan dengan lebih lanjut mengenai isu ini?
Puan WP: Saya berjumpa Black dalam satu majlis awal tahun ini dan Black telah bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan saya. Menerusi beberapa perjumpaan dan perbincangan, Black setuju untuk mengadakan majlis perkahwinannya di satu lokasi di Kuala Lumpur (nama lokasi dirahsiakan).

Selepas melakukan beberapa sesi rundingan, pihak lokasi perkahwinan tersebut bersetuju memberi potongan separuh harga daripada RM72,000 kepada RM36,000 dan saya telah membayar RM15,000 sebagai pendahuluan.

Kemudian saya juga sudah membayar RM7,000 kepada pihak katering. Selebihnya RM5,000 adalah bayaran untuk saya dan baki RM3,000 untuk saya uruskan mengenai perkara lain. Segala urusan tersebut bersama bukti resit dan e-mel daripada pihak berkenaan mengenai perbincangan kami.

Bagaimana pula dengan kenyataan Black bahawa anda sudah membayar sebahagian daripada wang tersebut?
Puan WP: Selepas perkhidmatan saya ditamatkan saya tidak ada berjumpa dengan Black, apatah lagi memulangkan duit kepadanya.

Namun setahu saya pihak katering telah memulangkan duit tersebut kepada Black dan saya tidak bercadang untuk memulangkan duit Black kerana ingin saya tegaskan di sini, saya sudah teraniaya dan saya tidak bersalah!

Jadi, bagaimana boleh timbul isu 'melesapkan' duit Black?
Puan WP: Sekali lagi saya tegaskan saya tidak pernah melesapkan duitnya dan saya sebenarnya adalah orang yang teraniaya. Tiga bulan sebelum majlis Black, saya diberhentikan tanpa sebab dan Black bersama pihak pengurusan memaksa saya memulangkan semula wang tersebut.

Bagaimana saya mahu memulangkan wang tersebut sedangkan ia sudah dibayar kepada mereka yang terlibat. Saya juga kesal dengan pihak pengurusan Black tidak cuba menasihatkan Black dan saya rasa Black dipengaruhi oleh yang tidak profesional semasa membuat keputusan itu.

Mengapa pula anda rasa teraniaya?
Puan WP: Ya saya memang teraniaya kerana sejak awal lagi Black tidak mahu menandatangani kontrak yang sudah diberikan kepadanya. Oleh kerana itu, ia memudahkan Black untuk menamatkan perkhidmatan saya sesuka hati dan menuntut kembali wang daripada saya walaupun wang tersebut telah digunakan dalam urusan persiapannya.

Pernahkah anda berselisih faham dengan Black sebelum ini?
Puan WP: Saya tidak ada berselisih faham dengannya sebelum ini. Bayangkan ketika bapa saya tenat, saya dihubungi bertalu-talu daripada pihak Black, sehinggakan bapa saya meninggal dan ketika urusan pengebumian mereka masih menghubungi saya.

Tiga hari kemudian saya datang untuk berbincang bersama Black dan pihak pengurusan. Ketika itu mereka layan saya seperti sampah dan saya sudah dapat merasakan perkhidmatan saya akan ditamatkan.

Black bercadang membawa perkara ini ke mahkamah. Bagaimana pula dengan anda?
Puan WP: Saya sudah mendapat nasihat daripada peguam saya, jika dia mahu membawa perkara ini ke mahkamah saya sedia berhadapan dengannya kerana saya ada segala bukti.

Selepas perkara ini berlaku, adakah perniagaan dan reputasi anda terjejas?
Puan WP: Alhamdulillah rezeki saya tidak pernah putus dan perniagaan serta reputasi saya tidak pernah terjejas dengan isu ini. Saya tidak bersalah dan bila pelanggan tanya saya sudah jelaskan. Malah mereka juga faham dan mempercayai saya.

Apa nasihat anda untuk Black?
Puan WP: Nasihat saya, sudah-sudahlah membuat cerita buruk mengenai orang lain. Lagi banyak kita bercerita ia seolah-olah membuka pekung di dada. Saya harap Black fikirkan perkara yang positif dan tumpu pada perkahwinannya. Dia pun mahu mendirikan masjid.

Sumber : Sinar harian

Panas!! Pasal 'cap ayam' Deejay Era FM diarah mohon maaf..

Deejay Era FM

MIRI - Deejay Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif akan memohon maaf kepada juara Liga Perdana Sarawak berhubung komen 'cap ayam' dalam rancangan Johara Pagi Era minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah berkata beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.

"Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri hari ini.

Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.

"Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham," katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010.

Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah 'cap ayam' atau tidak berkualiti.

Deejay berkenaan juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka berkunjung ke Sarawak.

Pemantauan Bernama mendapati kebanyakan blog memulakan kempen bagi memboikot Era FM sebagai tanda protes jika deejay berkenaan enggan memohon maaf ketika mereka ke udara.

Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili berkata deejay berkenaan adalah personaliti yang dikenali ramai dan mereka sepatutnya mengetahui etika ketika bersiaran di radio.

"Pemuda PBB mendesak satu permohonan maaf dibuat secara terbuka, jika mereka bergurau, maka mereka sudah melampaui batasan, perlu ada had, mereka harus memahami sensitiviti komuniti tempatan," katanya kepada Bernama.

Dalam perkembangan lain, Jake berkata peluasan itu sebahagian rancangan jangka panjang Astro Radio bagi memperkukuh kedudukannya dalam industri penyiaran di negara ini.

"Visi kami ialah memiliki operasi sendiri yang bebas di Sabah dan Sarawak, mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan dalam tempoh 24 hingga 36 bulan akan datang," katanya.

Beliau berkata pada masa ini, sesetengah program yang bersiaran adalah dari Semenanjung, dan selepas beroperasi sepenuhnya di sini, pendengar di Sarawak serta Sabah boleh menikmati kandungan tempatan 24 jam sehari.

Ketika ini, dianggar lebih 500,000 pendengar Era FM, hitz fm serta My FM di Sarawak dan Sabah. - Bernama

Kisah Malam Pertama Perkahwinan dengan kapal terbang !

Sekadar Hiasan
 
Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum upacara akad nikah….
Emak pengantin lelaki menasihati anaknya…
“Nak apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama, maka kamu harus kata, “Kapal terbang ingin mendarat””.
 
Emak pengantin perempuan pula menasihati naknya…
“Nak, bila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat, maka jawabnya, “Lapangan terbang sudah sedia””.
 
Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba…
Si suami tak sabar-sabar dan pabila malam tiba hatinya berdebar-debar.
Dia mendekati si isteri lalu mengatakan “Kapal terbang ingin mendarat”
Si isteri seperti tidak faham dan berkata “Saya penat bang …mari kita tidur.”
Si suami hampa, namun dalam hatinya berkata “Tak apa mungkin isteri aku malu….beri dia peluang kedua”
 
Tiba malam kedua…
Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.”
Malangnya si isteri masih tidak faham. Kerana suaminya ketika itu memegang surat khabar dalam hatinya berkata..
“Berita apa pula ini.. Ah pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun,
tak ada kena mengena dengan saya.”
Kemudian dia berkata kepada si suami “Sudah lah tu bang, janganlah baca surat khabar lagi, mari kita tidur”
Si suami hampa lagi…
Tetapi dalam hatinya berkata “Tak apalah esok masih ada.”
 
Tiba malam ketiga…
Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat.
Lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.”
Si isteri menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati
berkata “Mana ada kapal terbang !!”
Melihatkan si isteri menggelengkan kepala ….
Si suami hampa dan berkata dalam hati
“Kejamnya isteriku, membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku.”
Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.
 
Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya
“Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata, “kapal terbang ingin mendarat??”
Si ibu pun berkata “Apa yg kamu jawab nak ?
Si anak berkata
“Saya tidak jawab apa-apa”
Si ibu berkata lagi
“Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama, sepatunya anak menjawab
“Lapangan Terbang sudah sedia”, sebagai tanda bersetuju”
“Oh saya lupa lah ibu….tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul”
 
Maka tiba malam keempat…
si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan
bertanya soalan yg sama.
Malam kian larut…
Si isteri tertanya-tanya bilakah gerangan si suami akan bertanya.
Si isteri akhirnya berkata dalam hati “Mengapa harus aku tunggu lagi,
apa salahnya aku sendiri meng`offer’ kan diri Lalu si isteri pun mendekati si suami dan
terus berkata “Lapangan terbang sudah sedia”,
Si suami kerana terlalu geram dengan si isteri, dengan muka yg masam menjawab “KAPAL TERBANG ROSAK””