Barangan Kulit |
Terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk menjaga barangan kulit yang anda miliki. Sekiranya tidak dilakukan sebarang penjagaan, barangan kulit tersebut akan mudah rosak dan tidak kelihatan cantik lagi. Berikut adalah cara - cara yang anda boleh lakukan.
1. Bungkus barangan kulit anda menggunakan kerts tisu bebas asid untuk menjaga bentuk barangan kulit itu. Kertas tisu bebas asid kebiasaannya boleh didapati dikedai yang menyediakan barangan persediaan perkahwinan.
2. Kemudian, bungkus sekali lagi menggunakan plastik. Ini adalah untuk mengekalkan kelembapan barangan kulit tersebut dan mengelakkannya daripada merekah atau kesan retak.
3. Simpan barangan kulit anda dikawasan suhu yang terkawal seperti di dalam almari, dan cuba elak daripada meletakkan barangan kulit anda daripada terkena cahaya sinaran matahari secara terus.
4. Gunakan pemadam pensel untuk menanggalkan kotoran atau habuk yang melekat pada barangan kulit anda.
5. Gunakan pelembap barangan kulit untuk mengelakkannya daripada mengering.
Semoga barangan kulit anda akan terpelihara dengan baik lepas ini.
Sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment