Penyanyi Tomok, yang kini mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, 4 dan Andrashah Iman, setahun mengakui sudah mula mengajarkan mereka tentang kepentingan menabung, meskipun anaknya itu masih kecil
Ia bermula apabila isterinya Rahayu Abas merancang untuk memberi pendedahan tentang cara menyimpan wang kepada anak-anaknya.Isteri saya yang mula ajar anak-anak, dan sudah semestinya saya sokong apa yang diusahakannya kerana ia adalah untuk kebaikan bersama. Ia juga antara cara untuk membuat persediaan bagi mereka menyambung pengajian pada masa akan datang.
Mungkin ada yang menganggap anak-anak kita terlalu kecil untuk memahami mengenai kewangan, tetapi sebenarnya tidak.Apabila diajar, mereka akan faham erti berjimat-cermat dan sebab apa kita perlu menyimpan duit.
Kalau dilihat masyarakat di Barat, kanak-kanak seawal usia setahun sudah didedahkan dengan ilmu kewangan,terangnya yang turut berkata anaknya kini berasa seronok dengan aktiviti menabung itu.
Sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment