Hiasan |
Apabila berbicara tentang perihal hubungan antara lelaki dan wanita, ada ketikanya wanita terlepas pandang hingga menggugatkan sedikit sebanyak rasa cinta sang lelaki. Semuanya gara-gara sikap wanita itu sendiri yang sudah sebati di dalam diri. Mungkin bagi wanita, ianya remeh. Tetapi bagi si lelaki pula sebaliknya. Tidak hairanlah perkara sebegini boleh mengganggu-gugat keharmonian suatu perhubungan.
Mungkin ramai tertanya-tanya, apakah sikap yang menimbulkan kemarahan sang lelaki di luar sana?
- Ambil masa lama untuk bersolek dan berdandan.
Rata-rata lelaki mudah bosan apabila
menunggu wanita bersiap atau berdandan hanya untuk keluar membeli belah
di pasaraya yang jaraknya dekat. Ya, memang ada wanita yang bersikap
sebegitu kerana bagi mereka kecantikan macam inilah yang perlu diambil
berat dan boleh membuatkan lelaki bosan dan pening kepala. Biarpun
nampak kecil di mata wanita, tetapi jika dalam seminggu 2-3 kali lelaki
ajak keluar dan anda masih mengambil masa 2-3 jam untuk bersiap dan
membuatkan si dia menunggu, alamatnya tidak hairanlah lepas ni tiada
pelawaan untuk keluar bersama lagi.
- Lelaki sensitif bila dilabel mata keranjang
Mungkin apabila keluar membeli belah,
ramai wanita lebih tertumpu mata kepada tag harga atau tanda jualan
murah manakala si lelaki pula lebih suka mengambil masa sendiri untuk
melakukan aktiviti digemari. Tetapi ada segelintir wanita menganggap
sang lelaki meliarkan pandangan ke arah wanita lain walhal ia tidak
berlaku. Bagi pendapat saya, normal lah apabila melihat sesuatu yang
cantik, mata kita tidak terlepas pandang. Sama juga apabila wanita
melihat jejaka kacak. Tetapi itu tidak bermakna mereka menaruh hati
untuk tambah cawangan baru. Hakikatnya lelaki tidak suka dilemparkan
tuduhan melulu apabila berbaur cemburu. Cemburu itu tanda sayang, tapi
kalau dah melampau , sayang itu boleh melayang. Simpan saja prasangka
sebelum ada bukti nyata.
- Mengeluh tiada baju sesuai
Sedar atau tidak, anda sebenarnya telah
membuatkan si lelaki marah apabila asyikkkk mengeluh tiada bajulah,
tidak cukup baju lah walhal baju sampai 2-3 almari. Walaupun baju 3
almari, kasut sampai 3 rak, masih lagi berani mengaku tidak ada baju
yang sesuai untuk dipakai. Sudahlah lambat berdandan, lambat pula pilih
pakaian kemudian ada hati kata tak ada baju. Jangan sampai si dia hilang
sabar pula ya?
- Salah pilih topik bercerita
Setiap manusia berbeza baik dari segi
pemikiran, perbuatan, minat sikap dan macam-macam lagi lah. Tak salah
bercerita dan berceloteh pada pasangan kita tetapi biarlah berpada-pada.
Apa orang kata tu, membebel. Lelaki ni mudah bosan apabila diajak
berbual tentang satu topik yang berat dalam tempoh masa yang panjang.
Apa salahnya sekali sekala berborak mengenai sesuatu yang romantis ke,
lawak jenaka ke, rasa best sikit kan? Kerana kalau terlalu kerap
‘membebel’ mengenai topik sama, ia boleh mencetuskan pergaduhan, jadi
kawal lah perasaan anda.
- Komen tentang penampilan dan berat badan
Pasti kadangkala anda pernah mengkritik
berat badan dan penampilan suami. Memang tak salah menegur tapi pastikan
perkataan yang digunakan itu sesuai dan jangan sampai menyinggung
perasaan. Anda pun kalau dipanggil ‘gemuk’ oleh pasangan anda, anda pun
rasa tak best kan? Berdiet dan bersenam memang aktiviti yang tidak
digemari oleh sesetengah lelaki mahupun wanita. Jalan yang paling baik
adalah memberi nasihat dengan cara selamba atau beserta lawak jenaka
supaya keadaan menjadi lebih santai dan dalam masa yang sama wanita juga
boleh belajar memasak menu yang sihat untuk si lelaki.
Rujukan : Wanista
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment