Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

6 Cara Mudah Elak Mengantuk Semasa Memandu

on Wednesday, 31 July 2013

Sekadar Gambar Hiasan

Salah satu punca kemalangan jalanraya ialah mengantuk ketika memandu kenderaan. Naik motor pun kadang-kadang boleh terlelap juga. Maklum la badan letih. Keadaan ini boleh berlaku tanpa dijangka. Justeru itu korang haruslah tahu langkah-langkah untuk mencegah daripada mengantuk ketika sedang memandu. Antaranya ialah :-


  •     Bawalah seseorang sebagai teman terutamanya jika menempuh perjalanan yang jauh. Tak kisah la sahabat baik ataupun skandal korang
  •     Pastikan juga korang berbual-bual dengan teman yang dibawa dan cuba elak dari teman yang jenisnya kaki tidur. Kesian korang lak nanti.
  •     Pasang radio dan sebaiknya dengarlah lagu-lagu rancak dan bukannya lagu yang boleh menyebabkan mengantuk.
  •     Buatlah sesuatu aktiviti seperti mengaji,menyanyi, bergendang atau apa saja apabila mula rasa mengantuk.
  •     Kemam atau kulum gula-gula, asam kecut, layan makanan ringan. Makan makanan berat sebelum atau semasa memandu akan mengundang rasa mengantuk.
  •     Pastikan korang dah cukup tidur sebelum memandu kerana semua panduan di atas tak memberi kesan jika korang dah tiga hari tak tidur. :)


Kalau dah terlalu mengantuk sangat tu, lebih baik berhenti dahulu kat tepi jalan atau pun kat mana-mana RnR terdekat dan tidur dulu beberapa ketika.

p/s : Semoga berhati2 sewaktu memandu diwaktu perayaan ini.

Sumber

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Dr Akbar Abdullah said...


Info yang menarik dan sangat berguna untuk diamalkan oleh para pemandu yang mengantuk ketika memandu. Untuk mencegah mengantuk kita juga digalakkan untuk mendapat rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan dan merancang masa perjalanan kita.


4 August 2015 at 22:01

Post a Comment