Berikut adalah beberapa jenis makanan yang boleh menjadikan rambut kita semakin sihat dan cantik..
1. Telur
Selain
men jadi jenis makanan yang paling popular, telur menjadi sahabat
rambut anda. Ini kerana telur kaya dengan protein dan vitamin B12 yang
dapat memperkayakan rambut anda untuk kekal sihat dan bermaya. Kurangnya
protein menyebabkan rambut tidak kuat dan mudah terputus serta warna
yang pudar.
2. Gandum/Bijiran
Gandum menyumbang kepada tenaga positif seperti protein yang sangat baik untuk kekuatan rambut. Biji-bijian dan gandum mengandungi zink, zat besi dan vitamin B.
3. Buah segar
Tembikai,
pisang, limau, epal dan buah-buahan yang lain dapat memberikan tubuh
sejumlah nutrisi penting yang baik untuk mengurangkan keguguran
rambut.
4. Sayur berwarna hijau tua
Bayam,
brokoli dan lobak Swiss ialah sumber terbaik untuk vitamin A, C,zat
besi dan kalsium. Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak
yang dihasilkan oleh folikel rambut. Ia berfungsi sebagai pelembap
rambut secara semula jadi.
5. Kekacang
Bagi
mendapatkan rambut yang cantik berkilau, makanlah banyak kekacang.Badam
misalnya asam lemak omega-3 yang boleh membantu melembapkan rambut.
Kekacang lain seperti cashew, pecans dan badam merupakan sumber zink
yang baik. Kekurangan zink boleh menyebabkan rambut mudah gugur.
6. Ikan salmon
Kandungan
omega-3, vitamin B-12 dan zat besi yang terkandung dalam ikan Salmon
sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Kekurangan zat-zat
tersebut boleh membuatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering
sehingga nampak seperti botak.
7. Kacang buncis
Ia
bukan hanya mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan pertumbuhan
rambut tetapi juga mengandungi khasiat zat besi, zink dan
biotin.Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut mudah rosak.
8. Makanan laut
Kandungan
zink dalam makanan laut seperti kerang, udang dan tiram boleh membantu
mencegah rambut gugur dan memperkuatkan akar rambut. Ia juga membantu
membina sel-sel badan untuk menjaga hormon dalam penyerapan vitamin yang
baik untuk pertumbuhan rambut.
9.Produk susu yang rendah lemak
Produk
susu yang rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium yang
baik. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan rambutSumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment