Suasana pagi dengan Embun |
Pagi merupakan satu perkara yang perlu dilalui oleh semua orang dalam menempuh hari yang baru. Namun begitu terdapat beberapa fakta tentang pagi yang boleh kita semua hayati dan seterusnya dijadikan amalan harian. Antaranya ialah :-
1) Amalan senaman berjalan kaki dapat menyihatkan jantung,
menurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolestrol
dalam badan. Malah, ia juga dapat mengawal tekanan darah dan mencegah
risiko darah tinggi dan strok. Secara tidak langsung, ia juga mampu
meningaktkan keyakinan diri kita. Jadi sebelum kamu mulakan aktiviti
kamu di pagi hari, ayuh ‘ribukan’ langkah mu.
2) Ada satu kajian yang mengatakan tidur dapat meningkatkan
produktiviti seseorang. Namun kajian terbaharu menunjukan mandi juga
dapat meningkatkan motivasi dan produktiviti kerja. Menurut kajian oleh
perusahaan PR dari Inggeris Lurce, orang yang mandi siang sering
mengalami peningkatan produktiviti 42 % dan kreativiti 33%. Jadi, kalau
kamu buntu untuk dapatkan idea yang lebih produktif dan kreatif, tak
salah mencuba kan?
3) Selalunya kita menggunakan cermin untuk bersolek bukan? Tahukah
kamu, sebenarnya cermin juga boleh memotivasikan diri. Tak percaya ?
Jom cuba lakukan! Kamu hanya perlu berdiri di depan cermin setiap pagi
dan senyum sambil bersyukur kerana kamu masih di beri peluang untuk
hidup. Angkat ke dua tangan kamu kemudian letakan di muka, usap, belai
dan rasa segala anugerah tuhan yang ada di muka sambil berkata dalam
hati “alhamdulillah, aku masih sempurna”. Pasti secara tidak langsung
kamu akan lebih menghargai diri kamu dan seakan hidup dengan semangat
yang baru.
4) Setiap orang mempunyai ‘Morning Kick’ mereka yang tersendiri.
Ada yang perlukan Minuman panas sebelum memulakan kerja, dan ada juga
yang perlu lakukan senaman pagi sebelum bergerak ke mana-mana. Tidak
kiralah apa sahaja jenis ‘morning kick’, pastikan hari-hari kamu di
mulakan dengan pekara-pekara yang positif.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment