Gambar Hiasan |
Kaki berbau sering di alami oleh orang yang menggunakan kasut bertutup
setiap hari. Bau kaki yang busuk akan membuatkan orang di sekeliling
kita berasa tidak selesa.
Menghapuskan bau kaki yang tidak menyenangkan adalah perkara utama bagi mereka yang menghadapi masalah ini.
Untuk pengetahuan anda, kaki berbau berpunca daripada bakteria pada kaki
yang memakan peluh di kaki. Jika anda mengalami masalah ini, terdapat
beberapa cara untuk anda menghapuskannya.
1) Rendam
kaki anda di dalam baldi berisi sabun dan air suam dan gosok kaki anda
selama 30 minit. Kemudian, bilas dengan air sejuk. Air suam berupaya
membuka liang roma di kaki dan mengeluarkan kotoran. Air sejuk pula
berperanan untuk menutup kembali riang roma yang terbuka.
2) Gunakan
sarung kaki dengan bahan yang selesa serta mempunyai sistem peredaran
udara yang baik supaya kaki tidak lembab. Oleh itu, stoking jenis nilon
tidak sesuai untuk di pakai dengan kerap.
3) Mempelbagaikan
jenis kasut mengikut suasana. Jika anda ingin keluar bersantai pada
hujung minggu, gunakan kasut/selipar yang terbuka. Sekurang – kurangnya,
kaki anda dapat 'bernafas' seketika.
4) Pastikan
kaki tapak kaki dan jari kaki anda tidak di jangkiti kulat. Jika anda
mendapati terdapat kulit kering dan tompok merah, gunakan produk kaki
yang sesuai atau berjumpa dengan doktor.
5) Kami mengesyorkan supaya anda menggunakan kasut yang berbeza selang dua hari. Kasut memerlukan 24 jam untuk kering sepenuhnya.
Jika kasut anda berbau :
1) Balut
kasut anda dengan suratkhabar dan simpan di tempat yang sejuk dan
berangin. Kertas suratkhabar dapat menyerap bau hapak pada kasut.
2) Ambil beberapa biji kopi dan balutkan pada tisu, letakkan balutan kopi itu ke dalam kasut dan biarkan semalaman.
3) Jika
kasut anda masih berbau walaupun selepas di cuci, keringkan terlebih
dahulu kasut tersebut. Kemudian, ambil soda bikarbonat dan taburkan pada
kasut dan biarkan semalaman. Jumlah soda bikarbonat bergantung pada
saiz kasut anda. Keesokan harinya, buang soda bikarbonat tersebut
menggunakan vakum.
4) Untuk
mengelakkan kasut tidak mudah berbau, jangan pakai kasut ketika kaki
anda basah. Kerana ia membolehkan bakteria membiak dan merebak. Untuk
kesan maksimum, gunakan produk yang boleh menghilangkan bau kasut dengan
cepat.
5) Jika
kasut anda basah akibat hujan, segera masukkan surat khabar lama ke
dalam kasut dan simpan kasut dalam kain, kotak kasut atau beg plastik.
Cara di atas amat mudah dipraktikkan. Jika anda telah mencuba ke semua
di atas tetapi masih mengalami masalah yang sama, cuba berjumpa dengan
pakar kulit dan dapatkan nasihat daripada mereka.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment