Jika anda tidak menghabiskan banyak masa dengan bayi anda yang baru
lahir, dikhuatiri boleh mendatangkan sifat ketakutan kepada anda untuk
menguruskan bayi anda akibat tidak biasa dengan bayi anda. Oleh sebab
itu ada beberapa perkara yang anda perlu anda ingat semasa menguruskan
bayi anda:
1. JAGA KEBERSIHAN
Cuci tangan anda (atau menggunakan sanitizer tangan) sebelum
menguruskan bayi anda yang baru lahir. Bayi yang baru lahir tidak dapat
membina sistem imun yang kuat semasa waktu ini, jadi mereka mudah
terdedah kepada jangkitan. Pastikan juga bahawa semua orang yang ingin
memegang bayi anda juga perlu mencuci tangan terlebih dulu.
2. CERMAT KETIKA MEMEGANG KEPALA BAYI
Berhati-hati semasa menampung kepala dan leher bayi anda. Anda perlu
menampung kepala bayi anda apabila membawa atau mendukungnya dan juga
perlu menyokong kepala bayi anda apabila mendukung bayi anda secara
tegak atau apabila anda meletakkan dia ke bawah. Leher bayi amat lembut
dan kecil jadi perlu berhati-hati semasa mendukungnya.
3. BERHATI-HATI SEMASA MENGENDALIKAN BAYI
Berhati-hati supaya tidak menggoncangkan bayi anda. Harus diingat,
gegaran yang kuat boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak dan juga
kematian. Jika anda perlu mengejutkan bayi anda dari tidur, jangan
melakukannya dengan menggoncang badannya. Sebaliknya, geletek kaki bayi
anda atau tiup perlahan-lahan pipi bayi anda.
4. GUNAKAN PERALATAN YANG DILULUSKAN UNTUK KESELAMATAN BAYI
Pastikan bayi anda diletakkan di dalam carrier, stroller atau carseat
dengan betul dan selamat. Kemudian elakkan daripada aktiviti yang kasar
atau perkara yang boleh mengundang bahaya.
5. BERMAIN DENGAN LEMBUT DENGAN BAYI
Ingat bahawa bayi anda belum bersedia lagi untuk bermain secara lasak
lagi kerana tubuh badan bayi yang baru lahir amat lembut disebabkan itu
juga ada di antara ibu dan bapa yang takut-takut untuk memegang bayi
mereka yang baru lahir.
Diharapkan sedikit sebanyak tips ini
dapat membantu mereka yang ada rasa ragu-ragu dan ketakutan untuk
menguruskan bayi anda yang baru lahir, maklumlah bayi yang masih lagi
kecil dan lembut tubuh badannya. Jika kita tidak berhati-hati semasa
menguruskannya kemungkinan akan berlaku perkara yang merbahaya atau
tidak diingini.
Sumber
Ranking: 5
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment