Benci Dengan Perut Buncit? |
Tiada siapa yang suka dengan masalah ‘buncit’kan ? Masalah buncit juga
boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri! Jadi tunggu apa
lagi, jom kita ucapkan selamat tinggal pada masalah buncit dengan
melakukan 9 pekara di bawah!
1) KERAP MINUM AIR MASAK
Mendapatkan jumlah air yang banyak dapat menjamin fungsi hempedu yang
lebih efektif sewaktu proses pembuangan air. Jadi, lebih kerap kamu
membuang air lebih banyak lah segala sisa makanan yang terkumpul di
dalam perut keluar
2) BANYAKKAN KUNYAHAN
Sewaktu menikmati hidangan makanan, jangan terburu-buru ketika makan.
Pastikan setiap makanan yang masuk di dalam mulut di kunyah sebanyak 44
kali atau kunyah sehingga cebisan makanan menjadi kecil dan mudah untuk
di hadam. Makanan yang sukar di hadam akan menyebabkan perut kamu
kembung dan tidak hairanlah mengapa selepas itu ia menjadi buncit.
3) MAKAN MAKANAN YANG PENUH SERAT
Makanan yang serat adalah penting dalam pyramid makanan. Untuk
mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan. Malah, amalan memakan
sayur-sayuran yang bewarna hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear
dapat membantu proses penjagaan penyakit perut buncit.
4) KURANGKAN GARAM DALAM MAKANAN
Terlebih garam dalam makanan juga tidak di galakan, ini kerana ia akan
menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan
proses pengaluaran air dari sel badan. Akibanya perut kamu akan jadi
kembung dengan gas-gas yang terbentuk dan mula membuncit!
5) KERAP MEMBUANG AIR
Jika kamu terasa seperti ingin membuang air kecil atau besar, jangan
tahan. Cepat-cepatlah ke tandas, biarkan segala toksin dalam badan
keluar dari tubuh kamu. Jangan di simpan! Nanti kamu juga yang merana.
6) KELUARKAN PELUH
Jika kamu seorang yang kurang kerap ke tandas, apa kata kamu keluarkan
segala toksin yang tersimpan dengan cara lakukan senaman atau apa sahaja
aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Lebih elok sekirannya kamu
jadualkan waktu senaman kamu. Bukan kata hilang buncit, badan kamu juga
akan menjadi sihat dan kuat.
7) BERHENTI MAKAN UBATAN YANG TIDAK PENTING
Ada sesetengah kajian mengatakan, pengambilanubat-ubatan adalah salah
satu faktor perut buncit. Contoh seperti ubat Aspirin. Jika kamu kerap
mengambil ubatan ini ia akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti
sembelit.
8) ‘SIT-UP’ SEBELUM DAN SELEPAS TIDUR
Jika kamu rajin melakukan sit-up sebelum dan selepas kamu bangkit dari
tidur ia dapat membantu kamu mengempiskan perut yang buncit itu. Teknik
ini sangat di galakan kerana segala oto-otot di perut akan ‘bekerja’ dan
menyebabkan sistem pembakaran lemak juga berjalan dengan lancar.
9) KURANGKAN MINUM AIR MANIS
Air manis memang sedap untuk di minum, tetapi jika di ambil dengan
kuantiti yang banyak dan kerap ia akan menyebabkan segala kamu mendapat
penyakit yang tidak di ingini seperti kencing manis dan sebagainya.
Jadi, kurang-kurangkanlah pengambilan air manis. Lebihkan minuman air
masak seperti yang di sarankan di atas.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment