CHELSEA tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah selepas Paris Saint-German (PSG) dengan hanya 10 pemain berjaya memasuki suku akhir liga.
Dalam pertemuan pertama di Paris, PSG bermain dengan skor terikat 1-1 ketika melawan Chelsea. Oleh itu, perlawanan timbal balik di Stamford Bridge pada awal pagi Khamis menjadi penentu yang layak ke suku akhir.
Di awal pertandingan, PSG dilihat tampil secara agresif dalam melakukan serangan.
Bagaimanapun pada masa separuh kedua, pasukan The Blues mendominasi pertandingan, namun PSG tetap berupaya untuk memberikan serangan balas.
Permainan mula panas apabila masuk minit ke-81 menerusi jaringan Gary Cahill. Namun lima minit selepas itu sebelum permainan tamat PSG berjaya memaksa The Blues memanjangkan masa sebaik sahaja tandukan David Luiz menyamai mata 1-1, menerusi umpan sepakan Ezequiel Lavezzi.
Thiago Silva melakukan kesilapan apabila bola terkena tangannya di dalam kotak penalti pada minit ke-96. Hasilnya, Chelsea mendapat 'imbuhan' tendangan penalti dan Eden Hazard tampil sebagai jaguh dengan mengembalikan keunggulan jaringan dengan 2-1.
Namun Silva membayar kesilapannya itu dengan melakukan tandukan pada minit ke-114.
Permainan berakhir dengan skor berimbang 202. Hasil jaringan itu melayakkan PSG memasuki suku akhir Liga Juara-Juara Eropah meskipun dengan agregat 3-3 memandangkan jaringan dicatatkan di kubu pasukan lawan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment