Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Berpisah dengan Sherry Ibrahim, Fattah Amin Diam Diri, Tak Nak Isu Berpanjangan

on Sunday, 28 August 2016


KISAH pengakhiran episod cinta antara pelakon Fattah Amin dan aktres Sherry Ibrahim bukan lagi rahsia bagi pengamal media massa selain juga peminat-peminat mereka.

Fattah memilih untuk berdiam diri daripada terus mengeluarkan kenyataan berhubung kisah cintanya yang terputus di tengah jalan itu.
Meskipun ada dakwaan daripada bekas kekasihnya Sherry yang mengatakan hubungan cinta antara mereka terlerai kerana kemahuan sebelah pihak sahaja.
“Minta maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu kerana tidak mahu ia berpanjangan.
“Apa yang boleh saya katakan ini adalah ketentuan rezeki, jodoh dan ia tidak berpihak kepada kami,” katanya kepada laman mStar Online.
Tambah laman itu lagi, pelakon Sherry Ibrahim dikatakan terkejut mendengar keputusan yang diambil oleh Fattah untuk berpisah tanpa berbincang terlebih dahulu.
Menurut Sherry kepada laman berkenaan, dia sedang bercuti di Doha, Qatar selama seminggu ketika mendapat tahu keputusan yang diambil oleh Fattah.
Manakala Fattah pula yang tidak mahu dihimpit oleh persoalan-persoalan berkaitan kisah ‘cerainya’ itu memilih untuk fokus kepada karier lakonannya.
“Fokus saya adalah meneruskan kehidupan selain memberi tumpuan kepada kerjaya,” katanya.
Perkembangan terbaharu aktor kacak ini, Fattah baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem KL Special Forces di samping Datuk Rosyam Nor dan Syamsul Yusof.
Selain itu, Fattah juga akan bergandingan dengan Neelofa menerusi drama bersiriSuri Hati Mr. Pilot
Credit – MYNEWSHUB.CC
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment