Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Demi Cinta Abadi Wanita Melamar Teman Lelaki, Siap Beri Motosikal

on Friday, 26 August 2016


Seorang wanita telah mengenepikan perasaan malu dengan melamar teman lelakinya di khalayak ramai iaitu di sebuah pusat beli-belah di China, semata-mata kerana terlalu cintakan lelaki itu.
Bukan itu sahaja, wanita itu turut membelikan sebuah motosikal dan berjanji akan meletakkan nama kekasihnya itu sebagai pemilik bersama apartment miliknya, dengan syarat lelaki itu sudi mengawininya.
Apa lagi, lelaki itu pun menerima dengan tangan terbuka lamaran terbabit apatah lagi wanita tersebut telah membawa bersama salinan geran rumah miliknya.
Orang ramai yang berada di situ telah merakamkan gambar dan video detik-detik romantik terbabit.
Menurut media, ibu bapa wanita itu adalah ahli perniagaan dan dia juga baru kembali ke tanah air selepas menamatkan pengajian di luar negara.
Namun malangnya dia menerima banyak komen negatif daripada netizen apatah lagi selepas mengetahui bahawa wanita berkenaan adalah anak orang kaya.
Mereka menyifatkan wanita itu terdesak dan lelaki itu menerima lamaran terbabit disebabkan dia memandang kebendaan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment