KUALA LUMPUR – Polis tidak menolak kemungkinan kepala seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Noor Amila Edrus Norsham yang menjadi mangsa pembunuhan kejam dipercayai oleh abang iparnya telah dimakan binatang buas.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan hasil siasatan awal pihaknya.
“Kepala mangsa yang ditemui berasingan daripada badannya dipercayai dimakan binatang buas. Pun begitu, perkara ini masih disiasat.
“Motif pembunuhan juga masih belum dikenal pasti kerana kita masih menunggu laporan bedah siasat pihak Hospital Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Kosmo! Ahad pada Jumaat lalu melaporkan, misteri kehilangan seorang budak lelaki comel berusia lima tahun sejak tujuh hari lalu berakhir penuh tragis selepas mayat kanak-kanak itu ditemui di dalam gaung berhampiran sungai di Kampung Kemensah, Hulu Kelang di Ampang Jaya.
Munusamy berkata, mangsa juga mungkin menjadi mangsa liwat ekoran keadaan seluarnya yang tertanggal separuh ketika ditemui.
Sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment