KUALA LUMPUR: Aktres Fasha Sandha berkata, hatinya belum terbuka untuk mencari pengganti selepas berpisah dengan bekas suami Rizal Ashram Ramli pada 20 Januari lalu.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, bagaimanapun, tidak menafikan sebagai wanita berstatus single, dia ada didekati dengan beberapa lelaki.
"Bukan mudah untuk cari pengganti pada ketika ini saya hanya mahu fokus kepada anak-anak yang sedang membesar sahaja kerana itu lebih penting.
"Ada beberapa lelaki yang cuba ingin berkawan dan saya selesa untuk berkawan sahaja dengan mereka," ujarnya kepada mStar Online.
Fasha ditemui pada majlis pelancaran drama Lara Aishah yang diadakan di sini, Selasa.
Tambahnya, dia mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada kerjaya dan anak-anaknya iaitu Putra Rayfal Ramli, 2, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia setahun.
Fasha berkata, dia bersyukur anak-anaknya tidak menimbulkan banyak masalah dan meragam sepanjang dia keluar bekerja.

"Alhamdulillah mereka jarang sakit dan seperti tahu ibunya sedang bekerja. Mereka juga tidak ada bertanya tentang bapanya, mungkin mereka lebih dekat dengan saya sejak kecil," ujarnya.
Fasha dan Rizal mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 dan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan pada 20 Januari lalu.
Sementara itu, bercerita tentang Lara Aishah, Fasha yang membawakan watak utama mengakui banyak bermain dengan emosi.
Tambahnya, jalan cerita tentang hubungan dua darjat mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan kehidupan yang pernah dilaluinya dahulu.
"Saya dipilih oleh pihak Astro mungkin kerana mereka melihat saya sebagai seorang wanita yang kuat dalam menghadapi dugaan rumah tangga.
"Secara jujurnya bukan senang untuk membawa watak ini dan say terima tawaran ini juga kerana kekuatan jalan cerita dan watak tersebut," ujarnya.
Drama bersiri 100 episod itu merupakan adaptasi daripada siri telenovela Mexico popular La Loba yang diarahkan oleh Riza Baharudin.
Lara Aishah turut melibatkan pelakon terkenal seperti Nazim Othman, Jasmin Hamid, Datuk Eizlan Yusof, Shah Jaszle dan Dian P Ramlee.
Ia akan ditayangkan bermula 29 Ogos ini pada Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment