Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Wanita Maut Dihempap Besi Kren Seberat 1 Tan Di Jalan Raja Chulan

on Friday, 26 August 2016


KUALA LUMPUR – Seorang pemandu kereta wanita maut dihempap besi yang dipercayai terjatuh daripada sebuah kren di tapak pembinaan di Jalan Raja Chulan, di sini malam ini.

Dalam kejadian 7.20 malam itu, besi berkenaan dipercayai terjatuh daripada kren di sebuah tapak pembinaan, bersebelahan pusat beli-belah Pavilion dan menimpa kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.
Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Samsol Maarof Saibani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada 7.21 malam dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.
“Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari balai bomba Pudu dan Hang Tuah dengan kekuatan 16 anggota bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.
Beliau berkata kerja-kerja mengalihkan besi yang menimpa kereta berkenaan sedang dilakukan. – BERNAMA
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment