Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Pelakon Terkenal Era 90an Farisha Irwayu: Saya Bukan Rampas Ustaz Asmawi

on Thursday 8 September 2016


KUALA LUMPUR – PELAKON terkenal era 90-an, Farisha Irwayu Ghali menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya perampas selain menghancurkan rumah tangga pendakwah terkenal, Tuan Asmawi Tuan Umar.

Menerusi laporan sebuah akhbar harian sebelum ini, timbul kenyataan Tuan Asmawi ingin menyunting aktres itu menjadi isterinya selepas proses penceraian beliau dengan isterinya selesai.
Kenyataan itu menimbulkan spekulasi dalam masyarakat bahawa Farisha adalah punca kepada keretakan rumah tangga ustaz berkenaan.
Menjawab tuduhan perampas, Farisha menjelaskan dirinya hadir di saat Tuan Asmawi sudah pun mengalami masalah rumah tangga dan dia bukanlah seperti yang diperkatakan kini.
“Biasalah persepsi masyarakat kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Itu tanggapan masing-masing tapi keadaan yang sebenarnya hanya kita berdua sahaja yang tahu.
“Saya hadir dalam kehidupan ustaz pun setelah dia ada masalah dalam rumah tangga, nak kata perampas, bukan kot, tak mungkin,” katanya kepada Mynewshub di sini semalam.
Menceritakan perkenalan mereka, Farisha berkata, dia mula mengenali Tuan Asmawi sejak tujuh tahun lalu dan hanya mengetahui perkembangannya menerusi laman sosial Facebook.
“Saya tengah single, tiada sesiapa, jadi ustaz terus-terang cakap yang dia berniat nak jadikan saya isteri.
“Lepas tu, saya cakap ustaz jangan main-main nanti ustazah (isteri Tuan Asmawi) marah sebab saya tahu dia ada isteri, dia ada anak.
“Walaupun saya kawan dengan dia di laman sosial tapi saya memang tiada hati dengan dia langsung, takde apa-apa perasaan sebab tengok kawan-kawan happy dah.
“Di situlah dia mula bercerita apa masalah dia semua, saya cakap ok.
“Niat dia pun murni untuk memperisterikan saya, saya kata why not. Dia kata kalau dah selesai (penceraian), dia nak nikah,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Tuan Asmawi turut mempertahankan bakal isterinya itu bukanlah perampas seperti mana yang didakwa.
Beliau juga menyatakan perkara yang sama iaitu Farisha hanya muncul dalam hidupnya selepas mula berhadapan krisis rumah tangga.
Tuan Asmawi menyifatkan perkahwinannya sebelum ini tidak lagi dapat dipertahankan memandangkan sudah tiada persefahaman di antara beliau dan isterinya.
“Ada juga yang mengatakan Farisha adalah perampas kebahagiaan keluarga saya disebabkan proses penceraian pun belum berlaku.
“Farisha bukan perampas sebenarnya, saya yang cari dia. Dia tiada kaitan dengan apa yang berlaku kepada saya dan keluarga sebelum ini,” kata Tuan Asmawi.
Mengakui bakal mendirikan rumah tangga dengan Farisha sebaik proses penceraiannya berakhir, Tuan Asmawi memohon titipan doa yang terbaik buat dirinya dan Farisha daripada anggota masyarakat.
Tuan Asmawi merupakan seorang penceramah bebas yang juga penyampai suara latar profesional, konsultan produksi TV dan Radio, selain menubuhkan Pusat Perubatan Alternatif Baitul­wa­fi.
Farisha pula agak popular sekitar tahun 1990-an melalui drama slot Spectra terbitan HVD, seangkatan dengan nama-nama seperti Liza Abdullah, Maria Farida dan Noniswara. Beliau juga masih aktif berlakon, antaranya dalam drama Cucu Bentong, Cik Bunga Encik Sombong dan Nenek Ranggi.
Aktres itu memiliki dua anak berusia 27 dan 16 tahun hasil perkahwinan terdahulu. 
Credit – MYNEWSHUB.CC
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment