Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Minum Air Suam Untuk Kesihatan Di Musim Jerubu

on Saturday, 29 June 2013


Hadkan aktiviti luar rumah dan banyak minum air suam ketika keaadaan sekarang yang cuaca panas dan jerubu melanda.

Kenapa perlu minum air suam? Ramai yang menyangka tabiat minum air suam hanya petua atau cerita daripada ‘orang tua-tua’ sahaja.
Tetapi, pengamal penjagaan kesihatan juga memang berpendapat bahawa minum air suam dapat memanjangkan umur sel badan!

Air dingin

“Minum air sejuk mungkin boleh beri kepuasan bagi menghilangkan dahaga.

“Tetapi ahli sains percaya air yang sejuk akan mengentalkan lemak dalam makanan yang baru diambil dan menyukarkan sistem pencernaan lemak dalam badan.

“Ini selanjutnya menyukarkan pengeluaran bahan buangan lemak dari dalam badan," jelas pengamal perubatan Dr. A.Radha.

Minum air sejuk atau yang mempunyai ketulan ais adalah tidak sebaik minum air biasa dari segi hidrasi badan.
Teorinya adalah, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.

Ada pengkaji bidang perubatan yang mempunyai pandangan berbeza tentang sama ada minum air sejuk lebih baik daripada minum air suam terutama selepas melakukan senaman.

“Ada doktor yang menyarankan minum air biasa adalah lebih baik daripada minum air sejuk kerana badan terpaksa mengeluarkan tenaga lebih untuk memanaskan air sejuk ini ke tahap suhu badan, menyebabkan terjadinya kehilangan air dari badan.

“Tetapi ada juga doktor yang menyatakan bahawa selepas aktiviti senaman yang cergas, minum air sejuk akan mudah menyejukkan badan jika dibandingkan dengan air suam," jelas Dr. Radha.

Kata Dr. Radha, mereka yang minum air sejuk sebenarnya akan minum lebih banyak air kerana air sejuk rasanya lebih sedap dan lebih memuaskan.

Bila air sejuk melalui sistem dalam badan, ia mengentalkan lelemak makanan yang baru atau sedang dimakan.

Ini menyebabkan penghadaman serta penyerapan makanan lebih sukar selain dari membuang apa yang tidak perlu dari badan.

Tetapi jika ditukar air sejuk kepada air suam atau panas (seperti teh atau kopi), air yang suam itu akan membantu mencairkan lelemak dalam makanan yang diambil dan memudahkan pencernaan.

“Ia turut membantu membuang lemak dengan cara yang lebih senang dari sistem badan serta mengurangkan risiko salur darah tersumbat," kata beliau.

Kalau hendak bantu seseorang yang tengah demam panas, jangan guna air sejuk tetapi gunakanlah air yang agak suam.

Kata Dr. Radha, air yang sejuk sebenarnya boleh merangsang dan menaikkan suhu badan. Jika mereka yang demam minum air sejuk, badan mereka akan jadi ‘kesejukan’. Jadi air suam adalah pilihan yang baik.

Minum air suam juga boleh menenang dan merelakskan badan, kata beliau lagi.

Warna kencing

Menurut Dr. Radha, indikasi terbaik sama ada badan mencukupi imbangan air adalah dengan melihat warna air kencing.

“Jika warna air kencing pekat kekuningan, seseorang itu mungkin tidak cukup air dalam badan, tetapi jika air kencing itu berwarna kuning pucat dan cerah maka kandungan cecair badan adalah mencukupi. Harus diingat warna air kencing pada sebelah pagi adalah lebih pekat," katanya.

Menurut beliau lagi, ahli sains percaya minum air suam ketika makan boleh membantu mengurangkan berat badan.

“Jika kita tukar air sejuk yang diminum dengan air suam seperti minuman teh, kopi atau herba, lemak dalam makanan akan kekal cair dan lebih mudah bagi serapan serta pengeluaran dari badan.

“Ini akan membantu mengurangkan berat badan selain membuang lemak dari bersalut dalam salur darah," katanya.

Mengikut amalan perubatan tradisional Cina, untuk kekal sihat seseorang digalakkan minum air suam.

“Air sejuk sebenarnya tidak baik untuk perut anda," katanya lagi.- Bernama

Alasan Adalah Penyakit Kepada Punca Kegagalan

on Friday, 28 June 2013


Sekadar Hiasan
Apakah punca kegagalan? Punca paling besar adalah selalu membuat alasan. Jadi, penyakit yang selalu ada dalam kalangan orang yang gagal adalah orang yang selalu beralasan untuk berjaya dan melaksanakan tugasnya.

Di kalangan mereka ini, ada yang mengharapkan bulan jatuh ke riba tanpa melakukan usaha. Angan-angan mat jenin sudah menjadi tabiat mereka. Kerja mereka hanya goyang kaki dan mengharapkan nasib semata-mata.

Tahukah anda bahawa orang yang bijak tidak menggunakan alasan yang sama yang dibuat oleh orang yang gagal walaupun mereka boleh melakukannya. Kadang-kadang, mereka juga sakit, keletihan, buntu dan tiada idea tetapi mereka tidak menjadikan perkara ini sebagai penamat atau penghalang daripada terus berusaha sebaliknya mereka menjadi lebih ghairah untuk mencari penyelesaiannya.

Suatu perkara yang lebih buruk lagi, orang yang selalu beralasan dengan sesuatu alasan, katakanlah dia selalu beralasan bahawasanya dia tidak sihat, maka sebenarnya dia telah memfokuskan dirinya dalam keadaan sakit dan tidak bermaya. Walaupun, dia tahu itu hanyalah alasan yang dibuat pada sesuatu ketika tetapi dia lupa bahawasanya perkara itu sedang berakar umbi dalam dirinya. Seluruh tubuh sedang berusaha untuk menjadikan dirinya lemah dan tidak bermaya kerana dia telah memikirkan demikian.

Hal ini telah dibuktikan dengan seorang yang menghidap penyakit kencing manis tahap normal. Beliau merasakan dirinya tidak sihat dan terlalu berhati-hati dalam semua perkara bagi mengelakkan dirinya tercedera atau terkena jangkitan. Beliau juga mengurungkan diri sendiri dalam bilik dan kurang bergaul dengan orang lain. Kesannya, tubuh badannya menjadi semakin lemah dan penyakit kencing manisnya semakin kronik.

Apakah alasan yang sering orang gagal gunakan ?

1. Saya tidak sihat

Ini alasan yang paling banyak sekali digunakan. Bayangkan, kita banyak gunakan alasan ini dan hasilnya kita tidak ke kelas atau tempat kerja berhari-hari. Katakanlah dalam setahun, kita telah menggunakan alasan ini 5 kali bermakna kita telah menghabiskan diri masa kita untuk berada dalam alasan ini selama 5 hari. Dan 5 hari bermakna 5 x 24 jam = 120 jam. Lama tu! Bayangkan kalau kita gunakan masa itu untuk kita menulis, saya kira kita sudah mampu menghabiskan 2-3 bab.

Apakah sakit yang bermasalah? Tidak. Sakit tidak bermasalah tetapi yang bermasalah adalah menggunakan alasan sakit untuk duduk dan berbaring semata-mata tanpa melakukan apa-apa kerja. Anggapkan hari sakit anda seperti hari-hari biasa. Lakukan kerja harian seperti biasa dan abaikan fikiran kita daripada mengingati sakit. Jangan bercakap dengan orang lain tentang sakit dan keadaan anda kerana ianya hanyalah menambahkan lagi kesakitan dan anda lebih tidah bermaya. Syukurlah dengan apa yang anda hadapi sekarang. Berapa lama anda mengecapi nikmat kesihatan sebelum Allah berikan kesakitan? Pastinya kesakitan ini hanyalah sekejap jika dibandingkan dengan kesihatan.

2. Saya tidak cukup pandai

Ini adalah sikap orang yang terlalu merendah diri. Puncanya, anda terlalu memandang rendah terhadap keupayaan diri sendiri dan memandang tinggi keupayaan orang lain. Pandanglah diri kita sebagai insan yang luar biasa dan mempunyai kemampuan yang istimewa yang belum kita cungkilkan lagi. Cari peluang untuk mencungkil bakat yang terpendam itu.

Ingatlah bahawa ilmu bukanlah kuasa atau penyebab seseoran itu berjaya kerana ramai orang yang berilmu tetapi tersungkur di tengah jalan menuju kejayaan. Ilmu adalah potensi kuasa sahaja sebaliknya yang menjadikannya berkuasa adalah mengaplikasikan ilmu.

Selain itu, orang yang genius bukanlah orang yang berjaya di atas muka bumi ini. Kebanyakan orang yang berjaya di dunia ialah orang yang tidak sempat menghabiskan persekolahan mereka. Mereka hanyalah orang berjaya mengawal pemikiran mereka untuk berjaya.

3. Saya terlalu muda/ tua

Faktor umur dalam menggapai kejayaan adalah tidak penting. Semua orang mampu berjaya. Tiada istilah terlewat dalam berjaya. Selagi mana anda ada keinginan untuk Berjaya maka anda mampu melakukannya. Just do it!

Ramai orang muda yang mengetuai organisasi yang kebanyakan ahlinya adalah orang tua. Yang penting bukan tua atau muda tetapi bagaimana anda menguruskannya dan menghargai orang lain yang lebih tua daripada anda.

Mengikut kajian, umur yang produktif adalah antara 20 tahun hingga 70 tahun. Maka, jika kita masih dalam linkungan ini, teruskanlah usaha untuk berjaya. Sebaliknya, jika sudah terkeluar dalam lingkungan ini tetapi merasa yakin mampu untuk menggapai kejayaan, maka buktikan kajian tidak benar dan anda mampu melakukannya.

4. Saya sentiasa bernasib malang

Siapakah yang tahu nasib anda? Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Apakah kerja anda? Usaha dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Mengharapkan nasib semata-mata adalah seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Buatlah perubahan. Pasti di sana ada sedikit kekurangan yang perlu diperbaiki. Tingkatkan diri anda kepada yang lebih baik. Banyakkan membaca dalam bidang yang diceburi serta buat sedikit kajian tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri dalam bidang tersebut serta kelebihan dan kekurangan pihak lain. Insya Allah, pastinya anda akan mendapat peluang yang diharapkan.

Kesimpulannya, janganlah beralasan walaupun alasan itu benar kerana ia hanyalah melemahkan diri anda. Positif dalam berfikir dan bertindak. InsyaAllah, anda pasti Berjaya. Jumpa di sana!

Ar-Razi,

Fes, Maghribi.

By: Mohd Fakurazi Bin Ghazali

Sumber

9 Sifat Wanita Yang Menjadi Idaman Seorang Lelaki

on Thursday, 27 June 2013

Hiasan

1. Sikap Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

2. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.


3. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

4. Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat  lelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

6. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik.Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dab berfikiran terbuka.

 7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan  oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan  dirinya sesuka hati.

9. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Sumber 

Tanggungjawab anak lelaki kepada ibu bapa selepas berkahwin

Keluarga

Seperti kita tahu,apabila kita sudah berkahwin,komitmen kita semakin bertambah,tetapi adakah kita harus menghentikan tanggujawab kita kepada ibu dan ayah hanya kerana komitmen kita yang semakin bertambah?
Hubungan dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya tidak akan terputus walaupun ia telah mendirikan rumahtangga.Sekiranya ibu bapanya miskin tidak berharta, sebagai anak wajiblah membantu kedua ibu bapanya dan tidak menjejaskan nafkahnya kepada ahli keluarganya sendiri. Kerana keredhaan Allah SWT bergantung kepada keredaan ibu dan bapa.

Diriwayatkan dari jabir Ibnu Abdillah ia berkata bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah mengambil hartaku".

Kemudian malaikat Jibril pun turun kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Allah Azza Wajalla menyampaikan salam kepadamu. Apabila orang tua itu datang kepadamu maka tanyalah kepadanya tentang sesuatu yang dikatakan dalam dirinya dan hanya di dengar oleh telinga saja".

Tatkala orang tua itu datang, Rasulullah SAW pun bertanya: "Mengapa anak lelakimu mengeluh tentang sikapmu, dan apakah engkau ingin mengambil hartanya ?".

Orang tua itu pun berkata: "Tanyalah kepada anak lelaki ku itu ya Rasulullah, apakah aku menggunakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku".

Rasulullah SAW berkata: "Janganlah ceritakan hal ini kepada kami, beritahulah aku tentang sesuatu yang engkau ucapkan dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu". (sesuai dengan perintah malaikat Jibril tadi)

Orang tua itu pun berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, Allah SWT selalu menambah keyakinan kami terhadap diri baginda. Aku telah mengucapkan sesuatu dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku".

Rasulullah SAW bersabda: "Katakanlah agar saya dapat mendengarnya". Orang tua itu pun berkata:

"Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan ku biayai engkau ketika dewasa.

Engkau minum dari rezeki yang kuberikan kepadamu.

Bila engkau sakit di waktu malam, aku tidak tidur dan gelisah semalaman kerana penyakitmu.

Seakan akulah yang terkena penyakit itu bukannya engkau sehingga akhirnya aku menangis.

Diriku takut jika engkau binasa.

Supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.

Tatkala engkau menjadi besar dan mencapai akhir usia, aku pun tidak mengharapkanmu.

Engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.

Jika engkau tidak memelihara hak aku sebagai seorang bapa cukupah engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan.

Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu".

Ketika itu Rasulullah SAW memegang leher baju anak lelaki tersebut dan berkata: "Engkau dan hartamu milik ayahmu".

Jelaslah bagi kita betapa penting tanggungjawab anak lelaki terhadap kedua ibu bapa. Walaupun dia sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan isteri dan anak-anaknya tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapa tidak boleh diabaikan.

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGA

Sekian Terima Kasih

6 Makanan Berkhasiat Untuk Elak Jadi Seorang Pelupa

on Wednesday, 26 June 2013

Buah Avocado

1. Avokado
Avokado memang merupakan makanan yang hebat! Banyak khasiat. Kandungan asid oleik yang tinggi dalam avokado boleh melindungi saraf neuron kita. Selain itu ianya juga meningkatkan aliran darah dalam otak sekaligus memperbaiki fungsi jantung.

2. Blueberry
Blueberry juga merupakan makanan yang sangat bagus untuk kesihatan. Juga dikenali sebagai 'brainberries', buah ini mengandungi antioksidan yang paling tinggi dalam kalangan buah-buahan. Buah ini juga selalu digunakan bagi merawat penyakit Alzheimer, iaitu nyanyuk.

3. Kacang
Kacang (kekacang) juga makanan untuk kesihatan otak. Ianya boleh menstabilkan aras kandungan gula dalam badan sekaligus meningkatkan fungsi otak. Amalan memakan kekacang juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada makanan berkanji tinggi.

4. Bijirin dan Bijian
Bijirin juga  dapat membekalkan manfaat untuk kesihatan badan. Selain daripada tinggi dengan kandungan fiber atau serat, makanan ini juga dapat membekalkan vitamin dan mineral yang tinggi untuk badan. Kandungan lemak omega nya mampu meningkatkan lagi kemampuan otak ke tahap yang maksimum.

5. Ikan Salmon Liar
Ikan salmon memang merupakan antara ikan yang mempunyai khasiat yang diperakui. Omega-3, Vitamin B dan juga asid amino yang tinggi menjadikan nya makanan yang paling bagus untuk meningkatkan keupayaan kognitif kita.

6. Coklat Hitam
Coklat juga terbukti mempunyai antioksidan yang tinggi. Selain itu, ia mampu membaiki fokus, meningkatkan konsentrasi dan merangsang penghasilan endorfin, yang membantu membina otak yang sihat.


p/s: Suka amal makan kismis (Bijirin dan Bijian) masa sekolah-sekolah dulu.. ;)

Sumber

Adun Kuala Besut Meninggal Dunia (Al-Fatihah), Pilihan Raya Kecil Pertama Bakal Diadakan


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A.Rahman Mokhtar meninggal dunia, kira-kira pukul 10 pagi, Rabu.

Beliau meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat kanser paru-paru. Jenazah akan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut, Kuala Terengganu. Dr A. Rahman, 55, baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Exco Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.
Beliau meninggalkan balu, Azizah N. Omar dan empat orang anak, Mohd. Zaihan, Mohd. Razhan, Mohd. Zaffuan dan Nurul Najihah.

Kematian Adun Kuala Besut itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU13.

M star

PAS rakam takziah

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarganya bersabar dengan ujian yang dihadapi ini.

"Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan PAS akan mengadakan ziarah, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang agak 'friendly' dan tidak terlalu protokol dengan masyarakat.

"Ada kelebihan bagi batang tubuh Allahyarham, di mana tidak terlalu protokol dengan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat. Moga-moga segala khidmat beliau itu mendapat ganjaran sebaiknya," kata beliau lagi. -HD

21 Perkara Yang Membuat Lelaki Menyenangi Wanita

Hiasan

Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.

Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.

Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.

Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.

Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.

Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.

Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.

Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting.

Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.
12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.

Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.

Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda.

Sumber


Minuman Panas, Kenapa Rasullah SAW Larang Kita Tiup ?

on Tuesday, 25 June 2013

Hiasan

Walaupun Nabi dan Rasul kita, Muhammad SAW telah lama wafat, namun baginda meninggalkan kita dengan "harta pusaka" yang sangat bernilai untuk umat akhir zaman menjadikannya sebagai bekalan untuk menjalani kehidupan dengan cara yang lebih terhormat dan membimbing ke arah yang di redhai Allah SWT.  Harta pusaka yang di maksudkan ialah Al Quran, Hadith dan segala tingkah laku baginda semasa hidup yang disampaikan dari generasi ke generasi.

Nabi Muhammad SAW melarang para sahabatnya meniup air panas yang akan diminum. Baginda tidak menerangkan mengapa baginda melarang tetapi baginda hanya melarang perbuatan tersebut. Ternyata dalam penelitian sains, karbondioksida (CO2) yang dihembuskan dari mulut manusia bertemu air panas (H2O) akan menghasilkan persenyawaan H2CO3 dan jika bahan ini masuk ke dalam tubuh manusia maka ia boleh mengakibatkan komplikasi penyakit jantung.  Hal ini boleh juga digunapakai pada makanan yang berkuah atau bersup.

Sungguh beruntungnya umat Islam kerana Allah SWT melalui Nabi dan RasulNya telah disalurkan ilmu pengetahuan sains yang sebelum ini tidak diketahui oleh para sainstis barat atau kafir,  Namun atas kelekaan bangsa yang menganuti agama suci ini, makanya musuh-musuh yang ingin "membunuh" Islam pula yang bersungguh-sungguh mengkaji dan menggali ilmu-ilmu Tuhan ini yang terkandung dalam Al Quran dan Hadith.

Umat Islam pada hari ini (terutamanya di Malaysia) terlalu sibuk dengan mempersiapkan dan mengejarkan kekayaan di dunia dan meninggalkan persediaan untuk kehidupan di akhirat.  Lihat sahajalah apa yang berlaku dalam filem-filem di Malaysia.  Pengarahnya beragama Islam tetapi atas tangannya dia menghalalkan maksiat antara para pelakonnya atas alasan mengikut kehendak skrip. Sedangkan skrip paling utama yang wajib dipatuhi  adalah dari Allah SWT sebagai dijadikan panduan di atas pentas hidup di dunia ini.

Itu belum lagi termasuk kegilaan belia kini menyertai pelbagai pertandingan untuk menjadi artis dan ibu bapa mereka merestui anak-anak mereka terutamanya anak perempuan berpakaian tetapi telanjang dalam pertandingan berkenaan. Apabila pertandingan sebegini disiarkan pula di televisyen, yang jadi penontonnya bukan hanya setakat golongan remaja dan ibu bapa malahan kanak-kanak juga turut mengikutinya. Ini akan merosakan pemahaman kanak-kanak terhadapan kepatuhan dalam melaksanakan perintah Allah SWT.  Maka dosa berangkai akan terus menerus bersambung sehingga tibanya hari terakhir kematian Dajjal yang dijanjikan Allah SWT akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S.

Sumber

8 Cara Jadi Suami Terhebat !

Hiasan

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.


3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua


Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

Hiasan

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.


5 Perkara Bawa Wanita Ke Syurga

on Monday, 24 June 2013

Hiasan

Terdapat 5 perkara yang boleh membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, adalah perkara - perkara berikut

Pertama, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

Kedua, hendaklah mentaati suami.

Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

Ketiga, selalu mengingati Allah.

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

Keempat, solat malam.

Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah.

Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam

Sumber

40 Kesilapan Ibu Bapa Sewaktu Mendidik Anak


Hiasan
Anak-anak adalah harta yang paling berharga. Merekalah pewaris kita yang akan mendoakan kita jika kita sudah meninggalkan dunia yang fana ini. Kesilapan mendidik anak-anak membawa padah yang  besar.Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8)Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.

18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Sumber

TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI

on Sunday, 23 June 2013

Hiasan

[TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI] ~Tanyalah Ustazah. Panel Ustazah Harlina Siraj.

PERANAN BAPA:

1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih dibawah 5 tahun
2. Bawa anak bersiar-siar dan spend waktu bersamanya
3. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding
dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal
4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan di ikut oleh anak.
cth: jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.
5. Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.



PERANAN IBU

1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu
2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.
3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil

Moga dapat beri sedikit sebanyak panduan untuk ibu bapa di luar sana.


Sumber

10 tips untuk menjadi Isteri Solehah

Hiasan

PERNIKAHAN merupakan permulaan kepada sebuah hidup yg dipenuhi dengan tanggungjawab sebagai suami dan isteri dan juga tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Sekiranya kita bijak melayari bahtera rumahtangga, kita akan belayar di lautan yang tenang dan membahagiakan.

Bukan badai, ombak besar atau ribut taufan yg diharapkan, tetapi cukuplah sekadar ombak kecil yg akan lebih merapatkan hubungan dan meningkatkan kefahaman antara pasangan.

Dibawah ini merupakan kata-kata yang diucapkan oleh Umamah binti Harith kepada anak perempuannya yang bakal  menikah dengan seorang Raja Yaman iaitu Al-Harith bin Amru.

”Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu sepuluh perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam rumahtangga nanti”

1 - "Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk".

 
Jangan melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh suami. Malaikat akan melaknat si isteri sehingga waktu subuh seandainya si suami tidur dalam keadaan marah terhadap isteri.

2 - "Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu".


Selalulah melakukan perkara yang disukainya, pasti si suami akan bertambah sayang. Kalau suami suka makan asam pedas, masaklah asam pedas, jangan masak gulai tempoyak pula. Kalau suami suka warana biru, berhiaslah dengan warna biru, jangan berhias dengan warna kelabu pula.

3 - "Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu".

 
Berlembutlah dengan suami. Kalau berlaku pertengkaran, selesaikan dengan berhemah. Jangan sampai periuk belanga di dapur yang menjadi mangsa. Kalau suami terkhilaf, tegurlah dengan hikmah kerana lelaki mempunyai ego, tidak mahu dilihat lemah dihadapan perempuan. Oleh itu, berlembutlah.

4 - "Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan sempurna dan baik".

 
Kerana itulah seorang isteri itu lebih digalakkan untuk berada di rumah. Rumah merupakan tanggungjawab isteri. Dialah yang akan menjadikan suasana sesebuah rumah itu seperti syurga dunia atau neraka dunia. Bayangkan, jika si isteri bekerja sehingga lewat malam, pasti dia tidak akan mempunyai masa untuk menguruskan rumahtangga dengan baik dan ini boleh menimbulkan perbalahan.
5 - "Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya".
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(al-Nisa’: 34)
Ketika si suami keluar bekerja, peliharalah maruah dirimu. Jangan menjemput orang asing ke rumah sesuka hati. Kata orang, apabila kita berkahwin, kita bukan hanya berkahwin dengan pasangan kita tetapi juga berkahwin dengan keluarganya. Peliharalah maruah diri suami dan keluarganya. Jangan menceritakan aib mereka kepada orang lain.

6 - "Simpankan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya".

Orang perempuan ni memang suka bercerita tetapi hati-hati jangan sesekali menceritakan tentang suami kita kepada orang lain. Khuatir ada yang jatuh cinta dengan suami kita pula. Kalau suami kita menyuruh kita melakukan sesuatu, taatilah dia selagi mana permintaannya itu tidak melanggar hukum syarak.
7 - "Jagalah waktu makannya dan waktu beristirahat kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan".
 
Air tangan seorang isteri mampu memikat hati suami. Jagalah makan minumnya, jangan sampai dia keluar mencari makan di kedai mamak.

8 - "Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya".
Bersama-samalah suami dalam senang dan susah. Jika dia bergembira, anda perlulah menunjukkan anada juga gembira. Dan jika dia bersedih, pujuklah hatinya agar tenang semula supaya dia tahu anda akan selalu bersamanya.

9 - "Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu".

 
Isteri yang baik adalah isteri yang berhias dan bersolek cantik ketika berada di rumah. Bukannya bersolek dan berhias sakan ketika berada di luar rumah. Ada isteri yang kurang prihatin, apabila dia berada di rumah, badan berbau bawang dan rambut kusut-masai. Suami yang penat bekerja, bertambah penat melihat sikap si isteri. Anehnya, bila keluar ke pasar, amboi..cantik mengalahkan Miss Universe. 

10 - "Jadikanlah dirimu sebagai amah kepadanya, nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu".

 
Syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami. Teringat kisah ketika zaman Rasulullah SAW, terdapat seorang wanita pada zaman itu yang dikatakan akan mendahului puteri nabi, Fatimah ketika masuk ke syurga. Wanita itu akan berjalan dihadapan Fatimah kerana beliau yang akan memegang tali kuda yang ditunggangi puteri Nabi itu. Ia merupakan ganjaran baginya kerana mentaati suaminya.
Demikianlah 10 petua daripada Umamah binti Harith untuk anaknya yang boleh dijadikan panduan oleh para wanita yang bercita-cita atau berazam mahu menjadi isteri yang solehah.

Sabda nabi SAW :
“Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau suka”.
Apa yang penting, suami isteri tahu peranan masing-masing dalam hidup berumah tangga. Sikap tolak ansur dan saling memahami akan mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.
Sumber

Selepas Bersalin, Ibu Perlu Berpantang?

on Saturday, 22 June 2013

Gambar Hiasan

Masa mengandung berat badan ibu naik dengan banyak sekali. Sudahnya hati runsing dan sibuk bertanya bolehkah badan ini kembali macam dulu. Jawapannya mudah sahaja, amalkan berpantang secara tradisional, In Shaa Allah badan kembali langsing dan yang penting sihat.

Tetapi berapa ramai ibu-ibu moden masa kini masih kekal mengikut cara orang tua-tua berpantang? Ada yang berkata leceh hendak berstokin sepanjang hari, berbengkung, berpilis dan bertungku. Lebih berani, ada ibu yang baru dua minggu bersalin sudah sibuk mengusung anak ke pusat beli-belah.

Wah, ini kalau dilihat mak-mak bidan tradisional mahu menjerit dia. Bukan apa, kalau ikut cara berpantang tradisional yang sebenar, ibu-ibu dilarang melangkah keluar dari rumah sepanjang tempoh 40 hari berpantang.

Tetapi biasanya kita boleh melihat secara fizikal jika dibuat perbandingan antara ibu yang mengamalkan pantang dengan ibu yang tidak berpantang langsung. Ibu berpantang jarang mengalami sengal-sengal badan dan sakit pinggang, badan lembik tidak bermaya dan perut buncit macam masih lagi mengandung.
Jom kita semak semula apa perkara yang sepatutnya dipatuhi oleh ibu-ibu selepas bersalin.

1.       Kawal pergerakan
*Jangan terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan kerana dibimbangi tumpah darah.
*Sentiasa memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti bentan.
*Duduk secara rapat paha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan rahim kembali.
 
2.       Jaga pemakanan
*Makan ikan haruan supaya luka cepat sembut.
*Jangan makan makanan berkanji dan bersantan. Pulut misalnya boleh menyebabkan angin dan menambahkan kolesterol dalam badan. Ini melambatkan proses menurunkan berat badan.
*Jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin seperti kangkung, kacang panjang, labu air, nangka muda.
 
3.       Amalkan mandian air rebusan herba
*Air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kaduk, pandan,, serai wangi, jambu batu elok untuk menyegarkan tubuh yang lesu selepas bersalin.
 
4.       Berurut
*Amalan berurut seluruh badan membantu membetulkan urat-urat badan yang tegang, mengembalilkan pengaliran darah serta menaikkan rahim kembali ke tempat asal.
 
5.       Bertungku
*Selepas berurut elok bertungku terutama di bahagian perut dan peranakan untuk mempercepatkan proses pengecutan peranakan sekali gus mengempiskan perut ibu.
 
6.       Menyapu pilis
*Amalan yang semakin jarang dilakukan ibu lepas bersalin. Pilis bertujuan menyejukkan 
   bahagian kepala dan mencerahkan mata serta mengelakkan daripada sakit kepala yang 
   mungkin boleh menyebabkan meroyan.
 
7.       Minum jamu
*Sekarang ada banyak alternatif jamu bersalin yang bersesuaian untuk diamalkan. Ia membantu mengembalikan tenaga yang hilang dalam proses bersalin.

Semoga dengan langkah - langkah berpantang yang telah diterangkan ibu - ibu akan dapat semakin sihat dan langsing.

Jangan Tidur Di Dua Waktu Ini !!!

on Friday, 21 June 2013

Hiasan
 
1. Tidur di Pagi Hari Setelah Solat Subuh

DARI Sakhr bin Wadi’ah Al-Ghamidi radliyallaahu ‘anhu bahwasannya Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
ﺎﻫﺭﻮﻜﺑ ﻲﻓ ﻲﺘﻣﻷ ﻙﺭﺎﺑ ﻢﻬﻠﻟﺍ

”Ya Allah, berkati lah bagi ummatku pada pagi harinya” (HR. Abu dawud 3/517, Ibnu Majah 2/752, Ath-Thayalisi halaman 175, dan Ibnu Hibban 7/122 dengan sanad shahih).

Ibnul-Qayyim telah berkata tentang keutamaan awal hari dan makruhnya menyia-nyiakan waktu dengan tidur, dimana beliau berkata : “Termasuk hal yang makruh bagi mereka iaitu orang salih adalah
tidur antara solat shubuh dengan terbitnya matahari, kerana waktu itu adalah waktu yang sangat berharga sekali. Terdapat kebiasaan yang menarik dan agung sekali mengenai manfaat waktu tersebut dari orang-orang salih, walaupun mereka berjalan sepanjang malam mereka tidak toleransi untuk istirehat pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Kerana ia adalah awal hari dan sekaligus sebagai kuncinya.


Ia merupakan waktu turunnya rezeki, adanya pembagian, turunnya keberkatan, dan darinya hari itu berjalan dan mengembalikan segala kejadian, hari itu atas kejadian yang mahal tersebut. Maka rugi tidur pada ketika itu seperti tidurnya orang yang terpaksa” (Madaarijus-Saalikiin 1/459).

2. Tidur Sebelum Solat Isya’

Diriwayatkan dari Abu Barzah radlyallaahu ‘anhu : ”Bahwasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam membenci tidur sebelum solat isya’ dan bercerita selepasnya” (HR. Bukhari 568 dan Muslim 647).

hadits-hadits Nabi menerangkan makruhnya tidur sebelum solat isya’. Oleh sebab itu At-Tirmidzi (1/314) mengatakan : “ulama menyatakan makruh hukumnya tidur sebelum solat isya’ dan bercerita setelahnya. Dan sebagian ulama’ lainnya memberi keringanan dalam masalah ini. Abdullah bin Mubarak mengatakan : “Kebanyakan hadits-hadits Nabi melarangnya, sebagian ulama membolehkan tidur sebelum solat isya’ khusus di bulan Ramadan saja”.

Al-Hafidh Ibnu Hajar berkata dalam Fathul-Baari (2/49) : “Di antara para ulama melihat adanya keringanan (iaitu) mengecualikan bila ada orang yang akan membangunkannya untuk solat, atau diketahui dari kebiasaannya bahwa tidurnya tidak sampai melewatkan waktu solat. Pendapat ini juga tepat, kerana kita katakan bahwa alasan larangan tersebut adalah bimbang terlewatnya waktu solat”.
 

Virus MERS bahaya berbanding SARS


Virus MERS Lebih Berbahaya daripada SARS

LONDON - Sejenis virus akut pernafasan misteri berasal dari Timur Tengah, dilaporkan amat mudah merebak antara manusia sekali gus lebih bahaya berbanding virus SARS.

Menurut laporan AP, sekumpulan pakar perubatan yang mengkaji rebakkan sindrom pernafasan akut Timur Tengah (MERS) di Arab Saudi melaporkan, lebih 60 kes disahkan membabitkan jangkitan MERS termasuk 38 kematian direkod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam 2012.

Pakar mendedahkan virus MERS yang merebak teruk di Arab Saudi dan mengorbankan lebih 30 nyawa memiliki beberapa persamaan ketara dengan SARS.

Pesakit Mengalami Simptom Seperti Batuk dan Demam yang
Berlarutan
Pakar epidemiologi kanan pusat Perubatan Johns Hopkins, Dr Trish Perl menerusi laporan di dalam Jurnal Perubatan New England berkata, pasukannya masih belum dapat memastikan sama ada MERS disebar menerusi air liur, pernafasan atau dengan sentuhan.

"Sebahagian pesakit yang dijangkiti berkedudukan agak jauh antara satu sama lain tetapi entah bagaimana ia boleh berlaku.

"Tetapi, dalam satu andaian yang agak tepat, kita menjangkakan sebaran MERS berlaku menerusi letupan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar," kata Perl.

Menurut Perl, virus MERS mula dilaporkan merebak di tanah Arab pada 24 Semptember 2012 dan ia masih belum dapat diubati.

Setakat ini, rekod menunjukkan MERS mula menjangkiti penduduk di Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Perancis, Jerman, Itali dan Tunisia yang mana pesakit pernah menjejakkan kaki ke rantau Timur Tengah.
Statistik Kes Kematian Terkini

Penghidap disahkan mengalami simptom seperti demam dan batuk berlarutan selama beberapa hari dan jika tidak diberi rawatan khas, mereka akan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Pakar tidak menolak MERS berkait rapat dengan virus kelawar walaupun sebahagian daripada mereka mengesyaki ia merebak menerusi haiwan sakit seperti unta atau kambing.
 
Satu lagi hipotesis mengatakan, kelawar yang dijangkiti mampu mencemarkan makanan seperti buah kurma yang sering dituai dan menjadi hidangan pemanis masyarakat Arab Saudi dan dunia.

Sementara itu, pasukan kesihatan di Arab Saudi memulakan operasi secara besar-besaran membasmi rebakkan menjelangnya bulan Ramadan.


Sumber

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim


Hiasan
1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….


7 Pengakuan Pramugari Yang Perlu Anda Tahu

on Thursday, 20 June 2013

Gambar Hiasan

Pramugari selalu dituntut menjadi manusia paling peramah dan baik semasa sedang bertugas. Di senyuman manisnya, ada kisah dan rahsia yang mungkin anda belum tahu.

Antaranya pengakuannya ialah :

1. Apakah penumpang yang bermasalah akan dipindah ke kelas Bisnes?

Kami memindahkan penumpang ke kelas bisnes bukan semata-mata kerana bermasalah. Pada waktu itu, ada seorang penumpang yang kerap berpindah tempat duduk kerana asyik memberikan kerusinya kepada penumpang yang mempunyai pasangan atau berkeluarga. Ia tidak bermasalah sebenarnya tetapi kerana kebaikannya, kami memberikannya kerusi di tempat bisnes. Hal yang harus diingat, sentiasa berkelakuan baik.

2. Apa permintaan paling pelik yang pernah diminta oleh penumpang?

Bekas untuk meludah. Seorang wanita pernah meminta makanan yang lembut kerana tekaknya yang sedang terluka. Ia minta nasi, padahal di dalam menu ketika itu tiada nasi. Setlah diberi penjelasan, ia tetap meminta makanan-makanan lain yang tidak ada di dalam menu.

3. Adakah anda pernah tidur dengan kawan sekerja?

Ya. Kebanyakan dari kami tidur dengan kawan sekerja di pejabat perwakilan. Sangat sukar bagi kami setelah bekerja dengan penat, jadi kami biasanya akan mencari kawan untuk diajak berbincang sekaligus untuk tidur. Beberapa kawan kami ada yang obses ingin tidur dengan pilot atau senior.

4. Apa perkara terbaik menjadi seorang pramugari?

Tempat-tempat baru. Saya boleh mengunjungi semua tempat walaupun hanya sebentar. Saja juga berjumpa ramai orang dan mendapat banyak kenalan. Akhir sekali, saya boleh gila-gilaan tanpa khuatir kerana saya tahu, saya tidak akan berada terlalu lama di tempat tersebut.

5 Adakah anda hidup seperti orang yang normal? kerana pekerjaan ini seperti tidak boleh memberi hubungan yang mnyakinkan.

Ya, saya tahu. Mungkin ketika saya berumur 25 tahun. Sekarang saya berumur 22 tahun dan sangat mencintai pekerjaan saya. mungkin 3 tahun depan saya akan pulang ke kampung halaman dan mula mencari cinta sejati. Saya tidak pernah mendapat hubungan yang berkualiti selama di sini.

6. Berapa lama anda biasanya berada di setiap satu tempat.

Sekitar 24 - 72 jam.

7.Bagaimana caranya menyesuaikan diri dengan perbezaan tempat, suhu, cuaca, jam dan lain-lainnya dalam waktu yang singkat kerana anda terus terbang ke berbagai tempat pada setiap masa?

Anda tidak akan pernah boleh menyesuaikan diri. Pastikan anda tidak kekurangan air pada tubuh kerana ia adalah satu cara saya boleh sesuai dengan keadaan sekitar. Ketika terbang, biasanya saya akan minum air mineral sebanyak 1.5 liter. Istirehat ketika penat, pilih makanan yang tidak membuat anda mual dan tetap membuat anda bertenaga.


Sumber

Kelebihan Berwuduk Sebelum Tidur


Gambar Hiasan
Rasulullah SAW bersabda :

    "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci." (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).

Pertama


Menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti.

Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua

Mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga

Didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.



Sumber

Doa Penyeri, Pemanis Wajah Dan Muka Surah Nabi Yusuf


Gambar Hiasan
Doa penyeri , pemanis dan pengasih wajah / muka surah nabi yusuf. Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf.

Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku

Doa Penyeri, Pemanis dan Pengasih Surah Nabi Yusuf

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
Maksudnya: dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.

Caranya:
1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Peringatan
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.