Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Kes Bunuh Noor Amila : Seorang Mekanik Didakwa Bunuh Noor Amila Edrus

on Wednesday, 24 August 2016


KUALA LUMPUR: Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Rabu atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki, Noor Amila Edrus Norsyam, yang mayatnya ditemukan di kawasan semak Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Khamis lepas.  
Norhamid Nor Muhamad, 26, yang memakai baju-T berwarna kuning itu menghadapi hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Zuhair Rosli kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 
Norhamid didakwa membunuh Noor Amila Edrus, lima tahun, di dalam sebuah bengkel kereta tidak bernombor di Blok C, Lorong 5/16C, kawasan perumahan awam, Jinjang Utara, Sentul, di sini pada 5.30 pagi, 12 Ogos lepas. 
Keluarga tertuduh turut hadir di mahkamah. Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat. 
Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP, Muhamad Sapri Yaakub manakala tertuduh yang merupakan abang ipar tiri kepada mangsa tidak diwakili peguam. 
Noor Amila Edrus dilaporkan hilang di Jinjang Utara pada 11 Ogos sebelum mayatnya ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang pada 12.30 tengah hari 18 Ogos lepas.  
Semasa kanak-kanak lelaki itu dilaporkan hilang, kes itu mulanya disiasat sebagai kes orang hilang sebelum bertukar menjadi kes culik mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan selepas suspek ditahan.  
Namun setelah mayat mangsa ditemui, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh. - Bernama

Murid Perempuan Tahun Dua Diajak ke Bilik Stor Oleh Lelaki Tak Dikenali, Polis Cari Suspek Kerana Dipercayai Mencabul


KUALA TERENGGANU, 24 Ogos : Seorang murid perempuan Tahun dua di sebuah sekolah di Dungun dipercayai dicabul dalam stor sekolah tersebut kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 tengah hari itu, murid tersebut yang menunggu untuk memasuki kelas Fardu Ain itu didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ,Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, lelaki itu meminta mangsa mengikutnya ke stor dengan mendakwa seorang murid terkurung di dalam stor tersebut.

Tambah beliau lagi, mangsa yang berusia lapan tahun yang tidak mengesyaki apa-apa itu mengikut lelaki terbabit.

Bagaimanapun, sebaik tiba di stor berkenaan, suspek mengajak mangsa masuk ke dalam stor, namun ditolak mangsa.

"Oleh kerana mangsa enggan mengikut kehendaknya, suspek kemudian bertindak mendukung mangsa masuk ke dalam stor.

"Mangsa kemudian menjerit menyebabkan suspek panik lalu melepaskan mangsa sebelum melarikan diri dengan memanjat tembok sekolah," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut Wan Abd Aziz juga, rakaman CCTV berjaya merakam identiti suspek dan polis kini dalam proses memburu lelaki tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan turut menafikan kes berkenaan yang menjadi viral di laman sosial adalah kes culik, sebaliknya ia adalah kes serangan seksual.

Sumber : BH Online

Seorang Wanita Didakwa Letak Bayi Dalam Peti Ais Selama 3 Jam Sampai Mati


COLUMBIA, 23 Ogos: Seorang ibu di Carolina Selatan didakwa atas kesalah membunuh bayinya dengan cara meletakkan bayi itu di dalam peti ais selama beberapa jam.

Pihak berkuasa tempatan berkata, wanita itu, Angela Blackwell, 27, ditahan atas dakwaan membunuh dengan mendera kanak-kanak itu.

Menurut timbalan sherif, dalam kejadian yang berlaku pada 27 Februari itu, Blackweel meletakkan bayinya yang berusia empat hari ke dalam peti ais dan menutup pintu.

Selepas tiga jam, dia mengeluarkan bayi tersebut dan mendapatkan rawatan.

Koroner daerah Chester, Terry Tinker, berkata William David Blackwell meninggal dunia akibat kesejukan melampau selain mati lemas akibat diletakkan dalam tempat sejuk. -

Sumber : BH Online

SENI mempertahankan diri Muay Thai menjadi hobi baharu bagi pelakon wanita serba boleh Nabila Huda dalam usaha untuk menguruskan badannya


Nabila Huda, 33; berkata kepada sebuah laman berita tempatan, dia tidak menitikkan soal berat badan kerana suaminya tidak pernah merungut berkaitan hal itu.
“Sebelum ini ramai menegur tubuh saya semakin berisi namun saya tidak menghiraukan perkara itu kerana suami tidak pula mengomel. Secara jujurnya saya memang tidak pernah menitik beratkan tentang pemakanan seharian, apatah lagi bersenam,” katanya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu mula berminat di dalam seni Muay Thai secara kebetulan sahaja memandangkan dia melakukan aktiviti itu secara suka-suka sahaja namun sebaliknya pula yang terjadi.

Bagi Nabila, seni Muay Thai bagus untuk kecerdasan tubuh dan kesihatan namun boleh dijadikan kaedah untuk mempertahankan diri.
“Daripada suka-suka kini Muay Thai sudah menjadi hobi. Ia aktiviti mengeluarkan peluh yang bagus kerana menggerakkan otot setiap bahagian tubuh,” jelasnya.
Heroin filem Munafik ini sangat bertuah kerana suaminya, Mohd. Izwan Johar tidak menghalang malah memberikan sokongan padu kepadanya bagi meneruskan aktiviti seni bela diri ini. Tambahan pula, jurulatihnya adalah rakan baik suaminya sendiri.
“Kebetulan jurulatih itu juga kawan suami saya. Sekarang dengan jadual kerja yang tidak begitu sibuk saya dapat menjalani rutin di gelanggang Muay Thai itu,”katanya.
Dalam perkembangan lain, Nabila baharu sahaja memulakan penggambaran filem berjudul Tombirua di samping Zul Ariffin, Dynas Mokhtar, Datuk M. Nasir, Faizal Hussein dan Farid Kamil. Filem tersebut merupakan arahan Nasir Jani dan Seth Larney. 
Credit : MYNEWSHUB.CC

Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, Kini Bertudung Setiap Hari Jumaat


Penyanyi dan pelakon Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, 29 mengakui mula membiasakan diri memakai tudung setiap Jumaat sejak tiga tahun lalu. 

Elyana mengenakan tudung pada hari mulia berkenaan dalam usaha melangkah ke depan sebagai wanita Muslim yang lebih baik.

"Memang setiap hari Jumaat saya akan memakai tudung. Tambah pula saya mempunyai kelas mengaji pada hari berkenaan. 
"Bukanlah hendak berlatih, tetapi Insya-Allah ia adalah langkah pertama ke arah kebaikan. Alhamdulillah, saya selesa setiap kali berbuat demikian. Lagipun, adik-beradik saya semuanya sudah bertudung," katanya. 

Sehingga kini, penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Niat pada 2001 itu memiliki sejumlah 141,000 pengikut di Instagram, dan berdasarkan komen ditinggalkan peminat, ramai yang memuji kecantikannya dengan imej terbabit. 

Malah, tidak kurang yang mendoakan penyanyi lagu Tapak Sulaiman ini agar diberi hidayah untuk terus bertudung. 

Dalam perkembangan lain, Elyana baru-baru ini meraih gelaran juara bersama pasangan duet beliau, Intan Sarafina, menerusi rancangan Super Karoks terbitan stesen radio Kool FM. 

Elyana dan Intan selaku tunjang Hey Ladies menewaskan empat kumpulan lain iaitu AM (Ayai/Maya); Lazat (Rahmad/Ezad Lazim) dan Gorgeous Mom (Amelina/Raja Ema). Sebagai juara, dua penyanyi itu menerima RM15,000.

Alhamdulillah semakin ramai artis muda yang bertudung. Semoga terus istiqamah Elyana! -CARI  

'Jangan Tarik!' - Seorang Lelaki Panik Selepas Bahagian Sulitnya Tercangkuk Pada Mata Kail ketika Sedang Berenang Dalam Sebuah Tasik


Jerman, 23 Ogos - Seorang lelaki panik selepas alat sulitnya tercangkuk pada mata kail ketika dia sedang berenang di sebuah tasik di utara Augsburg di selatan Jerman pada minggu lepas.

Herbert Fendt (nama samaran) pada mulanya menyangka rasa sakit di bahagian sensitifnya itu disebabkan oleh lalang atau ranting di tasik itu.

Namun setelah diteliti, Fendt yang bertelanjang ketika itu, terkejut apabila mendapati rupanya sebentuk mata kail yang tersangkut pada alat sulitnya.

"Saya menjerit ke arah pemancing di tebing ' jangan tarik, jangan tarik!' Saya sangat takut jika dia cuba menarik jorannya itu", kata Fendt.

Fendt kemudian berenang ke tebing namun tidak dapat membuang mata kail itu.

Dia kemudian memotong tali tasi yang menyimpul mata kail itu dan terpaksa mengajuh basikal ke rumah dalam keadaan mata kail itu masih lagi melekat di bahagian sensitif itu.

Fendt kemudian memandu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Doktor juga tidak dapat menahan dari senyum kecil apabila dia melihat apa yang terjadi", kata Fendt.

Doktor kemudian membuang mata kail itu dan membersihkan luka di alat sulit Fendt.

Fendt dilarang dari mandi atau berenang selama seminggu, tapi berkata dia akan turun semula ke tasik itu untuk berenang selepas semuanya pulih.

Fendt juga berkata pemancing itu kurang bersimpati ke atas apa yang menimpanya.

"Pemancing itu memberitahu saya yang tasik itu bukan tempat untuk mandi dan dia ada hak untuk memancing di tempat itu.

"Saya cuba menerangkan kepadanya yang dia juga perlu mengambil kira perenang-perenang yang menggunakan tasik itu, dan saya tidak tahu menahu tentang larangan untuk mandi di tasik itu. Tapi dia tidak kisah", tambah Fendh.

Tasik yang berada berdekatan dengan kampung Dickelsmoor itu popular dalam kalangan perenang.

Presiden persatuan pemancing tempatan, Sylvia Fischer berkata tasik itu dimiliki oleh pemancing tetapi ia selalu digunakan oleh mereka yang suka mandi telanjang kerana kawasan itu tertutup.

"Kami para pemancing faham dengan apa yang terjadi. Kami pun pernah tercangkuk mata kail beberapa kali di jari, jadi kami boleh bayangkan yang insiden itu agak menyakitkan.

"Sudah tentu, pemancing perlu peka dengan mereka yang mandi manda, tetapi tasik itu secara rasminya tempat untuk memancing, jadi yang mahu berenang boleh berenang atas risiko sendiri", kata Fischer.

Credit - Siakap Keli

Jumpa Hampir Dua Tahun Lalu, Erra Fazira Minta Tidak Dikaitkan Dengan Shahir Lagi

on Tuesday, 23 August 2016


KUALA LUMPUR: Pelakon Erra Fazira menjelaskan kali terakhir dia bertemu dengan penyanyi Shahir yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya hampir dua tahun lalu.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 42, sebaliknya berkata, sepanjang tempoh itu mereka hanya menggunakan medium aplikasi  WhatsApp untuk bertanya khabar dan mengetahui perkembangan masing-masing.

"Banyak perkara yang diperkatakan tentang kami tidak benar malah kami kali terakhir bertemu pun setahun setengah yang lalu. Pada kebanyakan masanya kami bertanya khabar menerusi WhatsApp," katanya kepada mStar Online.
Erra ditemui pada majlis pelancaran wangianForget Me Not dan Loveable bawah jenamanya di Hotel Royale Chulan di sini, Selasa.

Dua minyak wangi tersebut adalah kerjasama di antara Erra dan Hot Perfumes dan Air Fresheners Industries Sdn Bhd.

Sebelum ini Shahir yang juga juara program Akademi Fantasia musim kelapan mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi Erra.

Malah ura-ura Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 27, akan merisik pelakon itu pada Aidilfitri lalu turut hebat diperkatakan.

Dalam pada itu, Erra menjelaskan dakwaan mengenai bakal berkahwin bukan datang daripada mulut mereka dan ia sama sekali tidak benar.

"Perkara tentang merisik dan berkahwin tidak pernah datang daripada mulut saya atau pun Shahir.

"Cuma dia hanya menjelaskan kami memang berkawan itu sahaja dan perancangan berkahwin seperti diperkatakan sama sekali tidak benar," jelasnya.

Sementara itu, Erra meminta agar kisahnya dengan Shahir tidak lagi diperbesarkan kerana mereka sekadar berkawan.

"Saya sudah tidak tahu ingin cakap apa lagi kerana kami hanya berkawan sahaja dan berharap ia tidak lagi diperbesar-besarkan," katanya.

Credit : mstar

Kedai Shisha ‘Kelentit Rindu’ Ahya Rosli Diserbu DBKL


PELAKON dan model Ahya Rosli memberitahu kedai Kelentit Rindu miliknya telah diserbu oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana terdapat aduan daripada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan nama yang digunakannya.
Tambah Ahya, ibunya, Normah Damanhuri juga meminta agar dia menukar nama kedai shisha tersebut kerana tidak mahu menimbulkan rasa kurang senang masyarakat yang menganggap nama itu sebagai nama lucah.
“Saya sudah menukar nama kedai shisha saya kepada Alyahyashisha kerana mama suruh tukar. Mama prihatin dengan mereka yang kurang senang dengan nama itu selepas ia menjadi viral.
“Lepas berita tentang nama kedai saya tersebar, ada pula pihak yang melaporkan kedai saya itu kepada DBKL dan mereka datang membuat siasatan di kedai saya.
“Tetapi mereka tidak menjumpai apa-apa kerana saya tidak menggunakan papan tanda untuk nama Kelentit Rindu dan saya tak faham kenapa orang dengki dengan saya bila saya tidak mengganggu mereka,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Ahya, kedai shishanya itu masih beroperasi seperti biasa dan dia juga tidak berdepan dengan sebarang masalahnya kerana mempunyai lesen perniagaan yang sah di sisi undang-undang. 
Credit - MYNEWSHUB.CC

Gara - Gara Punyai Wajah Seiras DLCW, Gambar Gadis Ini Viral Sekali Lagi, Terima Ucapan 'Tahniah' Dari Rakan-Rakan


Berikutkan pencapaian paling berjaya Malaysia kali ini dalam sukan Olimpik Rio yang membawa pulang 5 pingat, jadi demam masih melanda rakyat Malaysia di mana masih dapat dilihat begitu banyak pos ucapan tahniah kepada skuad badminton negara di laman Facebook.

Namun begitu disebalik ucapan yang diberikan kepada skuad negara terutamanya Dato Lee Chong Wei, terdapat satu kisah yang agak lucu di mana seorang gadis comel yang mempunyai wajah hampir seiras dengan DLCW kini menjadi viral di laman sosial.

Menurut gadis berkenaan, Ika Syazwani, yang merupakan penuntut di Universiti Utara Malaysia, melalui catatan di Facebooknya, gara-gara kejayaan DCLW di Rio, Facebooknya kini menerima begitu banyak 'Friends Request', ada meminta nombor telefon dan pelbagai lagi.


Kalau dilihat gambar-gambar gadis ini, ternyata beliau mempunyai wajah iras pemain badminton nombor satu Malaysia itu.


Daripada reaksi beliau di laman Facebook miliknya.ternyata tuan badan tidak kisah atas kisah ini kerana baginya ianya sekadar gurauan semata-mata.


Ada juga rakan-rakannya yang agak 'nakal' menyakat dengan mengucapkan tahniah atas 'kejayaannya' membawa pulang pingat perak Olimpik Rio.


Ternyata rupa ala-ala 'Chinese look' ini memang cantikkan, lebih-lebih lagi iras kepada idola nombor satu Malaysia ini.

Apapun, ianya hanya sekadar suka-suka, kepada korang yang komen tu, berpada-padalah, jangan sehingga menyakitkan hati insan lain yer.

Credit : siakap keli