Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Akibat Tak Pakai Telekong Ketika Solat, Seorang isteri Dirakam dan Di tegur jemaah lain, Namun sah ke tidak solatnya?

on Wednesday, 28 September 2016

Pengalaman Rakan Buat Nad Zainal Takut Bersalin Anak Sulung


PETALING JAYA: Pelakon Nad Zainal mengakui berasa gementar menantikan saat-saat kelahiran anak sulungnya yang dijangka pada Oktober depan.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 26, berkata, perasaan itu timbul apabila mendengar pengalaman daripada rakan-rakan yang pernah melahirkan anak kerana ada di antaranya mengalami pengalaman menakutkan.

"Sekarang kandungan sudah masuk lapan bulan dan pada tahap ini perasaan gementar dan takut itu mula timbul.

"Rasa takut untuk melahirkan anak itu memang ada apatah lagi selepas mendengar pengalaman rakan-rakan sebelum ini.

"Bagaimanapun perasaan itu mungkin hanya sementara kerana ini adalah pengalaman pertama saya," katanya kepada mStar Online.
Nad ditemui pada malam tayangan perdana filem Juvana 3  yang diadakan di E@Curve di sini, Isnin lalu.

Filem arahan Faisal Ishak itu turut menampilkan Johan As'ari, Zahiril Adzim, Adam Shahz dan Hasnul Rahmat.

Ia bakal menemui penonton di pawagam bermula 29 September ini.

Dalam pada itu, Nad berkata, semua kelengkapan asas untuk menyambut bayinya itu sudah pun disiapkan dan mengakui tidak sabar untuk bergelar ibu.

Kata Nad, dia kini banyak menghabiskan masa dengan membaca tentang teknik keibubapaan selain banyak mendapat maklumat daripada ibunya sendiri dan ibu mertua.

"Insya-Allah saya akan melahirkan bayi lelaki dan persiapan semua sudah pun dibuat untuk menyambut kelahirannya.

"Perasaan teruja menanti kelahirannya memang terasa dan berharap semuanya dipermudahkan nanti.

"Saya pun sekarang banyak membaca sebagai persediaan bergelar ibu dan keluarga suami juga banyak membantu dalam memberikan info berguna," ujarnya.

Sementara itu, Nad berkata, dia memilih untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya sendiri.

Kata Nad, kedua-dua rumah ibu dan ibu mertuanya mempunyai kucing jadi ia tidak begitu sesuai dia berada di rumah mereka.

"Rasanya tiada masalah saya berpantang di rumah sendiri kerana kediaman ibu dan ibu mertua pun tidak jauh jadi mereka boleh bergilir-gilir datang melawat saya nanti," katanya.

Tambah Nad, dia merancang untuk berehat seketika selepas bersalin dan hanya akan kembali aktif pada tahun hadapan.

Sumber

RITA RUDAINI & DONNA HANYA TEMAN BIASA TAPI MESRA?

on Thursday, 8 September 2016


MH Online berjaya mendapatkan pengacara HLive iaitu Donna Muslim, 27, bagi mengulas lanjut berkenaan hubungan mereka yang dilihat begitu mesra.

"Kami berdua hanya berkawan sahaja, namun di antara rakan-rakan artis yang saya kenali, saya selesa bersama Rita kerana dia banyak membimbing saya. Dan perkara itu juga membuatkan saya respek kepadanya.

"Saya kenal Rita sejak tahun lalu lagi dan mula selesa berkawan sejak saya terbitkan program LePaknil. Pada ketika itu Rita merupakan artis undangan bagi program tersebut," ujarnya.

Ditanya pula respon Donna apabila Rita memanggilnya sebagai 'boyfriend' menerusi ruangan komen Instagram rakan mereka berdua, ini jawap Donna;

"Saya tak anggap itu sebagai satu perkara yang serius, mungkin Rita bergurau sahaja. Sejujurnya Rita ini orangnya susah nak berkawan dengan lelaki, jadi apabila dia panggil saya macam itu, maknanya saya adalah kawan lelakinya," katanya sambil tersenyum.

Dalam perkembangan lain, Donna juga sedang menjalani penggambaran drama bersiri 16 episod, arahan Michael Ang berjudul Suri Hati Mr Pilot. Menerusi drama itu, Donna memegang watak sebagai Muslim.

Sumber 

Pelakon Ummi Nazeera Bakal Berkahwin? Sudah ada teman lelaki


KUALA LUMPUR: Pelakon Ummi Nazeera mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki namun menegaskan hubungan berkenaan masih dalam peringkat berkawan.

Ummi, 26, berkata, dia menemui lelaki berkenaan selepas diperkenalkan sendiri oleh ibu pemuda berkenaan setahun lalu.

"Apa yang boleh saya katakan saya masih solo selagi belum mempunyai sebarang ikatan perkahwinan.

"Bagaimanapun saya akui sedang berkenalan dengan seorang lelaki dan kami bertemu melalui keluarga," katanya kepada mStar Online.

Ummi ditemui pada majlis tayangan perdana filem televisyen berjudul Bisik Pada Langityang diadakan di The Gardens, Rabu.

Filem arahan Kabir Bhatia itu turut dibarisi pelakon seperti Jalil Hamid, Beto Kusyairi, Fadilah Mansor, Erwin Dawson dan Naim Daniel.

Ia bakal disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (480) bermula 15 September ini.

Dalam pada itu, Ummi berkata, masih terlalu awal untuk bercakap lanjut mengenai hubungan tersebut kerana ia masih terlalu awal.

Pun begitu kata Ummi, dia berjanji akan memaklumkan sekiranya dia merancang untuk berkahwin.

"Kalau saya mahu berkahwin saya akan maklumkan kepada semua tetapi bukan tahun ini," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai Bisik Pada Langit, Ummi berkata, dia teruja dapat kembali bekerja dibawah Kabir selepas kali terakhir menerusi Nur Kasih.

Selain itu katanya, dia tertarik dengan jalan cerita filem televisyen berkenaan kerana ia memaparkan kisah yang menyentuh perasaan iaitu di antara bapa dan anak.

"Watak saya tidak berat tetapi jalan ceritanya sangat menyentuh hati yang mengangkat kisah anak dan bapa.

"Ada pengajaran yang boleh dikutip oleh penonton tambahan pula ia adalah arahan Kabir yang kita tahu dia adalah seorang pengarah berbakat besar," katanya.

Sumber : Mstar

Pelakon Terkenal Era 90an Farisha Irwayu: Saya Bukan Rampas Ustaz Asmawi


KUALA LUMPUR – PELAKON terkenal era 90-an, Farisha Irwayu Ghali menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya perampas selain menghancurkan rumah tangga pendakwah terkenal, Tuan Asmawi Tuan Umar.

Menerusi laporan sebuah akhbar harian sebelum ini, timbul kenyataan Tuan Asmawi ingin menyunting aktres itu menjadi isterinya selepas proses penceraian beliau dengan isterinya selesai.
Kenyataan itu menimbulkan spekulasi dalam masyarakat bahawa Farisha adalah punca kepada keretakan rumah tangga ustaz berkenaan.
Menjawab tuduhan perampas, Farisha menjelaskan dirinya hadir di saat Tuan Asmawi sudah pun mengalami masalah rumah tangga dan dia bukanlah seperti yang diperkatakan kini.
“Biasalah persepsi masyarakat kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Itu tanggapan masing-masing tapi keadaan yang sebenarnya hanya kita berdua sahaja yang tahu.
“Saya hadir dalam kehidupan ustaz pun setelah dia ada masalah dalam rumah tangga, nak kata perampas, bukan kot, tak mungkin,” katanya kepada Mynewshub di sini semalam.
Menceritakan perkenalan mereka, Farisha berkata, dia mula mengenali Tuan Asmawi sejak tujuh tahun lalu dan hanya mengetahui perkembangannya menerusi laman sosial Facebook.
“Saya tengah single, tiada sesiapa, jadi ustaz terus-terang cakap yang dia berniat nak jadikan saya isteri.
“Lepas tu, saya cakap ustaz jangan main-main nanti ustazah (isteri Tuan Asmawi) marah sebab saya tahu dia ada isteri, dia ada anak.
“Walaupun saya kawan dengan dia di laman sosial tapi saya memang tiada hati dengan dia langsung, takde apa-apa perasaan sebab tengok kawan-kawan happy dah.
“Di situlah dia mula bercerita apa masalah dia semua, saya cakap ok.
“Niat dia pun murni untuk memperisterikan saya, saya kata why not. Dia kata kalau dah selesai (penceraian), dia nak nikah,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Tuan Asmawi turut mempertahankan bakal isterinya itu bukanlah perampas seperti mana yang didakwa.
Beliau juga menyatakan perkara yang sama iaitu Farisha hanya muncul dalam hidupnya selepas mula berhadapan krisis rumah tangga.
Tuan Asmawi menyifatkan perkahwinannya sebelum ini tidak lagi dapat dipertahankan memandangkan sudah tiada persefahaman di antara beliau dan isterinya.
“Ada juga yang mengatakan Farisha adalah perampas kebahagiaan keluarga saya disebabkan proses penceraian pun belum berlaku.
“Farisha bukan perampas sebenarnya, saya yang cari dia. Dia tiada kaitan dengan apa yang berlaku kepada saya dan keluarga sebelum ini,” kata Tuan Asmawi.
Mengakui bakal mendirikan rumah tangga dengan Farisha sebaik proses penceraiannya berakhir, Tuan Asmawi memohon titipan doa yang terbaik buat dirinya dan Farisha daripada anggota masyarakat.
Tuan Asmawi merupakan seorang penceramah bebas yang juga penyampai suara latar profesional, konsultan produksi TV dan Radio, selain menubuhkan Pusat Perubatan Alternatif Baitul­wa­fi.
Farisha pula agak popular sekitar tahun 1990-an melalui drama slot Spectra terbitan HVD, seangkatan dengan nama-nama seperti Liza Abdullah, Maria Farida dan Noniswara. Beliau juga masih aktif berlakon, antaranya dalam drama Cucu Bentong, Cik Bunga Encik Sombong dan Nenek Ranggi.
Aktres itu memiliki dua anak berusia 27 dan 16 tahun hasil perkahwinan terdahulu. 
Credit – MYNEWSHUB.CC

Seorang Wanita Hamil 4 Bulan Di Johor Menjadi Mangsa Ketiga Virus Zika


Seorang wanita mengandung empat bulan yang menetap di Taman Desa Harmoni, Johor Bahru menjadi mangsa ketiga dijangkiti virus zika.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata wanita berusia 27 tahun itu pada mulanya mengalami demam, ruam dan sakit badan sebelum dirujuk ke hospital kerajaan di Johor.
“Ujian ke atas suami wanita berkenaan dilakukan bagi mengesan sama ada virus itu didapati semasa melakukan hubungan kelamin atau mendapat pindahan melalui gigitan nyamuk,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, wanita itu kini masih menerima rawatan di hospital berkenaan dan akan menerima rawatan susulan.

Sumber: BH Online

Bekas Bakal Suami Fara Fauzana Nafi Pernah Berkahwin

on Wednesday, 7 September 2016


Perkahwinan Fara Fauzana yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan secara mengejut oleh bekas penyampai radio itu dengan alasan bakal suaminya, Muhamed Hafiz adalah suami orang.
Namun, Muhamed Hafiz tampil menjelaskan statusnya sekaligus menafikan dakwaan Fara Fauzana dan menegaskan beliau tidak pernah berkahwin sebelum ini.
“Status perkahwinan saya bukan alasan pernikahan saya dibatalkan oleh Fara Fauzana.”Alasan mengapa perkahwinan itu dibatalkan hanya diketahui oleh Fara,” katanya dalam satu kenyataan media berbahasa Inggeris yang dikirim melalui aplikasi WhatsApp pagi ini.
Dalam masa yang sama, Hafiz juga berkata dakwaan yang berbentuk fitnah tanpa pengesahan yang sahih itu telah mengaibkan merosakkan nama baiknya dalam masyarakat serta komuniti perniagaan.
Perkara itu juga turut menyebabkan tekanan emosi terhadap beliau dan ahli keluarganya.
“Saya juga ingin menyatakan ada beberapa perkara tidak tepat dan spekulasi yang dilaporkan oleh banyak media cetak dan media atas talian.
“Pertama, saya tidak menghadiri sidang media (bersama Fara) berdasarkan kepada persetujuan bersama dengan Fara. Ia dilakukan untuk melindungi privasi saya dan keluarga saya.
“Satu lagi perkara tidak tepat ialah usia saya. Sebelum ini dilaporkan saya berusia 38 tahun dan ini tidak benar. Saya hanya berusia 30 tahun, tahun ini,” katanya.
Selanjutnya, beliau berharap agar pihak media dapat memberikan sedikit privasi kepadanya dan keluarga kerana beliau masih lagi cuba menenangkan diri daripada perkara yang terjadi.

Teruk dikecam Netizen, Izreen Azminda tak ambil hati insiden seluar sendat


KUALA LUMPUR: Pelakon Izreen Azminda mengaku tak ambil hati insiden dikecam netizen gara-gara foto memaparkan dirinya mengenakan seluar ketat disiarkan di laman sosial.

Walaupun gambar yang dimuat naik pelakon Azrel Ismail itu mampu mencalarkan reputasinya sebagai wanita bertudung, Izreen tidak menyalahkan aktor itu, sebaliknya menyifatkan insiden berkenaan sebagai sesuatu yang tidak disengajakan.

"Apabila saya tanya Azrel kenapa dia memuat naik gambar itu, katanya, dia berbuat demikian kerana hanya gambar itu yang menampakkan dirinya menarik tanpa menyedari ia mampu mengundang perasaan tidak puas hati netizen.

"Saya tidak marah pun dia berbuat begitu kerana pada saya, kedudukan sudut kamera yang membuatkan gambar terbabit menampakkan seluar yang saya pakai ketat. Kalau diambil dari sudut lain, seluar itu tidaklah ketat seperti yang disangkakan," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Taste Selebriti di Restoran Rebung, di sini, hari ini.

Menurut Izreen, dia hanya mengetahui perkara itu pun apabila dimaklumkan oleh ibunya.

"Terkejut juga apabila emak saya bertanyakan hal itu (seluar ketat) pada saya. Iyalah, sebagai ibu tentunya dia risau apabila ada cerita kurang enak mengenai diri saya diperkatakan. Saya pun malas nak fikirkan sangat hal itu kerana sebelum ini juga saya pernah dikecam netizen atas pelbagai perkara," katanya.

Foto yang disukai seramai 5,424 orang selain mendapat lebih 60 komen itu mengundang beberapa kritikan daripada netizen kerana ia jelas melihatkan Izreen berseluar sendat. Ada yang berpendapat imej Izreen itu tidak sesuai untuk wanita berhijab dan meminta dirinya lebih berhati-hati dalam soal berpakaian.

Mengenai kerjaya lakonannya, Izreen berkata, buat masa ini dia ingin berehat daripada berlakon program TV, sebaliknya ingin menumpukan pada pementasan teater bulan depan.

"Buat masa ini saya ingin berehat dan tumpukan perhatian pada anak. Kasihan anak saya apabila ibunya asyik sibuk di lokasi. Selain itu, saya juga akan berlakon dalam dua teater.

"Pementasan pertama berkonsep komedi, 3 Janda, arahan Zulin Azizi akan berlangsung pada Oktober. Selain saya, pelakon lain yang terbabit ialah Sherry Al-Hadad dan Amy Mastura.

"Pada Disember pula saya akan berlakon dalam teater epik bersama Azrel. Ia akan dipentaskan di Stadium Malawati, Shah Alam," katanya.

Sementara itu, mengulas pembabitannya dalam program Taste Selebriti, Izreen berkata program berkenaan akan menyaksikan dirinya mengunjungi pelbagai tempat yang menyajikan masakan istimewa di Perlis.

"Tugas saya nanti akan mempromosikan pelbagai makanan menarik seperti laksa Perlis dan beberapa jenis makanan lain yang menjadi kegemaran saya. Selain menjalankan tugas itu, dapat juga saya pulang ke kampung," ujarnya.

Program terbabit akan mula disiarkan menerusi Astro Bella pada 26 September ini, jam 9 malam.

Sumber : Bharian

Pelawak Veteran Mat Sentul Kecewa Ada Pihak Ciplak Karyanya

KUALA LUMPUR: Pelawak veteran Mat Sentul terkejut apabila mendapati beberapa drama yang ditayangkan di televisyen mempunyai persamaan dengan skrip yang ditulisnya sebelum ini.

Mat Sentul atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya, 83, berkata, dia yakin idea tersebut adalah miliknya kerana sebelum ini beliau ada menyerahkan beberapa skrip kepada beberapa individu yang mahu menerbitkan drama.

"Sebanyak 18 skrip saya tulis yang diserahkan kepada pihak yang berjanji akan menghasilkan drama tetapi maklum balas yang saya dapat mengatakan idea ditampilkan tidak menarik.

"Tetapi saya perasan ada beberapa drama yang ditayangkan menggunakan skrip dan idea saya.

"Tidak sangka pula hasil usaha saya itu dipergunakan tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online.Mat Sentul ditemui ketika hadir pada majlis pelancaran Payung Padi yang diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Selasa.



Bagaimanapun kata Mat Sentul, dia tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap perbuatan itu kerana ketika menyerahkan skrip tersebut tiada sebarang perjanjian bertulis dibuat.

"Tidak mengapa saya maafkan apa yang dilakukan terhadap saya. Niat saya hendak menolong tetapi apa boleh buat jika mereka berniat buruk terhadap saya," jelasnya.

Sementara itu, Mat Sentul berkata, pada usianya sekarang dia masih menerima banyak tawaran berlakon walaupun bayaran diberikan tidak berbaloi.

Katanya, dia pernah dibayar RM300 sehari oleh pihak produksi namun dia tetap meneruskannya kerana telah berjanji lebih awal.

"Saya tidak marah kerana faham itu sahaja bajet mereka untuk artis seperti saya tetapi kebiasaannya saya akan tolak secara baik.

"Ini kerana kos berulang-alik dari Johor ke Kuala Lumpur selain tempat tinggal dan makanan selalunya melebihi dari apa yang saya terima sebagai pelakon. Ia tidak berbaloi dan lebih baik saya tolak secara baik," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mat Sentul berkata, dia masih berjalan kaki dari rumahnya ke bandar Larkin walaupun ada pihak pernah menyangka dia hidup merempat.

Katanya, dia tidak peduli dengan pandangan orang lain kerana apa dilakukan itu adalah sebagai hobi dan menjaga kesihatan.

"Saya dari dulu memang suka berjalan kaki dan masih melakukan perkara sama sehingga hari ini.

"Adakalanya selepas solat Subuh saya keluar rumah untuk berjalan kaki ke bandar Larkin bertemu rakan-rakan atau pun bersarapan," ujarnya.

Sumber : Mstar

Hafiz Suip Masih Tinggal Dengan Mertua ? Ini Puncanya


KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz Suip memberitahu dia kini menetap bersama keluarga mertuanya di sini selepas mendirikan rumah tangga dengan Nureffy Jasreel, 23, pada Mei lalu.

Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Suip, 26, berkata, tindakan itu bagi memberi ruang kepada isterinya agar benar-benar bersedia sebelum mereka tinggal bersama.

"Sekarang saya tinggal dengan keluarga mertua untuk bagi masa dan ruang kepada isteri agar benar-benar bersedia sebelum kami tinggal berasingan.

"Saya ada rancang untuk duduk sendiri lepas kahwin, tapi saya kena faham juga dia agak rapat dengan ibunya.  InsyaAllah bagi masa dia tinggal dengan keluarga setahun sebelum kami berpindah ke rumah sendiri," ujarnya kepada mStar Online.

Hafiz ditemui pada sidang media Taste Selebriti yang diadakan di Restoran Rebung, di sini, Selasa.

Pasangan ini berkahwin pada 14 Mei 2016 di Kuching Sarawak.

Dalam pada itu, ditanya tentang zuriat, Hafiz berkata, masih belum ada apa-apa tanda isterinya hamil.

Katanya, kadang-kala dia turut tertekan apabila sering ditanya hal berkaitan cahaya mata oleh kedua-dua belah pihak keluarganya.

"Biasalah sudah kahwin bila nak ada anak, ibu bapa saya pun asyik bertanya dan ingin cucu segera tapi setakat ini belum ada rezeki lagi.

"Insya-Allah, doakan yang terbaik kerana saya memang nak anak cepat," ujarnya.

Sementara itu, Hafiz yang turut terlibat dalam program Taste Selebriti memberitahu bakal menjalani penggambaran untuk program tersebut di Sarawak pada November depan.

Katanya, dia akan memperkenalkan beberapa resipi yang unik dan menjadi istimewa di negeri kelahirannya itu.

Program yang turut menampilkan Izreen Azminda, Sari Yanti, Fattah Amin, Kamal Adli dan Syatilla Melvin itu akan mula ditayangkan pada 26 September ini.

Program 13 episod itu akan disiarkan pada setiap Isnin pukul 9 malam di Astri Bella dan Mustika HD.

Sumber : Mstar

Info Menarik Minyak Cap Kapak Kini Sudah Berusia 80 tahun


PENGASAS minyak angin Cap Kapak, Leung Yun Chee berhijrah dari China ke Singapura pada 1928 dalam usaha untuk mengubah hidupnya.
Ketika tiba di Singapura, dia bertemu dengan pakar perubatan Jerman, Dr Schmeidler yang berkongsi dengannya resipi minyak ubatan yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit.
Mendapat ilham dan inspirasi, dia terus memulakan penghasilan produk dan daripada situlah jenama Minyak Cap Kapak dilahirkan.
Pun begitu, ketika awal perniagaannya, jenama itu masih tidak dikenali ramai pada awal 1930-an. Yun Chee terpaksa berhadapan dengan persaingan yang kuat daripada jenama China dan Hong Kong.
Dengan semangat yang tinggi, Yun Chee nekad memasarkan produk dengan agresif. Dia mula mencipta logo bersama-sama dengan pasukan ilustrasi dan pereka grafik, yang mana kini telah menjadi antara logo ikonik bagi jenama itu.
Bukan itu sahaja, Yun Chee turut mengedarkan risalah di seluruh Singapura dan membuahkan hasil dengan mencatatkan jualan yang tinggi.
Namun, pada 1937 hingga 1945 ketika perang tercetus di seluruh dunia, banyak perniagaan berjuang untuk terus hidup. Banyak jenama yang tutup kerana tidak mampu bertahan.
Tetapi berlainan pula dengan Yun Chee, dia menganggap perang itu merupakan peluang untuk berkembang. Jenama itu terus bersaing dengan jenama luar dan hasilnya, Minyak Cap Kapak menjadi jenama yang dikenali, sekali gus menjadi pemimpin dalam segmen itu sehingga hari ini.
Pada 1950 hingga 1970, syarikat itu terus mengorak langkah dengan mengembangkan perniagaan sehingga ke Asia.
Antara negara pertama yang diterokai adalah Arab Saudi selepas ia telah diguna pakai oleh jemaah ketika menunaikan haji.
Pada 1971, Yun Chee telah meninggal dunia dan anaknya, Leong Heng Keng telah mengambil alih tugasnya dengan mengembangkan perniagaan.
Adiknya Leong Mun Sum turut menyertai syarikat sebagai Pengarah Urusan pada 1986.
Hari ini, dengan lima kilang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP), Minyak Cap Kapak bangga menjadi peneraju jenama bagi minyak perubatan di Asia. 
Sumber – Sinar

Gosip Cinta Tidak Ganggu Nazrief Nazri & Emma Maembong Untuk Berlakon Bersama


PETALING JAYA: Pelakon Nazrief Nazri memberitahu gosip hubungannya dan aktres Emma Maembong tidak menjejaskan kerjasama mereka ketika menjalani penggambaran drama Nasi Minyak Kuah Cinta.
Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 25, berkata, dia tidak pernah membincangkan soal tersebut dengan pelakon wanita berkenaan ketika di lokasi penggambaran berikutan ia sama sekali tidak benar.

"Kami menjalani penggambaran seperti biasa, tidak terganggu atau berasa janggal. Kami juga tidak pernah membincangkan tentang gosip tersebut kerana ia memang tidak benar sama sekali.

"Lagi pula, setakat ini belum banyak lagi babak yang melibatkan kami bersama, pengarah banyak habiskan babak kecil dahulu," ujarnya kepada mStar Online.

Nazrief berkata demikian menjawab tentang khabar angin sebelum ini yang mengaitkan dia sebagai orang ketiga dalam hubungan Emma dan Kamal Adli.

Dalam pada itu, Nazrief berkata, dia tidak mahu cepat melatah tentang gosip berkenaan berikutan ia adalah lumrah sebagai seorang selebriti.

"Setakat ini peminat-peminat pasangan itu pun faham dan tiada yang marah saya. Biasalah, gosip sebegitu sudah menjadi lumrah seorang artis, pada saya ia tidak menjejaskan pun," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang teman istimewa, pelakon Lara Terindah ini memberitahu, dia masih belum bersedia untuk bercinta.

Katanya, selain kerja, fokus utama adalah untuk memberi perhatian kepada ibu bapanya yang baharu sahaja berpisah.

"Jadual kerja saya padat sekarang tiada masa untuk cari kekasih. Selain itu, ibu bapa saya baru sahaja berpisah, jadi fokus saya untuk menjaga ibu dan buat dia gembira," ujarnya.

Nazrief yang baharu sahaja bernaung di bawah syarikat pengurusan baharu iaitu Mind Order Sdn Bhd, mengakui bakal melangkah ke bidang nyanyian.

Katanya, dia kini dalam proses untuk mencari dan merakamkan dua buah lagu yang bergenre balada.

"Alhamdulillah, saya sudah mengikat kontrak dengan Mind Order pada Ogos lalu dan kerjaya nyanyian saya akan bermula.

"Niat untuk menceburi bidang nyanyian ini sudah lama tapi tidak diberi peluang, lagi pula rezeki lakonan saya lebih datang dahulu," ujarnya.

Sumber : Mstar

Pasang pendakap gigi tanpa kelayakan, Bakal Pengantin Perempuan didenda RM25,000

on Tuesday, 6 September 2016


KUALA TERENGGANU 6 Sept. - Seorang gadis yang menyediakan perkhidmatan memasang pendakap gigi secara haram didenda RM25,000 atau penjara dua tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Nurul Nadzirah Mohd Saidi, 21, yang hanya mempelajari kaedah itu melalui YouTube di internet didakwa melakukan kesalahan tersebut pada pukul 10.05 malam, 27 April lalu di sebuah hotel di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 kerana melanggar peruntukan Subseksyen 4(1) akta berkenaan yang boleh didenda sehingga RM300,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Kementerian Kesihatan, Nur Khaikiyah Samsudin.

Dalam rayuannya, Nurul Nadzirah yang mengaku menjalankan khidmat tanpa sebarang kelayakan perubatan pergigian memberitahu dia kini menganggur dan akan melangsungkan perkahwinan bulan depan.

Nurul Nadzirah membayar denda tersebut.

Sumber : Utusan Online