Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

'Fizo Omar Cinta Pertama Saya' - Mawar

on Tuesday, 29 October 2013


PETALING JAYA: Anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim dan bakal isteri kepada Fizo Omar mengakui pelakon itu adalah cinta pertamanya.

Mawar, 24, berkata, sebelum ini dia tidak pernah mengenali mana-mana lelaki kerana memberikan tumpuan kepada perniagaan namun kesungguhan Fizo memikatnya telah membuatkan dia menerima cinta itu.

"Tidak mudah untuk saya menerima Fizo dan saya akui pada mulanya agak jual mahal kerana ingin menguji kesungguhan dan keikhlasannya terhadap saya.

"Bagaimanapun saya kagum dengan usahanya untuk memikat saya dan restu daripada keluarga juga telah membuatkan hati saya terbuka untuk menerimanya," kata Mawar kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media pengumuman tarikh pertunangan dan pernikahan mereka di Cathay e@Curve di sini, Isnin.

Fizo dan Mawar bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 November depan di rumah pihak perempuan di Country Heights, Kajang. Mereka akan bertunang sehari sebelum tarikh itu.

Terdahulu Fizo sempat melakukan gimik dengan melamar Mawar di dalam panggung wayang dengan disaksikan oleh pihak media dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.


Fizo melakukan gimik dengan melamar Mawar di panggung wayang dan menghadiahkannya dengan sebentuk cincin.
Selain sejambak bunga, Fizo turut menghadiahkan sebentuk cincin kepada Mawar.

Dalam perkembangan sama, Fizo berkata, walaupun hubungan yang terjalin agak singkat iaitu selama enam bulan namun keserasian yang ada membuatkan mereka ingin berumah tangga.

Jelas Fizo, walaupun jarang bertemu dengan buah hatinya itu tetapi perbualan di telefon mengeratkan kasih di antara mereka. Malah mereka ingin bercinta selepas berumah tangga.

"Naluri hati saya mengatakan dia wanita terbaik selain kami sangat serasi dan berpandangan sama dalam banyak perkara. Paling penting keluarga kami merestui hubungan ini. Saya rasa lebih baik bercinta selepas berkahwin," jelasnya.

Dalam pada itu, Fizo berkata, majlis perkahwinan mereka nanti akan diadakan untuk keluarga kedua-dua belah pihak, rakan rapat dan wakil media sahaja atas permintaan keluarga masing-masing.

Kata Fizo, selepas bernikah mereka merancang untuk mengadakan tiga majlis resepsi di Kuala Lumpur, Kelantan dan kampung halaman isterinya iaitu di Pulau Pinang.

"Majlis tunang dan akad nikah akan buat secara sederhana sahaja dan jemputan juga tidak ramai tetapi akan ada majlis resepsi lain dan Insya-Allah kami akan jemput semua pada majlis itu nanti," ujarnya.

Majlis pertunangan dan pernikahan pasangan itu bakal disiarkan secara langsung menerusi slot program Nasi lemak Kopi O di TV9.

Fizo juga merupakan pengacara program tersebut yang disiarkan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pukul 8 hingga 10 pagi.

Sumber

Izara Aishah Bikin Panas di Lokasi

on Monday, 28 October 2013


Izara Aishah Bikin Panas | Rasanya ramai terhibur menonton aksi comel Izara Aishah, Aeril Zafril dan Fasha Sandha dalam telefilem Cinta Mat Semperit yang ke udara di TV3 pada malam raya lalu. Bagaimanapun, di sebalik kisah ‘comel’ itu, ada perkhabaran kurang indah sampai ke telinga Sha.
Khabarnya, ketika penggambaran, ada yang naik angin apabila Izara Aishah beberapa kali datang lambat ke lokasi. Dengarnya, kelewatan itu mengganggu kelancaran jadual penggambaran, malah ada artis terpaksa menunggu lama.
Kalau lambat sejam mungkin boleh dimaafkan, tetapi ini katanya dua hingga tiga jam. Siapa tak naik hantu apabila terpaksa menunggu kemunculan pelakon cantik itu.
Kalau Izara maklumkan awal dia tidak dapat hadir awal, mungkin tidak jadi isu, tetapi apabila dia hanya bersikap selamba apabila sampai ke lokasi seolah-olah tidak buat sebarang kesilapan, itu yang bikin hati orang panas.
Apapun, Sha hanya mendengar dari sebelah pihak. Mungkin Izara ada alasan sendiri mengapa beberapa kali datang lambat sepanjang penggambaran berlangsung.
Manalah tahu dia terikat dengan penggambaran lain dan terpaksa berkejar-kejar dari dua lokasi atau mungkin dia tidak sihat.
Apa punca sebenarnya, hanya Izara ada jawapannya.
Sumber

Siti Saleha Jadi Duta Produk Terbaru SimplySiti


Jika sebelum ini produk-produk keluaran SimplySity hanya diwakili oleh Dato' Siti Nurhaliza sendiri, terbaru syarikat tersebut telah memilih aktres cantik, Siti Saleha sebagai duta bagi produk SimplySiti White & Detox. 
 
"Saya mula mendapat tawaran tersebut pada bulan Ogos lalu iaitu sebelum ke United Kingdom. Bila saya balik Malaysia, pengurus saya memberitahu yang pihak SimplySiti masih menunggu jawapan saya.
 
"Sebelum saya bersetuju, terlebih dahulu saya diberikan 'sample' untuk digunakan. Dalam tempoh sebulan mencubanya, saya dapat rasakan perubahan pada kulit wajah saya. Kulit wajah saya semakin bersinar dan tidak nampak kusam," kongsi Siti Saleha yang ditemui pada majlis Sidang Media Produk SimplySiti White & Detox sebentar tadi.
 
Ditanya adakah dia menerima tawaran tersebut semata-mata kerana nama Dato' Siti Nurhaliza, kata Saleha;
 
"Tidak, bukan kerana Siti semata-mata. Jika tidak pun saya memang minatkannya. Sebelum ini saya ada mendapat tawaran lain juga. 
 
"Tapi bila SimplySiti tawarkan kepada saya, ia lebih menarik perhatian saya sebab ia produk tempatan. Tambahan pula, saya terlebih dahulu buat kajian tentang produk ini kerana saya sangat peka terhadap penjagaan kulit wajah."
 
Bagi Presiden SimplySiti sendiri, Siti beranggapan Saleha ada ciri-ciri tersendiri kenapa pihaknya memilih adik kepada Sam Bunkface itu untuk menjadi duta produk terbarunya.
 
"Kita bagi dia cuba dahulu produk ini kerana tidak semua orang yang jenis main pakai sahaja produk kecantikan. Selepas itu, kita bertanyakan keberkesanannya.
 
"Tambahan pula, Saleha sendiri terlebih dahulu menggunakan salah satu produk kecantikan SimplySiti selepas dicadangkan oleh rakannya," ujar Siti yang teruja bekerjasama dengan pelakon filem 'Balada Pencinta' itu.

Suami Tinggalkan Kerjaya Pensyarah Beliau Demi Diana Amir


PETALING JAYA: Suami kepada pelakon Diana Amir iaitu Mohd Habibbullah A Rahman telah melepaskan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah sejak enam bulan lalu.
Mohd Habibbullah berkata, keputusan itu dibuat bagi membantu isterinya menguruskan beberapa buah perniagaan termasuk jenama tudung milik Diana iaitu Diana Amir Exclusive.
"Keputusan itu dibuat kerana saya ingin meneruskan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran (PhD), sementara itu saya akan membantunya menguruskan beberapa perniagaan.
"Alhamdulillah sudah enam bulan saya membantunya dan pelbagai pengalaman baharu dapat saya belajar dan seronok dapat terlibat dalam dunia perniagaan," katanya kepadamStar Online.
Diana sah bergelar isteri kepada Habibbullah dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya kira-kira pukul 9.30 malam pada Jumaat lalu.
Pada majlis itu Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 27, turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, senaskhah Al-Quran dan cincin.
Dalam perkembangan sama, Habibbullah berkata, sebagai seorang suami, dia akan memberikan sokongan penuh kepada Diana untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.
Dia juga tidak mempunyai sebarang halangan dan yakin Diana bijak untuk memilih tawaran dan menjaga dirinya sebagai seorang wanita dan isteri orang.
"Sebelum kami berkahwin, lakonan adalah kerjayanya dan saya menerima dan akan terus memberi sokongan kepada Diana dalam apa yang ingin dia lakukan.
"Saya yakin dia pandai menjaga diri dan batas-batas sebagai seorang isteri," katanya.
Dalam pada itu, Diana berkata, seperti mana pasangan yang sudah berkahwin dia mengharapkan rumah tangga mereka akan diserikan dengan kehadiran anak dan mengimpikan sebuah keluarga besar.
Dia dan suami memang sukakan kanak-kanak dan jika dizinkan dia ingin menimang cahaya mata secepat mungkin.
"Insya-Allah jika diberikan rezeki cepat kami sangat bersyukur dan gembira tambahan pula kami memang sukakan kanak-kanak dan mengimpikan sebuah keluarga besar," katanya

Sharnaaz dan Uqasha tak salah : Pekin

on Sunday, 27 October 2013


DEMIKIAN ucapan pertama yang muncul dari Pekin sebaik saja kontroversi percintaannya bersama Uqasha Senrose yang turut mengheret nama Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian ramai.

Memohon maaf di atas kekhilafannya, pelakon Paku Pontianak ini berharap kekeruhan yang berlaku antara mereka bertiga segera berakhir.

“Saya minta maaf kepada banyak-banyak, termasuk Uqasha, keluarga dan Shar (Sharnaaz). Kami dah duduk berbincang dan semua ini hanyalah salah faham,” katanya yang mengakui terburu-buru menuduh kecurangan kekasihnya bersama sahabat baiknya, Sharnaaz.

Sebelum ini, Pekin memutuskan hubungan dengan bakal isterinya itu gara-gara cemburu dengan sahabatnya sendiri.

Katanya, perkara itu berlaku di luar kawalan apabila ada beberapa pihak yang menokok tambah dan mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.

“Saya tahu ini salah saya. Namun ada satu sumber yang banyak melaporkan perkara tak betul.

“Pada mulanya, apabila saya dapat tahu Uqasha berjumpa dengan Shar, saya sangat marah dan terus membuat tindakan yang tak sepatutnya. Saya tak jawab panggilan dan terus buat persepsi sendiri.

"Saya rasa kalau berlaku pada orang lain sekalipun, pasti mereka akan marah bila keluar dengan orang lain atau kawan kita sendiri," jelasnya.

Pekin berkata, apabila dia tahu perkara sebenar dia sedar tindakan melulunya membuatkan semua orang kecewa.

“Tapi bila kita semua dah duduk berbincang, selesai masalah secara baik, saya bersyukur segalanya jernih dan semuanya telah selesai.

“Saya akan lebih hati-hati selepas ini. Saya akui mulut saya seperti longkang dan tidak menerima penjelasan sebelum mengeluarkan kenyataan,” katanya.


Kejutan hari jadi

Bercerita lanjut mengenai salah faham yang berlaku, kata Pekin, dia tidak menyangka Sharnaaz dan Uqasha bertemu atas tujuan untuk merancang parti hari jadinya.

“Saya dah lama berkawan dengan Shar. Jadi, apabila dapat tahu Shar merancang parti hari jadi untuk saya, nyata sangkaan saya meleset.

"Saya harap apa yang berlaku tak akan berulang lagi dan saya akan menjaga hubungan persahabatan saya dengan Shar. Saya juga terharu dan tak sabar menunggu apakah kejutan yang dirancang mereka," katanya yang terharu dengan tindakan teman baiknya dan Uqasha itu.

Jelas Pekin, dia turut kesal kerana menuduh kekasihnya tanpa usul periksa.

“Saya mengakui, Uqasha tidak pernah berlaku curang terhadap saya, Cuma mungkinlah saya terlalu panas hati dan membuat penilaian sendiri tanpa usul periksa. Bila berlaku seperti ini saya juga sangat menyesal,” katanya yang mengakui hubungannya bersama Uqasha kini pulih seperti biasa.


Kahwin tahun hadapan

Pekin juga memberitahu akan berbincang selanjutnya bersama Uqasha untuk menetapkan tarikh perkahwinan mereka pada tahun hadapan.

“Insya-ALLAH, selepas ini saya akan berbincang tentang perkahwinan kami.

“Yang pentingnya, ia mestilah disegerakan dan kalau boleh tahun hadapan, selesai segala persiapan perkahwinan,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sengaja mencetuskan kontroversi untuk menangguhkan perkahwinannya itu, Pekin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Jelas Pekin, dia memang serius dengan Uqasha dan nekad untuk mengahwini wanita itu.

“Kahwin bukan perkara main-main. Banyak perkara perlu difikir dan diselesaikan. Lagi pula, jadual kerja saya yang padat menyebabkan masa berlalu begitu cepat,” katanya.

Sumber

Peluang kedua untuk Beego

on Saturday, 26 October 2013


Fokus Beego memperkasakan semula karier lakonan dan menggalas tanggungjawab sebagai suami

Pernah berdepan episod hitam yang hampir memusnahkan reputasinya, peluang kedua yang diberikan Tuhan dimanfaatkan Beego untuk membersihkan semua daki yang nyaris meragut kepercayaan peminat terhadapnya.
Enggan berpaling, Beego, 32, menyusun semula langkahnya kerana tidak mahu mempersiakan peluang keemasan yang membentangkan ruang besar untuk memacu dirinya ke puncak.


Fokus Beego atau nama penuhnya, Mohd Aszerul Nizam Abdullah ketika ini adalah memperkasakan semula karier lakonannya, apatah lagi kini dia menggalas tanggungjawab sebagai suami dan bakal menimang cahaya mata sulung.

Suami kepada pelakon, Linda Hashim ini enggan lagi lemas diulit populariti kosong sebaliknya dia sentiasa mencabar diri untuk terus menggali kemampuannya sebagai pelakon.

Mendaki populariti bersama kumpulan Phyne Ballerz, seterusnya menempa nama sebagai pelakon menerusi siri popular, Puteri, Beego akur ada ketika dirinya tidak dapat lari daripada belenggu watak stereotaip.

“Kebanyakan watak ditawarkan hampir sama, cuma satu dua drama yang membekas kepuasan seperti Kerana Rotan yang menuntut kekuatan dalaman.
“Sebagai pelakon, saya bersedia melakukan apa saja untuk memastikan watak diberi hidup dan meninggalkan kesan.

“Kebelakangan ini kebanyakan pelakon popular kerana keberkesanan mereka membawa watak jahat. Ia seperti menjadi satu trend, membuatkan saya tidak menolak jika terus disogok watak antagonis.

“Secara peribadi, saya tidak terlalu memilih sebaliknya terus mencari watak yang mampu menonjolkan saya sebagai pelakon berkarakter.

“Andai terus diberi ruang untuk meneroka kepelbagaian watak, saya bersedia melakukannya kerana saya mencari kepuasan dalam kerjaya yang diceburi,” katanya.

Ditemui ketika penggambaran drama berantai, Pulang Sayang terbitan Bright Network Sdn Bhd, baru-baru ini, Beego sedar penonton sedang menilai perbezaan yang cuba dilakukan dalam setiap watak yang dijayakannya.

Disebabkan itu katanya, dia cuba mencari sisi baru dalam setiap watak yang dibawa supaya penonton tidak lemas dalam permainan karakter yang sama.

“Alhamdulillah kerana pengarah tidak terus meletakkan saya sebagai pelakon antagonis. Saya mula nampak perubahan itu.

“Drama berantai, Mencintai Mu yang sedang ditayangkan di RTM adalah antara contoh saya menguji diri untuk keluar daripada keselesaan itu.

“Sama seperti Pulang Sayang yang sedang menjalani penggambaran, permainan karakter yang dibawa tidak jauh berbeza.

“Di sini kreativiti saya sebagai pelakon diuji kerana saya perlu membawa karakter itu keluar daripada apa yang pernah saya lakukan sebelum ini.

“Setiap pelakon perlu berusaha mencari kelainan kerana jika penonton berjaya mengesan persamaan, itu bermakna kita gagal meneroka dan menggali watak yang ditawarkan lebih mendalam,” katanya.

Beego berkata, pelakon yang matang juga harus memahami permainan emosi dan watak gandingan supaya penonton dapat melihat kepelbagaian karakter.

“Drama ini agak mencabar kerana penonton disajikan dengan permainan emosi. Jadi saya perlu bijak mencari keseimbangan untuk memberikan warna terhadap watak yang dibawakan,” katanya.

Lebih hargai hidup

Bergelar suami pada 7 Jun lalu, Beego menghargai setiap detik yang dilaluinya terutama apabila isterinya disahkan hamil anak pertama.

Meskipun berita itu diterima ketika mereka masih menikmati detik berbulan madu, Beego berkata, dia sedia melakukan apa saja untuk tidak mensia-siakan pengorbanan besar isterinya.

Kesudian Linda menerima lamaran ketika dirinya berdepan dugaan berat dengan kontroversi yang menjejaskan nama baiknya, menyentuh perasaan Beego.

“Ketika sebahagian besar masyarakat menghukum dan hanya melihat sisi negatif diri saya, isteri pula bersedia menerima kekurangan.

“Dia yakin dan percaya dengan kejujuran saya. Itu yang saya cuba pertahankan kerana Linda sudah terlalu banyak berkorban untuk kebahagiaan kami berdua,” katanya.

Bercerita mengenai keadaan dirinya yang berbadan dua, Beego mengakui teruja mempelajari pelbagai perkara baru sejak hidup bersama Linda.

“Tidak mudah menyatukan dua jiwa berbeza tetapi perlu mencari persamaan dalam melayari bahtera supaya tidak karam di pertengahan jalan.

“Banyak hal yang menuntut tolak ansur, terutama apabila Linda berbadan dua. Melihat dirinya berdepan alahan dan ada kala hanya mampu terbaring, membuat hati saya tersentuh.

“Saya tidak merungut apabila terpaksa melakukan kerja rumah. Bagi saya itu bukan masalah besar kerana yang penting, kebajikan isteri dan kesihatan anak yang dikandung tidak terabai,” katanya.

Sumber

Akibat Saraf Suara Bengkak, Fara Fauzana Diarahkan Berehat

on Friday, 25 October 2013


PETALING JAYA: Pengacara Nona yang juga penyampai radio Media Prima Berhad iaitu Fara Fauzana diarahkan untuk bercuti daripada bertugas sebagai deejay selepas mengalami masalah suara sejak awal Oktober ini.

Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia mengalami masalah yang dikenali sebagai gangguan ‘saraf vokal’ membuatkan suaranya menjadi serak dan kasar.

“Masalah ini sudah lama berlaku dan ia semakin serius sejak kebelakangan ini. Ketika mendapatkan rawatan, doktor menasihati saya untuk bercuti selain kurangkan bercakap agar masalah berkenaan tidak bertambah serius,” katanya kepada mStar Online.

Fara memberitahu, dia mendapat cuti sakit dari 9 sehingga 23 Oktober dan seterusnya menyambung cuti tahunan sehingga Ahad ini.

Jelas Fara, pakar perubatan yang ditemuinya memberitahu terdapat jangkitan pada bahagian kerongkongnya sehingga kadangkala sukar untuk dia ‘mengeluarkan’ suara ketika berkomunikasi.

Kata Fara, selain bergelar deejay dan juga pengacara, dia banyak melakukan aktiviti menggunakan suaranya selepas waktu bekerja seperti melakukan rakaman ‘Panggilan Hangit’ dan juga juru acara majlis-majlis tertentu.

“Doktor kata penggunaan suara saya melebihi waktu kerja menyebabkan saya mengalami masalah saraf vokal ini tetapi ia tidak begitu serius sebaliknya saya perlu melakukan terapi dalam tempoh yang ditetapkan.

“Yalah... selama ni kalau saya bercuti kerja di Hot FM, saya bekerja pula di TV. Jadi, saya banyak menggunakan suara,” katanya.

Selain kurangkan bercakap Fara juga mengelak mengambil minuman bergas serta makanan-makanan pedas agar penyakit berkenaan tidak terus berpanjangan.

Sumber

Sharnaaz Ahmad Perampas Tunang Orang?

on Thursday, 24 October 2013


PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad telah bertemu dengan aktor Pekin Ibrahim pada malam Rabu (semalam) bagi meleraikan tuduhan kononnya dia menjadi penyebab hubungan Pekin dengan Uqasha Senrose putus.

Sharnaaz, 28, berkata, dalam pertemuan itu dia menjelaskan tuduhan mempunyai hubungan sulit dengan Uqasha adalah satu fitnah sementara hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan sekerja.

“Saya berjumpa dengan Pekin untuk berbincang bagaimana hal ini boleh terjadi. Dan syukurlah Pekin faham penjelasan saya dan dia minta maaf kerana salah faham terbabit.

“Saya percaya, ada pihak yang menyampaikan cerita tidak betul kepada Pekin untuk melaga-lagakan kami,” jelas Sharnaaz ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Terdahulu akhbar pada Khamis melaporkan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 32, mendakwa tunangnya iaitu Uqasha Senrose, 21, sudah beberapa kali berlaku curang termasuklah menjalinkan hubungan sulit dengan Sharnaaz Ahmad.

Malah Pekin turut mendakwa mempunyai bukti terhadap tuduhan bekenaan.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, pula menerusi laporan yang sama menafikan dakwaan Pekin sebaliknya menuntut pelakon itu mengemukakan bukti sebelum membuat sebarang tuduhan selain mendakwa kekasihnya seorang yang panas baran.

Kedua-dua pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu.

Ikuti jawapan Sharnaaz berhubung isu itu.
Uqasha dan Pekin mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu.

Bagaimana reaksi Sharnaaz apabila dikatakan menjadi orang ketiga sehingga terputusnya hubungan Pekin dan Uqasha Senrose?

Pada mulanya saya agak terkejut kerana lepas satu kontroversi, satu lagi kontroversi melibatkan saya, namun pengalaman lalu membuatkan saya lebih bertenang dan berfikir jalan terbaik untuk menyelesaikannya.

Apakah tindakan Sharnaaz untuk menyelesaikan masalah ini?

Sejurus selepas mendapat tahu berita itu, saya terus mengatur pertemuan dengan Pekin (pada Rabu) dan saya menjelaskan perkara sebenar iaitu hubungan sulit yang didakwa berlaku antara saya dan Uqasha adalah tidak benar sama sekali. Saya beritahu dia bahawa ia hanya hubungan seperti rakan sekerja dan saya yakin ada orang lain yang menyampaikan berita yang bukan-bukan kepadanya. Sebagai lelaki saya faham situasi dia dan tidak menyalahkan dia.

Bagaimana reaksi Pekin semasa pertemuan tersebut?

Sebenarnya saya dan Pekin sudah berkawan baik sejak dua tiga tahun yang lalu, saya mengenali dia seorang yang bagaimana. Dia juga meminta maaf kerana salah faham ini.

Bagaimana pula dengan Uqasha selepas kontroversi ini?

Saya harap hubungan mereka kembali seperti dahulu dan saya tidak mahu masuk campur tentang keputusan pertunangan mereka. Saya harap Uqasha tenang menghadapinya dan orang ramai tidak menyalahkan dia dalam perkara ini.

Selepas kontroversi ini, adakah Sharnaaz takut atau lebih berhati-hati untuk berkawan dengan artis wanita?

Saya seorang yang mudah rapat dengan sesiapa tidak kira artis atau bukan, perempuan atau lelaki, bagi saya tidak perlu takut jika ianya tidak bersalah.

Bagaimana Sharnaaz berhadapan dengan kontroversi demi kontroversi yang melanda diri anda?

Saya hanya ingin mencari rezeki dalam industri dan saya tidak tahu mengapa banyak sangat kontroversi datang bertimpa-timpa, kes saya bertumbuk di tepi lebuh raya pun belum selesai lagi ini sudah ada kontroversi baru.

Setiap kali ada isu yang melibatkan saya, saya hanya bertenang dan berhadapan dengannya, asalkan ia tidak melibatkan keluarga saya tidak kisah.

Sumber

Ibu Sahkan Pertunangan Uqasha, Pekin Masih Belum Putus



PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon Uqasha Senrose, 21, iaitu Rosmizai Mohd Nor memberitahu hubungan anaknya dengan pelakon Pekin Ibrahim, 32, masih belum berakhir dan menolak pasangan berkenaan sudah putus tunang.

Rosmizai, 45, berkata, dia masih lagi menunggu penjelasan daripada kedua-dua belah berhubung gosip berkenaan.

"Biasalah dalam tempoh pertunangan ini ada sahaja dugaannya, namun secara rasminya mereka belum putus.

"Uqasha ada beritahu saya tentang masalah dalam hubungannya dan sekarang saya tunggu mereka berdua untuk menjelaskan keadaan sebenar, apa yang berlaku," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Rosmizai berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin mengenai pertunangan pasangan berkenaan yang dikatakan sudah berakhir berpunca daripada orang ketiga.

Akhbar melaporkan aktor Sharnaaz Ahmad dikatakan menjadi punca kepada masalah berkenaan tetapi pelakon itu menafikan tuduhan tersebut sebaliknya mahu bertemu dengan Pekin untuk mengetahui perkara sebenar sebelum membuat sebarang ulasan.

Tambah Rosmizai, sebagai ibu dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya dalam menentukan pilihan hidup masing-masing.

"Saya pun tidak boleh komen banyak sebab tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tapi apa-apa pun yang terjadi saya hanya doakan mereka dapat buat keputusan yang terbaik," katanya.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu.

Uqasha dan Pekin gagal dihubungi untuk menjelaskan hal berkenaan.

Sumber

Sharnaaz Ahmad Nafi Dirinya Bergaduh Depan Khalayak

on Tuesday, 22 October 2013



PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan dakwaan mengenai dia terlibat dalam pergaduhan dengan berbalas tumbukan bersama seorang pengguna jalan raya di kawasan Ampang adalah mengarut.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 28, menafikan gosip tersebut dan bertegas sehingga kini dia belum pernah lagi terbabit dengan mana-mana pergaduhan.

"Siapalah yang buat cerita ini tanpa bertanya pada saya dahulu? Saya tak buat perkara itu.

"Janganlah menuduh saya sembarangan. Apapun saya terima gosip ini sebagai dugaan dalam hidup," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.

Pada Ahad lalu, sebuah akhbar mingguan dalam ruangan pojok melaporkan Sharnaaz telah bergaduh dengan seorang pengguna jalan raya lain sehingga membelasah lelaki tersebut dengan teruk.

Sharnaaz juga tidak terkecuali terkena tumbukan ketika insiden tersebut. Pergaduhan itu membuatkan kawasan jalan raya itu sesak kerana ia turut disaksikan orang ramai.

Dalam pada itu tambah Sharnaaz yang baharu saja selesai penggambaran drama Baby Yana (untuk saluran RTM), dia berharap masyarakat tidak sembarangan mempercayakan gosip tersebut hanya kerana dia dilihat seorang yang baran.

Bagaimanapun, bekas kekasih Shila Amzah itu mengakui, dia akan mempertahankan dirinya andakata dia dikasari mana-mana pihak.

"Jujurnya dahulu saya seorang yang pemarah dan cepat naik angin. Tetapi manusia boleh berubah bukan?

"Saya tidak akan memukul orang tanpa sebab dan akan bawa berbincang dahulu jika sesebuah masalah itu timbul. Perasaan marah saya kini sudah boleh dikawal," ujarnya.

Dalam perkembangan terbaharu, Sharnaaz kini sibuk membuat latihan senaman bina badan di sebuah gim bagi tuntutan wataknya sebagai lelaki antagonis sebuah drama 60 episod (belum tahu judulnya) bagi siaran Astro Mustika.

Kata pelakon itu, kerana drama itu juga dia terpaksa menurunkan berat badannya daripada 80 kilogram (kg) kepada 72 kg. Dan kemudian dia membina badan semula sehingga berat mencecah 82 kg.

Sementara itu, ditanya pula sudahkan dia memiliki pasangan baharu selepas putus hubungan dengan Shila, katanya, dia belum bersedia lagi untuk bercinta.

"Saya bukannya serik, tetapi biarlah fokus pada kerja dahulu. Jika bertemu dengan wanita dirasakan sesuai dengan diri, saya tidak akan mengambil masa lama untuk berkahwin," tuturnya.

Sumber

Sham Kamikaze : Saya Bukan Kahwin Dua, Tapi Kahwin Buat Kali Kedua

on Monday, 21 October 2013


Sebelum ini industri hiburan dikejutkan dengan perkhabaran berita bahawa bekas ahli kumpulan Kamikaze iaitu Sham telah berkahwin dua.
Namun sehingga ke hari ini Sham tidak pernah tampil membuat pengakuan berhubung perkara tersebut di mana-mana media.
Menerusi sebuah akhbar hari ini, Sham menjelaskan dakwaan dirinya sudah berkahwin dua dengan berkata, “itu tidak tepat sama sekali. Sebenarnya ini merupakan cerita lama dan saya telah memberitahu bahawa saya tidak berkahwin dua. Saya tidak mahu bercakap mengenai soal ini dan saya percaya anda juga tahu mengapa”.
“Sebenarnya saya memang tidak berkahwin dua, sebaliknya saya telah berkahwin kali kedua setelah perceraian yang pertama, tetapi saya tidak akan memberitahu bila kerana saya ada sebab yang tertentu,” katanya.
Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 37, didakwa telah bercerai dengan isteri pertamanya, Farazilah Abdul Jabar pada Ogos 2012 sebelum mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan kakak kepada Maulana AF, Nurul Halimin Md Salleh pada Januari tahun ini.
Kini, Halimin dikatakan sedang sarat hamil dan hanya menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata sulung pasangan tersebut – Mynewshub.my


Iqram Dinzly ingin tamatkan zaman bujang


MUHAMMAD Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin’ atau lebih dikenali sebagai Iqram Dinzly.

Berumur 32 tahun merupakan anak kelahiran Perak Darul Ridzuan, dilahirkan pada 29 September 1981.

Menamatkan pengajian dalam jurusan Seni Persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Iqram Dinzly mula menjadi perhatian dan hangat diperkatakan sejak mengacarakan rancangan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM),

Gemar bercinta dengan wanita berusia dengan menganggap mereka lebih memahami.

Suka memasak.

Pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Fouziah Gous.

Iqram dan Fasha Sandha pernah 'berperang' di laman sosial Twitter kerana Fasha tidak berpuas hati dengan Iqram.

Mengakui kesal kerana tidak berkahwin pada usia muda.

Impian ingin menjadi jutawan yang berilmu dan beriman.

Sumber

Johan As'ari Bercinta Dengan Artis?


PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari mengakui mengakui terpaut hati dengan seorang wanita yang juga merupakan salah seorang selebriti hiburan tempatan.

Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As’ari, 27, bagaimanapun berkata, dia enggan meluahkan perasaan hatinya kepada artis wanita berkenaan walaupun tahu dia bukan bertepuk sebelah tangan.

"Saya dan dia, masing-masing tahu yang kami saling menyukai antara satu sama lain tetapi kalau boleh kami tidak mahu mengesahkan sebagai pasangan kekasih.

"Pada saya biarlah kami diikat sebagai ikatan suami isteri yang sah, barulah boleh merasai nikmat bercinta itu. Keadaan ini juga sebenarnya lebih mudah kerana andaikata tiada jodoh, kami boleh membawa haluan sendiri," katanya kepada mStar Online.

Tambah Johan, dia juga bercadang ingin melamar artis wanita berkenaan dengan mengikat tali pertunangan pada tahun ini, namun ia sekadar rancangan sahaja.

Dalam pada itu, Johan berkata dia juga cukup senang apabila mereka saling mempercayai dalam setiap perkara yang dilakukan tanpa perlu timbul rasa cemburu dihati.

"Perhubungan yang dijalinkan sekarang ini lebih kepada kepercayaan antara satu sama lain tanpa perlu menjadi kekasih. Jadi, memandangkan kami sekarang ini sibuk dengan urusan kerja seni, biarlah tugasan itu diselesaikan dahulu.

"Malah, kami biarkan masing-masing mengejar cita-cita dahulu sehingga berpuas hati dengan zon masing-masing. Andaikata perhubungan ini menjadi, InsyaAllah saya akan sebarkan pada semua, doakan ya," tuturnya.

Sementara, Johan bakal muncul dengan filem lakonan terbaharunya bergandingan dengan Siti Saleha menerusi filem Balada Pencinta yang bakal ditayangkan pada 24 Oktober ini.

Filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd itu merupakan filem aksi romantik ini mengisahkan tentang cinta terlarang antara bekas gangster, Amir (Johan) dan Aishah (Siti Saleha).

Percintaan Amir dan Aishah menjadi rumit apabila ibu bapa Aishah mahu dia berkahwin dengan Boy (Sein), seorang lelaki yang berlatarbelakangkan keluarga kaya yang juga merupakan ketua kumpulan kongsi gelap.

Dalam perkembangan lain, Johan turut akan muncul dua buah filem berjudul Paku dan Tokan.

Malah pada Disember depan, aktor itu akan ke Macau mewakili negara apabila dirinya tercalon dalam Festival Filem Asia Pasifik di bawah kategori pelakon utama terbaik menerusi filem Juvana.

Sumber

Nora Danish dan Nadeem Masih Belum Bincang Soal Kahwin

on Sunday, 20 October 2013


KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish yang kini berkawan rapat dengan anak seorang menteri iaitu Nadeem atau Muhammad Nadem Nazri memberitahu belum lagi membincangkan soal perkahwinan.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31,berkata, dia masih memerlukan masa untuk bersedia menjadi isteri yang baik.

"Saya akui dia adalah lelaki paling rapat namun buat masa ini kami tidak lagi membincangkan soal perkahwinan.

"Saya lebih berhati-hati berdasarkan pengalaman lalu yang mana saya juga ada silap dan kekurangan yang perlu diperbaiki bagi menjadi isteri yang baik," katanya kepada mStar Online pada sidang media teater Bahayanya Wanita, di Istana Budaya, Jumaat.

Nora berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikatakan semakin intim.

Ketika ditanya tentang gelaran bad boy yang sering dilabelkan kepada lelaki tersebut, Nora berkata, Nadeem mempunyai sifat dan kebaikan lain yang orang lain tidak tahu.

"Saya tidak pernah menilai dia melalui masa lalunya, pada saya semua manusia di dunia ini tiada yang sempurna.

"Siapalah saya untuk menilai orang lain, namun daripada apa yang saya lihat, dia seorang yang pemurah, baik hati dan ikhlas yang mana orang yang tidak mengenalinya tidak tahu," katanya.

Bercakap tentang status hubungan tersebut, Nora berkata, dia lebih senang dikatakan berkawan rapat berbanding hubungan pasangan kekasih.

"Susah untuk menyatakan hubungan kami, biarlah orang menganggapnya sebagai kawan rapat sahaja," katanya.

Sementara itu, bercerita tentang teater Bahayanya Wanita, Nora yang kali pertama menerima perlawaan Frensis Sdn Bhd iaitu kepunyaan Erra Fazira, Umie Aida dan Ziela Jalil ini mengakui agak berdebar untuk berlakon disamping barisan pelakon-pelakonnya.

"Ini kali pertama saya menerima tawaran untuk berlakon teater dan sangat berdebar serta takut untuk bergandingan pelakon-pelakon hebat lain.

"Saya cabar diri saya untuk berada di atas pentas di depan orang ramai,"katanya.

Antara barisan pelakon lain yang menjayakan teater ini ialah Erra Fazira, Umie Aida, Zizan Razak dan Johan As'ari.

Teater Bahayanya Wanita bakal dipentaskan pada 20 hingga 31 Disember depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Sumber

Balada Pencinta : Taruhan terbaru Khir Rahman

on Saturday, 19 October 2013


SELEPAS mencipta kontroversi menerusi filem arahan pertamanya ... Dalam Botol, Khir Rahman kembali mengarah dalam filem keduanya, Balada Pencinta yang bakal ditayangkan pada 24 Oktober ini.

Berbanding dengan ... Dalam Botol yang agak sarat dengan bahasa filem dan falsafahnya yang tersendiri, filem Balada Pencinta ini lebih bersifat komersial.

Mengakui akan hal itu, pengarah prolifik itu menyifatkan Balada Pencinta, bakal dikritik oleh semua pengkritik filem kerana filem ini bukan filem seni yang ada bahasa filem.

“Ia merupakan karya komersial yang sememangnya menjadi makanan penting dalam industri filem tempatan. Tetapi, kualiti filem dan ceritanya masih lagi menjadi keutamaan,” katanya.

Filem ini diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd, dibarisi beberapa nama besar dalam dunia lakonan, seperti Johan As’ari, Siti Saleha, Faizal Hussein, Dian P.Ramlee, Sein Ruffedge dan Miera Liyana

Balada pencinta mengisahkan cinta terlarang di antara bekas ahli kumpulan mafia bernama Amir dan seorang pelajar seni, Aisyah.  Amir yang mahu memulakan hidup baru sebagai pemuzik jalanan telah bertemu dengan Aisyah yang berasal dari keluarga kaya. Ibu bapa Aisyah telah mengaturkan perkahwinannya dengan Boy, anak seorang ahli perniagaan yang kaya, dengan harapan perkahwinan mereka membolehkan kedua-dua perniagaan keluarga itu berkembang.

Sumber

Diana Amir Sah Bernikah Pada 25 Oktober 2013

on Friday, 18 October 2013


PETALING JAYA: Pelakon Diana Amir mengesahkan akan bernikah dengan tunangnya, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman pada 25 Oktober ini.

Pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim, 27, ini berkata, majlis pernikahan bakal berlangsung pada pukul 9 malam di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya.

"Saya dan tunang akan bernikah pada 25 Oktober ini di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya," katanya.

Diana ditemui pada majlis sidang media pengumuman pernikahan pelakon itu di pejabat Metrowealth International Group (MIG) di sini pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Diana berkata dia kini sedang membuat persiapan hari bahagianya itu dan memberitahu ia berjalan lancar.

"Persiapan masih dijalankan tetapi belum siap sepenuhnya lagi," katanya.

Diana dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon itu.

Sumber

Pretty Ugly masih belum 'terkubur'


PASANG surut populariti adalah lumrah dalam dunia seni. Selepas menamatkan kontrak bersama KRU Records pada 2007, nama Pretty Ugly semakin tenggelam.

Bangkit meneruskan perjuangan, Pretty Ugly yang dianggotai oleh empat anak muda berjiwa besar iaitu Raizan Zainal Abidin (Neves) yang bertindak sebagai vokalis, Nik Muhd Histami Nik Mohd Din (Net) sebagai pemain dram, Mohd Raziz Zainal Abidin (Jay) pemain gitar dan Mohd Fariz Ahmad Shamsuddin (Eez) sebagai pemain bass, kembali dengan taruhan terbaru single #1 (disebut No.1) hasil kolaborasi bersama Altimet.

“Lagu ini diterbitkan terlebih dulu bagi mencuba kehendak pasaran. Malah, sejak dilancarkan, lagu ini sentiasa mendapat perhatian dalam carta radio tempatan.

“Ia juga turut dimuat naik di laman Youtube dan iTunes sejak Mei lalu. Alhamdulillah, kami mendapat maklum balas yang sangat baik daripada peminat,” kata Neves, selaku ketua kumpulan Pretty Ugly.

Kata Neves lagi, lagu #1 ciptaannya adalah berdasarkan pergolakan politik negara dengan misi mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersatu padu tanpa mengira fahaman dan politik masing-masing.

Tambahnya, lagu itu juga bertepatan dengan musim Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

“Lagu ini dicipta khas untuk menyuntik semangat cintakan tanah air tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan politik memandangkan kini masyarakat semakin berpecah belah akibat kehadiran pilihan raya.

“Lagu ini bersifat patriotik. Menerusi lirik dalam lagi ini, kita juga ada mempromosi tempat-tempat menarik di Malaysia. Macam mana tinggi pun kita sanjung negara orang, hati kita tetap di Malaysia.

Cintailah tanah air kita. Itu yang saya cuba sampaikan,” jelasnya yang turut mengakui keserasian bersama Altimet.

Cuba tampil kelainan

Masih lagi menyanyikan lagu sendiri, Pretty Ugly sememangnya kumpulan muzik tempatan yang berbakat besar. Bukan setakat menyanyi, ahli kumpulan itu turut terlibat dalam penciptaan lagu.

“Idea itu datang secara merata-rata. Tidak kiralah di mana sahaja. Waima dalam tandas sekali pun. Misalnya, jika jika nak buat lagu, kalau kita dah dapat melodi, kita akan terus rekod.

“Bila dah ada rangka untuk lirik, kami akan ‘berkurung’ dalam studio dan kita susun semula,” katanya yang pernah mencipta lagu untuk artis tempatan lain seperti Siti Sarah, Anita Sarawak dan terbaru Ferok dari Mystarz LG.

Kata Neves, sebagai artis dan komposer, dia cuba menampilkan kelainan dalam setiap karya dan terserah pada orang ramai untuk menilainya.

Bahkan, kumpulan itu percaya sudah tiba masanya untuk mereka bangkit menampilkan sesuatu yang baru dalam arus muzik tempatan.

“Kami akan memilih konsep berlainan kerana ingin mengelak kebosanan terhadap muzik yang sama di pasaran.

“Kami yakin masyarakat akan lebih berfikiran terbuka,” jelasnya yang baru menamatkan ijazahnya di Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur.

Jelajah seluruh negara

Dalam perkembangan lain, Pretty Ugly yang kini bernaung di bawah Universal Music Malaysia (Universal) akan terlibat dalam siri jelajah ke seluruh negara bagi mempromosikan lagi single #1.

Siri jelajah itu akan dilakukan di beberapa universiti terpilih di seluruh negara. Selain Pretty Ugly, artis lain yang terlibat ialah Faizal Tahir.

“Siri jelajah ini akan dimulakan pada 27 Oktober ini dengan penglibatan universiti pertama adalah Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Jadi, kami berharap peminat Pretty Ugly dapat meluangkan masa bersama-sama dalam siri jelajah itu,” akhirinya.

Dalam pada itu, Pretty Ugly yang pernah menjadi finalis bagi Anugerah Juara lagu ke-21 menerusi lagu Diari Seorang Lelaki, selain dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) bagi kategori Artis baru
Terbaik dan Album Rock Terbaik tetap mempunyai impian untuk terus maju dalam dunia seni.

"Walaupun masih belum mendapat apa-apa pencapaian, namun kami berbesar hati dan berbangga kerana dapat jadi finalis.

"Cuma, kami masih belum puas lagi. Apa yang penting, kami akan terus mencuba dan mencuba lagi," katanya.

Tambahnya lagi, single #1 adalah strategi perjuangan mereka supaya Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) lebih mengenali mereka.

Sumber

Tasha Shilla - Buktikan saya bedah!


SELEPAS satu kontroversi, timbul lagi kontroversi baharu yang menghimpit pelakon Tasha Shilla, 26. Kali ini dia digosip telah melakukan pembedahan di bahagian hidung dan payudara di Bali, Indonesia.

Tasha Shilla yang kini sibuk dengan penggambaran sebuah drama lakonannya di Cameron Highlands dan sekitar Kuala Lumpur ternyata sangat terkejut apabila gosip tersebut hangat diperkatakan.

Kosmo! menghubungi Tasha Shilla untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu ini. Ikuti temu bual bersamanya.

Kosmo!: Adakah benar dakwaan mengatakan Tasha membuat pembedahan hidung dan payudara?

TASHA SHILLA: Saya kalau boleh tidak mahu komen apa-apa mengenai isu ini. Andai kata dakwaan itu benar buktikan kepada saya bahawa saya telah membuat pemdedahan tersebut. Saya bersyukur kerana keluarga saya masih percaya dan bersama saya memberikan sokongan.

Tasha dikatakan membuat pembedahan hidung dan payudara di Bali. Adakah benar anda berada di Bali ketika itu. Jika tidak berada di situ, di manakah anda ketika itu?

Buktikan kepada saya (nada tegas)! Jika anda tanya di mana saya ketika itu saya tidak tahu kerana saya tidak tahu bagaimana dan bila isu ini boleh timbul dan dari mana cerita ini muncul sedangkan saya baru akan ke Bali bersama keluarga pada 27 Oktober ini. Jika saya buat pembedahan, pasti orang yang terdekat dengan saya seperti keluarga, jurusolek dan rakan-rakan akan melihat perubahan pada muka saya. Saya pelik ada sesetengah pihak yang tidak pandai menilai wajah yang telah dilakukan pembedahan dan wajah yang di anugerahkan Tuhan.
TASHA SHILLA bakal ke Bali pada 27 Oktober ini untuk bercuti bersama keluarganya.

Adakah Tasha rasa dengan melakukan pembedahan kerjaya seseorang artis itu akan meningkat maju seperti selebriti luar negara?

Saya rasa tidak kerana ia bergantung kepada rezeki yang telah Tuhan takdirkan kepada kita. Jika kita ikhlas untuk melakukan sesuatu kerja itu pasti kita akan berjaya dalam kehidupan.

Adakah gosip negatif terbaharu ini akan menjejaskan karier Tasha?

Jika dilihat sebelum ini saya cukup banyak dihimpit pelbagai gosip mengenai hidup saya. Bertubi-tubi benda yang buruk menimpa diri saya. Bagi saya, masuk telinga kanan keluar telinga kiri kerana saya percaya pada rezeki yang telah Tuhan berikan kepada saya dan nawaitu saya adalah untuk bekerja dan bukan dengan cara ini.

Beralih kepada soalan lain, apakah perkembangan terbaharu Tasha?

Saya kini sedang sibuk dengan penggambaran drama di Cameron Highlands dan di sekitar Kuala Lumpur untuk slot Samarinda. Sementara, pada hujung bulan November pula, saya akan berangkat ke Korea Selatan untuk menjalani penggambaran drama sebanyak 28 episod yang akan ditayangkan di RTM dan jangan lupa saksikan lakonan saya dalam drama Ciptaan Terindah pada Sabtu, 19 Oktober ini di TV3 menerusi slot Cerekarama.

Sumber

Wawa Zainal: Hentikanlah tohmahan!

on Thursday, 17 October 2013


SEHINGGA ke hari ini, rata-rata masyarakat masih berbicara mengenai kontroversi demi kontroversi yang tercipta setelah isu nikah rahsia pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tersebar.

Tampil mengakui kekhilafan dan memohon maaf di atas tindakan itu, baik Aeril mahupun Wawa mengharapkan lembaran baru dalam kehidupan mereka bertiga.

Bukan sahaja Aeril malah, Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 22, berharap agar masyarakat tidak lagi memandang serong di atas segala apa yang telah berlaku sebelum ini.
Malah, jauh di sudut hati Wawa supaya hubungan suci itu diterima masyarakat dan tiada lagi kata-kata nista pada mereka sekeluarga.

Menurut Wawa, penjelasan mereka ketika sidang media sebelum ini diharapkan dapat menjawab segala persoalan dan tohmahan yang dilempar terhadap dirinya, suami dan anak.

"Saya mohon agar kami diberi ruang untuk memulakan hidup baru sekeluarga. Janganlah kerana peristiwa lalu, tohmahan dan cercaan ini berterusan.

"Kasihanilah anak kami kerana dia tidak berdosa dan dia adalah cinta halal kami. Hentikan tohmahan dan cercaan yang bukan-bukan.

"Kami juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan kebahagiaan kami," kata pelakon filem, 99 Kali Rindu, ini.

Sebelum ini, tindakan Aeril dan Wawa yang menyembunyikan ikatan pernikahan mereka menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat, peminat dan media.

Namun, setelah rahsia ini terbongkar, mereka tampil mengakui perkara sebenar dan mengumumkan telah bernikah sebanyak dua kali apabila perkahwinan pertama tidak sah di sisi Undang-Undang Keluarga Negeri Selangor.

Belum berhijrah penuh

Penghijrahan Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari, 25, bukanlah perkara baru kerana sejak penghujung tahun lalu, dia sudah selesa mengenakan jubah, serban dan bercelak mata.

Namun, ketika sidang media baru-baru ini, Wawa juga dilihat manis bertudung dan mengenakan baju kurung.

Turut menjadi tanda tanya, adakah pelakon filem, 99 Kali Rindu, ini sudah berhijrah dengan mengikut jejak langkah suaminya.

Menurut Wawa yang juga artis residen, Metrowealth International Group (MIG), dia masih lagi dalam proses pembelajaran dan berusaha mendekatkan diri dalam agama.

"Buat masa ini, saya belum lagi berhijrah sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba mendalami ilmu agama.

"Kalau saya keluar, mungkin saya akan pakai tudung. Namun, jika ada tawaran lakonan yang memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka.

"Namun, saya akui, memang saya selesa bertudung dan berhasrat untuk ke arah itu. Mungkin sedikit masa lagi," katanya yang mula mencipta nama sebagai pelakon baru menerusi drama, Klik.

Tolak tawaran demi anak

Hasil perkahwinan pada 25 Februari tahun lalu, Aeril dan Wawa dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos lalu.

Malah, pasangan ini mula berkongsi wajah puteranya itu bersama peminat dan pengikut di laman sosial, baru-baru ini.

Lebih selesa membesarkan cahaya mata sulungnya itu sendiri, Wawa memilih untuk berehat sementara dari bidang lakonan.

Menurut Wawa, sehingga kini ada beberapa tawaran yang terpaksa ditolak untuk memberi perhatian kepada anaknya itu.

"Walaupun MIG masih belum menghubungi saya untuk sebarang projek, namun saya ada menerima beberapa tawaran dari syarikat produksi lain.

"Namun, buat masa ini, saya belum bersedia untuk bekerja kerana anak masih kecil. Lagipun, saya belum puas untuk menguruskan anak sendiri. Terasa rugi jika saya melepaskan momen indah ini.

"Mungkin dua atau tiga bulan lagi, saya akan kembali bekerja dan tugas itu diserahkan kepada ibu saya atau bergilir-gilir dengan Aeril," katanya yang mengakui masih terikat dengan kontrak bersama MIG sehingga 2015.

Walaupun kontrak masih berbaki dua tahun, namun sehingga kini dia masih belum dimaklumkan mengenai statusnya bersama MIG.

Katanya, sejak dia membuat permohonan untuk bercuti panjang ketika menderita penyakit misteri itu, sehingga ke hari ini, pihak MIG belum menghubunginya untuk sebarang tawaran lakonan.

"Saya juga tidak tahu status saya kini, adakah masih di bawah MIG ataupun tidak. Malah, saya tidak dimaklumkan mengenai apa-apa projek lagi.

"Jadi, selagi saya tidak dipanggil, selagi itulah saya sifatkan, saya masih diberi rehat panjang.

"Pun begitu, saya terima apa jua tindakan daripada pihak pengurusan dengan hati yang terbuka," kata anak kelahiran Lahad Datu, Sabah ini.

Tunangan orang?

Belum pun reda itu nikah rahsia, Wawa diduga lagi apabila akhbar tempatan mendedahkan pelakon filem, Hantu Dalam Botol Kicap, ini bergelar tunangan orang ketika berkahwin dengan Aeril.

Bagaimanapun Ketika sidang media baru-baru ini, ada dalam kalangan media tampil bertanya mengenai statusnya sebelum ini.

Namun, Wawa dengan pantas menjawab, dia tidak pernah bertunang dengan mana-mana lelaki sebelum ini.

Pun begitu selepas penafian itu, seorang guru yang berasal dari Lahad Datu, tampil mengakui dia pernah mempunyai hubungan dan mereka bertunang sebelum Wawa bergelar pelakon.

Malah, mereka tidak pernah memutuskan pertunangan itu walaupun telah bergelar isteri orang.

Bagaimanapun, Wawa bertindak untuk mengunci mulut daripada terus memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Sumber

10 Tip Konsisten Untuk Solat Subuh


Ramai golongan pekerja sanggup bangun awal untuk pergi ke pejabat asalkan punch card tidak merah. Ramai pelajar mampu bangun awal demi mengelak terserempak dengan pengawas atau dimarahi cikgu disiplin. Tetapi kenapa masih ramai yang masih liat bangun solat Subuh?
Motivasikan diri anda untuk lebih mudah dan bersemangat bangunSubuh tanpa sebarang alasan berdasarkan tip berikut:
1) Ikhlaskan niat hanya kerana Allah swt dan berikanlah hak-hakNya. Niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya.
2) Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.
3) Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.
4) Memperbanyakkan berdoa agar Allah swt memberikan kesempatan untuk solat Subuh.
5) Carilah kawan yang baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama bangun awal dan solat Subuh.
6) Latih diri untuk tidur mengikut sunnah Nabi saw seperti dengan tidur awal agar mudah bangun awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.
7) Elakkan makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi.  Jauhilah juga minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah tidur malam yang seterusnya akan membawa kepada susah bangun pagi dan berkemungkinan terlepas solat Subuh.
8) Pasang penggera yang boleh mengejutkan anda untuk solat Subuh.
9) Ajaklah orang lain bangun solat Subuh dan mulakanlah dengan diri sendiri dan keluarga.
10) Cuba hayati keindahan waktu pagi, kesegaran udaranya, kedinganan hawanya, kicauan burung dan sebagainya.  Kemudian tanamlah tekad ingin menikmati lagi dengan selalu bangun awal dan solat Subuh awal waktu.
Wallahuaklam.

Diana Amir Akan Umum Tarikh Kahwin Pada Jumaat Ini


PETALING JAYA: Pelakon Diana Amir mengesahkan akan berkahwin dengan tunangnya iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman pada Oktober ini.
Pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim, 27, ini berkata, pihak pengurusannya iaitu Metrowealth Sdn Bhd (MIG) akan mengadakan satu sidang media khas di pejabat syarikat berkenaan bagi memaklumkan mengenai perkara itu pada petang Jumaat ini.
"Pihak pengurusan saya akan mengadakan satu sidang media untuk majlis perkahwinan tersebut pada Jumaat ini dan semua keterangan tentang majlis akan diberitahu ketika sidang media itu nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Diana dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon itu.
Dalam perkembangan lain, Diana mengakui kini agak kurang mengambil tawaran berlakon kerana watak yang tidak sesuai dengan imej bertudung.
"Sekarang tiada watak yang sesuai dengan imej yang bertudung, jika ada sekalipun ada babak yang perlu buka tudung yang mana memang saya tidak mahu berbuat demikian.
"Insyaallah kalau ada skrip yang betul-betul sesuai dan tidak perlukan saya buka tudung saya akan terima," katanya.
Tambahnya, dia yang kini mengendalikan program bual bicara SIS di TV9 mengakui lebih selesa dengan bidang pengacaraan berbanding lakonan.
Dalam perkembangan lain, Diana juga sibuk menguruskan perniagaan pakaian miliknya iaitu Diana Amir Exclusive selain melakukan kerjasama dengan pereka fesyen terkenal, Melindai Looi.