Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Mira Filzah Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Fattah Amin

on Wednesday, 31 August 2016


PELAKON baharu Mira Filzah sekali lagi terjebak dalam gosip cinta. Jika terdahulu nama Mira Filzah disebut-sebut mempunyai hubungan dengan pelakon Zizan Razak dan Ben Ali.
Namun, kali ini wanita yang baharu sahaja memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-29 dikaitkan dengan pelakon kegilaan ramai Fattah Amin.
Selain didakwa mejadi ‘punca’ kepada keretakan hubungan Fattah dan Sherry Ibrahim. Bagaimanapun dakwaan itu disangkal oleh empunya badan.
Gosip terbaharu yang menular itu bagaimanapun ditolak oleh Mira dan menegaskan bahawa dia dan Fattah hanya berhubung atas dasar kerja.
“Tiada apa-apa hubungan istimewa antara kami. Semuanya dilakukan hanya atas dasar kerja. Memang tidak ada yang lebih-lebih seperti heboh diperkatakan.
“Selagi tidak keluar daripada mulut saya sendiri, saya bercinta dengan sesiapa, bermakna saya masih single. Cerita yang bertebaran itu tidak benar sama sekali. Saya selesa berkawan dengan semua orang,” katanya.

Manakala menurut Mira kepada BH Online, penglibatan dia di dalam syarikat Myfastyle tiada kaitan dengan pelakon itu tetapi hanya bertujuan untuk mendapatkan ilmu daripada pakar yang berpengalaman dalam menguruskan tawaran membabitkan tanggungjawab sebagai duta atau jenama. 

Credit - MYNEWSHUB.CC

Uqasha Senrose Nafi Bercinta, Hanya Kawan Biasa Tengku Bakar


SERING kali memuat naik gambar bersama-sama seorang lelaki bernama Tengku Bakar, ramai peminat Uqasha yang mendakwa lelaki itu merupakan teman lelakinya dan mendoakan hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin.

Walau bagaimanapun, aktres tersebut tampil menjelaskan perkara sebenar bahawa mereka hanya hanyalah bergelar kawan biasa yang masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.
“Kami masih dalam peringkat berkawan dan kami cuba mengenali hati budi masing-masing. Saya tahu bunyinya cliche tapi itu sahaja yang boleh saya katakan.
“Selagi belum bertemu jodoh, saya akan sentiasa bersikap terbuka untuk kenal orang baru,”katanya kepada BH Online.
Uqasha juga memberitahu bahawa dia tidak berani untuk mengatakan sedang serius bersama lelaki itu kerana mengkhuatiri perkara yang lama berulang kembali.
“Hendak dikatakan hubungan ini serius, jujur saya memang tidak berani berbuat begitu. Saya juga bimbang pisang berbuah dua kali.
“Saya tak mahu dikecewakan sekali lagi, jadi saya selesa menganggap hubungan ini sebagai hanya kawan,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC

Dato Red Nafi Gosip Sudah Ceraikan Adira Untuk Berkahwin Dengan Ruhainies


Hangat dilaman forum tempatan iaitu Forum CARI dimana ada pihak yang mengatakan Dato Red telah menceraikan Adira untuk berkahwin dengan Ruhainies.

Ia mencentuskan pelbagai persoalan kerana Adira ketika ini sedang hamil anak pertama mereka.
Namun, Dato Red menerusi portal mStar Online menafikan gosip berkenaan dan menjelaskan beliau tidak akan menceraikan isteri-isterinya semata-mata untuk berkahwin lagi.
Lawak betul, saya sayangkan Adira dan dia pun sedang mengandungkan anak saya, macam mana gosip keluar kami bercerai pula, sibuk betul orang bercakap tentang saya ya. Saya tidak akan buang isteri-isteri saya, tapi kalau tambah saya mahulah.
Berbicara mengenai kehamilan Adira, Dato Red memberitahu isterinya itu mengalami alahan yang agak teruk tetapi Adira tetap berdegil dan masih aktif dengan kerjayannya.
Dia sihat dan sekarang masih muntah-muntah. Saya suruh dia berehat tapi dia degil, sekarang sibuk dengan persiapan untuk persembahan di Festival Filem Malaysia 28 tidak lama lagi.

Kami percaya gosip Dato Red telah menceraikan Adira timbul selepas ahli perniagaan itu membuat kenyataan mahu berkahwin empat sebelum berumur 40 tahun. Agak tidak logik dan kejam juga kalau Dato Red lafaz talak pada Adira yang sedang hamil.
Sumber Berita : mStar Online

Enggan Beri Komen, Zaharah Reda Khir Toyo Kahwin Lagi


KECOH di media utama tempatan berita perkahwinan kali kedua bekas menteri besar Selangor iaitu, Dr. Mohamad Khir Toyo dengan seorang wanita dikenali sebagai Christine Zanitrah Abdullah.

Laman portal Utusan Online berkongsi perasaan isteri pertama Dr. Mohamad Khir iaitu Zaharah Kechik berkaitan suaminya yang berkahwin untuk kali kedua.
Menurut laman itu, nada suara Zaharah kedengaran tenang sahaja ketika dihubungi, seolah-olah reda dengan tindakan suaminya itu, meskipun tidak mendedahkan perasaan sebenar yang dilaluinya dalam rumah tangganya itu.
Zaharah juga memilih untuk berdiam diri dari memberi sebarang komen berkaitan berita tersebut.
“Minta maaflah, saya tiada apa-apa mahu diceritakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Dr. Mohamad Khir, 51; berkahwin dengan Zaharah Kechik pada 1990 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang anak.
Manakala semalam berlangsungnya perkahwinan Christine dan Dr. Mohamad Khir yang diadakan secara tertutup.
Difahamkan Christine telah memeluk Islam pada April lepas sebelum berkahwin dengan bekas menteri besar Selangor itu.
Bagaimanapun, usaha pihak Utusan Malaysia untuk mendapatkan keterangan dan penjelasan daripada Dr. Mohamad Khir tidak berjaya kerana dimaklumkan bekas menteri besar itu tidak mahu diganggu dan ingin beristirehat. 
Sumber: Utusan Online

Yana Samsudin Alami Bentan Akibat Langgar Pantang selepas Bersalin


PETALING JAYA: Gara-gara melanggar pantang, pelakon Yana Samsudin memberitahu dia mengalami bentan ketika dalam proses berpantang selepas melahirkan anak sulungnya pada 21 Julai lalu.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin,32, berkata, perkara tersebut terjadi selepas secara tidak sengaja dia melanggar pantang dengan memakan makanan sejuk yang tidak sesuai dengan ketahanan badannya.

"Saya ada lebih kurang seminggu lagi proses berpantang, sepanjang proses ini memang agak sukar juga kerana saya bersalin secara pembedahan dan sukar untuk bergerak akibat luka.

"Dua kali saya alami bentan dan demam mengejut serta menggigil seluruh badan akibat tersalah makan. Kali pertama saya rasa ia mungkin berpunca saya makan sayur bayam. Walaupun ada membaca serba sedikit tentang pantang larang tapi ia bergantung kepada badan masing-masing juga," ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon filem Bini-Biniku Gengster ini berkongsi pengalaman ketika melalui proses berpantang selepas bergelar ibu kepada bayi lelaki yang diberi nama Aisy Mateen.

Yana berkahwin dengan pelakon dan penulis skrip Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015.

Selain itu, kata Yana, dia juga tidak membuat sebarang persediaan untuk melalui proses berpantang secara pembedahan.

"Saya sudah baca dan buat banyak persediaan untuk bersalin secara normal, namun tidak sangka waktu bersalin itu mengambil masa 16 jam sehingga doktor beritahu bayi hampir lemas dan terpaksa dibedah," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang nama Aisy Mateen, Yana berkata, dia dan suami sudah merujuk nama tersebut kepada beberapa ahli agama sebelum membuat keputusan menggunakan nama berkenaan.

Katanya, Aisy Mateen merupakan bahasa Arab yang membawa maksud Kehidupan Yang Teguh.

"Sebenarnya nama ini sudah lama ada sejak dia belum lahir sahaja cuma kami tangguhkan pendaftaran nama itu kerana atuk-atuk dia pun ada beri cadangan nama Azizan dan Ibnu Sinar.

"Selepas tiga minggu dilahirkan dan melihat nama terbaik, barulah kami buat keputusan untuk pakai nama ini. Fadzil juga sudah merujuk terlebih dahulu dengan beberapa ahli agama tentang nama itu," ujarnya. 

Dalam pada itu, Yana berkata, dia turut merancang untuk mengadakan sebuah majlis bagi memperkenalkan bayi sulungnya itu kepada rakan-rakan terdekat dan media tidak lama lagi.

"Ramai nak jumpa dan melawat saya, tapi buat masa ini saya belum bersedia untuk terima tetamu, saya pun belum sihat sepenuhnya.

"Insya-Allah saya juga ada merancang untuk adakan sebuah majlis dan menjemput semua rakan-rakan dan media tidak lama lagi," ujarnya.
Sumber : Mstar

Along Cham Tidak Berdendam Dengan Zila Tetapi Akui Belum Dapat Memaafkannya


Selepas dihimpit pelbagai kontroversi mengenai rumah tangga mereka, akhirnya pelawak dan pelakon Along Cham telah menceraikan isterinya Zila Seeron dengan talak satu.

Keputusan untuk berpisah itu dibuat oleh Along selepas Zila dikatakan telah ditangkap khalwat disebuah apartment bersama kekasihnya baru-baru ini.

Sepanjang tempoh mereka tinggal berasingan, Zila mengeluarkan pelbagai kenyataan yang semuanya seakan menunjukkan Along sebagai suami yang jahat. Malah, kerana itu Along sering menerima pelbagai komen negatif dan cacian daripada masyarakat.

Namun, sejak kebenaran mula terbongkar, barulah masyarakat kini boleh menilai siapa yang betul dan siapa yang salah.

Berbicara mengenai perkara berkenaan, Along berkata beliau tidak menyimpan perasaan dendam terhadap Zila tetapi beliau tidak boleh memaafkan perbuatan bekas isterinya itu buat masa ini.
Jika saya berdendam, sudah buka segala-galanya apa yang berlaku sejak empat bulan lalu. Tetapi untuk memaafkan perbuatannya, bukan sekarang kerana bagi saya terlalu berat apa yang dilakukan terhadap saya termasuk ibu bapa saya sendiri.
Along menerusi peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie memfailkan permohonan cerai  semalam mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Hak penjagaan kekal buat anak mereka Ahmad Danial diberikan kepada Along dan Zila boleh melawat anaknya selama dua hari dalam sebulan.
Along Cham dan Zila Seeron berkahwin pada 23 Januari 2010 di Felda Lui Selatan 1, Negeri Sembilan.
Sumber Berita : Utusan Online

Gosip Rumah Tangga Retak : Nabila Huda Anggap Ia Berita Yang Mengarut


Hujung minggu lepas, sebuah ruangan di akhbar tempatan melaporkan rumah tangga Nabila Huda sedang berantakan apabila terpaksa menolak tawaran berlakon sebuah produksi kerana ingin menyelesaikan masalah rumah tangganya.

Bagaimanapun, gosip berkenaan agak sukar untuk dipercayai kerana Nabila ataupun lebih mesra disapa sebagai Abil dan suaminya tampak cukup bahagia menerusi beberapa muat naik di Instagram yang menunjukkan kehidupan mereka yang cukup ceria dan penuh kasih sayang.
Terbaru, Nabila menerusi portal BH ONLINE menyifatkan gosip berkenaan adalah mengarut dan tidak masuk akal. Malah,  Abil juga tidak mahu ambil pusing dengan hal tersebut.

Tak mahu komenlah. Merepek sangat gosip itu. Siapalah yang buat cerita macam itu? Suami saya pun tergelak ketika membaca artikel berkenaan.
Tidak semua orang suka melihat kebahagiaan kita sebab itu akan timbul cerita-cerita yang mengarut. Alhamdullillah Abil dan suaminya tidak mempunyai masalah besar. Kami doakan mereka berdua kekal bahagia begini sehingga akhir hayat.
Sumber Berita : BH ONLINE

"Bukan Saya Yang Nak Kahwin" - Tasha Mansahar

on Tuesday, 30 August 2016


PETALING JAYA: Penyanyi Tasha Mansahar menjelaskan tindakannya menulis dalam ruangan komen di beberapa Instagram milik perancang majlis perkahwinan bukanlah untuk dirinya.

Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 23,berkata, sebaliknya, ia adalah untuk membantu rakan baiknya yang ingin mendirikan rumah tangga dan mengadakan sebuah majlis.

"Betul saya ada bertanya tentang pakej-pakej perkahwinan di beberapa laman Instagram pengurus majlis, namun bukanlah saya yang nak kahwin tetapi kawan baik saya.

"Saya ni kadang-kadang lupa saya ni artis itu yang komen tanpa fikir panjang sehingga ada menyangka saya pula yang ingin berkahwin. Saya tolong kawan saya kerana dia tidak berapa aktif laman sosial," ujarnya kepada mStar Online.

Tasha menjawab khabar angin bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang dan sedang merancang untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan.

Tambah penyanyi lagu Ragu-Ragu ini berkata, buat masa ini dia masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin terutama dalam masa terdekat.

Jelas Tasha, dia masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri dengan jadual baharu selepas memulakan tanggungjawab sebagai seorang guru di sebuah sekolah di Melaka.

"Saya akan berkahwin tapi bukan dalam masa terdekat ini. Sekarang belum masanya kerana saya terlalu sibuk dengan kerja.



"Saya masih menyesuaikan diri dengan tugasan hakiki sebagai guru dan masa sebagai penyanyi. Biasanya hanya hujung minggu sahaja yang boleh untuk aktiviti nyanyian," ujarnya.

Bagaimanapun, Tasha berkata, jika benar ingin berkahwin, dia tidak akan merahsiakan perkara baik itu kepada umum.

Sumber : Mstar

Viral Pantai Timur: Aen Syahera Didakwa Kekasih Terbaru Zizan Razak


Zizan Razak sebelum ini pernah dikaitkan dengan ramai wanita. Semuanya cantik-cantik belaka, antaranya ialah pelakon berdarah kacukan Emma Maembong. Percintaan Zizan dan Emma mendapat publisiti meluas, namun hubungan yang berlangsung bertahun lamanya terputus di tengah jalan atas sebab yang tidak diketahui.
Terbaru, kami menerima beberapa keping gambar Zizan dan seorang wanita bernama Aen Syahera dari pembaca BeautifulNara. Kata peminat itu, terdapat desas desus bahawa Zizan dan Aen sedang bercinta di kalangan penduduk Pantai Timur, kerana kebetulan, Zizan telah membuka Zizan Mart di Kelantan.
Aen yang merupakan pemegang Diploma Pengurusan Hotel, ialah pengasas produk kecantikan Syahera Beauty. Khabarnya, kisah perhubungan Zizan dan Aen pernah viral di laman sosial Pantai Timur sebelum ini, namun keduanya tidak memberi sebarang komen.
Sama ada dakwaan ini benar tidak dapat dipastikan. Sebelum ini Zizan pernah dikaitkan bakal mendirikan rumahtangga dengan seorang penjawat awam di sebuah pejabat kerajaan di negeri Terengganu, bagaimanapun gosip itu senyap begitu saja.

Benarkah Aen ialah kekasih Zizan yang terbaru? Kita nantikan perkembangan selanjutnya.

Muat Naik Foto Selepas Buka Hijab : Uqasha Senrose Teruk Dikecam Netizen


Semalam Uqasha Senrose telah mengejutkan kita dengan berita yang agak panas dimana beliau akui sudah membuka hijabnya dan kembali ke imej asal.

Keputusan itu dibuat kerana beliau akui imannya tidak tetap sepanjang bertudung sejak tiga tahun lalu dan tindakan beliau berhijab sebelum ini hanya kerana kecewa selepas putus cinta.
Uqasha juga sudah mula kongsi foto terbaru beliau bersama adik beradiknya dan seperti yang dijangkakan, beliau menerima pelbagai komen negatif dan kecaman daripada netizen.

Berikut antara komen netizen :-

Walaubagaimanapun, ada juga beberapa orang  mendoakan yang terbaik buat Uqasha dan semoga beliau betul-betul berubah satu hari nanti.
Pada kami, kalau kita komen negatif maka jiwa seseorang itu akan lebih memberontak. Tidak perlu dipaksa jika hati Uqasha memang belum bersedia untuk mengenakan hijab.

Sherry Ibrahim Mohon Agar Kisah Putus Cintanya Tidak Dihangatkan Lagi


Bila seorang pelakon popular seperti Fattah Amin putus cinta bersama Sherry Ibrahim, tentu sekali berita tersebut akan terus menjadi bualan ramai. Ada yang sehingga hari ini masih lagi mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai punca mereka berpisah.

Namun, Sherry memberitahu beliau tidak mahu kisah putus cintanya itu terus lagi hangat diperkatakan. Orang ramai boleh berhenti mempersoalkan punca perpisahan mereka kerana Sherry sudah tidak mahu mengenangkan lagi kisah duka berkenaan.
Tidak perlu lagi nak mempersoalkan kisah (putus cinta) itu. Saya sudah bergerak ke depan kerana banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan. Cukup-cukuplah yang sudah saya lalui dan rasa sebelum ini.
Walaubagaimanapun, Sherry menegaskan beliau tidak pernah mengongkong Fattah seperti yang didakwa. Malah, faktor perbezaan umur juga bukanlah sebab mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing.
Cuma yang saya kesalkan dakwaan mengatakan konon-kononnya saya mengongkong dia selama ini. Perlu saya jelaskan di sini perkara tersebut tidak benar sama sekali. Begitu juga dengan faktor perbezaan usia antara kami. Semua itu dusta belaka.

Kini Sherry memberikan seratus peratus fokus terhadap kerjayanya dan menyibukkan diri dengan pelbagai aktviti seni untuk merawat hatinya.
Sumber Berita : Utusan Online

Amar Baharin Dan Amyra Rosli Tidak Mahu Membazir Untuk Majlis Perkahwinan


Bakal berkahwin tidak lama lagi, pasangan popular Amar Baharin dan Amyra Rosli memberitahu mereka tidak mahu membazir dan hanya ingin melakukan majlis perkahwinan yang sederhana.

Menurut Amar, beliau sendiri turun padang untuk melakukan segala persiapan dan merasa syukur kerana hampir 50 peratus perancangan untuk majlis raja seharinya sudah siap.
Sebenarnya sejak beberapa minggu yang lalu saya sudah sibuk mempersiapkan beberapa hal majlis perkahwinan kami nanti bersama ibu Amyra. Memang letih sebenarnya mahu menguruskan majlis yang besar tetapi saya puas hati.
Dari makanan sampailah kepada persiapan pelamin semuanya sudah dibincangkan. Awal-awal lagi kami sudah sepakat untuk tidak membazir dan terlalu mengejar glamor. Cukuplah saya dan Amyra selamat bernikah dan meraikan tetamu yang hadir.
Buat Amar kehidupan selepas berkahwin nanti yang lebih penting dan ingin menyimpan wang untuk masa hadapan beliau dan Amyra nanti.
Bagi saya kehidupan selepas bernikah lebih penting. Kalau berhabis wang ringgit untuk majlis bersanding, bagaimana pula masa hadapan?.
Ukuran sebenar bukan kepada kemewahan sesebuah majlis sebaliknya ada perkara besar lain yang perlu digalas. Sebab itu saya tidak berlebih-lebihan dalam mempersiapkan diri terhadap perkahwinan tetapi turut sama mementingkan soal tanggungjawab sebagai suami. Apabila bernikah nanti, saya mahu menjadi suami yang terbaik buat bakal isteri.

Kami setuju dengan pendirian Amar dan Amyra, memang benar kita harus meraikan majlis perkahwinan tetapi janganlah keterlaluan. Bukan mudah untuk mencari wang ringgit, lebih baik gunakannya untuk waktu selepas berkahwin nanti. Pelbagai tanggungjawab yang harus digalas selepas bergelar suami isteri.
Sumber Berita : Utusan Online

'Azim Banyak Mendiamkan Diri Sejak Beberapa Hari Yang Lalu' – Ibu Mangsa

on Monday, 29 August 2016


Pagi tadi digemparkan dengan kejadian seorang pelajar tingkatan 3, Azim Hakimi Abu Shuja yang maut akibat terjatuh dari tingkat 3 sekolah ketika mahu menyelamatkan beg rakannya yang dibuang oleh rakan yang lain.

Ibu mangsa berkata dia perasan bahawa anaknya itu banyak mendiamkan diri sejak beberapa hari yang lalu.
“Azim banyak mendiamkan diri dan malam tadi, dia sempat mengulangkaji pelajaran bersama-sama rakannya.
“Pagi tadi, dia tidak banyak bercakap, namun kelakuannya masih seperti biasa, malah dia sempat melambaikan tangan selepas saya menghantarnya ke sekolah,” katanya.
Jenazah Azim dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Presint 20.

Pelajar Maut Jatuh Dari Tingkat 3 Sekolah Ketika Cuba Selamatkan Beg Rakan

Along Cham Ceraikan Zila Dengan Talak Satu, Ucap Selamat Pengantin Baru Kepada Bekas Isterinya


Setelah kemelut rumahtangganya menjadi perbualan ramai, hari ini Along Cham telah pun menceraikan isterinya, Zila dengan talak satu. Along telah melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Along selaku plaintif, pagi ini. Along memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Sebelum ini, Zila Seeron dikatakan telah ditangkap khalwat di sebuah apartmen bersama kekasihnya. Sebelum ini, Along dikritik teruk oleh netizen kerana didakwa menghalau isterinya itu tanpa sebarang sebab. Along yang ditemui selepas perbicaraan turut mengucapkan selamat pengantin baru kepada bekas isterinya itu. Kata Along:-
Saya mendiamkan diri sebelum ini kerana ibu saya selalu berpesan, bila sudah bergelar suami isteri aib rumah tangga perlu dijaga. Sudah tentu sebagai suami, saya wajib menjaga aib isteri saya walaupun macam-macam cerita dia buat terhadap saya. Saya tidak kenal siapa lelaki itu. Cuma saya terkejut kerana melihat keadaan mereka dalam foto itu. Apapun saya ucapkan selamat pengantin baru kepada mereka dan selepas ini Smule pakai baju pengantin mungkin lebih afdal
Semoga dengan penceraian ini, nama baik Along akan kembali pulih semula. Apa pun jangan dinafikan hak anak hasil perkahwinan untuk mendapat kasih sayang seorang ibu. Semoga segalanya berjalan lancar. Sama-sama kita doakan. Sumber Astro Gempak.

Isu 'Pendrive' TMJ, KJ : Saya tak akan lindungi sesiapa


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy‎ Jamaluddin menegaskan beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu sekiranya didapati ada ketirisan dan salah laku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Khairy berkata, ketika ini beliau tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenai isi kandungan pemacu pena yang diterimanya daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Jumaat lepas.

"Saya tidak akan menutup kesalahan sesiapa, saya tidak akan sembunyikannya, saya akan buat secara telus berdasarkan laporan tersebut... secepat mungkin.

"Saya belum ada masa membaca sepenuhnya kandungan pemacu pena tersebut. Saya akan maklumkan kepada media tentang tindakan susulan saya, sesudah saya kaji isi kandungan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama atlet paralimpik negara di sini hari ini.

Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) telah menyerahkan pemacu pena yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku FAM kepada Khairy.

Tunku Ismail memutuskan untuk menyerahkan pemacu pena berkenaan kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM, selain mahu memberi tumpuan kepada kelabnya. - Bernama

Suami Miliki Tabiat Aneh Sebelum Tidur,Isteri Tak Tahan Lagi Minta Cerai


Juan 51 tahun,memiliki tabiat pelik sebelum mengadakan hubungan intim dengan isterinya Qareen yang akhirnya tahu kebiasaan itu , tak kuat menahan rasa malu hingga dia akhirnya ia menggugat cerai di pengadilan agama 25 ogos 2016.

Qareen memutuskan perkara itu karena suaminya sebelum ini dikenali adalah seorang yang baik,sopan dan juga alim di kampungnya.

“Saya tau tidak ada orang yang sempurna,tapi bagaimana saya harus menahan rasa malu apabila satu kampung tau bahwa suami saya suka minum jamu untuk rapatkan kemaluan wanita,mereka juga mengatakan bahwa suami saya adalah perempuan”.kata qareen di sidang pengadilan agama.

Di akui Qareen, dia memang mengetahui bahwa suaminya suka minum jamu sebelum tidur,tapi tidak tahu jamu yang di mimun adalah jamu untuk mengetatkan kemaluan wanita,Itu diketahui ketika Qareen tak sengaja melihat bungkusan yang ada di beg peribadi Juan.

“Pada awalnya setelah melihat bungkusan jamu saya sempat menaruh rasa curiga pada suami memiliki wanita  lain,namun setelah beberapa bulan menyelidik tertanya jamu rapat itu di minum habis oleh suami.sambungnya”

Kerkebetulan penjual jamu yang berada di sebelah rumah juan pernah bercerita kepada Qareen bahwa suaminya kerap membeli jamu rapat untuk wanita,apabila di tanya untuk siapa,juan akan menjawab untuk isterinya.

Bagaimanapun juan berdalih dan mengatakan bila dia minum jamu rapat tersebut badannya akan lebih segar dan bertenanga,”saya sihat dan normal cuma mungkin jamu rapat untuk wanita itu sesuai dengan saya”kata juan sambil menundukkan kepala.

Sumber :  eberita

Fattah Amin Menafikan Gosip Bercinta Dengan Mira Filzah


Minggu lepas, ada dakwaan mengatakan Mira Filzah merupakan punca Fattah Amin berpisah dengan Sherry Ibrahim. Semuanya kerana hubungan rapat Fattah dan Mira yang terjalin sejak beberapa bulan lepas.

Malah, Fattah dikatakan sudah mempunyai syarikat pengurusan artis dikenali sebagai Myfastyle dan telah melantik Mira sebagai artis untuk bernaung di bawah syarikat miliknya itu.
Namun, Fattah menerusi kenyataan terbaru beliau di Bipop Berita Harian menafikan beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Mira.

Saya mengenali Mira sejak menuntut di UiTM. Cuma kebelakangan ini, kami kerap bergandingan menyebabkan ada pihak membuat andaian kami bercinta. Kami juga bernaung di bawah pengurusan yang sama iaitu Myfastyle tetapi ia bukan milik saya seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Memang saya dan Mira merancang beberapa projek bersama, tetapa itu tidak bermakna kami bercinta. Kami juga akan bergandingan dalam sebuah  projek drama lagi pada Oktober depan.
Berbicara mengenai kritikan yang beliau terima sejak putus cinta dengan Sherry, Fattah bagaimanapun tidak mahu cepat melatah dan enggan membiarkan perkara berpanjangan. Fattah terima setiap komen dan kutukan yang dilemparkan kepada dirinya.
Jika ikutkan emosi, saya pasti terganggu dengan pelbagai tuduhan dan tidak boleh bekerja. Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu mengikut hati.
Mereka hanya kenal saya di kaca televisyen, bukan secara peribadi. Saya terima segala kutukan yang dilemparkan walaupun hati saya terluka.

Hmmph, rasanya tidak perlulah kita salahkan sesiapa bila hubungan Fattah dan Sherry putus. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Tidak perlu lagi menghukum dan mencari kesalahan mereka lagi dan biarkan mereka bahagia dengan kehidupan masing-masing selepas ini.
Sumber Berita : Bipop Berita Harian

Vie Wanita Paling Rapat Dengan Saya Sekarang – Pengakuan Zizan Razak


Gosip percintaan antara Zizan Razak dan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Shantie Khan bukanlah satu berita baru lagi.
Kedua-duanya menafikan mempunyai hubungan istimewa meskipun peminat dan pihak media dapat menghidu bibit cinta antara mereka apatah lagi mereka sering keluar bersama dan berpakaian sedondon sewaktu majlis perkahwinan adik Vie.
Namun, sehingga kini masih tiada perkembangan terbaru mengenai hubungan mereka.
Baru-baru ini Mawar Putih daripada akhbar Berita Harian dapat bertemu empat mata dengan Zizan dan menanyakan beberapa soalan mengenai beliau dan Vie.
Jelas Zizan, beliau dan Vie sebenarnya serasi bersama dan Vie adalah wanita paling rapat dengan beliau sekarang.
Ya, Vie adalah wanita paling rapat dengan saya ketika ini. Saya sebenarnya rasa rendah diri apabila berkawan dengannya.
Bagi yang kenal, mereka tahu siapa Vie. Dia “ low profile” walaupun memiliki segala-galanya. Ikutkan, kami bagaikan langit dan bumi.Kami serasi berkawan dan boleh berbual apa saja, terutama mengenai perniagaan. Vie saya lihat sebagai ahli perniagaan yang berjaya.
Ditanya mengenai soal jodohnya dengan Vie, Zizan bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai dan menyerahkan hal berkenaan kepada ketentuan Tuhan.
Soal jodoh, saya tidak berani memperkatakannya lebih-lebih. Saya berdoa tetapi biarlah Tuhan yang menentukannya. Dengan siapa Allah lebih tahu.
Semoga Zizan dapat bertemu dengan wanita yang boleh dijadikan peneman hidupnya. Kalau ada jodoh dengan Vie pun apa salahnya bukan?
Sumber Berita : Berita Harian