Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Showing posts with label Emma Maembong bertudung. Show all posts
Showing posts with label Emma Maembong bertudung. Show all posts

Zizan Razak Bangga Jika Emma Maembong Kekal Bertudung

on Friday, 27 December 2013


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengakui berasa bangga jika aktres yang sering dikaitkan bercinta dengannya, iaitu Emma Maembong membuat keputusan untuk terus bertudung.

Bagaimanapun, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 29, berkata, dia tidak pernah menyuruh wanita itu untuk berbuat demikian.

"Bapa saudara Emma ada hubungi saya untuk bertanya tentang perkara itu dan sama ada saya yang menyuruhnya bertudung, namun ketika itu saya pun tidak tahu tentang dia mahu bertudung.

"Dia baru mencuba-cuba untuk pakai tudung, bagi saya itu perkara yang baik dan membanggakan bagi seorang wanita, " katanya kepada mStar Online, di sini.

Tambah Zizan, Emma sudah lama memberitahu niat untuk berubah ke arah itu namun masih menunggu masa yang sesuai.

Sementara itu, Zizan yang juga Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment berkata, dia masih belum mengetahui perancangan kerjaya artis di bawah naungannya itu selepas berhijab.

"Buat masa ini dia (Emma) sedang menjalani penggambaran drama yang memang memerlukannya bertudung iaitu Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!.

"Untuk projek seterusnya saya tidak tahu lagi sama ada dia terus mengambil watak bertudung sahaja atau tidak," katanya.

Sumber

Emma Isu Bertudung : ‘Bagi saya masa’

on Thursday, 12 December 2013


Kuala Lumpur: “Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah,” jelas pelakon Emma Maembong mengenai penampilan terbarunya yang dikhabarkan mula berhijab kebelakangan ini.

Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 21, berkata, penampilan berhijab itu bertitik-tolak daripada pembabitannya menjayakan dua watak wanita bertudung dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss! sejak dua bulan lalu.

“Sudah lama saya terdetik dalam hati. Kebetulan pula, sejak dua bulan saya terbabit dalam penggambaran drama yang memerlukan saya bawa watak wanita bertudung. Bila sudah hari-hari bertudung di lokasi, lama-kelamaan saya makin selesa.

“Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim. Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Emma tampil dengan imej bertudung ketika muncul dalam program hiburan, MeleTop di Astro Ria malam kelmarin sehingga menimbulkan tanda tanya sama ada dia benar-benar sudah berhijab atau bertujuan mempromosikan drama PMS semata-mata.

Sumber