Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Showing posts with label Stail. Show all posts
Showing posts with label Stail. Show all posts

Isteri Fizo Omar Mawar Abdul Karim Tidak Ulang Pakai Tudung Sama

on Thursday, 20 March 2014


APA!!!1,000 helai tudung dalam almari? Rasanya belum ada lagi artis yang mampu pecah rekod isteri kepada pelakon Fizo Omar, iaitu Mawar Abdul Karim yang mempunyai koleksi tudung sebanyak itu. Kalau ada sila tampil dan tunjuk buktinya! Haaa..... 


Tetapi itulah yang diberitahu oleh Mawar yang juga anak pengasas tudung jenama Fareeda ini ketika ditemui pada mahjlis sidang media program Terima Kasih Sayang baru-baru ini.

Bukan itu saja, Mawar memberitahu tidak akan memakai tudung tersebut lebih daripada sekali. Patutlah.. setiap kali tampil ke acara hiburan, Mawar bergaya penuh stail dengan koleksi tudung-tudungnya. Kekwat tak??

"Sebagai jurucakap dan pereka di Fareeda adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membawa jenama tersebut selain menggayakan rekaan terkini dan sebab itu saya tidak akan memakai sesuatu tudung itu lebih daripada sekali.

"Siapa lagi hendak promosikan jenama Fareeda kalau bukan saya. Betul tak?," katanya.  

Bagaimanapun kata Mawar, kesemua tudung yang telah digayakan itu tidak akan dibazirkan begitu sahaja dan akan diberikan kepada kenalan rapat atau saudara mara terdekat.

Bercakap mengenai gayanya pada majlis berkenaan, Mawar berkata bagi menyesuaikan tema majlis berkenaan dia mereka sendiri tudung yang dipakainya sehari sebelum acara bermula.

Malah kata Mawar, tudung berkenaan hanya siap pada sebelah pagi sebelum majlis sidang media itu bermula.

"Kebetulan saya memang gemarkan warna Ungu dan tudung yang saya gayakan ini mendapat inspirasi daripada tema berkenaan.

"Rekaan ini bukan sahaja untuk majlis berkenaan malah akan dijual kepada pelanggan mulai minggu hadapan," jelasnya.


Dayang Nurfaizah Tak Beli Baju 'Online'


MUNGKIN ramai yang menganggap pembelian melalui dalam talian adalah cara paling mudah tanpa perlu keluar ke pusat membeli belah, namun tidak bagi penyanyi Dayang Nurfaizah.
Dayang yang hadir pada majlis sidang media konsert Persona Cinta di Istana Budaya minggu lalu tampil anggun dan bergaya dengan 'dress' hitam putih yang dibelinya beberapa tahun lalu. 

 'Stail' sebegini sangat sesuai dengan peribadi Dayang yang mewakili wanita awal 30-an terutama ketika menghadiri majlis sidang media atau majlis-majlis santai. 

Ketika diajukan soalan tentang penampilannya, Dayang mengakui dia seorang yang ringkas dan tidak terlalu cerewet dalam pemilihan pakaian. 

Seperti tidak percaya, Dayang bukan seorang yang 'kaki shopping' apatah lagi membeli belah secara dalam talian atau 'online'.

"Saya bukan seorang yang suka shopping, lebih-lebih lagi melalui internet kerana saya takut barang yang sampai tidak seperti apa yang saya lihat di internet.

 "Saya lebih suka beli baju yang saya nampak sendiri depan mata baru rasa puas hati," katanya.

Katanya, barang-barang hiasan diri juga antara yang dititikberatkan dalam penampilan.

"Saya tidak pentingkan jenama, apa yang saya lihat cantik sahaja saya akan beli dan simpan.

 "Rantai atau gelang ini semua koleksi lama dan sudah pakai beberapa kali," katanya.

Sumber