Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Showing posts with label Tasha Shilla. Show all posts
Showing posts with label Tasha Shilla. Show all posts

Tasha Shilla :Gosip Bercumbuan Calar Hati Keluarga

on Wednesday, 11 December 2013


PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla berkata tuduhan kononnya dia bersikap kurang sopan apabila bercumbuan dengan individu bernama Hans di sebuah kafe hotel terkemuka telah mencalarkan hati keluarganya.

Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 26, berkata, walaupun ibu dan ayahnya tidak menunjukkan perasaan sedih di depannya, namun dia tahu gosip tersebut pasti membuatkan kedua-dua mereka berasa sedih.

"Ibu dan ayah mana yang tidak sedih apabila anak mereka digosipkan dengan perkara-perkara memalukan?

"Sudahlah sebelum ini ada berita kononnya saya ditangkap khalwat. Sekarang pula, saya dikatakan bercumbuan di khalayak ramai.

"Walaupun mak dan ayah tahu cerita sebenar, tetapi mereka terpaksa berdepan pelbagai persoalan daripada rakan-rakan dan saudara. Mujurlah mereka faham dan percayakan saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Pada 4 Disember lalu, sebuah akhbar melaporkan Tasha bercumbuan dengan Hans di sebuah kafe hotel terkemuka.

Bagaimanapun Tasha menafikan sekeras-kerasnya perkara itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal apabila melakukannya di tempat awam lebih-lebih lagi ketika menghadiri majlis rasmi.

Sementara itu, pelakon yang popular menerusi drama Cinta Bertamu Di Abu Dhabi ini menyifatkan sikapnya yang mudah mesra dan tidak melenting membuatkan ada segelintir pihak sengaja mengambil kesempatan mengada-adakan cerita buruk mengenainya.

"Saya seorang yang tidak mudah melenting dengan apa-apa isu yang timbul. Tetapi janganlah 'provoke' saya dengan cerita-cerita rekaan sendiri. Kalau nak cakap isu ini telah mencalarkan nama saya, rasanya gosip sebelum ini lagi teruk.

"Tapi sampai bila gosip-gosip buruk sebegini mahu berterusan? Selagi saya boleh tahan, saya tahan. Tetapi bagaimana dengan mak dan ayah? Jangan sampai saya terpaksa mengehadkan kemesraan saya bersama orang sekeliling saya," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Tasha bakal sibuk dengan penggambaran drama Dinginnya Sahara bersama aktor Afiq Muiz di Bandung, Indonesia pada pertengahan bulan ini.

Manakala pada tahun depan, Tasha akan bergandingan bersama Nazim Othman menerusi drama Gerimis Salju, di mana penggambarannya akan dijalankan di Korea Selatan.

"Alhamdulillah, setakat ini gosip-gosip buruk tidak pernah menjejaskan kerjaya saya.

"Saya percaya apabila mempunyai disiplin dalam kerja, kita akan mendapat kepercayaan daripada penerbit," ujarnya yang juga terlibat dengan klip video kumpulan baharu iaitu Bendang.

Sumber

Pelakon Syazwan Zulkifly Akui Rapat Dengan Tasha Shila

on Tuesday, 26 November 2013


PETALING JAYA: Pelakon Syazwan Zulkifly mengakui mempunyai hubungan rapat dengan aktres jelita Tasha Shila, 26, dan sudah lama mengenali wanita tersebut.

Syazwan, 26, berkata, dia mengenali Tasha sejak di zaman persekolahan lagi melalui seorang rakan.

"Ya... kami memang rapat dan kami selalu keluar bersama namun ditemani dengan rakan-rakan lain juga, hanya kadang-kala saya ada mengambilnya di rumah.

"Sebenarnya dari zaman sekolah lagi saya sudah kenal Tasha, cuma ketika itu tidak begitu rapat kerana dia adalah kawan kepada kawan yang lain," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Syazwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin daripada sumber terdekat tentang hubungan mesra yang terjalin antara kedua-dua pelakon ini.

Tambah Syazwan, selepas zaman persekolahan masing-masing sibuk dengan kerja sehingga bertemu semula ketika terlibat dalam sebuah drama yang sama iaitu Gemilang pada dua tahun lalu.

"Saya tidak sangka dia pun terlibat dalam drama Gemilang ketika itu, sejak itu juga kami berhubung semula.

"Baru-baru ini juga sepatutnya saya dan Tasha bergandingan untuk sebuah telemovie berjudul Terukir Di Bintang namun terdapat kesilapan teknikal yang menyebabkan saya terpaksa menarik diri pada saat akhir," katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, hubungan tersebut sekadar teman rapat dan tidak lebih daripada itu.

Dalam perkembangan lain, Syazwan bakal keluar dengan filem terbaharunya berjudul Laga pada 23 Januari depan.

Sumber

Tasha Shilla - Buktikan saya bedah!

on Friday, 18 October 2013


SELEPAS satu kontroversi, timbul lagi kontroversi baharu yang menghimpit pelakon Tasha Shilla, 26. Kali ini dia digosip telah melakukan pembedahan di bahagian hidung dan payudara di Bali, Indonesia.

Tasha Shilla yang kini sibuk dengan penggambaran sebuah drama lakonannya di Cameron Highlands dan sekitar Kuala Lumpur ternyata sangat terkejut apabila gosip tersebut hangat diperkatakan.

Kosmo! menghubungi Tasha Shilla untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu ini. Ikuti temu bual bersamanya.

Kosmo!: Adakah benar dakwaan mengatakan Tasha membuat pembedahan hidung dan payudara?

TASHA SHILLA: Saya kalau boleh tidak mahu komen apa-apa mengenai isu ini. Andai kata dakwaan itu benar buktikan kepada saya bahawa saya telah membuat pemdedahan tersebut. Saya bersyukur kerana keluarga saya masih percaya dan bersama saya memberikan sokongan.

Tasha dikatakan membuat pembedahan hidung dan payudara di Bali. Adakah benar anda berada di Bali ketika itu. Jika tidak berada di situ, di manakah anda ketika itu?

Buktikan kepada saya (nada tegas)! Jika anda tanya di mana saya ketika itu saya tidak tahu kerana saya tidak tahu bagaimana dan bila isu ini boleh timbul dan dari mana cerita ini muncul sedangkan saya baru akan ke Bali bersama keluarga pada 27 Oktober ini. Jika saya buat pembedahan, pasti orang yang terdekat dengan saya seperti keluarga, jurusolek dan rakan-rakan akan melihat perubahan pada muka saya. Saya pelik ada sesetengah pihak yang tidak pandai menilai wajah yang telah dilakukan pembedahan dan wajah yang di anugerahkan Tuhan.
TASHA SHILLA bakal ke Bali pada 27 Oktober ini untuk bercuti bersama keluarganya.

Adakah Tasha rasa dengan melakukan pembedahan kerjaya seseorang artis itu akan meningkat maju seperti selebriti luar negara?

Saya rasa tidak kerana ia bergantung kepada rezeki yang telah Tuhan takdirkan kepada kita. Jika kita ikhlas untuk melakukan sesuatu kerja itu pasti kita akan berjaya dalam kehidupan.

Adakah gosip negatif terbaharu ini akan menjejaskan karier Tasha?

Jika dilihat sebelum ini saya cukup banyak dihimpit pelbagai gosip mengenai hidup saya. Bertubi-tubi benda yang buruk menimpa diri saya. Bagi saya, masuk telinga kanan keluar telinga kiri kerana saya percaya pada rezeki yang telah Tuhan berikan kepada saya dan nawaitu saya adalah untuk bekerja dan bukan dengan cara ini.

Beralih kepada soalan lain, apakah perkembangan terbaharu Tasha?

Saya kini sedang sibuk dengan penggambaran drama di Cameron Highlands dan di sekitar Kuala Lumpur untuk slot Samarinda. Sementara, pada hujung bulan November pula, saya akan berangkat ke Korea Selatan untuk menjalani penggambaran drama sebanyak 28 episod yang akan ditayangkan di RTM dan jangan lupa saksikan lakonan saya dalam drama Ciptaan Terindah pada Sabtu, 19 Oktober ini di TV3 menerusi slot Cerekarama.

Sumber