Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Farid: Sengketa dengan mertua bakal berakhir?

on Friday, 6 September 2013



Aktor Farid Kamil, mengakui masih belum membawa isterinya, Diana Danielle dan anaknya yang kini sudah berusia dua bulan berjumpa dengan ibu mertuanya biarpun keduanya sudah berada di Malaysia beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu.

Umum sudah mengetahui hubungan Farid dan mertuanya, Norsiah Ramli, kurang baik sehingga kisah persengketaan mereka dihidu media. Malah sehingga hari ini, masih belum ada tanda menunjukkan mereka sudah berdamai.

Bagaimanapun Farid ketika ditemui kelmarin, mengakui kemungkinan akan menjemput mertuanya menghadiri majlis akikah dan khatam Al-Quran yang diadakan khas sempena menyambut kelahiran anak sulungnya itu.

"Insya-Allah saya akan jemput dia (mertua) datang ke majlis kami nanti," ujar Farid.

Namun begitu, Farid tetap enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan mertuanya itu.

Berbalik mengenai majlis akikah untuk anaknya itu, dia berkata, syarikat pengurusannya, Metrowealth Production (MIG) ada memaklumkan bahawa Astro berniat menjadi penaja bagi majlis berkenaan.

Katanya, ia sekali gus akan memberi peluang kepada semua melihat wajah dan mengetahui nama anaknya itu kelak.

"Nama dia Muhammad tetapi Muhammad apa dan bagaimana ejaannya akan dimaklumkan kelak. Saya bukan hendak terlampau eksklusif atau sengaja berbuat begini.

"Tetapi Astro sudah menyampaikan hasrat mereka kepada kami dan perbincangan bersama MIG masih dilakukan," ujarnya.

Bagaimanapun, dia bertegas bahawa niatnya bukan menjual anak atau mendapat keuntungan mudah, tetapi semata-mata  mahu berlaku adil kepada semua.

Puji isteri

Teruja bergelar bapa, pelakon Remp-it ini turut memuji isterinya, Diana yang begitu pandai menguruskan anak mereka. Malah kata Farid, dia sangat bertuah kerana dapat memperisterikan aktres jelita itu.

"Diana kini berada di rumah ibu saya di Alor Setar, Kedah. Kami pulang dari Australia sejak beberapa hari sebelum Aidilfitri.

"Walaupun masih menjalani pantang, tetapi dia sangat rajin menjaga dan menguruskan anak. Malah dia yang selalu berjaga setiap malam," kata Farid yang tidak menghalang Diana untuk kembali aktif dalam bidang seni selepas ini.

Sumber : Sinarharian

40 Kesilapan Ibu Bapa Sewaktu Mendidik Anak

on Monday, 24 June 2013


Hiasan
Anak-anak adalah harta yang paling berharga. Merekalah pewaris kita yang akan mendoakan kita jika kita sudah meninggalkan dunia yang fana ini. Kesilapan mendidik anak-anak membawa padah yang  besar.Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8)Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.

18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Sumber

TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI

on Sunday, 23 June 2013

Hiasan

[TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI] ~Tanyalah Ustazah. Panel Ustazah Harlina Siraj.

PERANAN BAPA:

1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih dibawah 5 tahun
2. Bawa anak bersiar-siar dan spend waktu bersamanya
3. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding
dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal
4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan di ikut oleh anak.
cth: jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.
5. Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.



PERANAN IBU

1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu
2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.
3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil

Moga dapat beri sedikit sebanyak panduan untuk ibu bapa di luar sana.


Sumber