Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Showing posts with label izara aishah. Show all posts
Showing posts with label izara aishah. Show all posts

Akibat Tampil Dengan Pakaian Yang "Seksi", Izara Aishah Mohon Maaf

on Tuesday, 23 August 2016


Sejak semalam, nama pelakon cantik Izara Aishah menjadi sebutan dan juga bualan hangat selepas tampil dengan busana yang dianggap menjolok mata.

Dia yang tampil dengan dress jarang yang dipadankan inner warna kulit, tampak seolah tak kena dengan imejnya yang sopan dan elegan.

Bagaimanapun, Izara segera mengambil pendekatan yang positif dan meminta maaf kepada semua peminatnya menerusi satu status di laman Facebook.

"Maaf kepada yang tak selesa. I will pakai better next time. Saya terima all your teguran," ujarnya dengan begitu terbuka dan merendah diri.

Sumber

Izara Aishah Enggan Bergaya Seksi Bukan Kerana Teman Lelaki

on Sunday, 19 April 2015

http://drselebriti.drrozmey.com/wp-content/uploads/2013/12/IMG_5032.jpg
PETALING JAYA: Pelakon Izara Aishah menolak dakwaan dia enggan tampil seksi dalam filem atau drama lakonannya disebabkan permintaan teman lelakinya iaitu Adib Khalid.
Izara, 23, berkata, keputusan itu dibuat atas kehendak dirinya sendiri yang kurang selesa dengan penampilan seksi selain ia kurang sesuai untuk tontonan umum.
"Saya enggan lagi tampil seksi selepas melihat penampilan saya dalam filem Sejoli yang agak keterlaluan malah saya sendiri berasa malu.
"Ia tidak ada kena mengena dengan sesiapa termasuk teman lelaki dan saya sendiri meletakkan syarat tentang pemakaian," katanya.
Izara bakal tampil dengan filem terbaharu lakonannya iaitu Pilot Cafe arahan Osman Ali pada 30 April ini.
Filem yang diadaptasi daripada novel tulisan Ahadiat Akashah itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Fahrin Ahmad, Remy Ishak, Neelofa, Aishah Ilias dan Raya Ilya.
Dalam pada itu, Izara menyifatkan tuduhan sikapnya mula berubah sejak menjalinkan hubungan cinta dengan Ketua Pegawai Ekskutif Tune Studios itu adalah mengarut.
Bagaimanapun Izara tidak menolak tanggapan itu dibuat kerana kisah cintanya bersama Adib menjadi perhatian sehingga dia dilabel sebegitu.
"Kepada siapa yang mengenali saya pasti tahu bagaimana sebenarnya karakter saya malah keluarga dan teman rapat tidak pula menegur tentang perkara itu.
"Saya masih orang yang sama dan tidak pernah berubah," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Izara berkata, dia bakal kembali ke set penggambaran bersama Osman Ali menerusi filem Kau Yang Satu yang turut menampilkan Aaron Aziz dan Hisyam Hamid.

Kekasih Larang Adegan Berpeluk Antara Sebab Izara Aishah Tangguh Kahwin

on Friday, 27 December 2013


PETALING JAYA: Pelakon Izara Aishah belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya disebabkan beberapa syarat yang ditetapkan oleh kekasihnya jika mereka mendirikan rumah tangga.
Izara, atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham 21, berkata, mereka masih berbincang tentang perkara dan syarat-syarat tersebut termasuklah dia perlu kurangkan kemunculannya di televisyen sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
"Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti.
"Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah awal sebelum dia pulang daripada kerja," ujarnya kepada mStar Online.
Kata Izara, disebabkan syarat-syarat itu, dia meminta tempoh selama tujuh tahun untuk aktif berlakon sebelum memutuskan untuk berumah tangga.
Izara turut tidak menolak kemungkinan akan mengundurkan diri daripada bidang lakonan selepas berkahwin kelak.
"Kalau diikutkan, dia mahu berkahwin tiga tahun lagi, tetapi tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai dalam industri ini.
"Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan Allah, kami hanya mampu merancang sahaja," katanya yang enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.
Izara turut bersyukur lelaki yang dikenali sejak tujuh tahun itu sentiasa memberi sokongan dan berada di sampingnya dalam apa juga keadaan.

Izara Aishah : Kelab Peminat Akan Timbulkan Banyak Masalah

on Tuesday, 24 December 2013


PETALING JAYA: Pelakon Izara Aishah menganggap dia tidak perlu untuk menubuhkan kelab peminat bagi menyokong kerjayanya dalam industri seni tanah air.

Izara, atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham 21, berpendapat, kelab peminat yang ditubuhkan untuk seseorang artis hanya akan menimbulkan banyak masalah berbanding faedah kedua-dua belah pihak.

"Saya tidak ada kelab peminat kerana bagi saya ia hanya akan menimbulkan masalah sesama mereka dan akan melibatkan saya secara tidak langsung.

"Saya lebih suka peminat menyokong kerjaya seni saya secara terbuka dan bukan melalui mana-mana kelab," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media pelancaran telefilem Oh My English!-Hello America, di Hotel Hilton, di sini, Isnin.

Tambah Izara, ia turut dilihat tidak adil bagi peminat-peminatnya yang lain jika dia hanya memberi tumpuan kepada sesuatu kumpulan individu iaitu dalam kelab itu sahaja.

Jelasnya, dia pernah didatangi sekumpulan peminat yang menubuhkan kelab yang mengeluarkan sejumlah wang sebagai kos untuk barangan-barangan dengan menggunakan namanya.


Namun, selepas nasihat dan penjelasan yang diberikan, kumpulan tersebut dibubarkan.

"Saya tidak mahu bertanggungjawab jika sebarang permasalahan berlaku, jadi lebih elok jika mereka bubarkan sahaja kumpulan tersebut," katanya.

Sementara itu, ditanya ketiadaan pengurus peribadi yang bertindak mengatur strategi menempatkan namanya di sesuatu tahap, Izara berkata, dia selesa menguruskan jadual kerjayanya sendiri.

Dia juga mengambil tawaran berlakon mengikut kekuatan sesebuah skrip dan kekosongan jadual.

"Mungkin silap saya sebab tidak pandai untuk mengatur strategi dan mengakibatkan tahun ini saya senyap tanpa sebarang produk.

"Tapi sebenarnya tahun ini saya banyak ambil tawaran berlakon cuma saya tidak tahu bila ia akan ditayangkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Izara yang turut berlakon dalam telefilem Oh My English!-Hello Amerika mengakui tidak dapat menjayakan drama bersiri popular itu untuk musim ketiga akan datang.

Katanya, dia menolak tawaran untuk musim akan datang kerana jadual penggambaran yang bertindan dengan beberapa tawaran yang sudah pun diambil.

Telefilem Oh My English!-Hello America akan disiarkan pada 15 Januari depan, pukul 9 malam di Astro TVIQ dan Astro Maya HD.

Sumber

Pak Guard Azman jadi pelakon pula sekarang

on Thursday, 7 November 2013


PENGAWAL keselamatan, Azman Md Nayan sekali lagi menjadi bualan ramai di alam maya apabila fotonya bersama aktres jelita, Izara Aishah dan pelakon meningkat naik, Dazrin Kamarudin di kawasan parkir di sebuah lapangan terbang tersebar luas.

Difahamkan, mereka sedang menjalani penggambaran untuk drama TV9, Cinta Pandang Ke-2 arahan pengarah berbakat besar M Nazir Juhan atau Jet Lee.

Penampilan pengawal keselamatan itu yang sebelum ini terlibat kontroversi kerana insiden maki hamun oleh isteri kepada pemain bola sepak terkenal negara ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Selain ada yang memuji, ada juga menyifatkan bahawa produksi drama tersebut sengaja mencari publisiti di atas kontroversi yang melanda pengawal keselamatan itu.

Bagaimanapun, pengarah drama berkenaan, Jet Lee memberitahu, penglibatan Azman dalam drama arahannya itu hanya satu kebetulan.

"Ketika itu, kami sedang buat penggambaran di kawasan parkir, sebuah lapangan terbang.

"Oleh kerana melibatkan tempat parkir, kami memerlukan seseorang yang beruniform, jadi pengurus produksi panggil Azman untuk menjadi pelakon tambahan sebagai pengawal keselamatan yang juga memang tugasnya.

"Kebetulan pula, waktu itu dia sedang berehat makan tengah hari," katanya pada Zass.

Mengulas mengenai babak berkenaan yang dikatakan sama seperti pernah dialami oleh pengawal keselamatan itu, kata Jet Lee, dia tidak berniat untuk menyindir apatah lagi menyinggung perasaan orang lain dengan watak yang diberikan kepada Azman itu.

"Dia bawa watak sebenar, jadi saya hanya suruh dia berkelakuan seperti dia sedang bekerja.

"Jadi, sebagai seorang pengawal keselamatan di kawasan parkir dia berhak untuk menegur apa yang betul atau tidak," katanya sambil memberitahu babak lakonan Azman hanya mengambil masa selama dua minit.

Drama adaptasi novel Karangkraf

Bercerita lebih lanjut mengenai drama rantaian terbarunya, Cinta Pandang Ke-2, Jet Lee berkata ia adalah drama adaptasi novel berjudul sama karya Laila Kamilia yang diterbitkan oleh Kumpulan Media Karangkraf.

Drama 13 episod ini diterbitkan oleh ZK Creative Production Sdn. Bhd dan akan ditayangkan di slot Aurora di TV9 dan bakal menemui penonton Disember nanti.

"Selain Izara dan Dazrin, drama bersiri ini turut dibintangi Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour dan ramai lagi," katanya.

Ketika ditanya mengenai cabarannya, Jet Lee menjelaskan dugaan utamanya adalah faktor cuaca yang kini tidak menentu menyebabkan terdapat sedikit gangguan perubahan jadual.

Drama bersiri Cinta Pandang Ke-2 berkisar mengenai seorang rakan lama Zairul lakonan Dazrin dan Ainnur Azleen (Izara) yang tidak pernah sebulu walaupun mereka berdua sekelas.

Tindakan Zairul yang sering menyakitkan hati Ainnur menyebabkan wanita itu berasa hati lalu bertukar sekolah. Mereka terpisah bertahun lamanya sehingga dipertemukan semula di tempat kerja sehingga membuatkan Zairul jatuh cinta dengannya.

Sumber

Izara Aishah Bikin Panas di Lokasi

on Monday, 28 October 2013


Izara Aishah Bikin Panas | Rasanya ramai terhibur menonton aksi comel Izara Aishah, Aeril Zafril dan Fasha Sandha dalam telefilem Cinta Mat Semperit yang ke udara di TV3 pada malam raya lalu. Bagaimanapun, di sebalik kisah ‘comel’ itu, ada perkhabaran kurang indah sampai ke telinga Sha.
Khabarnya, ketika penggambaran, ada yang naik angin apabila Izara Aishah beberapa kali datang lambat ke lokasi. Dengarnya, kelewatan itu mengganggu kelancaran jadual penggambaran, malah ada artis terpaksa menunggu lama.
Kalau lambat sejam mungkin boleh dimaafkan, tetapi ini katanya dua hingga tiga jam. Siapa tak naik hantu apabila terpaksa menunggu kemunculan pelakon cantik itu.
Kalau Izara maklumkan awal dia tidak dapat hadir awal, mungkin tidak jadi isu, tetapi apabila dia hanya bersikap selamba apabila sampai ke lokasi seolah-olah tidak buat sebarang kesilapan, itu yang bikin hati orang panas.
Apapun, Sha hanya mendengar dari sebelah pihak. Mungkin Izara ada alasan sendiri mengapa beberapa kali datang lambat sepanjang penggambaran berlangsung.
Manalah tahu dia terikat dengan penggambaran lain dan terpaksa berkejar-kejar dari dua lokasi atau mungkin dia tidak sihat.
Apa punca sebenarnya, hanya Izara ada jawapannya.
Sumber