Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Showing posts with label nora danish. Show all posts
Showing posts with label nora danish. Show all posts

Nora Danish Berasa Malu Lakon Untuk Watak Manja

on Friday, 15 November 2013


PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish mengambil pendekatan untuk tidak lagi menerima tawaran berlakon berwatak wanita manja kerana mula berasa malu.
Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, dengan statusnya sebagai seorang ibu kepada Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, dia menganggap watak sebegitu tidak lagi sesuai dengannya.
"Memang saya segan membawakan watak-watak comel dan manja kerana rasa tidak sesuai dengan diri saya. Cukuplah watak itu pernah saya bawa sebelum ini.
"Tambahan pula dengan status saya sebagai ibu serta usia yang semakin meningkat, mungkin saya memerlukan watak-watak yang lebih matang," katanya kepada mStar Online.
Tambah Nora yang dicalonkan bagi pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2013(drama Di Bawah Langit Mu), dia juga mula memilih watak seperti yang dilakonkan dalam filem Bencinta iaitu seorang wanita yang lebih tegas dan serius.
Sementara itu, kata Nora, sehingga hujung tahun ini, dia akan sibuk dengan persiapan teater muzikal Bahayanya Wanita yang bakal dipentaskan bermula 20 hingga 31 Disember depan di Istana Budaya.
Beritahu Nora, buat pertama kalinya dia akan menyanyi menerusi teater tersebut lebih daripada lima buah lagu.
"Dalam banyak-banyak perkara, menyanyi adalah cabaran paling sukar sekali.
"Iyalah, saya bukannya pandai menyanyi sangat. Sehinggakan saya membuat latihan dengan menyanyi karaoke di rumah. Dan pada masa sama mengharapkan agar lagu-lagu yang saya bawakan itu dirakamkan terlebih dahulu sebelum pementasan," selorohnya.

Nora Danish : Anak-anak Penentu Jodoh Kami

on Thursday, 12 September 2013


Sebenarnya sudah agak lama gosip cinta antara Nora Danish dengan anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikenali sebagai Nadem menjadi perbualan media dan peminat.

Namun sehingga hari ini Nora masih enggan mengiyakan gosip itu namun tidak menafikan kedua-dua mereka sedang mengenali hati budi masing-masing.

Nora yang ditemui sewaktu majlis pra-tonton filem Lagenda Budak Hostel di Cathay Cineplex semalam mengakui tidak kisah jika peminat menganggap mereka bercinta namun tidak akan sama sekali mencanang perkara tersebut melainkan ianya benar-benar terjadi

Saya tak salahkan orang kalau mereka kata kami bercinta. Tapi bagi saya, saya tak mahu bercakap lebih-lebih tentang hal itu sebab selagi tak ada kepastian, saya tak mahu hebahkan. Lainlah kalau dah betul-betul kami nak kahwin nanti baru saya kongsikan.

Dalam masa yang sama, Nora turut bimbang kalau-kalau hubungan mereka tidak menjadi sekiranya terlampau bercerita mengenainya.

Jika melihat kepada foto-foto yang dikongsikan di Instagram, Nora dan Nadem dilihat agak kerap meluangkan masa bersama. Namun Nora menjelaskan bahawa pertemuan mereka adalah disebabkan urusan perniagaan ditambah pula dengan jarak rumah mereka yang dekat.

Ya, saya kerap jumpa dia sebab rumah dia dekat dengan rumah saya. Lagipun keluarga saya dengan keluarga dia berkawan baik. Anak kami pun selalu bermain sama-sama. Kiranya nanti anak-anaklah yang tentukan jodoh kami.

Ditanya sama ada Nora mempunyai perancangan untuk mendirikan rumahtangga sekali lagi dengan Nadem, pelakon itu pantas menjawab tidak mahu terburu-buru.

Kalau ada jodoh, InsyaAllah. Tapi sekarang ni saya tak fikir soal kahwin. Harap-harap satu hari nanti Allah membuka pintu hati saya untuk berkahwin lagi sekali.


Saya ibu tunggal, dia pula bapa tunggal. Masing-masing dah pernah melalui alam perkahwinan. Jadi kali ini kalau kami nak ke jinjang pelamin kami akan lebih memikirkan banyak hal dan tidak mahu terburu-buru.

Dalam rancak bercerita, Nora sempat juga menyatakan tertarik dengan sifat Nadem yang suka bersedekah dan membuat amal. Malah Nora juga pernah beberapa kali membuat acara amal dengan jejaka itu.

sumber= oh bulan