Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Showing posts with label zain saidin. Show all posts
Showing posts with label zain saidin. Show all posts

Che Ta Akui Penat, Mula Memilih Tawaran Berlakon

on Thursday, 23 April 2015


PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan terlalu memilih dalam menerima sebarang tawaran lakonan sejak sibuk dengan syarikat produksinya, Padusi Productions.

Rozita berkata, dia hanya menerima tawaran lakonan daripada syarikat Zeel Production dan tidak akan melibatkan diri dalam mana-mana syarikat penerbitan lain lagi.

"Bukannya cerewet, tetapi saya dah penat nak berlakon. Memandang Zeel Production sudah saya anggap seperti keluarga, saya hanya terima tawaran daripada produksi itu sahaja.

”Saya harap produksi lain tidak terasa. Lagipun saya kini sibuk dengan produksi saya sendiri," katanya kepada mStar Online.
Rozita ditemui pada majlis pelancaran program Aku Yang Masak Kau Yang Panas di Talent Launge di sini pada Rabu.

Rozita Che Wan tetap ayu...

Isteri kepada aktor Zain Saidin berkata, ini merupakan penerbitan ketiga syarikatnya selepas program Resepi Memikat Suami dan Wak Sayang Lu.
"Alhamdulillah, Padusi sudah menerbitkan tiga program dan saya mula seronok bekerja di belakang tabir.

"Mengenai Aku Yang Masak Kau Yang Panas, saya tahu rakyat Malaysia sukakan program memasak.

"Untuk program ini ia memberi sedikit kelainan di mana penyampaiannya lebih santai dan menguji artis-artis yang terlibat mengenai masakan. Ada artis daripada kosong pengetahuan tentang masakan terus hebat di dapur," ujarnya.

Aku Yang Masak Kau Yang Panas melibatkan sebanyak 12 selebriti antaranya Micheal Ang, Dafi, Hefny Sahad, Marsha Milan, Sharifah Sakinah, Amelina dan Ieda Moin.

Kesemua selebriti itu akan bertanding sepanjang 13 episod untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM20,000.

Program ini dihoskan oleh Jihan Muse bersama Chef Adu serta seorang artis jemputan pada setiap minggu.

Antara juri jemputan yang terlibat termasuklah Enot, Norsheila Amin, Zul Yahya, Serina Redzuawan, Chef Nizam Nor dan Chef Florence Tan.

Dalam perkembangan lain Rozita juga bakal melancarkan produk minyak wangi menggunakan label Precious by RCW pada Mei depan.

Sumber

Selepas 'honeymoon': Che Ta makin teruja hamil lagi!

on Monday, 3 February 2014


BARU-baru ini, pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin terbang ke kepulauan Bali, Indonesia untuk bercuti bersama- sama dengan beberapa teman baik mereka.

Pengantin baharu ini masih bercuti ke luar negara dan terbaharu, mereka memilih Bali, Indonesia  dan berkongsi rasa terujanya untuk hamil lagi.

“Saya teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya sudah berusia 16 tahun.

“Memanglah risau untuk hamil pada usia begini sebab ia agak berisiko. Tapi Didie Alias ada juga berkongsi tips untuk hamil. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya dan Zain menimang cahaya mata,” tambahnya yang juga mengakui percutian ke Bali merupakan bulan madu kedua.

Sumber

Zain, Che Ta Sahkan Bernikah Pada 11 Disember 2013

on Monday, 25 November 2013


SHAH ALAM: Pasangan pelakon Zain Saidin, 29 dan Rozita Che Wan mengesahkan akan bernikah pada 11 Disember depan iaitu pada Rabu di Gazebo Setia City Convention Centre, di sini, selepas solat maghrib.
Manakala, majlis persandingan akan diadakan pada 13 Disember di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, pada pukul 8 malam.
Sementara itu, bagi majlis berinai akan diadakan di Ngah Mahligai, dekat sini pada 10 Disember, pukul 8 malam.
Rozita, 40, akan turut menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin bernilai RM9,300.

Zain Saidin & Che Ta Umum Tarikh Kahwin 25 November

on Monday, 18 November 2013


Pasangan pelakon popular, Zain Saidin dan Rozita Che Wan dijangka akan mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh perkahwinan mereka pada 25 November ini.
 
Majlis pengumuman ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. 
 
Sebelum ini, Zain dan Che Ta mendedahkan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember dan sehingga kini persiapan untuk majlis berkenaan sudah hampir 70 peratus siap. 
 
Difahamkan, mereka juga sudah membelanjakan lebih daripada RM200,000 untuk membeli hantaran dan beberapa persiapan lain. 
 
Bilakah tarikh perkahwinan mereka? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi yang tentunya akan menjadi 'wedding of the year' untuk tahun ini. 

Rozita Che Wan dan Zain Saidin nikah Disember ini

on Monday, 30 September 2013


KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Rozita Che Wan, 40, mengesahkan akan bernikah dengan kekasihnya, Zain Saidin, 29, selepas satu majlis merisik diadakan di Carcosa Seri Negara, di sini, petang tadi (Ahad).

Pasangan terbabit akan melangsungkan pernikahan pada bulan Disember ini, namun tarikhnya akan diumumkan dalam satu sidang media dalam waktu terdekat ini.

Rozita berkata, pada majlis yang dihadiri anggota keluarga dan rakan terdekat itu, dia menerima sebentuk cincin berlian, sirih junjung dan buah-buahan.

Katanya, majlis itu dirancang sejak dua minggu lalu dan Zain tidak hadir di majlis itu.

Sumber

Che Ta : Mereka semua dengki!

on Saturday, 21 September 2013


MUNGKIN rata-rata masyarakat dan peminat sudah tidak sabar menyaksikan detik bahagia pasangan selebriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, diijabkabulkan.

Memilih Disember tahun ini sebagai tarikh untuk disatukan, baik Zain mahupun Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 40, masing-masing inginkan persiapan yang terbaik untuk majlis itu.

Pun begitu, sebagai selebriti terkenal, mereka tidak terlepas daripada sebarang dugaan mahupun kata-kata orang yang tidak merestui hubungan mereka.

Malah sebelum ini, Zain, 29, pernah didatangi individu yang terang-terangan membuka aib Che Ta dan menceritakan keburukan aktres itu untuk menggagalkan perkahwinan mereka.

Bertanya kepada Che Ta mengenai perkara itu, pelakon Kiah Pekasam ini tidak cepat melatah, malah seakan sudah lali dengan kontroversi yang menimpa dirinya.

"Sebenarnya, mereka semua tu dengki. Saya sendiri tak tahu apa motif dia untuk memburukkan saya kepada Zain.

"Apa yang penting, semua itu tak pernah menjadi 'kudis' buat kami. Malah, saya percaya, kesetiaan dan kepercayaan Zain pada saya tidak pernah berubah.

"Kami dah letih nak layan karenah manusia yang macam ni. Tak boleh lihat orang lain bahagia. Namun, apa nak buat, manusia ni rambut sama hitam, hati lain-lain," katanya.


Hak berfesyen

Bukan sahaja sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, malah Che Ta juga turut dilabel sebagai selebriti yang sering menggayakan pakaian sendat dan seksi.

Tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara itu, Che Ta menganggap ianya sebagai lumrah dunia selebriti yang sentiasa dilihat dari sudut negatif.

"Biarlah apa orang kata pasal saya, saya malas nak komen banyak-banyak. Yang penting saya tahu apa yang saya buat.

"Ini adalah hak masing-masing dalam berfesyen. Saya akui, memang saya sering menggayakan pakaian sendat tapi bersebab.

"Menerusi baju yang saya pakai, saya dapat monitor diri saya sama ada berat saya naik, ideal atau makin kurus. Kalau saya rasa ketat, maknanya saya semakin gemuk dan perlu menurunkan berat badan asal.

"Lebih-lebih lagi, rumah saya tak ada penimbang, jadi dengan cara inilah saya boleh tahu mengenai perubahan bentuk badan saya," katanya yang begitu teliti mengenai penjagaan badan dan kesihatan.

Bertanya mengenai persiapan perkahwinan, akui Che Ta, masing-masing belum berkesempatan untuk meluangkan masa bersama untuk berbincang mengenai perkara ini.
"Buat masa ini, memang kami tak sempat nak berbincang lagi. Masing-masing sibuk dengan penggambaran.

"Saya serahkan semua tugas-tugas dan kerja perkahwinan ini kepada pengurus saya. Mungkin kami akan curi-curi masa yang ada untuk duduk berbincang
memandangkan masa yang ada tinggal beberapa bulan lagi," katanya yang bakal menunaikan umrah di Makkah bersama Zain selepas berkahwin nanti.

Sumber : Sinarharian