Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

12 Sikap Isteri Yang Dapat Sejukkan Hati Sang Suami!

on Monday, 5 August 2013

Gambar Hiasan

Mungkin ini adalah antara perkara atau sikap isteri yang mampu menyejukkan hati suami mereka.
Antaranya ialah :-

1. Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah.
2. Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan suami.
3. Suka memberi perhatian kepada suami. Perhatian tersebut akan membuat seorang
    suami merasa nyaman.
4. Menerima sekecil apapun pemberian suami dan menghargai pemberian tesebut.
5. Tidak banyak menuntut kepada suami dengan hal-hal yang masih belum mampu dia penuhi.
6. Tidak suka membantah apa yang suami ucapkan. Dan bersuara rendah ketika
    berbicara kepada suami.
7. Selalu mentaati segala perintah dan larangan suami selagi bukan menyuruh pada
    hal-hal kemaksiatan.
8. Suka menemani suami diwaktu makan maka seorang suami akan merasakan bahagia bersama.
9. Tidak suka melakukan sesuatu ataupun kegiatan yang tidak disukai suami.
10. Tidak suka keluar rumah jika tak ada keperluan penting. Kerana biasanya seorang
      suami tidak menyukainya.
11. Suka menghibur hati suami ketika dia dalam suasana bersedih.
12. Dan selalu turuti permintaan suami jika hendak mengajak tidur bersama sepanjang tidak ada
      hal-hal yang menghalangi untuk melakukannya.


Panduan Membuat Lemang Hari Raya

on Sunday, 4 August 2013

Lemang siap untuk dimasak

Hari Raya bakal menjelang beberapa hari saja lagi.Pastinya sudah ramai yang sudah bersiap-sedia menyiapkan beberapa menu wajib seperti lemang , ketupat dan dodol.Untuk pengetahuan blogger semua , lemang merupakan menu wajib bagi kami sekeluarga pabila tibanya Hari Raya.Ini bermakna , kami adik beradik akan bergotong-royong menyiapkan menu istimewa ini.Untuk mencari buluh tidak susah kerana abah kami sudah menanam pokok buluh dibelakang rumah kami di kampung.

Hari ini , saya akan berkongsi dengan anda semua cara-cara membuat lemang.Manalah tahu , tahun depan anda semua boleh mencubanya.Membuat lemang tidak susah mana pun.Sambil buat lemang pun boleh bertwitter ataupun ber’facebook.

Di kampung, buluh lemang boleh dicari di hutan belukar,ladang getah atau di tepi sungai.Bukan semua buluh boleh dijadikan buluh lemang. Hanya buluh yang tidak terlalu tebal ataupun nipis dengan saiz diameter yang sederhana sahaja. Buluh yang nipis akan pecah apabila dihentak (sewaktu proses membakar) dan yang terlalu tebal akan menyebabkan lemang lambat masak.Jadi,buluh yg terbaik untuk membuat lemang adalah buluh yg tidak terlampau tua.

Buluh lemang yang terpilih akan dibersihkan dari debu miangnya dengan menggunakan sabut kelapa.

Kemudian , daun pisang muda digunakan untuk mengalas buluh lemang.Ia bertujuan untuk menaikkan aroma beras pulut yang dugunakan.

Gulung daun pisang mengikut saiz buluh yang telah potong mengikut ruasnya. Kemudian masukkan daun tersebut menggunakan batang pelepah pisang yang telah dibelah dua (buatkan seperti penyepit). Sepit daun pisang yang sudah digulung dan masukkan ke dalam buluh. Sebelum masukkan daun yang bergulung itu, sumbat dahulu pangkal buluh tersebut (pada bahagian ruasnya) dengan daun pisang yang dikeronyok. Tujuannya supaya lemang di bahagian hujung tidak kotor terkena buluh. Oleh itu, semua bahagian boleh dimakan kelak.

Beras pulut dan santan yang sudah direndam (dan digaram) bolehlah dimasukkan ke dalam batang buluh. Beras pulutnya dimasukkan sekitar 3/4 daripada buluh. Kemudian, masukkan baki santan sehingga ke paras yang sama. Sambil masukkan beras pulutnya, hentak sedikit-sedikit (perlahan-lahan) supaya ruang kosong di dalam buluh dalam diisi dengan baik. Usah hentak terlalu kuat bimbang nanti pulut tiada ruang untuk mengembang sewaktu proses membakar.

Sementara beras pulut dan santan diisi, tempat membakar lemang perlu disiapkan terlebih dahulu.Dua pancang besi ditegakkan di kiri dan kanan (bergantung kepada berapa banyak lemang yang akan dibakar). Pastikan ada satu besi yang melintang di bahagian tengah sebagai tempat lemang bersandar.

Apabila tempat membakar lemang telah siap, hidupkan api dan lemang sedia untuk dibakar.Apa yang penting semasa proses membakar lemang adalah proses mengawal api suapaya supaya lemang tidak hangus. Jika mahu cepat masak, api boleh besar tetapi harus rajin pusing-pusingkan lemang supaya masaknya rata.Anda harus pandai bagaimana hendak mengawal api tersebut.

Setelah lemang mendidih dan berbuih-buih ( santan menggelegak), boleh dihentakkan lemang supaya menjadi padat. Lemang yang tidak padat tidak akan nampak menyelerakan.

Apabila buluh lemang mula layu dan setelah dibakar sekian lama (lama proses pembakaran bergantung kepada besar/kecil ataupun jauh/dekat api), lemang pun masak.

Sesudah itu, bolehlah lemang dibelah dan dinikmati bersama-sama rendang.Lemang telah sedia untuk dihidang di pagi Aidilfitri.

Sumber

Amalan-amalan Nabi pada Malam AidilFitri

on Saturday, 3 August 2013


-solat sunat tasbih: nabi menyarankan kepada kita melakukan solat sunat tasbih pada tiap-tiap malam. Andai kata tidak mampu, sekali seminggu. Andai tidak mampu jugak, sekali sebulan. Andai tidak mampu lagi, sekali setahun. Andai tidak mampu2 lagi, kerjakanlah sekali seumur hidup.

-qiamullail: Imam syafie pernah menyebut dalam kitabnya Al-um, bahawasanya ada 5 malam yang mana sangat mustajab untuk berdoa. 1) malam jumaat 2) malam aidil fitri 3) malam aidil adha 4) malam awal bulan rejab 5) malam nisfu syaaban.

-mandi sunat aidil fitri: ianya sangat mudah untuk dilakukan. Sebelum mandi mestilah berniat seperti ‘sahaja aku mandi sunat hari raya fitrah kerana Allah taala. Ia bukanlah terbatas setakat itu sahaja, bahkan segala apa sahaja amalan yang kita lakukan jika diniatkan kerana Allah, nescaya ianya akan dikira sebagai ibadah.

-makan sebelum menunaikan solat sunat aidilfitri: ada riwayat yang menceritakan bahawa sebelum pergi bersolat sunat aidilfitri nabi akan makan buah tamar. Dan buah tamar yang dimakan oleh nabi adalah dalam bilangan ganjil. Ada yang menyebut 3. Ada jugak yang menyebut 5. Wallahua’lam.

-memakai pakaian yang suci: ia merupakan lambang kepada kemenangan seorang muslim selepas Berjaya menahan dugaan dan nafsu selama sebulan. Sesetengah ulama berpendapat bahawa jubah putih dan serban putih adalah pakaian hari raya yang terbaik. Namun begitu, pakaian yang lain tidaklah dilarang untuk dipakai asalkan ianya adalah pakaina terbaik yang dimiliki.

-memakai wangi-wangian: ia disunatkan kepada lelaki sahaja. Wanita tidak boleh memakai wangian yang baunya keterlaluan kerana boleh menjadi fitnah.

-banyakkan bertakbir: sebaik saja masuknya malam pertama bulan Syawal kita digalakkan untuk bertakbir sehingga imam mengangkat takbir sembahyang raya. Ini kerana selepas solat sunat fitrah stidak lagi disunatkan untuk bertakbir seperti mana sebelumnya.

-menunaikan zakat fitrah pada pagi hari raya: nabi pernah bersabda bahawa waktu yang paling afdhal untuk menunaikan zakat fitrah ialah pada pagi hari raya fitrah. 0leh sebab itu solat sunat hari raya sunat dilambatkan bagi memberi peluang menunaikan zakat fitrah.

-pergi ke masjid melalui jalan yang berlainan dengan jalan pulang ke rumah: islam adalah agama yang mementingkan ukhuwah. Tujuan nabi pergi ke masjid melalui jalan yang berbeza dengan jalan pulang ke rumah adalah untuk berjumpa dengan lebih ramai orang untuk bermaaf-maafan. Lihatlah betapa senangnya untuk memperoleh pahala tetapi semuanya bergantung kepada ilmu seseorang.


Sumber

Petua Kepada Isteri untuk Melayan Suami

on Friday, 2 August 2013

Gambar hiasan

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan... menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

Sumber

Berkahwin Mampu Kurangkan Risiko Sakit Jantung!

Sakit Jantung

SATU kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Finland, Januari lalu, menunjukkan bahawa individu yang tidak pernah berkahwin bakal meningkatkan risiko diserang sakit jantung sama ada lelaki mahupun wanita tidak kira berapa usia mereka.

Perkahwinan

Kajian terhadap sekumpulan penduduk di Finland itu dilakukan khususnya dalam kalangan pasangan pertengahan umur yang telah berkahwin. Didapati kehidupan golongan itu lebih baik dari risiko terkena serangan jantung sama ada sebelum atau selepas dimasukkan ke hospital juga rendah.

Kajian tersebut disiarkan dalam European Journal of Preventive Cardiology baru-baru ini yang mana itu merupakan data-data yang telah didaftarkan berasaskan FINAMI Myocordial Infarction dari tahun 1993 sehingga 2002. Kajian berkenaan melibatkan maklumat orang ramai yang berusia 35 tahun ke atas di empat kawasan geografi di Finland.

Dalam satu keadaan yang dikenali sebagai Sindrom Jantung Akut (ACS), pengarangnya berkata, sasaran pihaknya adalah menjalankan kajian berdasarkan ramalan terhadap ACS yang dikaitkan dengan sosio-karakteristik demografi, status perkahwinan dan saiz isi rumah.

Pendaftaran itu juga merekodkan lebih 15,300 kes ACS direkodkan dalam jangka masa 10 tahun iaitu lebih separuh (7,703) daripada penghidapnya akan meninggal dunia dalam tempoh 28 hari. Keadaan ini menimpa kebanyakan lelaki dan wanita secara sama rata. Bagaimanapun analisa ini juga menunjukkan standard umur insiden kes ACS dianggarkan 58-66 peratus lebih tinggi dalam kalangan lelaki yang tidak berkahwin.
Manakala 60-65 peratus lebih tinggi dalam kalangan wanita yang tidak berkahwin.

Sementara kebarangkalian pengidap ACS akan meninggal dunia dalam tempoh 28 hari pula didapati 60 hingga 168 peratus lebih tinggi bagi lelaki yang tidak berumah tangga dan 71 hingga 175 peratus lebih tinggi dalam kalangan wanita tidak berkahwin. Biasanya, ramalan kematian dalam kalangan warga emas yang berusia 65 hingga 74 tahun adalah 247 orang dalam setiap 100,000 orang setiap tahun. Tetapi meningkat kepada 493 orang dalam setiap 100,000 orang dalam kalangan wanita yang tidak berkahwin.

Secara statistik angka-angka itu menunjukkan angka kematian dalam tempoh 28 hari akibat ACS dalam kalangan lelaki pula, kadarnya adalah 26 peratus bagi lelaki berkahwin yang berusia antara 35 hingga 64 tahun dan 42 peratus bagi lelaki yang baru mendirikan rumah tangga, manakala 51 peratus bagi lelaki yang tidak pernah berkahwin.

Berdasarkan penemuan itu, juga didapati beberapa kes yang melibatkan kematian dalam kalangan lelaki dan wanita bujang adalah lebih tinggi dalam kalangan mereka yang tinggal dengan seorang atau lebih ramai teman.
Beberapa kemungkinan mengapa individu bujang dikaitkan dengan risiko penyakit berkaitan koronari terutama yang boleh membawa maut.

Antaranya, kemungkinan individu yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah mungkin lebih terdorong untuk kekal tidak berkahwin atau bercerai sehingga mereka meninggal dunia. Pasangan berkahwin mungkin mempunyai keadaan kesihatan yang lebih baik dan menikmati sokongan sosial yang lebih tinggi berbanding mereka yang bujang berdasarkan kelangsungan hidup mereka yang mengutamakan rumah tangga. Keadaan ini akan mempengaruhi keadaan kesihatan mereka secara keseluruhan.

Sumber

Tip Asas Menguruskan Bayi Baru Lahir

on Thursday, 1 August 2013

 

Jika anda tidak menghabiskan banyak masa dengan bayi anda yang baru lahir, dikhuatiri boleh mendatangkan sifat ketakutan kepada anda untuk menguruskan bayi anda akibat tidak biasa dengan bayi anda. Oleh sebab itu ada beberapa perkara yang anda perlu anda ingat semasa menguruskan bayi anda:

1. JAGA KEBERSIHAN

Cuci tangan anda (atau menggunakan sanitizer tangan) sebelum menguruskan bayi anda yang baru lahir. Bayi yang baru lahir tidak dapat membina sistem imun yang kuat semasa waktu ini, jadi mereka mudah terdedah kepada jangkitan. Pastikan juga bahawa semua orang yang ingin memegang bayi anda juga perlu mencuci tangan terlebih dulu.

2. CERMAT KETIKA MEMEGANG KEPALA BAYI
Berhati-hati semasa menampung kepala dan leher bayi anda. Anda perlu menampung kepala bayi anda apabila membawa atau mendukungnya dan juga perlu menyokong kepala bayi anda apabila mendukung bayi anda secara tegak atau apabila anda meletakkan dia ke bawah. Leher bayi amat lembut dan kecil jadi perlu berhati-hati semasa mendukungnya.

3. BERHATI-HATI SEMASA MENGENDALIKAN BAYI

Berhati-hati supaya tidak menggoncangkan bayi anda. Harus diingat, gegaran yang kuat boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak dan juga kematian. Jika anda perlu mengejutkan bayi anda dari tidur, jangan melakukannya dengan menggoncang badannya. Sebaliknya, geletek kaki bayi anda atau tiup perlahan-lahan pipi bayi anda.

4. GUNAKAN PERALATAN YANG DILULUSKAN UNTUK KESELAMATAN BAYI

Pastikan bayi anda diletakkan di dalam carrier, stroller atau carseat dengan betul dan selamat. Kemudian elakkan daripada aktiviti yang kasar atau perkara yang boleh mengundang bahaya.

5. BERMAIN DENGAN LEMBUT DENGAN BAYI

Ingat bahawa bayi anda belum bersedia lagi untuk bermain secara lasak lagi kerana tubuh badan bayi yang baru lahir amat lembut disebabkan itu juga ada di antara ibu dan bapa yang takut-takut untuk memegang bayi mereka yang baru lahir.

Diharapkan sedikit sebanyak tips ini dapat membantu mereka yang ada rasa ragu-ragu dan ketakutan untuk menguruskan bayi anda yang baru lahir, maklumlah bayi yang masih lagi kecil dan lembut tubuh badannya. Jika kita tidak berhati-hati semasa menguruskannya kemungkinan akan berlaku perkara yang merbahaya atau tidak diingini.
Sumber

Panduan Doa-doa untuk mendapatkan Anak

Gambar Hiasan

Perbanyakkanlah doa di bawah ini untuk mendapatkan anak:


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

رَبِّ لاَ تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الوَارِثِينَ    

(Al-Anbiyaa 089)

Yang bermaksud, “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkau jua sebaik yang mewarisi.

Hendaklah menjaga adab-adab ‘bersama’ dengan isteri.

Memilih waktu yang sesuai. Disunatkan  ‘bersama’ dengan isteri pada malam Jumaat dan hari Jumaat.

Disebutkan dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali, makruh ‘bersama’ dengan isteri pada tiga malam iaitu pada awal bulan, pertengahan bulan (hari ke 15) dan akhir bulan. Ini kerana dikatakan syaitan hadir bersama sesiapa berjimak pada malam tersebut. Ada pula mengatakan syaitan berjimak pada malam berkenaan. Hal ini diriwayatkan oleh Saidina Ali, Muawiyah dan Abu Hurairah.

Disebutkan juga dalam kitab Bahru Mazi karangan Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, tegahan ‘bersama’ dengan isteri pada beberapa waktu kerana takut terkena bencana kepada anak (gila) iaitu pada awal malam daripada mana-mana bulan dan pada akhirnya dan pada lima belas hari bulan kerana anak menjadi suka terkejut.

Perkara ini juga dinyatakan di dalam kitab al-Wasoya karangan Muhyiddin Abi Abdullah al-Hatami al-Ta’ie al-Andalusi (Ibnu Arabi) dengan sabda Nabi saw.

Wahai Ali, janganlah kamu mendatangi ahli kamu (berjimak dengan isteri) pada malam awal bulan (takwim Hijriyah) dan malam pertengahan bulan, ditakuti anak kamu bodoh/jahat. Ali bertanya: “Kenapa wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Ini kerana kebanyakkan jin mendatangi perempuan mereka (berjimak) pada malam awal bulan dan malam pertengahan bulan (takwim Hijriyah). Sanggupkah kamu melihat orang-orang gila berebut-rebut( mendatangi isteri kamu) pada malam pertengahan bulan dan malam awal bulan?.


Doa untuk dapat zuriat.
Umat Islam digalakkan berdoa kerana ianya merupakan otak ibadah. Di dalam AlQuran terdapat himpunan doa-doa yang diberi oleh Allah untuk kita bacakan setiap hari.

Ikutilah contoh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Zakaria a.s., masing-masing tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh. Mereka diduga sehingga usia yang tua dan uzur sebelum mendapat zuriat.

Doa Nabi Zakaria alaihi as Salam :


رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)
Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa". (QS. Ali Imran : 38)
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)
Artinya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling Baik.” (QS. Al Anbiya : 89)

Serta doa Nabi Ibrahim ‘Alaihi as Salam :

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)
Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.” (QS. Ash Shafat : 100)

Juga doa-doa yang bermanfaat dalam setiap situasi dan keinginan, diantaranya :
1. Doa Nabi Yunus ‘Alaihi as Salam, Rasulullah SAW bersabda,” "Doa Dzun Nuun (Nabi Yunus) ketika ia berdoa dalam perut ikan paus adalah; LAA ILAAHA ILLAA ANTA SUBHAANAKA INNII KUNTU MINAZH ZHAALIMIIN (Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk diantara orang-orang yang berbuat aniaya). Sesungguhnya tidaklah seorang muslim berdoa dengannya dalam suatu masalah melainkan Allah kabulkan baginya." (HR. at Tirmdzi, an Nasai, al Hakim dan dia mengatakan : shahih sanadnya)

2. Memperbanyak istighfar
Firman Allah SWT :

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (10) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (11) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (12)
Artinya : “Maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun-, Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan Mengadakan untukmu kebun-kebun dan Mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS. Nuuh : 10 – 12)

Sabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam,"Barang siapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah pasti akan selalu memberikannya jalan keluar dari setiap kesempitan dan kelapangan dari segala kegundahan serta Allah akan memberikan rizki kepadanya dari arah yang tidak ia sangka-sangka." (HR. Ahmad Abu Daud dan Hakim dia berkata : Shahih sananya. ) – (Markaz al Fatwa No. 15268)

Wallahu A’lam [eramuslim.com, ustazcyber 
Jabatan Mufti N9]

Sumber

Keindahan Islam: 8 Perkara yang Dituntut

Islam itu Indah

KEINDAHAN ISLAM: 18 Larangan yang Ditegah:

Di antara keindahan Islam adalah larangan-larangan yang memperingatkan seorang muslim agar tidak terjerumus ke dalam keburukan dan ancaman keras atas akibat buruk dari perbuatan tercela itu. Di antara larangan Islam itu adalah:

1. Islam melarang syirik, yaitu menyekutukan Allah Azza wa Jalla dengan sesuatu. Allah Azza wa Jalla berfirman:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni (dosa) kerana mempersekutukan-Nya (syirik), dan Allah mengampuni (dosa) selainnya bagi siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” [An-Nisaa': 48]

2. Islam melarang kekafiran, kefasikan, kedurhakaan dan menuruti keinginan hawa nafsu.

3. Islam melarang bid’ah (mengadakan sesuatu ibadah yang baru dalam agama).

4. Islam melarang riba dan makan harta riba. Allah Subhanahu wa Ta'ala melaknat orang yang makan riba, wakilnya, saksi dan penulisnya.

5. Islam melarang sifat takabur, dengki, ujub (bangga diri), hasad, mencela, memaki orang lain dan mengganggu jiran tetangga.

6. Islam melarang perbuatan mengumpat (ghibah), iaitu membicarakan keburukan orang lain dan mengadu domba (namimah), iaitu provokasi di antara sesama untuk menimbulkan kerosakan dan permusuhan.

7. Islam melarang banyak berkata-kata yang tidak berguna, menyebarluaskan rahsia orang lain, memperolok-olok dan menganggap remeh orang lain.

8. Islam juga melarang mencaci-maki, mengutuk, mencela dan ungkapan-ungkapan buruk dan memanggil orang lain dengan panggilan-panggilan buruk.

Allah Azza wa Jalla berfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ 

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olok) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk (fasiq) sesudah beriman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman. Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengata (buruk) sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” [Al-Hujuraat: 10-12]

9. Islam melarang kita dari banyak berdebat, bertengkar, percandaan hina yang dapat membawa kepada kejahatan dan meremehkan orang lain.

10. Islam melarang pengkhianatan, perbuatan makar, ingkar janji dan fitnah yang dapat menyebabkan orang lain berada dalam ketidakpastian.

11. Islam melarang seorang anak derhaka kepada kedua orang tua dan memutus hubungan silaturahim dengan sanak kerabat keluarga terdekat.

12. Islam melarang berburuk sangka, mengintai perihal orang lain dan mencari-cari kesalahan orang lain.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mencaci sebahagian yang lain...” [Al-Hujuraat: 12]

13. Islam melarang membuat tato, mengerik bulu wajah, mencukur alis, menyambung rambut (sanggul) dan memakai pakaian yang tidak menutup aurat.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، اَلْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ.

“Allah melaknat wanita yang bertato, wanita yang meminta ditato, wanita yang mengerik bulu wajah, wanita yang mencukur bulu alis matanya dan wanita yang mengikir giginya agar tampak cantik, mereka telah mengubah ciptaan Allah.” [5]

Dalam riwayat lain, Rasulullah Saallallahu 'alaihi wa sallam melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta disambung rambutnya. [6] 

Rasulullah Shallallahu a'alaihi wa sallam mengancam dengan masuk Neraka bagi wanita yang tidak berpakaian muslimah (berjilbab yang menutupi aurat), Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ، يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُؤُوْسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ البُخْتِ الْمَائِلَةِ، لاَيَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا، وَإِنَّ رِيْحَهَا لَيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَا وَكَذَا.

“Ada dua golongan penduduk Neraka, yang belum pernah aku lihat keduanya, iaitu suatu kaum yang memegang cemeti seperti ekor sapi untuk mencambuk manusia dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, ia berjalan berlenggak-lenggok dan kepalanya dicondongkan seperti punuk unta yang condong. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium aroma Syurga, padahal sesungguhnya aroma Syurga dapat tercium sejauh perjalanan begini dan begini.” [7]

Syarat jilbab wanita muslimah yang sempurna:
a. Menutup seluruh tubuh, kecuali wajah dan dua telapak tangan.
b. Kainnya tebal, tidak tipis atau transparen.
c. Harus longgar, tidak ketat.
d. Tidak memakai wangi-wangian (parfum).
e. Tidak menyerupai pakaian laki-laki.
f. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.[8] 

14. Islam melarang minuman keras (khamr), mengkonsumsi atau memperjualbelikan narkoba dan melarang perjudian.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ 

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamr (minuman keras), berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (per-buatan-perbuatan itu) agar kamu beruntung. Dengan minuman keras dan judi itu syaitan bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan melaksanakan solat, maka tidakkah kamu mau berhenti?” [Al-Maa-idah: 90-91]

15. Islam melarang promosi palsu dan dusta, curang dalam takaran dan timbangan. Menggunakan harta kekayaan dalam hal yang diharamkan.

Allah Azza wa Jalla berfirman:

وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ

“Celakalah bagi orang-orang yang curang. (iaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menakar atau menimbang (untuk orang lain), mereka mengurangi.” [Al-Muthaffifin: 1-3]

16. Islam melarang perbuatan saling menjauhi antara satu sama lain, saling bermusuhan, acuh tak acuh dan melarang seorang muslim tidak menegur saudaranya sesama muslim lebih dari tiga hari.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَيَالٍ: يَلْتَقِيَانِ فَيُعْرِضُ هَذَا وَيُعْرِضُ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلاَمِ.

“Tidak halal bagi seorang muslim untuk membiarkan saudaranya lebih dari tiga hari, keduanya bertemu tetapi saling memalingkan muka. Dan yang terbaik dari keduanya adalah yang memulai mengucapkan salam.” [9]

17. Islam melarang onani, perzinaan, homoseks, lesbian dan membunuh jiwa yang diharamkan Allah Azza wa Jalla. Allah Azza wa Jalla berfirman:

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ 

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka (dalam hal ini) tiada tercela. Tetapi barangsiapa mencari yang disebalik (zina dan sebagainya) itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” [Mukminun: 5-7]

18. Islam melarang kita menerima wang sogokan (rahsuah) atau menyuap orang lain. Dalam sebuah hadis dari ‘Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu anhuma :

لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِى وَالْمُرْتَشِى.

“Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam melaknat orang yang menyuap dan orang yang menerima suap.” [10]

Orang yang menyuap dan yang disuap hukumnya sama bagi keduanya, iaitu berdosa. Suap menyuap hukumnya haram, meskipun mereka memakai istilah “hadiah”, “wang jasa”, “wang damai”, dan lainnya.

Demikianlah ulasan singkat tentang 18 larangan Islam yang menunjukkan kebenaran dan keindahannya.

Chua Boon Huat Pemain Hoki Kebangsaan Mati Dalam Kemalangan


KUALA LUMPUR: National pemain hoki Chua Boon Huat, 33, meninggal dunia dalam kemalangan yang melibatkan kereta dan sebuah lori pada 02:25 pagi hari ini.

Kejadian itu berlaku di Damansara - Puchong Highway (LDP) berhampiran stesen LRT Kelana Jaya.

Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Chua adalah salah pemain yang paling lama berkhidmat sebagai pemain hoki kebangsaan di negara ini.

Beliau membuat penampilan sulungnya sebagai pemain semasa berusia 17 tahun dengan pasukan hoki Malaysia pada Sukan Komanwel 1998 dan telah memperoleh lebih daripada 300 Caps untuk Malaysia.

Sumber