Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Pelik : RM600,000 Harga Saman Pasal Sperma

on Tuesday, 3 September 2013



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berketurunan Bosnia memfailkan saman terhadap bekas kekasihnya dan menuntut RM600,000 kerana mendakwa dirinya dipergunakan bagi mendapatkan sperma berkualiti.

Plaintif, Ervin Ahbabovic, 41, yang bekerja sebagai pengarah komersil di syarikat tempatan memfailkan saman menerusi Tetuan The Law Chambers of Mohamad Fauzi di Mahkamah Tinggi, di sini, Jumaat lalu.

Ervin yang memegang status penduduk tetap menjalinkan hubungan dengan defendan iaitu seorang wanita tempatan berusia 29 tahun pada 2008 dan mempunyai seorang anak.

Selepas melahirkan anak mereka, defendan didakwa sering bergaduh selain mendakwa wanita itu mempunyai keinginan seksual yang tinggi dan melakukan hubungan sekurang-kurangnya enam kali sehari.

Ervin mendakwa defendan ada menyatakan bahawa dia sebenarnya dipergunakan sebagai alat pemuas seks (gigolo) selain bagi mendapatkan sperma miliknya.

Sumber : www.hmetro.com.my

CINTA SEJATI SELEPAS ALAM PERKAHWINAN

 
CINTA adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Cinta memang sudah ada dalam diri kita. Bersyukurlah orang yang diberi cinta dan mampu menyingkap rasa cinta dengan tepat dan menurut syariah.

Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang diredai Allah. Nabi Muhammad SAW meninggalkan resipi cinta yang diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud: 

“Wahai generasi muda, barang siapa di antara kalian mampu serta berkeinginan untuk bernikah. Kerana sesungguhnya pernikahan itu dapat menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan barang siapa di antara kalian belum mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)

Apabila kita sudah membetulkan niat, maka kita mesti menjadikan diri kita ‘salihah’ supaya orang yang salih akan datang menemui kita atau ditemukan Allah. Kita wajib ingat bahawa jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan. Kita cuma dapat berusaha mencari jodoh yang baik menurut Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.” (Surah al-Imran, ayat 14)

Cinta paling tinggi martabatnya adalah cinta kerana Allah, kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Pakar psikologi, Prof Madya Dr Mat Saat Baki, pernah menulis: “Cinta itu berkembang. Kita tidak jatuh cinta. Cinta pandang pertama adalah satu mitos. Sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari semasa ke semasa. Lebih lama kita memahami, mengenali seseorang itu, akan lebih dalam perasaan cinta. Namun, menurut beberapa kajian dan perkongsian pengalaman, ternyata cinta pertama tidak diperlukan sebagai asas kebahagiaan tetapi boleh membantu untuk mencapai kebahagiaan.”

Tetapi jika tidak berhati-hati, cinta boleh membutakan mata hati kita. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Hendaklah kita benar-benar memejamkan mata dan memelihara kemaluan, atau nanti Allah benar-benar akan menutup rapat matamu.” (Hadis riwayat Tabrani)

Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. Cinta yang semakin menggelorakan hawa nafsu, makin berkurang rasa malu dan akhirnya terlanjur. Inilah paling merbahaya. Dari sinilah bermulanya fenomena cinta terlarang, seks tanpa nikah yang merosakkan generasi dan mencemar keturunan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al Isra', ayat 32)

Islam tidak melarang atau mengekang manusia daripada rasa cinta tetapi mengarahkan cinta berjalan di atas landasan yang menjaga martabat kehormatan, baik wanita mahupun lelaki. Jika kita jatuh cinta, perlu berhati-hati kerana seperti minum air laut, semakin diminum semakin haus. Cinta yang sejati adalah cinta yang tumbuh selepas akad nikah.

Cara untuk mengendalikan rasa cinta adalah dengan menjaga pandangan, tidak berkhalwat atau berdua-duaan dalam bentuk apapun dan tidak saling bersentuhan apatah lagi bercium dan berpelukan, memang jelas haramnya.

Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki dan wanita berkhalwat (berduaan di tempat sepi), sebab syaitan menemaninya, janganlah salah seorang daripada kalian berkhalwat dengan wanita, kecuali disertai dengan mahramnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika bimbang keterlanjuran cinta, alihkan rasa cinta itu kepada Allah dengan membanyakkan selawat, zikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu. Jika kita tewas, nafsu yang akan memperdayakan kita.
 

Kereta terpakai tak laku waktu ini?


DASAR baru kerajaan untuk mengurangkan harga kereta yang dijual di negara ini secara berperingkat menjelang 2016 menggembirakan pembeli.

Ramai berpendapat penurunan itu memberi faedah terutama kepada golongan muda yang baru mula bekerja untuk memiliki kereta.

Tetapi adakah dasar ini akan menyebabkan penjual kereta terpakai gulung tikar dan seterusnya menjejaskan industri dengan tenaga kerja lebih 100,000 orang itu?

Ini kerana jika harga kereta baru sudah cukup rendah untuk dibeli, mungkin ramai orang memilih kereta baru berbanding kereta terpakai.

Namun, bagi mereka yang terlibat dalam industri kereta terpakai, penurunan harga kereta baru dijangka tidak memberi kesan buruk.

Kamarulzaman Zainal, penjual kereta terpakai di Gombak, Selangor berkata, walaupun harga kereta baru diturunkan, kereta terpakai masih diperlukan orang berpendapatan rendah kerana beza harga antara kereta baru dan terpakai masih tinggi.

"Ada harga kereta terpakai hanya separuh daripada harga kereta baru, jadi kereta terpakai masih jadi pilihan mereka yang bergaji kecil," katanya.

Beliau yang bekerja sebagai jurujual kereta selama 11 tahun berkata, dasar kerajaan mengurangkan harga kereta memberi peluang pada golongan muda untuk memiliki kereta sendiri.

"Jumlah pelanggan kereta terpakai buat masa ini juga makin bertambah kerana pinjaman serta bayaran bulanan rendah," tambahnya.

Sementara itu, jurujual kereta terpakai di Bangsar, Shareeta Majid berkata, keuntungan daripada jualan kereta terpakai mungkin sedikit menurun kerana ramai pelanggan akan memilih kereta baru yang berharga rendah.

“Ramai orang di bandar akan pilih untuk beli kereta baru, tapi di luar bandar atau kampung kereta terpakai masih jadi pilihan kerana ramai  pelanggan di kawasan itu lebih suka beli tunai daripada berhutang bank," katanya.

Bagi Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM), penurunan harga kereta yang dilakukan secara berperingkat boleh melindungi industri kereta terpakai di Malaysia.

Presiden FMCCAM, Datuk Tony Khor berkata, persatuan itu telah bersedia lebih awal dengan melakukan sedikit perubahan pada harga kereta terpakai dengan melihat tiga faktor penting iaitu harga kereta baru mengikut masa, keadaan kereta terpakai dan permintaan dan bekalan.

Beliau mengakui akan ada kesan penurunan harga kereta baru kepada industri kereta terpakai tetapi ianya tidak begitu besar.

"Antara kesannya, mungkin kereta terpakai tak dapat dijual dengan keuntungan agresif.

"Apa pun, majoriti ahli kami boleh menerima penurunan harga kereta baru secara berperingkat kerana kesannya minimum," katanya.

Sumber : SinarHarian

PM : Diesel, RON95 naik 20 sen

on Monday, 2 September 2013


Situasi biasa bila minyak naik harga
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.

Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,

Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.

Ini kenaikan pertama sejak kenaikkan sama pada Disember 2010.

Sementara itu, Bernama melaporkan pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga menteri kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

"Pada masa hadapan, satu jaringan keselamatan sosial yang lebih komprehensif akan diperkenalkan. Langkah-langkah fiskal seterusnya akan diumumkan dalam Bajet 2014," kata Najib dalam satu kenyataan.

Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali.

Sumber : Malaysiakini

Tips untuk Kenali Lelaki yang Penyayang


Berikut adalah sifat - sifat yang biasanya ada pada seorang lelaki yang penyayang :-

1) Suka Haiwan

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan haiwan atau binatang, tak kisahla kucing ke, arnab ke, ayam lembu atau apa sahaja. Pendek kata korang tengok reaksi dorang bila ada haiwan nih sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak teranjang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, bleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak

- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana. Ada lelaki yang tidak suka berhampiran kanak-kanak, rimas katanya. Tapi kalu lelaki yang buat-buat sayang kat adik korang tu MK tak pasti, nak tekel kakak mesti tekel adik dulu kan..hehe

3) Ambil Berat Akan Orang Tua

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

4) Ambil Berat Akan Adik-Adik

- Ha korang cuba tgk hubungan dia dgn adik…INGAT, ADIK..bukan adik beradik..bukan kakak atau abangnya. Mengapa MK berkata begitu?. Kerana layanan abang terhadap adik adalah berbeza kerana adiknya lebih kecil yang sudah tentunya menjadi tanggungjawab dia. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodo je bila si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsug menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan

-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya.Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah

-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecik pon nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting mcmni korang ati-ati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman

-Haa korang tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian. Ada lelaki yang masam je mukanya (kalau memang dah azali memang tak leh buat apa), senyum taknak, ditegur buat bodoh je)

 

Nikmat ALLAH SWT kepada seorang wanita



WANITA adalah makhluk ciptaan ALLAH SWT yang istimewa, banyak nikmat dan kelebihan dianugerahkan kepada golongan Hawa ini dalam kehidupan mereka, yang tidak ada dalam kehidupan seorang lelaki, antara anugerah ALLAH kepada kaum wanita adalah haid.

Haid tergolong dalam kategori hadas besar yang memerlukan kepada bersuci  dengan cara mandi. Dari segi bahasa hadas bermaksud satu perkara yang berlaku, manakala mengikut syarak diertikan keadaan yang memerlukan kepada bersuci. Hadas terbahagi kepada dua iaitu kecil dan besar. Perbezaan antara keduanya dilihat daripada sudut sebab berlakunya hadas, cara bersuci daripada hadas dan perkara-perkara yang tidak benarkan ketika berhadas.

Hukum hadas ialah ia menghalang perkara-perkara yang mana bersuci itu menjadi syaratnya, dan sekiranya perkara-perkara ini dilakukan dalam keadaan berhadas maka ia tidak dikira sah dan berdosa. Perkara-perkara yang menyebabkan hadas besar ialah keluar air mani, berjimak, haid dan nifas.

Wanita dalam berhadas boleh berzikir

Dua daripada empat perkara yang menyebabkan hadas besar ini adalah khusus untuk wanita, iaitu haid dan nifas. Menurut pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),  Dr Mustafa Mat Jubri @ Shamsuddin menjelaskan, seorang wanita seharusnya perlu mengetahui, apakah perkara yang boleh dilakukan atau tidak semasa berada dalam keadaan haid atau nifas antaranya:

“Mereka tidak dibenarkan bersuci dari hadas kecil atau besar, seperti seorang wanita yang dalam keadaan haid tidak dibenarkan mandi junub bagi yang sudah berkahwin, dan jika dia melakukannya maka mandi tersebut tidak sah mengikut pendapat mazhab Hanafi, Maliki dan Syafii.

“Solat, seorang wanita yang haid tidak dibenarkan melakukan solat, dan jika dia melakukannya maka tidak sah solat tersebut, dan mengikut pendapat mazhab Hanafi, Syafii dan Hambali sujud Tilawah dan sujud Syukur juga tidak dibenarkan.  Berpuasa, seorang wanita yang haid juga tidak dibenarkan berpuasa, akan tetapi dia perlu menggantikannya ketika sudah habis haid, ” katanya kepada Rehal.

Menurutnya, tidak dibenarkan bagi seorang wanita yang berhaid untuk melakukan tawaf, dan dibenarkan untuknya melakukan perkara-perkara haji atau umrah yang lain. Tidak dibenarkan bagi seorang wanita yang berhaid untuk membaca al-Quran mengikut pendapat mazhab Hanafi, Syafii dan Hambali.

Memegang atau membawa mushaf al-Quran juga termasuk dalam hukum ini, akan tetapi mengikut pendapat mazhab Maliki pengajar dan pelajar al-Quran dibenarkan membaca, memegang dan membawa mushaf al-Quran sekalipun dalam keadaan berhadas.

Akan tetapi, wanita yang sedang haid boleh berzikir, bertasbih (membaca Subhanalah), bertahmid (membaca alhamdulillah), membaca Bismillah ketika makan dan sebagainya. Boleh juga membaca buku-buku hadis, fiqh (buku agama), berdoa, mengaminkan doa dan mendengar bacaan al-Quran.

Diterangkan dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim serta kitab-kitab hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW bersandar di riba Aisyah sambil membaca al-Quran padahal di saat itu Aisyah  dalam keadaan haid.

Beliau yang senang disapa   Ustaz Mustafa menegaskan, seorang wanita yang berhaid tidak dibenarkan melakukan persetubuhan mengikut ijmak ulama, begitu juga tidak dibenarkan melakukan jimak dengan wanita yang sudah habis haidnya melainkan selepas dia mandi hadas. Secara umumnya, hukum wanita yang dalam nifas adalah seperti hukum wanita yang dalam keadaan haid.
Melalui masjid untuk tujuan tertentu

Secara umumnya, para fuqaha (ulama dalam ilmu fiqh) tidak membenarkan wanita yang haid berada dalam masjid bersandarkan kepada larangan Rasulullah SAW terhadap wanita-wanita yang berhaid dari mendekati kawasan solat hari raya (Riwayat Bukhari dan Muslim). ALLAH berfirman: “Hai orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub,  terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi.

Dan jika kamu sakit atau dalam musafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya
ALLAH Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun”. (Surah an-Nisa’a:43)

0Dibenarkan bagi wanita-wanita ini untuk melalui atau melewati masjid untuk tujuan-tujuan yang diharuskan seperti lari menyelamatkan diri dari bahaya mengikut fuqaha, dengan syarat tidak mengotorkan masjid dengan kotoran hadas.

Ustaz Mustafa berkata, kawasan yang mana dilakukan atasnya solat tahiyyatul masjid dan tempat berdirinya orang dalam saf-saf solat jemaah dan tempat dibolehkan iktikaf maka tempat itu tidak boleh diduduki wanita yang haid mengikut hukum larangan ini.

“Sebab larangan memasuki dan menduduki masjid bagi wanita yang haid mengikut fuqaha adalah kemungkinan mengotorinya dengan hadas, di samping keadaan dirinya yang tidak dibenarkan melakukan ibadah seperti solat, maka tiada keperluan baginya untuk berada di masjid, tambahan pula perkara yg afdal bagi wanita adalah untuk solat di rumahnya (Riwayat Ahmad).

“Ada sebahagian fuqaha (seperti al-Muzani dan Ibn Hazm) yang melihat larangan ini tidak mutlak, mereka membenarkan wanita yang haid untuk berada dalam masjid jika ada keperluan seperti menuntut ilmu,” katanya.

Potong kuku, rambut

Menyentuh persoalan seperti memotong kuku dan rambut, ia dibolehkan dalam keadaan berhadas dan tidak perlu sisa kuku dan rambut itu dimandikan semasa mandi wajib.

Beliau berkata, fuqaha dari semua mazhab menyebut  perkara-perkara yang dilarang ketika berhadas besar, tetapi tidak pula memasukkan larangan memotong kuku atau rambut kerana  tidak ada dalil yang jelas dan khusus untuk perkara ini.

Diriwayatkan ketika Aishah melakukan haji bersama Rasulullah SAW semasa Hajjatul Wada’, Aisyah ketika itu dalam keadaan haid, Baginda SAW menyuruh beliau menyikat rambutnya (Riwayat Bukhari dan Muslim). Ini menunjukkan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid boleh memotong rambutnya kerana perbuatan Aishah  yang menyikat rambut pada kebiasaannya membawa kepada gugur atau tercabutnya rambut.

Ibn Hajar al-Haytami turut menyebut dalam kitabnya bertajuk  Tuhfat al-Muhtaj: “Mengikut nas Mazhab (al-Syafii), perempuan yang haid itu dibenarkan memotong kuku dan rambut”.

Sumber : Sinarharian

ISU AIR TERCEMAR : JAS lengkap kertas siasatan buang enjin diesel

on Sunday, 1 September 2013


KUALA SELANGOR - Jabatan Alam Sekitar sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden pembuangan minyak enjin terpakai oleh sebuah bengkel penyelenggaraan lori di Jalan Batu Arang, Rawang ke dalam Sungai Gong.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel berkata kertas siasatan itu akan disiapkan secepat mungkin sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tujuan pendakwaan.

Beliau berkata pengusaha bengkel itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang boleh membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM500,000.

"Kami memandang serius insiden ini. Bengkel itu sepatutnya menghantar minyak enjin terpakai ke fasiliti kitar semula, dan bukannya melepaskan ke dalam sungai," katanya kepada pemberita selepas melawat Loji Pembersihan Air Sungai Selangor Fasa 1 di sini hari ini.

Beliau berkata mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar, semua sisa berjadual perlu dikitar semula atau dilupuskan di fasiliti berlesen agar pencemaran tidak berlaku.

Palanivel berkata ini merupakan kali pertama masalah pencemaran dari bengkel itu dikesan JAS.

Mengenai kawalan dan pembersihan kesan buangan minyak itu, beliau berkata muka sauk empat Loji Rawatan Air (LRA) yang operasinya ditutup sementara semalam, telah dibuka semula.

LRA berkenaan ialah di Rantau Panjang manakala tiga buah lagi di Kampung Bukit Badong iaitu SSP1 (SPLASH), SSP2 (Puncak Niaga) dan SSP3 (SPLASH).

"Kerja-kerja mengumpul dan membersihkan buangan minyak oleh pihak premis selesai sekitar 5 petang (semalam) dan loji-loji dibuka semula pada 11 malam (semalam) dan buangan minyak yang dikumpul dianggarkan sebanyak 4,000 liter, distorkan di dalam premis," katanya.

Palanivel berkata bekalan air dijangka pulih dalam tempoh tujuh hari secara berperingkat.

Insiden itu menjejaskan kira-kira satu juta penduduk di sekitar Lembah Klang.

Di SHAH ALAM, Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) menggesa kerajaan supaya menggunakan undang-undang keselamatan yang berkaitan terhadap kilang yang bertanggungjawab dalam kes tumpahan minyak diesel di Sungai Gong.

Presidennya Datuk Dr Jacob George berkata undang-undang alam sekitar sedia ada tidak cukup tegas untuk menyelesaikan masalah itu dan menambah hanya undang-undang keselamatan dapat menghalang pemilik kilang  daripada melakukan kesalahan itu.

"Saya anggapkan masalah ini sebagai serangan yang dirancang terlebih dahulu terhadap ketenteraman awam kerana menyebabkan bekalan air kepada lebih satu juta pengguna di Lembah Klang menjadi kelam-kabut selain kepada syarikat yang terpaksa menanggung kerugian teruk.

"Oleh itu, menggunakan undang-undang keselamatan adalah perlu dalam isu ini kerana membabitkan hak dan kepentingan pengguna," katanya kepada Bernama hari ini.

Jacob turut mendakwa Cassa menerima laporan berhubung banyak pemilik kilang tidak bertanggungjawab yang membuang bahan berbahaya ke dalam sungai dan beliau meminta agensi berkaitan supaya menyiasat perkara itu.  - Bernama

12 Kata-kata Motivasi Yang Memperkasa dan Meningkatkan Kekuatan Emosi dan Keyakinan Diri




Untuk memberikan kekuatan dalam diri, seseorang biasanya perlukan sesuatu yang dapat menambahkan impak terhadap kekuatan diri. Berikut adalah 12 kata - kata yang boleh diambil untuk memberikan diri anda kekuatan emosi dan keyakinan diri :-
 
1) Esok jadi tahun – Jika anda boleh lakukannya sekarang, ambilnya dan – Buat!

2) Apa yang anda hendak takutkan? 'Ahh.. tidak tahulah saya boleh lakukannya atau tidak', mungkin itu yang anda kata. Baiklah. Itu bukan bermakna anda 'tidak boleh', itu hanya bermakna yang anda hanya tidak tahu bahawa anda boleh lakukannya atau tidak. Jadi bagaimana untuk tahu anda boleh buat atau tidak? Anda lakukan sahaja! Ayuh, sahabatku – Lakukannya!!

3) Adakah kamu sebatang pokok yang memerlukan 'hutan'? Atau, kamu mahu berdiri sendirian?

4) Di mana kamu bermula bukanlah satu isu – di mana kamu berakhir…ya.

5) Biar diri kamu yang sebenar menyinar - "Dan diri kamu yang sebenar sedang berada di dalam hati kamu, hanya menanti waktunya untuk tampil ke depan...dan dia adalah sekuat dirinya yang bersuara itu – Bagaimana dia telah menyentuh hidup kamu, bahkan, telah menjadi hidup kamu? Jadilah diri kamu sendiri, percayakan diri kamu, dan turuti apa yang kamu rasakan dan fikirkan betul di dalam hati kamu… Kamu akan dapati kamu yang sebenar di dalam diri tidak akan sekali-kali mengecewakan kamu; dia hanya lakukan apa yang betul, dan apa yang diperlukan oleh kamu...selalu..."

6) Kecantikan kamu juga tersemat bersama sentuhanmu, keprihatinanmu, belas kasihanmu, senyumanmu, pandanganmu yang baik dan positif yang telah kamu berikan kepada yang lain, kemahuanmu untuk melakukan sebagaimana kamu mahu diperlakukan – dan kemesraan dan kesejatian rasa yang kamu labuhkan, dan hulurkan tanpa bayaran kepada yang lain...dan kamu lihatlah sendiri, cantik bukan rupa sahaja, cantik sebenarnya datang dari jiwa.

7) Sepanjang perjalanan ini kamu akan temui kekuatan, kamu akan temui dan bina kebolehan diri, kamu akan kenali kuasa diri dan kamu akan lebih mengenal lebih banyak tentang diri kamu. Sebagaimana perjalanan itu berterusan, begitulah juga dengan penemuannya.

8) Gerakkan diri kamu dari dalam, dan terus gerakkannya sehinggalah kamu tiba – kerana hanya satu jalan sahaja untuk mendapatkan apa yang kamu mahukan, ia adalah dengan terus berusaha, terus 'mahu'…dan terus berjuang!

9) Saya tidak boleh membuat kesilapan dalam saya berusaha untuk maju, meningkatkan diri, dan berjaya dengan jayanya; saya hanya membuat kesilapan, jika saya tidak membuatnya!

10) Kamu mungkin tidak sehebat yang kamu mahukan…tetapi kamu sememangnya sudah cukup kuat SEKARANG!!

11) Apa yang mereka tahu? Adakah sang burung risau tentang apa yang bakal mereka makan setiap hari – atau dapatkah mereka makan hari ini? Adakah mereka merasa risau di mana mereka bakal tidur setiap hari – atau di mana mereka hendak tuju jika dan bila hujan mulai turun? Adakah mereka risau tentang bagaimana, dan di mana mereka hendak membuat sarangnya – atau tentang mampukah mereka memberi secukupnya makan kepada anak-anak mereka? Risau? Aduh – sang burung memulakan hari-hari mereka dengan menyanyi setiap hari – betul bukan?!! Perhatikan burung itu, dan apa yang kamu rasa burung itu faham yang kamu tidak faham?

12) Andai hidup itu sememangnya sangat sukar dan 'mustahil', kamu tentu sudah 'putus asa' sekarang, betul? Tetapi kamu tidak. Dan jika didalam kotak fikiran kamu masih ada kemahuan, dan maka kamu, boleh berubah, harapan yang ianya akan berlaku, dan kemahuan untuk melakukan apa yang anda termampu, maka ia akan berubah… Apa pendapat kamu tentang kenyataan ini nyatakan tentang hidup, dan KAMU?


Sumber

Model Separuh Bogel Berubah Selepas Kenal Islam Semasa Bercuti

 
Dia pernah menjadi seorang model yang glamor dan pernah bergambar dengan memakai seluar dalam sahaja, namun kini
Carley Watts, 24, mahu berubah dan menutup aurat.
Semuanya selepas dia mengenali Islam melalui pertemuannya dengan seorang lelaki dari Tunisia, Mohammed Salah, 25.
Model yang berasal dari Dearham di Norfolk itu bertemu Mohammed ketika dia bercuti di Tunisia.
Carley yang juga seorang ibu tunggal kini dalam perancangan untuk memeluk Islam.
Dia juga akan berpindah ke Tunisia bersama anak perempuannya, Alannah, yang berusia dua tahun dan akan mempelajari agama Islam di sana, pada bulan Oktober ini.
“Rakan-rakan saya menyangka saya menjadi gila. Mereka tidak dapat membayangkan bagaimana seorang wanita yang suka bersosial akan menutup kepala dan memeluk Islam.
“Pertemuan dengan Mohammed telah mengubah hidup saya. Saya tidak mahu lagi menjadi liar dan mendedahkan buah dada,’’ katanya .
Menurut Carley, sebagai seorang model, dia biasa berpakaian seksi dan pernah menanggalkan pakaian ketika mabuk.
Malah Carley juga pernah berjalan pulang ke rumah dalam keadaan bogel dari kelab malam akibat mabuk.
Kini, kata Carley, kehidupannya semakin berubah dan dia tidak perlu bimbang lagi berlaku keadaan yang memalukan itu.
Walaupun Mohammed mengetahui pekerjaan Carley sebelum ini, namun dia tidak akan memaklumkan keluarganya di Tunisia kerana ia pasti sukar diterima oleh mereka.
“Mohammed mengetahui mengenai pekerjaan saya dan dia boleh menerima saya. Namun katanya sebaik sahaja kami berkahwin, badan saya hanya untuk tatapannya seorang sahaja,’’ katanya-sumber : Tranungkite