Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Dah bersalin..Tahniah Anne Ngasri!

on Tuesday, 10 September 2013



Tahniah diucapkan buat pelakon Anne Ngasri yang selamat melahirkan anak keempatnya semalam (9 September 2013).

        Bayi seberat 3.4 kilogram ini merupakan hasil perkahwinan Anne dengan suaminya, Mohd Sumali Reduan pada bulan Disember tahun lalu.

        "Syukur Alhamdulilah pada 9/9/13 saya selamat melahirkan baby boy 3.4 kilo.. tq kpd semua yg mgucapkan taniah...' ujar Anne menerusi laman facebooknya.

Sumber 

Tips Penjagaan Jantung Anda

Sayangilah Jantung Anda

Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada jantung.


Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.


Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?


Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.


Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.


Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.


Kawalan berat badan


Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.


Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.


Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.


Pemakanan


Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.


Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.


Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.


Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.


Berhenti merokok


Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.


Bersenam


Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.


Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.


Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.



Perubahan gaya hidup


Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.


Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.

Sumber

Malaysia Ke Perlawanan Akhir Pestabola Merdeka

Penjaring Gol Pertama Malaysia Irfan Fazail

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Malaysia mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Pestabola Merdeka selepas menewaskan Myanmar 2-1 pada aksi kedua di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang malam ini.

Skuad Harimau Muda A meraih enam mata daripada dua perlawanan selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Singapura pada perlawanan pertama kelmarin.

Sementara itu, Thailand yang mengumpul empat mata hasil kemenangan ke atas Singapura dan seri 1-1 dengan Myanmar kelmarin, berpeluang cerah untuk bertemu tuan rumah di pentas final.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/

Alasan Mesut Ozil Tertarik berhijrah ke Arsenal

Gambar Ozil Memakai Jersey Arsenal

London - Mesut Ozil sudah rasmi untuk jadi pemain baru Arsenal. Pemain itu pun kini menyatakan hasratnyanya meninggalkan Real Madrid dan bergabung dengan Arsenal.

Ozil diboyong dengan nilai perpindahan yang dijangka mencapai 42,5 juta poundsterling. Di Arsenal ia menandatangani kontrak dengan tempoh lima tahun ke depan.

Sehubungan dengan perpindahan Gareth Bale, masa depan Ozil di Madrid musim panas ini memang sudah dispekulasikan. Pemain antarabangsa Jerman itupun sempat dihubungi sebelum akhirnya secara rasmi menjadi pemain 'The Gunners'.

"Saya senang bergabung dengan sebuah kelab seperti Arsenal dan saya sudah tidak sabar ingin bermain di Liga Premier. Ini akan jadi sesuatu yang hebat untuk perkembangan diri saya sebagai seorang pemain dan saya sangat menantikan kesempatan untuk bekerja dengan Arsene Wenger," ujar Ozil di satu laman rasmi Arsenal.

"Dari perbincangan yang berlangsung antara kami jelas bahwa kelab ini mempunyai target yang sangat besar dan saya ingin menjadi sebahagian darinya," ujar beliau.

Perpindahan Ozil yang mempunyai 47 caps bersama Jerman ini menjadi "pembelian pertama" Arsenal di musim panas nanti. 

Selanjutnya, di elab London Utara itu Ozil akan memakai jersi bernombor 11. Ia menjadi pemain Jerman ketiga di pasukan Arsenal selain Per Mertesacker dan Lukas Podolski.

Sumber

Petua untuk elakkan kutu beras didalam bekas simpanan

on Monday, 9 September 2013

Kutu Beras

Mungkin anda biasa mengalami masalah kutu beras yang sungguh merungsingkan. Maklumlah, kerana adanya kutu beras ini, kerja-kerja mencuci beras akan menjadi lebih sukar. Malah ia akan mengambil masa yang lebih lama dari sepatutnya. Pun begitu, jangan bimbang petua berikut mungkin boleh membantu. Untuk mengelakkan kehadiran kutu beras di dalam beras yang anda simpan, ambilkan lima atau enam tangkai cili kering dan masukkannya ke dalam bekas menyimpan beras. Gaulkan cili kering tadi dengan beras dan biarkannya di dalam bekas tersebut selagi anda menyimpan beras di dalamnya. Insya-Allah akan berpuas hati dengan hasilnya.

Sumber : Mingguan Wanita

Nabila Huda dan Anak cedera kemalangan, kenderaan terbalik di karak


Anak Nabila yang cedera

BENTONG - Pelakon yang juga anak penyanyi terkenal Amy Search, Nabila Huda, 29, terlibat dalam kemalangan di Kilometer 71 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Triton bersama anaknya, Keisha Laila, 4 tahun.

Katanya, ketika sampai di tempat kejadian, kenderaan dinaiki dipercayai terbabas.

“Nabila dan anaknya hanya mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, melalui portal hiburan Oh Bulan, Nabila Huda difahamkan menaiki kenderaan pacuan empat roda bersama anaknya dan seorang lagi pemandu.

Menurut portal itu, ketika kemalangan berlaku, kenderaan tersebut telah terbalik.

Sumber : Sinarharian

Adi Putra akui tertekan dengan skandal terbaru


SIAPA yang tidak tertekan apabila dikaitkan mempunyai skandal dengan isteri orang, dan itulah yang dialami oleh pelakon popular, Adi Putra.

Namun sokongan isteri tercinta, Aida Yusof dan rakan-rakan menguatkan lagi semangat pelakon filem KL Gangster 2 itu.

"Mana-mana manusia pun pasti tertekan. Di sebelah sekarang ini adalah isteri saya, keluarga dan rakan-rakan yang buat saya rasa tidak tertekan.

"Ini kerana sudah menjadi lumrah anak seni untuk dibual bicarakan. Kalau saya bukan dalam dunia selebriti orang tidak akan ambil berat tentang saya,” katanya ketika ditemui Majlis Golf Teduhan Kasih Wisata Amal 2013 di Pulai Springs Golf Resort, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Adi yang juga pelakon utama drama Teduhan Kasih bersama gandingannya, Sherry Ibrahim sempat menyanyikan beberapa buah lagu serta beramah mesra dengan anak-anak yatim dari Asrama Kebajikan Ar-Rayyan Persatuan Insani Darul Takzim bagi mengutip dana operasi pertubuhan berkenaan.

Adi Putra berkata, kontroversi terbabit tidak sekalipun mengganggu kariernya kerana beliau menganggap perkara itu adalah ujian yang harus diterima daripada Tuhan.

“Alhamdulillah secara ikhlas saya rasa ia tidak ganggu aktiviti seni saya kerana apa yang diputuskan dan rezeki yang diberi itu adalah kuasa ALLAH.

"Macam seperti hari ini, saya tetap memenuhi undangan majlis amal ini untuk membantu mendapatkan dana bagi pertubuhan tersebut,” katanya.

Beliau mengakui turut memberikan kerjasama kepada pihak polis dengan hadir memberikan keterangannya untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.

“Saya memang bekerjasama dan benar saya ada pergi beri keterangan kepada pihak polis untuk siasatan yang dijalankan. Apa yang saya boleh bantu untuk teruskan siasatan, saya akan buat dan mudah-mudahan boleh membantu,” katanya.

Sumber : Sinarharian

Awas! Penyegar Udara Mungkin Berbahaya Untuk Kesihatan

Penyegar Udara Kereta Mungkin Bahaya Untuk Anda

PETALING JAYA: Penyegar udara yang sering diletakkan di dalam kereta kita ataupun di rumah mungkin berbau nyaman tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan tanpa kita sedari.

Enam produk penyegar udara yang biasa digunakan yang ditemui di pasar raya dan kedai di seluruh negara telah diuji oleh sekumpulan pengguna, mengandungi empat bahan kimia berbahaya iaitu - toluena, benzena, formaldehid dan phthalates.

Kesemua produk didapati mengandungi salah satu daripada bahan kimia terbabit pada paras tertinggi dengan phthalates - bahan mengganggu sistem endokrin (EDS) - terkandung dalam empat daripada enam produk tersebut.

Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada EDS boleh menjejaskan sistem imun dan otak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajan yang menjalan ujian itu, EDS boleh menyebabkan lelaki berkelakuan lebih feminin dan sebaliknya.

"Ia juga boleh membantutkan perkembangan organ-organ penting dan menyebabkan keguguran. Tahap kerosakan, bagaimanapun, bergantung kepada kesihatan individu, dengan wanita hamil dan kanak-kanak berdepan risiko tinggi," katanya.

Ratna berkata sesetengah penyegar udara ditemui mengandungi campuran beberapa jenis phthalates yang jauh lebih berbahaya.

Dua daripada penyegar udara ditemui mengandungi toluena yang boleh merosakkan hati, buah pinggang dan otak jika terdedah terlalu lama kepada produk itu.

Persatuan itu turut menemui penyegar udara buatan tempatan mengandungi bahan kimia yang tinggi iaitu toluena dan tiga jenis phthalates.

Ratna menjelaskan kebanyakan orang di luar sana terutama di kawasan bandar menghabiskan beberapa jam dalam kereta setiap hari, menghidu bahan kimia dari penyegar udara itu.

"Sekurang-kurangnya, bahan kimia ini boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan kemurungan," katanya.

Apabila berada dalam persekitaran yang terhad seperti di dalam kereta dengan udara segar yang amat sedikit, beliau berkata bahan kimia itu lebih berbahaya.

Ratna berkata mereka masih menunggu data mengenai had dan praturan penyegar udara dari pengawal selia tempatan serta negara-negara lain untuk melakukan perbandingan.

Beliau menasihatkan para pengguna untuk mengelakkan penggunaan penyegar udara terlalu kerap dan memilih pengudaraan secara semula jadi dan mementingkan kebersihan di rumah. Ratna mencadangkan alternatif semula jadi seperti daun pandan, serai dan arang.

Sumber : Mstar

AF 2013 Perkenal 12 Peserta, Zizan Raja Lawak Sebagai Pengacara

on Sunday, 8 September 2013

Konsert Prelude AF 2013

KUANTAN: Dua peserta terakhir iaitu Mohd Faizul Sani, 28, daripada Sabah dan Nadia Amira Othman, 20 (Johor) layak dengan undian melalui aplikasi Samsung Galaxy Entri melengkapkan dua belas peserta yang terpilih sebagai pelajar Akademi Fantasia 2013 (AF 2013).

Kedua belas pelajar yang terpilih diperkenalkan melalui Konsert Prelude AF 2013 yang disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) daripada Padang MPK 4, di sini, Sabtu.

Sepuluh peserta terawal diumum pada Konsert Top 24 pada Jumaat lalu terdiri daripada empat peserta perempuan iaitu Nur Nabila Razali (Nabila), 21, dari Kuala Lumpur, Nur Aisyah Aziz (Aisyah), 19, dari Singapura, Siti Ruhailah Hussein (Indah), 23, dari Johor dan Rasmawatie Mohd Thamrin (Nona), 18, dari Sabah.

Manakala empat peserta lelaki iaitu Chin Teik Meng (Darren), 21, dari Pulau Pinang, Muhammad Ikhtiman Che Ismail (Iman), 23, dari Kedah, Kamsani Jumahat (Sani), 23, dari Singapura dan Abdul Suhadah Unding (Suhada), 21, dari Sabah.

Sementara itu, peserta duo perempuan iaitu Irsa Sahabuddin, 26, dan Irmiza Sahabuddin, 23, (Irmisa) (Sabah) dan duo lelaki iaitu Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, (Azhael) dari Kuala Lumpur.

Pada malam konsert tersebut turut memperkenalkan pengacara yang mengendalikan AF 2013 iaitu pelawak Zizan Razak.

Manakala tiga pengkritik tetap terdiri daripada komposer Roslan Aziz, Pelakon Sharifah Amani dan Penyanyi dan komposer Edry KRU.

Konsert yang berlangsung selama dua jam ini turut dihadiri tenaga pengajar AF 2013 seperti Fizz Fairuz, Shafi Sharif, Alam Wakaka dan Suhaili.

AF 2013 turut menampilkan tiga tenaga pengajar utama yang dikenali sebagai Inspirer iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslow dan Faizal Tahir.

Konsert pertama akan disiarkan secara langsung pada 14 September depan pada pukul 9 malam.

Sumber : Mstar