Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Brooklyn Beckham & Chloe Moretz Ditawar Jutaan Dolar Untuk Program Realiti TV

on Tuesday, 9 August 2016


ANAK kepada bintang bola sepak David Beckham iaitu Brooklyn Beckham dilaporkan menerima beberapa tawaran untuk muncul dalam sebuah program realiti bersama teman wanitanya, aktres Chloe Moretz.

Daily Mail melaporkan tawaran tersebut bukan sahaja datang dari stesen televisyen di United Kingdom malah saluran seperti MTV dan E! yang berpangkalan di Amerika Syarikat.dolar

Malah ada yang sanggup membayar jutaan dolar demi mendapatkan Brooklyn dan Chloe.

"Stesen televisyen di Amerika paling terdesak untuk mendapatkan pasangan itu termasuk MTV dan E! sehingga sanggup melabur jutaan dolar.

"Sudah pasti mereka merasakan pasangan itu lubuk emas memandangkan Brooklyn adalah anak kepada David dan Victoria yang memang terkenal di seluruh dunia manakala Chloe pula adalah bintang Hollywood," kata sumber.

Kata sumber itu lagi, kisah cinta di antara Brooklyn dan Chloe yang mendapat perhatian peminat juga menjadi penyebab mereka ingin merakamkan kehidupan pasangan berkenaan dalam program realiti.

Bagaimanapun, Victoria tidak bersetuju dengan idea berkenaan terutamanya selepas dia sendiri pernah dikritik ketika muncul dengan program realitinya sendiri iaitu Victoria Beckham: Coming to America pada 2007.

"Victoria tidak mahu anaknya mengalami pengalaman sama dan sama sekali tidak bersetuju dengan idea berkenaan," kata sumber itu lagi.

Sumber

Kurangkan Panas Badan Anak Dengan 8 Cara Kilat


Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan anak mudah mendapat demam. Secara amnya demam bermakna sistem imunisasi sedang melawan serangan jangkitan.

Antara penyebab berlakunya demam seperti serangan virus, bakteria, keracunan makanan dan strok haba. Demam melampau boleh menyebabkan sawan. Kebiasaannya jika sistem imun kuat, demam akan hilang dengan sendirinya.

Ibu bapa perlu peka dengan sebarang perubahan dan anak perlu perhatian yang lebih. Pastikan di rumah ada jangka suhu untuk pemeriksaan suhu sendiri. Antara penjagaan khas ialah pastikan anak mendapat cukup air untuk mengelakkan dehidrasi, kuatkan sistem imun, cukup rehat, pengaliran udara yang baik serta makanan yang lebih berzat dan mudah dihadam.

Cara berikut bukan untuk merawat punca demam. Ini panduan untuk mengurangkan suhu, memberi keselesaan dan membantu mempercepatkan proses pemulihan. Jangan berlengah untuk dapatkan rawatan secepat mungkin di hospital berdekatan jika suhu badan anak semakin panas.

1. Penawar Air Kelapa
Air kelapa boleh dijadikan penawar demam. Pastikan kelapa segar dan tidak ditambah ais mahupun gula. Minuman herba lain yang boleh diberi ialah air kembang semangkuk, air rebusan kundur, air bunga chamomile atau air rebusan kurma. Jus gabungan buah dengan sayur juga sangat digalakkan seperti gabungan buah oren, lobak merah dan timun.

2. Khasiat Sup Tulang
Sup tulang bone broth juga berkesan untuk makanan berzat dan berkhasiat. Tulang lembu atau ayam direbus bersama bawang merah, bawang putih, seleri, cuka epal, garam dan rempah sup. Boleh diminum begitu sahaja. Boleh juga dibubuh dalam bubur, nasi atau dicecah dengan roti. Bubur, smoothies, agar-agar dan puding antara makanan yang senang dihadam juga boleh diberikan.

3. Beri Probiotik
Beri anak makan probiotik yang kini mudah didapati di pasaran. Antara makanan yang mengandungi probiotik ialah tempe, dadih, kimchi dan keju.

4. Minyak Yang Sesuai
Minyak yang bagus untuk diambil ketika demam ialah minyak ikan kod , minyak zaitun, minyak kelapa dara dan habbatusauda. Beri mengikut kesesuian umur seperti yang disarankan.

5. Mandi & Mengelap Tubuh
Mandi dengan lebih kerap. Air mandian boleh ditambah garam magnesium flakes untuk melegakan ketegangan otot yang sering terjadi ketika demam. Demahan sejuk atau cold compress boleh dilakukan dengan mengelap badan yang panas dengan air sejuk. Air jaram juga boleh disapu di dahi dan kulit kepala. Antara bahan air jaram ialah bunga raya, beras dan asam jawa. Boleh juga menyapu air bawang merah ke kawasan dada , dahi dan punggung.

6. Rehat Secukupnya
Pastikan anak mendapat rehat dan tidur yang cukup. Ketika demam, tubuh menggunakan banyak tenaga untuk proses penyembuhan. Sebaiknya berehat di rumah dan elak lakukan aktiviti luar yang banyak menggunakan tenaga.

7. Aliran Udara Yang Baik
Perlu pastikan peredaran udara yang baik. Pasangkan kipas atau penyaman udara mengikut keselesaan anak. Pakai pakaian nipis dan selesa. Fabrik kapas dan linen sangat sesuai. Ada masanya dalam keadaan kebah, anak perlu diselimutkan supaya selesa.

8. Bantuan Aromaterapi
Penggunaan aromaterapi seperti peppermint, eucalyptus, chamomile dan serai wangi juga boleh membantu. Ada yang boleh ditambah dalam air mandian, diurut dan disebarkan di udara dengan teknik semburan atau pembakaran dengan diffuser.

Sumber

Tak Payah Risau Gemuk Kalau Biasa Amal 4 Petua Ini

on Monday, 8 August 2016


Wanita cukup risau kalau tahu baju yang biasa dipakai mula tak muat. Mulalah cari macam-macam produk dan kadang sampai anggup berlapar semata nak kurus cepat. Sebenarnya tak perlu seksa badan sendiri, cukuplah jika anda ikut beberapa petua ini...

Petua Pertama
Percayalah air limau nipis memang sangat ajaib untuk turunkan berat badan anda.

Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, perah airnya ke dalam gelas yang berisi air, masukkan ke dalam peti sejuk. Kemudian boleh dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam.

Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


Petua Kedua
Atau anda boleh cuba cara ini, ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


Petua Ketiga
Haaa... air asam jawa bagus dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.

Caranya ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengah hari atau makan malam.

Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


Petua Keempat
Ini pun kena biasakan. Selepas makan amalkan meminum teh hijau atau teh Cina yang dicampur dengan serbuk kulit kayu manis dan madu.

Pentingnya Baking Soda Bila Ada Mesin Basuh Di Rumah

on Wednesday, 3 August 2016


Salah satu barang yang penting dan sangat membantu pekerjaan rumah adalah mesin basuh. Sangat berguna untuk membantu meringankan pekerjaan mencuci pakaian dengan lebih mudah dan cepat, jadi anda kenalah ambil tahu macam mana nak jaga mesin basuh agar boleh tahan lama.

Apa yang penting, sediakan beberapa bahan ini dulu:

2 gelas cuka
50 gram baking soda
50 ml air
Span

Cara membersihkan:
1. Campur baking soda dan air dalam bekas kecil.
2. Tuang cuka di dalam bekas asing.
3. Tuangkan larutan baking soda di bahagian sabun.
4. Kemudian boleh masukkan cuka.
5. Tutup mesin cuci dan hidupkan sebentar.
6. Baking soda dan cuka akan membantu menghilangkan semua kotoran yang tertinggal dalam mesin.

Jangan lupa untuk selalu membersihkan mesin cuci secara teratur paling tidak sebulan sekali. Ini akan membuat mesin basuh tetap bersih dan boleh digunakan secara efektif lebih lama.

Sumber

CARA URUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN


Korang tau, ramai lagi yang belum tahu pasal cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta, akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.

Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil longkai (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen. Jangan tandatangan! Sebab kalau korang tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans korang.

Jangan sesekali tandatangan dokumen tu, dan longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini. Jadi apa tindakan korang? Cakap je kat dia, "saya nak towing je". Biasa nya kena caj dalam Rm200-300.

Towing kereta korang ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana. Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair. Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.

Lepas tu, tiba lah babak paling best. Tiba giliran korang pulak untuk claim 10% dari tokey bengkel.

Caranya? Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan. Contoh lah, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM10,0000. Jadi korang boleh claim 10k dekat tokey bengkel sebab korang dah bagi job kat tokey bengkel tu. Sebab tu lah longkai biasanya bergaduh berebut rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.

Dan lagi best, korang boleh claim lost of use pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari. Lepas tu bengkel bagi angaran siap dalam 1 bulan. Jadi korang boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.

RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900.

Korang layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use. Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, korang tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ni maximum 3 bulan je.

Cuma kat sini perlu hati hati dengan dua perkara. Pertama, pastikan bengkel tu tukar part atau barang kat kereta yang rosak tu. Sebab sesetengaj bengkel kuat kencing. Dorang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak. Lepas repair, mintak pihak insurans email kan senarai dan data part yang bengkel tu tukar. Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau dorang taknak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.

Kedua, hati hati dengan longkai bila dorang cakap, "hantar kat bengkel saya je lah". Itu kencing je. Sebab longkai takde bengkel. Dia pancing je tu.


Sumber

Ibu Bapa Ditahan Tinggal Anak Bersendirian Main Pokemon Go


SEPASANG ibu bapa ditahan selepas didakwa meninggalkan anak lelaki mereka berusia dua tahun, bersendirian di rumah dan membiarkan keluar bermain permainan mudah alih yang semakin popular, Pokemon Go.
Polis menemui kanak-kanak itu di luar rumah keluarga itu di San Tan Valley di Arizona, Amerika Syarikat (AS).
Pegawai berkata, kanak-kanak itu ditemui dengan badannya yang panas, menjerit dan menangis semasa membawanya masuk ke dalam rumah.
Beliau dilaporkan hanya memakai kemeja-T dan lampin ketika ditemui pada kira-kira pukul 10.30 malam Khamis.
Ibu bapa kanak-kanak itu, Parents Brent dan Brianne Daley, masing-masing berusia 27 dan 25 tahun dikatakan mengakui meninggalkan anak mereka selama satu setengah jam.
Pasangan itu akan didakwa di atas kecuaian dan membiarkan anak dalam bahaya tanpa pengawasan. - Mirror

Fara Fauzana Sahkan Bakal Berkahwin Pada 17 September

on Tuesday, 2 August 2016


PETALING JAYA: Personaliti radio dan pengacara, Fara Fauzana mengesahkan bakal menamatkan zaman solonya dengan usahawan yang dikenali sebagai Hafiz pada 17 September depan.

Fara atau nama sebenarnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, berkata, majlis pernikahan dan resepsi mereka akan diadakan di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara di sini pada pukul 9 pagi.

"Alhamdulillah dengan doa dan restu daripada kedua ibu bapa serta doa rakan-rakan dan peminat, saya ingin mengumumkan saya bakal berkahwin dengan lelaki pilihan hati saya pada 17 September depan.

"Setakat ini biarlah saya kenalkan dia sebagai Hafiz sahaja dan dia seorang usahawan dan masih bujang," katanya pada sidang media khas berhubung perkahwinannya pada Isnin.

Terdahulu, keluarga Hafiz datang menghantar rombongan merisik Fara dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada Februari lalu.

Dalam pada itu Fara berkata, dia berkenalan dengan Hafiz menerusi kenalannya kira-kira dua tahun lalu selepas dipertemukan dalam sebuah majlis.

Katanya lagi, dia terpaut hati dengan jejaka berusia 30-an itu kerana pegangan agama dan sifat penyabarnya selain dia seorang yang pendiam.

"Saya jika orang kenal memang suka bercakap dan personaliti kami yang berbeza membuatkan kami serasi.

"Bagaimanapun saya tertarik dengannya kerana sikap penyabar dan pegangan agama yang ada pada dirinya," jelasnya.

Bercakap mengenai majlis perkahwinannya, Fara berkata, dia dan Hafiz sepakat untuk mengadakan majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga dan teman terdekat sahaja.

Malah kata Fara, persiapan perkahwinannya sudah pun berjalan dan kini sudah 60 peratus siap.

"Majlis akad nikah dan resepsi hanya akan diadakan secara sederhana sahaja dan itu memang pilihan kami.

"Kami juga memilih untuk tidak bertunang dan terus bernikah," katanya.

Dalam perkembangan sama, ibu Fara iaitu Faridah Abdul Jalil, 58, yang turut hadir pada sidang media berkenaan berkata, beliau bersyukur anaknya itu akhirnya bakal menamatkan zaman solonya.

"Ibu mana yang tidak gembira dengan berita anak bakal berkahwin dan berharap semuanya akan berjalan lancar," katanya.

Sumber

Kalau Nak Suami Lebih Sayangkan Anda, Si Isteri Mesti Amalkan 12 Tip Ini

on Monday, 1 August 2016


Sebagai isteri, tentu sahaja kita mahu menjadi orang yang paling disayangi dan dicintai oleh suami. Cinta dan kasih sayang perlu dibajai sentiasa agar ia terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Sudah tentu ia memerlukan usaha dan inisiatif daripada pihak isteri sendiri.
Isteri perlu bijak menarik perhatian suami supaya diri terus menjadi fokus utama biarpun suami sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Gunakan tip berikut sebagai senjata ampuh anda bergelar isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumah tangga.
1.Sentiasa nampak cantik di mata suami sepanjang masa
Isteri mesti rajin bersiap dan berhias untuk suami. Jangan bila hendak keluar rumah sahaja bersiap cantik tetapi di rumah selekeh dan kusam. Alasan sebab sibuk menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Bila isteri cantik sepanjang masa, suami rasa seronok ada di rumah. Bahkan salah satu ciri isteri yang baik adalah yang menyenangkan suami ketika dipandang. Ia termasuk hal menjaga kebersihan badan, menyikat rambut, memakai wangian, memakai pakaian yang menarik dan lain-lain lagi.
2. Pandai bergurau senda dengan suami
Suami mesti bahagia kalau ada isteri yang pandai menggembirakan hatinya. Sikap bergurau senda dan selalu tersenyum pada suami dapat mengurangkan kepenatan suami pulang dari kerja.
3. Sentiasa utamakan suami & menghormati pandangannya
Sebagai pemimpin rumah tangga, suami mesti diberi keutamaan oleh isteri. Dalam apa jua perkara, utamakan suami terlebih dahulu. Hormati juga pandangannya terhadap sesuatu perkara. Jangan cepat melenting jika suami beri pandangan walaupun dalam hati tak bersetuju dengan pandangannya.
4. Jangan lupa minta izin
Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana-mana atau melakukan apa sahaja. Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya akan membuatkan anda berdosa.
5. Bersikap sederhana
Jadilah isteri yang bersikap sederhana dalam apa jua perkara. Jangan keterlaluan meminta itu dan ini kepada suami apatah lagi jika melebihi kemampuan suami.
6. Memanjakan suami
Suami amat suka dimanjakan oleh orang yang dia cintai. Jadilah isteri yang suka memanjakan suami. Pasti anda terus disayangi dan dicintai. Melayan suami seperti menyediakan hidangan makan minumnya, mengurut badan suami, memotong kukunya, membersihkan tubuh badannya dan mencuci rambutnya ketika mandi dan sebagainya.
7. Boleh memberi pendapat dan bertukar pandangan
Komunikasi sangat penting untuk menngekalkan kebahagiaan rumah tangga. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa jua isu.
8. Hormat hak peribadi suami
Jangan terlalu busybody seperti banyak bertanya jika dia ingin keluar berjumpa kawan, memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya.
9. Jangan bandingkan suami anda dengan lelaki lain
Lelaki paling rasa tercabar kalau isterinya suka membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Awas ya!
10. Sentiasa menjaga maruah suami
Tidak kira di mana anda berada atau dengan siapa anda bersama pastikan maruah suami sentiasa terpelihara.
11. Menyokong suami
Tidak kira di waktu susah atau senangnya isteri mesti memberikan semangat kepada suami sewaktu dia dalam kesusahan dan bersama mengharungi kehidupan sukar tanpa sebarang keluhan.
12. Mencintai suami sepenuh hati
Hanya suami yang sentiasa bertakhta di hati anda. Curahkan sepenuh cinta kepada suami kerana Allah supaya kasih sayang anda berdua sampai ke syurga.

Hati - hati : Pengguna Wi-Fi Awam, Anda Mungkin Diperhatikan


KUALA LUMPUR: Jika anda melayari internet menggunakan Wi-Fi awam, sentiasalah berwaspada dan menganggap ada 'mata' yang sedang memerhatikan anda.

Malah, lebih baik jika anda sama sekali tidak membuat sambungan kepada mana-mana Wi-Fi awam, kata Pengarah Eksekutif LE Global Services (LGMS) Fong Choong Fook, sebuah firma keselamatan siber swasta yang mengupah pekerja untuk menguji keselamatan rangkaian bank-bank utama di negara ini daripada digodam.

"Saya tidak akan menggunakan Wi-Fi awam," katanya.

"Orang yang celik IT sekali pun mungkin tidak dapat menentukan sama ada titik capaian yang dihubungkannya itu selamat atau aktivitinya sedang diperhatikan.

"Mungkin ada tanda-tanda seperti internet anda menjadi perlahan tetapi penggodam boleh bertindak begitu bijak sehingga anda tidak menyedarinya," katanya dalam satu temu bual.

Agensi keselamatan siber nasional, Malaysia CyberSecurity Malaysia (CSM) berkata penggodam boleh menempatkan diri mereka di antara peranti seseorang dan router Wi-Fi serta mampu merakam data sensitif yang ditaip oleh pengguna atau pelayar ke dalam peranti masing-masing.

Penggodam juga boleh 'mencipta' Wi-Fi mereka sendiri dan menipu orang ramai yang mungkin berfikir mereka akan disambungkan ke akses Wi-Fi awam yang berwibawa seperti dari restoran, lapangan terbang atau pejabat, tetapi sebenarnya peranti mereka disambungkan kepada perkakasan penjenayah.

Oleh itu, penggodam akan dapat melihat segala-galanya yang dihantar seseorang ke Wi-Fi ciptaan mereka seperti kata laluan, e-mel atau maklumat kad kredit.

Serangan yang mungkin menakutkan ini sebenarnya telah berlaku seawal tahun 1990-an, kata Choong Fook.

Beliau telah menunjukkan demonstrasi kepada The Star bagaimana penggodam boleh mencuri maklumat, dengan cara LGMS mewujudkan satu akses 'Wi-Fi kembar' menggunakan komputer riba, dan menamakan sebuah restoran francais terkenal yang terletak bawah pejabatnya di Puchong, Selangor.

Choong Fook menyambungkan dua peranti dengan Wi-Fi ini dan terus membuat log masuk ke media sosial, e-mel dan laman web kerajaan.

Dalam masa beberapa saat selepas log masuk, komputer penggodam mula merakamkan aktiviti-aktiviti oleh dua peranti untuk eksperimen ini di mana alamat e-mel, nama pengguna dan kata laluan yang telah dimasukkan semuanya telah dirakamkan.

Walaupun demonstrasi itu hanya terhad untuk peranti dalam persekitaran terkawal pejabat LGMS, tiga pengguna lain juga telah membuat sambungan dengan 'Wi-Fi rekaan' ini apabila mereka berfikir ia benar-benar disediakan oleh restoran francais tersebut.

"Penggodam boleh menyasarkan orang-orang tertentu atau semua orang di kafe untuk mendapatkan data-data daripada peranti mereka melalui Wi-Fi rekaan.

"Apabila mereka mempunyai maklumat anda, mereka boleh mencuri identiti anda. Mereka boleh menyamar di Facebook, atau menghantar e-mel kepada kenalan anda di bawah akaun anda," katanya.

Choong Fook menasihatkan pengguna untuk mengelak membuat sambungan kepada Wi-Fi awam atau menghadkan pelayaran mereka jika mereka harus menyambung kepada Wi-Fi awam.

Firma itu juga mencadangkan agar pengguna melanggan teknologi VPN (rangkaian peribadi maya) untuk memastikan trafik mereka selamat.

VPN menyulitkan data pada peranti dan menyukarkan penggodam untuk mengintip aktiviti dalam talian pengguna. Kebanyakan VPN boleh didapati secara langganan, sama seperti program anti-virus.

Setakat tahun ini, CSM telah mencatatkan lapan keadaan di mana rangkaian Wi-Fi swasta telah digodam dan 1,462 kes pencerobohan dalam talian telah dilaporkan, iaitu hampir dua kali ganda bilangan insiden berbanding tempoh yang sama pada 2015.

Pengguna dinasihatkan untuk mengemaskini pelayar internet mereka dan menutup ciri simpanan kata laluan secara automatik dalam cache kerana ia lebih memudahkan penjenayah untuk mencuri data.

Sumber