Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Cara Berkesan Untuk Meluruskan Rambut

on Saturday, 24 August 2013

Sekadar Hiasan

Tips dan cara yang berkesan untuk meluruskan rambut,Tips juga amat berguna untuk kehidupan hari ini. Rambut lurus menetapkan fesyen hari ini dan dengan rawatan pelurus tak terkira banyaknya di pasaran yang sedia ada, Mudah diramalkan rawatan-rawatan tertentu menggunakan bahan kimia yang boleh merosakkan rambut. Anda masih boleh mencari bilangan pelurus rambut, tips yang kita boleh gunakan untuk mencapai rambut lurus yang kita semua mahukan yang tidak berlebihan dari segi kos dan tidak akan merosakkan rambut.

Susu Untuk Meluruskan Rambut

Anda mungkin akan terkejut bahawa susu tidak hanya sumber yang berguna dan berkalsium untuk tulang, Tetapi juga akan menyempurnakan untuk meluruskan rambut kita. Apa yang anda boleh lakukan ialah mengisi dalam 1/3 cawan susu. Anda perlu untuk mencuci rambut anda dan biarkan ia benar-benar kering. Dari situ, Meratakan susu ke rambut anda dan biarkan ia selama kira-kira 20 minit. Seterusnya, basuh dan perlahan-lahan sikat rambut anda sementara ia masih basah.

Minyak Rawatan Panas Untuk Meluruskan Rambut

Rawatan minyak panas tidak digunakan untuk keadaan yang mendalam dan rawatan rambut untuk rambut yang cacat. Di samping itu, ia boleh meluruskan rambut kita. Kerana ia melembapkan folikel rambut. Apa yang anda perlu lakukan mula-mula meletakkan minyak (terutama bagi minyak panas yang boleh dibeli di pasaran) pada mangkuk dan haba. Memanaskan bergantung kepada arahan. Dan meratakan seluruh kepala, anda boleh melindungi kepala dengan tuala mandi dan kemudian biarkan selama kira-kira 15 hingga 30 minit. Di samping meluruskan rambut anda, ia juga memberi rambut kembali bersinar dan sihat. Lakukan sekali seminggu untuk mengekalkan rambut yang lembut, berkilat dan lurus.

Santan Untuk Meluruskan Rambut

Kita semua telah tahu bahawa santan adalah berkhasiat untuk rambut kita, walau bagaimanapun, ia menunjukkan prestasi yang lebih baik dengan barangan tambahan. Anda boleh menggabungkan jus lemon ke dalam segelas santan kelapa dan kemudian biarkan sejuk. Anda akan perasan selepas beberapa ketika ia akan bertukar menjadi pes yang berkrim. Itu adalah tanda bahawa anda kini boleh menggunakan untuk rambut anda. Selepas menggunakannya, anda kini boleh meletakkan tuala panas di kepala anda. Selepas melumurkan bahan-bahan tadi di kepala anda untuk beberapa minit, anda kini boleh membilaskannya dengan syampu dan sementara masih basah, Menyikat rambut anda dengan lembut. Mengulangi ini selama 3 minggu dan anda akan lihat bagaimana rambut anda secara beransur-ansur lurus dan mendapat lebih berkilat dan lebih sihat.

Susu dan Madu Untuk Meluruskan Rambut

Susu dan madu boleh di gabungkan bersama-sama bukan sahaja untuk meluruskan rambut kita tetapi juga melindungi dari kerosakan yang lebih teruk dan memastikan ia sihat. Pertama sekali, susu tuang pada cawan dan tambah satu sudu teh madu ke dalamnya. Melumurkan pada rambut anda dan biarkan ia selama kira-kira dua jam. Kemudian, bilas dengan syampu dan pada masa ia masih basah, Menyikat rambut anda dengan lembut dan lihatlah sendiri hasilnya.

Sumber

8 alasan mahkamah beri untuk bebaskan Azilah, Sirul


Bebas Sudah Semua
Hakim mahkamah Tinggi tersilap arah

Kuala Lumpur: Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar semalam dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Tiga Hakim Mahkamah Rayuan memberi lapan alasan utama bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin pada 29 April 2009.
Hakim gagal beri pendapat

Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mendapati Mohd Zaki dalam keputusannya gagal memberi pendapat terhadap beberapa faktor penting sebelum mensabitkan kedua-dua perayu.

Penghakiman penuh pembebasan

Ini adalah keputusan sebulat suara kami. Bagi maksud keputusan kami hari ini supaya dapat menjimatkan masa mahkamah, kami hanya akan mengemukakan alasan ringkas terhadap perkara utama yang dibangkitkan dalam rayuan seperti berikut:

Berhubung pembelaan membabitkan alibi perayu pertama (Azilah Hadri), kami tidak mendapati apa-apa dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan bijaksana bahawa beliau menimbangkan sama ada diari balai menunjukkan atau cenderung untuk menunjukkan atas alasan kehadiran perayu pertama di Bukit Aman pada masa material, dia tidak boleh atau tidak mungkin boleh berada di tempat kejadian.
Hakim perbicaraan bijaksana tersalah arah dengan cara tanpa arahan apabila gagal menimbangkan bahawa diari balai selain gagal membuat penemuan sama ada pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa perayu pertama berada di tempat kejadian.

Berhubung log panggilan dan ramalan liputan, kami mendapati bahawa keterangan saksi pendakwaan ke-61, 62 dan 63 menimbulkan isu kredibiliti dan ketepatan log panggilan serta ramalan liputan. Dalam penghakiman kami adalah penting bagi hakim perbicaraan bijaksana menyatakan pemikirannya kepada cabaran yang dibangkitkan pembelaan terhadap eksibit dan membuat penemuan sama ada secara nyatanya terdapat pengubahan dan gangguan kepada data dan sama ada ketulenan data dipersoalkan atau sebaliknya. Dengan kecewanya, hakim gagal membuat, yang mana dalam penghakiman kami ia membawa kepada tersalah arah serius menyebabkan eksibit berkenaan tidak selamat untuk dipertimbangkan.

Maklumat penemuan

Berhubung maklumat yang membawa kepada penemuan, hakim yang perbicaraan bijaksana tidak mengarahkan pemikirannya dan tidak memeriksa sama ada percanggahan dan keterangan tidak konsisten saksi pendakwaan adalah material; tidak memeriksa kredibiliti saksi pendakwaan dan tidak mengarahkan pemikirannya sama ada perayu menimbulkan keraguan berhubung ketepatan 27 keterangan dan sama ada penemuan dibuat secara eksklusifnya hasil daripada maklumat yang disampaikan oleh perayu dan bukan daripada sumber lain. Kami mendapati terdapat tiada arahan daripada hakim perbicaraan bijaksana dalam menilai keterangan sebelum menerima pakai keterangan mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.

Pemilikan bahan letupan

Berhubung isu pemilikan dan kawalan bahan letupan, selepas membuat penemuan berhubung kaitan di antara bahan letupan dan kematian mangsa, hakim perbicaraan bijaksana sepatutnya, pada penghakiman kami, membuat penemuan lanjut untuk mengaitkan bahan letupan terbabit dengan perayu. Dengan tidak membuat sebarang penemuan berhubung pemilikan bahan letupan yang digunakan dalam pembunuhan oleh perayu, hakim perbicaraan bijaksana gagal mengarahkan pemikirannya terhadap rangkaian yang hilang, menyebabkan terdapat satu salah arah berlaku.

Sejauh mana kegagalan memanggil Deputi Superintendan Musa Safri, penghakiman kami berhubung fakta kes, keterangan Musa adalah penting untuk merungkai cerita pendakwaan. Kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil atau menawarkan beliau untuk disoal balas, dalam keadaan keadaan keterangan secara keseluruhannya, akan menimbulkan inferens yang sebaliknya mengikut Seksyen 114(g) Akta Keterangan, terhadap kes pendakwaan.

Seterusnya pada isu sepasang selipar, kami mendapati tiada bukti yang menunjukkan terdapat kaitan dua antara selipar terbabit dengan perayu kedua. Pihak pendakwaan tidak menutup sebarang lompang dalam kesnya.

Begitu juga dengan katrij terpakai yang dijumpai dalam kereta perayu kedua, kami mendapati terdapat jurang dalam kes pendakwaan dan dalam aspek ini hakim gagal mengarahkan pemikirannya terhadap isu itu.

Akhirnya, berhubung niat bersama. Kami mendapati hakim tidak membuat penemuan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan bahawa terdapat perancangan awal oleh kedua perayu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan berikutan daripada perancangan awal berkenaan. Dalam penghakiman kami, ketiadaan penemuan sedemikian oleh hakim perbicaraan bijaksana berhubung ramuan niat bersama menyebabkan berlaku tersalah arah disebabkan tanpa arahan.

Dengan melihat kepada keseluruhan keadaan kes, penghakiman kami adalah kesan pengumpulan tanpa arahan oleh hakim perbicaraan bijaksana menyebabkan sabitan ke atas perayu adalah tidak selamat.

Kami, dengan sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dengan ini diketepikan. Kedua-dua perayu dengan ini dilepas dan dibebaskan.

INFO

Hakim Mahkamah Rayuan

- Datuk Seri Mohamed Apandi Ali
- Datuk Linton Albert
- Datuk Tengku Maimun Tuan Mat

Hakim Mahkamah Tinggi

- Datuk Mohd Zaki Md Yasin

Pendakwa Raya

- Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah

Peguam Bela Azilah

- Hazman Ahmad
- J Kuldeep Kumar

Peguam Bela Sirul

- Kamarul Hisham Kamaruddin
- Hasnal Rezua Merican
- Mohd Ruzaini Zulkifli

Peguam Pemerhati
(Keluarga Altantuya)

- Karpal Singh


PERTUDUHAN: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar

Didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di lokasi antara lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Sumber : Berita Harian

Lisa Surihani tidak layak menang di Anugerah Lawak Warna?

Lisa bersama trofi kemenangan

PELAKON popular, Lisa Surihani bukanlah nama picisan dalam industri seni tempatan.

Bukan sahaja memiliki personaliti menarik, malah isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal, Yusry Abd Halim ini juga hebat di skrin.

Kemenangannya di Festival Filem Malaysia 21 (FFM21) pada 2008 menerusi anugerah Pelakon Harapan Wanita membuktikan kredibiliti aktres, I'm Not Single ini bukanlah omongan kosong.

Malah pada 2010, Lisa atau nama sebenarnya, Lisa Surihani Mohamed, 27, mengulangi kemenangan di FFM23, menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP).

Turut merangkul kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin pada tahun lalu, Lisa kini berjaya menambah koleksi trofinya di Anugerah Lawak Warna (ALW) menerusi kategori Pelakon Komedi Wanita Terbaik.

Berjaya mengetepikan nama-nama besar seperti Yana Shamsudin, Intan Ladyana, Sharifah Amani dan Sharifah Shahira, akui Lisa, dia sendiri tidak menjangkakan kemenangan itu.

Pun begitu, sebagai selebriti, Lisa tidak terlepas daripada suara-suara liar  mempertikaikan kemenangannya itu.

Malah, kemenangannya itu turut mendapat reaksi di kalangan peminat yang merasakan kemampuan Lisa dalam arena komedi tidak setanding calon lain.

Enggan mengambil pusing mengenai kritikan mengenai kemenangannya itu, Lisa lebih selesa berfikiran positif.

Katanya, dia juga turut berharap agar tiada pihak yang cuba mempertikaikan kemenangan ini.

"Saya tak mahu didik diri saya untuk fikir perkara yang negatif walaupun saya tidak boleh nafikan, mungkin ada segelintir pihak kurang berpuas hati.

"Namun, saya harap, tak adalah yang berfikiran sebegitu kerana bagi saya, kategori itu bukan sahaja menekankan pelawak, ia lebih kepada pelakon.

"Malah, dalam kategori itu, bukan saya seorang sahaja pelakon yang dicalonkan. Kalau nak fikirkan layak, memang saya tak layak kerana mereka lebih bagus.

"Sebelum ini, dalam mana-mana kategori dipertandingkan sekali pun, saya tidak pernah membawa seribu harapan untuk menang. Jadi, pertikaian mengenai kemenangan tidak perlu dijadikan isu besar," katanya.

Lebih kepada penghargaan

Bersyukur di atas kemenangannya di anugerah  julung kali diadakan itu, Lisa berkata, ianya lebih kepada penghargaan kepada krew dan produksi yang menjayakan filem tersebut.

"Alhamdulillah, syukur di atas kemenangan ini. Sejujurnya saya tak tahu yang nama saya turut dicalonkan. Saya diberitahu sehari sebelum majlis dan saya sendiri hairan kenapa nama saya dicalonkan dalam kategori itu.

"Saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang kerana saya tahu, bidang lawak dan komedi bukanlah bidang saya.

"Lagipun, pencabar saya bukan calang-calang orang. Namun, bila diumum sebagai pemenang, tentunya saya gembira dan ia penghargaan kepada saya dan 'team' produksi.

"Kemenangan ini adalah titik peluh pengarah filem, Istanbul Aku Datang, Bernard Chauly, yang banyak membimbing saya untuk menjiwai watak Dian. Begitu juga dengan krew produksi yang bertungkus-lumus menjayakan filem
itu," katanya yang turut menghadiri bengkel lakonan untuk menjayakan watak Dian.

Selain kemenangan Lisa, filem itu juga turut merangkul tiga kategori lain termasuk Filem Terbaik, Lakon Layar Komedi Filem Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik.

Tetap sahut cabaran

Menurut pelakon filem Ombak Rindu ini, walaupun belum bersedia bergelar pelawak, namun dia tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk menjayakan karya bercorak komedi.
"Sebenarnya, watak Dian dalam Istanbul Aku Datang, bukanlah watak komedi. Namun, setelah digarap, ia menghasilkan watak yang sebegitu.

"Walaupun saya belum layak digelar pelawak atau pelakon komedi, namun saya tetap menyahut cabaran sekiranya ada tawaran. Mungkin, kalau ada tawaran, saya akan cuba menjayakannya. Namun, bergantung kepada skrip juga," katanya yang bakal terlibat dalam filem  Cicakman 3.

Sumber : Sinar harian

Senarai penuh nama 35 mangsa korban Genting Highlands, 2 masih belum dikenalpasti

Mangsa Nahas Genting

KUALA LUMPUR - Berikut adalah senarai nama 35 daripada 37 mangsa yang terkorban dalam nahas bas di Genting Highlands Rabu lepas yang  dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Forensik HKL Dr Mohd Shah Mahmood, mereka ialah:
  
    1.  Ng Ah Hen (lelaki), 70
    2.  San Chin Shin (lelaki), 22
    3.  Bhuiyan Rafique Ali (lelaki), warga Kanada bangsa Bangladesh
    4.  Kwan Chin Yii (perempuan), 21
    5.  Choo Peng Kwan (lelaki), 66
    6.  Ahmat Busairi (lelaki) warga Indonesia
    7.  Lee Lain Eng (wanita), 66
    8.  Prem Bahadur Budha Magar (lelaki), warga Nepal
    9.  Lee Chew Wah (wanita)
    10. Kim Dongo (lelaki), warga Korea
    11. Loh Kim Lam (lelaki), 78
    12. Chan Ah Hua (lelaki), 62
    13. Udamjist Singh A/L Jit Singh (lelaki), 41
    14. Law Tian Meng (lelaki), 35
    15. Yap Heng (lelaki), 61
    16. Nagendra Rai (lelaki), warga Nepal
    17. Shukhvir Singh (lelaki), warga India
    18. Lee Fook Wah (lelaki), 62
    19. Soon Ken Tea @ Soo Chin Chee (wanita), 65
    20. Chan Lye Huat (lelaki), 54
    21. Tan Chor Boon (lelaki), 55
    22. Tan Kok Moon (lelaki), 47
    23. Low See Kee (perempuan), 19
    24. Tengku Khairul Anuar Tengku Alias (lelaki), 26
    25. Leow Siew Min (lelaki), 56
    26. Arthur Masih (lelaki), warga India
    27. Chan Fook Choy (lelaki), 61
    28. Yap Mui (wanita), 59
    29. Kamothip Piamthananurak (wanita), warga Thailand
    30. Low Kwai Hing (lelaki) (kewarganegaraan tidak dikenal pasti)
    31. Mohamad Rasib Jantan (lelaki), 60
    32. Kritravee Piamthananurak (wanita), warga Thailand
    33. Lim Kok Hoe (pemandu bas) (lelaki), 43
    34. Sub Moy @ Sak Moy (wanita), 65
    35. Sek Swi Chan (wanita), 53  
  
    (NOTA: mangsa rakyat Malaysia tidak dinyatakan kewarganegaraan)
  
Bagaimanapun, Dr Mohd Shah berkata dua mayat masih belum dapat dikenal pasti, iaitu mayat seorang lelaki dan seorang wanita. -  Bernama

Kes Altantuya: Azilah, Sirul Bebas Akhirnya..Siapa Pembunuh Sebenar???

on Friday, 23 August 2013

Altantuya Shaariibuu

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, melepas dan membebaskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri meraup wajah dan mengucapkan terima kasih kepada panel hakim selepas keputusan itu diumumkan.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali,  Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu.

Mahkamah Tinggi pada 2009 telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka atas kesalahan membunuh Altantuya, yang ketika itu berumur 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Dalam rumusan penghakiman empat muka surat itu, mahkamah memutuskan bahawahakim Mahkamah Tinggi telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka.

"Melihat kepada keadaan keseluruhan kes ini, pertimbangan kami ialah kesan kumulatif bukan arahan oleh hakim perbicaraan yang bijaksana itu menjadikan sabitan perayu tidak selamat. Kami sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini," kata Hakim Tengku Maimun.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

p/s : So persoalan sekarang siapa pembunuh sebenar???

Sumber : Sinar Harian.

Cerita penumpang bas: Pemandu seolah 'merasainya' sebelum kejadian..

Suasana Di Tempat Kejadian

KUALA LUMPUR - Seorang penumpang yang cedera dalam kemalangan bas dekat Genting Highlands semalam berkata pemandu bas itu telah memberhentikan basnya di tepi jalan sebelum kemalangan seolah-olah mengesyaki sesuatu tidak kena dengan kenderaan itu.
  
Nur Maizatul Syazana Ahmad Sharuddin, 23, berkata sebelum bas terjunam ke dalam gaung pemandunya sempat memberhentikan bas dan turun selama tiga minit untuk melihat enjin bas sebelum naik semula dan menghidupkan enjin.
  
"Pada masa itu saya terdengar bunyi yang begitu kuat dari bahagian depan bas tetapi pemandu itu masih meneruskan perjalanan," katanya yang duduk di belakang pemandu bas dalam perjalanan itu.
  
"Masa itulah, tiba-tiba bas tidak dapat dikawal, cuba mengelak beberapa kereta dan bas tapi saya perasan bas ada melanggar dua tiga buah kereta sebelum sampai di suatu selekoh, bas terus menjunam jatuh ke dalam gaung," katanya yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh kepada Bernama ketika ditemui di hospital itu, dekat sini, hari ini.
  
Nur Maizatul yang merupakan mangsa kedua yang dibawa naik dari dalam gaung dalam insiden itu berkata ini merupakan pengalaman pertamanya pergi dan pulang dari Genting Highlands bersama kawan lelakinya, Mohd Razis Ibrahim, 23, dengan menaiki bas dan menjadi detik ngeri yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

"Saya ingat lagi masa itu keadaan sangat cemas, takut dan semua menjerit kuat. Tetapi saya tidak faham mengapa bas boleh bawa ramai penumpang sehingga ada yang sanggup berdiri dan duduk di pintu tangga bas," katanya sambil menambah kawannya kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
  
Menceritakan pengalamannya ketika di dalam gaung itu, beliau berkata saat itu merupakan saat yang paling menakutkan apabila melihat ramai penumpang sudah bergelimpangan di sekitar bas itu dalam keadaan cukup menyayat hati.
  
"Saya lihat satu-satu daripada mereka depan mata saya sendiri, ada yang sudah tidak bernyawa, ada yang kritikal.
  
"Pada masa itu, saya meminta tolong lelaki sebelah kiri saya yang juga terselamat untuk membantu saya bangun kerana kaki saya patah tetapi dia pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana turut mengalami nasib yang sama seperti saya (patah kaki)," katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Batu Caves dan menetap di Rawang bersama keluarganya.
  
Sementara itu, abang mangsa, Mohamad Nor Fazli Sahazmi Ahmad Sharuddin, 26, berkata beliau bersama ibunya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada ayahnya yang mengatakan adiknya terlibat dalam kemalangan di Genting Highlands.

"Ayah hubungi saya selepas seorang anggota bomba menelefonnya menggunakan telefon adik dan memberitahu adik selamat tapi cederanya agak teruk. Masa itu pukul 3.30 petang, saya tidak fikir apa terus pergi sana.
  
"Sejam kemudian saya sampai di tempat kejadian, saya buntu, saya pergi ke khemah yang menempatkan mayat-mayat, saya lihat satu persatu mayat sebab tidak pasti keadaan adik dan tak jumpa," katanya.
  
Beliau berkata kira-kira pukul 5 petang, abang iparnya menelefon beliau memaklumkan Nur Maizatul berada di Hospital Sungai Buloh.
  
"Masa itu, rasa bersyukur sangat adik selamat, cuma mengalami cedera di muka, patah di bahagian tulang punggung, betis dan paha," katanya.
  
Sementara itu, seorang mangsa warga Korea yang dirawat di Unit Kecemasan (ICU) Hospital Sungai Buloh, Kang Byoung Kuk berusia 60 tahun tidak dapat
ditemubual kerana masih tidak sedar diri. - Bernama

Terkini : Nahas Bas Di Genting Highlands: 37 Termasuk Pemandu Maut, 16 Cedera

on Thursday, 22 August 2013

Situasi di Tempat Kejadian

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Seramai 37 terkorban manakala 16 cedera, dalam nahas bas ekspres yang membawa 53 orang, terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands Rabu.

Mangsa yang maut terdiri daripada 27 lelaki dan 10 wanita, kata Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid.

Antara yang terbunuh dalam tragedi itu ialah warga Bangladesh, Thailand dan China.

Mereka yang cedera termasuk yang dilaporkan kritikal kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (lima), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.

Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.

Soiman berkata mangsa yang ditemui meninggal dunia sehingga 8 malam ialah 18 lelaki dan 12 wanita.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga kesemua mangsa ditemui.

"Kami akan menggunakan unit pengesan K9 untuk mencari mangsa yang kemungkinan tercampak keluar dari bas bagi memastikan tiada mangsa tertinggal di bawah gaung sana," katanya.

Beliau berkata seramai 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi itu.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian.

Seramai 16 lagi mangsa telah berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan dan ada yang dilaporkan kritikal.

Hospital Selayang menerima lapan pesakit, Hospital Kuala Lumpur (lima) , Hospital Sungai Buloh (dua) dan seorang mangsa di Hospital Bentong.

Sementara itu Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL Datuk Seri Dr Abu Hassan Assari Abdullah pada sidang media berkata kesemua mangsa yang dirawat di hospital itu dilaporkan stabil.

Antara warga asing yang cedera dalam nahas itu ialah dari Bangladesh dan Thailand.

Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL: 1. Wong Teraphong, 63 - Thailand 2. Ali Haider Syed Haider , 46 - Bangladesh 3. Saidah, 19 - Malaysia 4. Razif, 26 - Malaysia 5. Tan Ming Shing, 26 - Malaysia

Berikut nama mangsa dirawat di Hospital Selayang 1. Raawnok Arefin, 14 - Bangladesh 2. Nur Syamimi Ja'afar, 25 - Malaysia 3. Nur Fathiah Ja'afar, 21 - Malaysia 4. Rashidah Buyah, 50 - Bangladesh 5. Andri Purwadi, 25 - Indonesia 6. Nurul Quraitul Aini, 19 - Malaysia 7. Rezyan Arefin, 24 - Bangladesh 8. Nur Fridil Gusman, 23 - Indonesia

- BERNAMA

Abang terkejut lihat adik terjunam ke gaung

Pasukan Penyelamat Sedang Berusaha Menyelamatkan Mangsa Kemalangan

KUALA LUMPUR - Seorang abang tidak menyangka percutian adiknya ke Genting Highlands semalam, berakhir dengan tragedi apabila bas yang dinaiki terjunam ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands, hari ini.
  
Mohd Nor Fazli Sharuddin, 26, abang kepada Nor Maizatul Shazana berkata beliau mendapat berita sedih itu kira-kira 3 petang daripada ayahnya dan bergegas ke lokasi kejadian untuk mengesahkan status adiknya.
  
"Saya adalah waris yang pertama sampai di lokasi kejadian dan ketika itu difahamkan hanya 16 orang sahaja yang hidup. Saya cuba menghubungi Hospital Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Sungai Buloh untuk mengetahui di mana adik saya.
  
"Pukul 6.30 petang saya dapat maklumat bahawa adik saya berada di Sungai Buloh. Mak hampir pengsan apabila mengetahui bahawa adik terlibat dalam kemalangan sedemikian," katanya kepada Bernama di Hospital Sungai Buloh di sini, malam ini.
  
Mangsa Nor Maizatul, 23, yang mengikuti empat rakannya bercuti ke Genting Highlands dilaporkan stabil dan mengalami patah tulang betis serta pergelangan kaki.

Nor Maizatul merupakan anak saudara kepada Wartawan Meja Sukan Bernama Ahmad Muliady Abdul Majid.
  
Turut ditempatkan di Hospital Sungai Buloh ialah seorang warganegara Korea Selatan, Kang Byoung Yuk, 60, yang dilaporkan patah tulang rusuk serta tulang pelvik selain mengalami pendarahan pundi kencing. Beliau bagaimana pun dilaporkan stabil.
  
Difahamkan Byoung Yuk sedang bercuti di negara ini.
  
Sementara itu, kaunter pendaftaran wad kecemasan Hospital Sungai Buloh sesak dipenuhi anggota keluarga mangsa sejak 7 petang untuk pengesahan status anggota keluarga masing-masing.
  
Kebanyakan mereka kelihatan sedih dan ada yang menangis teresak-esak sambil ditenteramkan anggota keluarga malah kebanyakan mereka juga enggan ditemubual wartawan.
  
Bagaimana pun, kawasan zon kecemasan hospital ini mulai lengang apabila anggota keluarga mangsa nahas mula beredar selepas menyedari waris mereka tidak ditempatkan di hospital ini. - Bernama

Tips : Keringkan jerawat dalam satu malam !!

Sekadar Hiasan

Jerawat yang muncul secara tiba-tiba boleh membuatkan anda merasa tertekan. Tambahan pula jika ada acara penting pada keesokan hari yang memerlukan anda berhadapan dengan orang ramai dengan penuh yakin.

Jangan risau, mari cuba beberapa tips di bawah untuk menghilangkan jerawat dalam masa satu malam!

AIS BATU
Sebelum anda buat keputusan memicit jerawat, eloklah jika anda mengambil seketul ais dan bungkus dalam kain yang bersih. Letakkannya di kawasan yang ditumbuhi jerawat itu selama 30 saat sebelum menyapu krim jerawat. Ais batu berfungsi mengecilkan liang roma dan menyerap minyak yang berlebihan.

CAMPURAN KAYU MANIS & MADU
Antara kaedah lain untuk menghilangkan jerawat ialah mencampurkan serbuk kayu manis dan madu. Gaulkan serbuk yang dicampur tadi sehingga rata dan sapukan di bahagian wajah yang berjerawat. Campuran ini akan membantu mengatasi masalah keradangan dan membuat jerawat menjadi kecut. Biarkan ia semalaman sebelum dibasuh pada keesokan paginya.

PERAHAN LEMON
Sewaktu membersihkan muka, anda boleh membilas muka yang berjerawat dengan perahan air lemon sebelum membilas muka sekali lagi dengan air bersih. Perahan lemon mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah hingga menyebabkan wajah bebas jerawat.

UBAT GIGI
Cuci muka dengan air bersih dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, letakkan sedikit ubat gigi pada jerawat tersebut. Biarkan ia semalaman sebelum mencuci wajah sehingga bersih.

PUTIH TELUR
Pecahkan sebiji telur dan asingkan bahagian kuning dan putih telur. Ambil bahagian putih telur dan sapukan pada muka yang berjerawat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam telur mampu membantu anda mencegah jerawat.

Sumber