Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Hafiz badan kurus kerana kecewa?

on Wednesday, 22 January 2014


KALI terakhir penulis bertemu Hafiz pada Shout! Awards baru-baru ini, tidak ada sebarang perubahan ketara dilihat pada penyanyi yang kini popular dengan lagu, Bahagiamu Deritaku.

Namun lain pula ceritanya apabila penulis bertemu dengan Hafiz pada sidang media Top 5 Anugerah MeleTOP Era (AME) di Zouk, Jalan Ampang, Khamis lalu, penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak ini kelihatan lebih kurus, sehingga menimbulkan persoalan, adakah dia kurus kerana kecewa atau sakit?

Lalu, kesempatan bertemu Hafiz sebaik tamat sidang media itu digunakan beberapa media untuk bertanyakan perkembangan dirinya.

"Saya kurus bukan kerana sakit atau putus cinta. Tetapi lebih kepada stamina dan saya mahu nampak kurus di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) nanti (ketawa).

"Rancangan untuk mengurangkan berat badan ini memang sudah lama saya fikirkan. Cuma masa saya agak terhad, jadi bila ada masa terluang, saya akan workout di gim, jika tidak saya hanya kawal makan sahaja," katanya.

Mengulas mengenai persiapannya menjelang AJL, Ahad ini, Hafiz berkata, dia masih lagi membuat latihan dan persiapan akhir dan berharap segalanya berjalan dengan lancar.

"Buat masa ini saya memang fokus dengan AJL, di samping sibuk mempromosikan single bersama Datuk Rossa, Salahkah.

"Mengenai persembahan pada AME, 8 Februari ini pula, saya sudah dapat judul lagu, tetapi persembahan macam mana yang akan saya buat, itu rahsia," katanya.

Ditanya, adakah dia hanya berduet dengan nama-nama besar dalam industri nyanyian, Hafiz menjelaskan: "Saya tidak pernah letak syarat untuk berduet dengan artis terkenal seperti Datuk Siti dan Rossa.

"Cuma saya ada sasaran untuk berduet dengan penyanyi lama bagi menghidupkan kembali lagu-lagu lama yang masih jadi pilihan anak muda sekarang," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kerjaya seninya, Hafiz berkata, fokus utamanya sememangnya lebih kepada bidang muzik, namun sedia mempertimbangkan andai ada tawaran berlakon.

Sumber

Shahrizal Jaszle Gagal Gugurkan Kes Khalwatnya

on Tuesday, 21 January 2014


PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya di sini pada Selasa menolak permohonan representasi pelakon Shahrizal Jaszle untuk menggugurkan kes khalwatnya pada 16 Mei tahun lalu.

Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah menolak rayuan yang dikemukakan tertuduh menerusi Peguam Syarie, Ashraf Ranee pada 19 Disember 2013 kepada Ketua Pendakwa Syarie mahkamah tersebut.

Pendakwa Syarie, Hasrul Hafidzi Ahmad Kamal turut memohon kepada mahkamah supaya kes tersebut dibicarakan selepas menjawab secara bertulis bagi menolak permohonan tertuduh pada 9 Januari lalu.

Hasrul Hafidzi turut memberitahu mahkamah pihaknya akan mengemukakan seramai sembilan orang saksi pada kes itu.

Mahkamah menetapkan kes khalwat pelakon itu diteruskan pada 8 April 2014 dan mengarahkan supaya kesemua saksi disepina sehingga tarikh perbicaraan.

Shahrizal mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkhalwat ketika hadir pada sebutan kes pada 13 November tahun lalu.

Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangan khalwatnya Farah Nurizzati Salleh, 22, telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 26, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha lalu.

Pada sebutan kes pada 13 November tahun lalu, wanita berkenaan telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Farah mengaku bersalah terhadap tuduhan itu dan telah dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 oleh mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan Shahrizal membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat dengan pegawai bank itu.

Sementara itu, Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu walaupun keputusan tidak memihak kepadanya namun dia bersedia untuk membersihkan namanya pada perbicaraan itu nanti.

Bagaimanapun, Shahrizal berkata, dia masih belum membuat sebarang perancangan bagi menghadapi perbicaraan itu nanti ekoran pihak Pendakwa Syarie akan mengemukakan sembilan orang saksi.

"Saya tidak tahu mengenai saksi yang dikemukakan dan perlu berbincang dengan peguam saya terlebih dahulu. "Bagaimanapun saya tidak gentar kerana tidak bersalah dalam hal ini," katanya.

Sumber

Wanita tidak mengaku isteri YB


SETIAWANGSA - Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam dikejutkan apabila seorang wanita menafikan dirinya isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak sedangkan lelaki itu memfailkan permohonan cerai terhadapnya.

Azma Azifazilla Azan, 28, nafi pernah bernikah dengan ahli politik itu ketika prosiding kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin, semalam.

Wan Amizan memfailkan permohonan cerai itu pada Disember lalu mengikut Seksyen 47 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Semalam, beliau memfailkan pula permohonan memfarakkan (membubarkan) pernikahan Azma Azifazilla dengan seorang lelaki bernama Rizal Md. Radzi, 40, kira-kira empat bulan lalu mengikut Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran.

Bagi kes ini, Wan Amizan selaku plaintif  menamakan  Azma sebagai defendan pertama dan Rizal sebagai defendan kedua.

Peguam Mohd Isa Abd Ralip yang mewakili ahli politik itu berkata, anak guamnya membuat permohonan untuk membubarkan pernikahan terhadap Azma dan Rizal kerana mendakwa dirinya masih suami yang sah kepada wanita itu.

Bagaimanapun Azma Azifazilla membuat bantahan dengan menafikan dia pernah berkahwin dengan plaintif, maka tidak perlu untuk plaintif memfailkan permohonan cerai.

Berdasarkan pertikaian berkenaan, mahkamah mencadangkan supaya defendan memfailkan pembelaan atau mengemukakan bantahan awal sekiranya berpandangan tuntutan plaintif tidak relevan sekaligus memasukkan pembelaan terhadap tuntutan atau mengemukakan bantahan awal secara bertulis kepada mahkamah sebelum kes itu diteruskan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 20 Februari depan, pada masa sama, memerintahkan wanita itu melantik peguam.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Azma  Azifazilla dan Rizal memberitahu media, mereka berkahwin pada 28 September 2013 di Hulu Langat.

Wan Amizan dikatakan menikahi Azma sebagai isteri kedua beberapa tahun lalu di Thailand dan mendaftarkan perkahwinan mereka di Kelantan.

Sumber

Kami bercumbu? Sila tunjuk bukti! : Zizan Razak


“MANA buktinya? Saya minta hentikanlah dakwaan dan fitnah tersebut, saya betul-betul terkilan dengan dakwaan itu,” tegas Marina Juki, yang juga pengurus kepada Zizan Razak dan Emma Maembong berkaitan gosip yang menimpa kedua-dua artisnya.

Marina yang juga Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd berkata, gosip yang mendakwa Zizan bercumbuan dengan aktres Emma di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan ke Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini adalah tidak berasas.

“Tak mungkin dia berbuat demikian, kerana saya berada di tengah antara Zizan dan Emma. Kami pergi bersama krew produksi syarikat seramai lapan orang.

“Mana boleh dia buat begitu sebab ia di depan khalayak dan di sekeliling kami?” katanya yang sangat terkejut sekali gus menyangkal dakwaan itu.

Pihaknya juga menyifatkan tuduhan itu sebagai perbuatan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan maruah artis di bawah naungan syarikat itu.

“Saya tak tahu apa tujuan mereka berbuat begitu. Tapi apa yang pasti, perkara itu tidak betul,” tegasnya berkali-kali.

Marina berkata, pihaknya akan memantau gosip liar dan dakwaan yang tidak berasas pada masa akan datang yang melibatkan artis yang berada di bawah naungan produksi itu.

“Kita akan pastikan semua gosip mengarut dan tak sihat ini tidak disensasikan. Ia bukanlah sesuatu yang sihat bahkan menjejaskan reputasi artis serta pandangan masyarakat yang ingin menjadikan seseorang artis sebagai ikon mereka.

“Jadi kami kena ubah strategi agar perkara ini tidak disensasikan sewenang-wenangnya dan menjadi buah mulut orang,” katanya.

Dalam pada itu, Zizan bagaimanapun tidak dapat dihubungi dan difahamkan sedang menjalani penggambaran filem Cicakman 3 bersama Lisa Surihani dan Yusri KRU.

Selain Zizan, produksi itu mempunyai enam artis di bawah naungan mereka, antaranya Johan As’ari, Emma Maembong dan Kaka.

Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan Ahad melaporkan Zizan dan Emma tanpa segan silu bercumbuan di atas kapal terbang tanpa menghiraukan penumpang lain yang melihat aksi mereka.

Kedua-dua pasangan itu pernah dikaitkan bercinta tetapi menafikan perkara itu.

Sumber

Nelydia Senrose Anggap Isu Cemburu Kekasih Hanya Salah Faham Sahaja


SHAH ALAM: Aktres Nelydia Senrose menganggap isu cemburu kekasihnya iaitu pengacara, Qi Razali terhadap pelakon Sharnaaz Ahmad hanya salah faham dan sudah pun diselesaikan dengan cara baik.

Nelydia, 20, berkata, isu tersebut juga tidak menjejaskan hubungannya dengan pelakon itu yang kini kedua-dua mereka sedang menjalani penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

"Saya percaya itu bukan satu isu yang besar kerana semuanya sudah kami selesaikan.

"Setakat ini hubungan kami baik dan boleh menjalani penggambaran bersama dengan memberi komitmen yang tinggi terhadap drama ini," katanya kepada mStar Online.

Nelydia ditemui pada majlis pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta bertemu peminat di Plaza Alam Sentral, di sini, Ahad.

Nelydia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan hubungannya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad selepas kontroversi kekasihnya, Qi Razali cemburu dengan gambar mesra meraka ketika penggambaran drama tersebut.

Tambah Nelydia, dia hanya berurusan dengan pelakon tersebut berkaitan dengan urusan kerja semata-mata.

Sementara itu, mengulas tentang drama tersebut, Nelydia berkata, dia memberi tumpuan sepenuhnya terhadap penggambaran 40 episod itu.

"Saya beri seratus peratus fokus terhadap drama ini dan tidak ada mengambil mana-mana tawaran lain.

"Buat masa ini saya tidak tahu bila penggambaran tamat, namun apa yang penting penonton dapat merasai apa yang ingin disampaikan dalam drama ini," katanya.

Tambah Nelydia, dia menganggap drama ini berbeza daripada drama-drama adaptasi novel lain yang hanya tertumpu kepada kisah cinta semata-mata.

Katanya, ia banyak menyelitkan unsur-unsur pengajaran yang sesuai buat remaja dan institusi kekeluargaan.

Sumber

Nota cinta Adira untuk Kekasih


SEBELUM ini, penyanyi berkulit putih melepak, Adira, pernah dikatakan menjalinkan hubungan dengan jejaka yang berasal dari Kelantan.

Khabar angin itu semakin bertiup kencang apabila kedua mereka dikatakan menempah baju perkahwinan.

Meskipun telah menafikan berita itu, pelantun lagu Ilusi ini bagaimanapun kembali mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik status romantik dengan sekeping gambar dalam dialek Sabah, di laman Instagram;

"Nung koeilo ko piro ginumu sayang ku dika...aharap oku insan tadau koeilo ko...doa ku kuma dika kasasarii.."

Setelah dialih bahasa, nota itu membawa maksud mengenai rasa cinta Adira terhadap seseorang.

"Kau tahukah betapa banyak sayang saya sama kamu. Dan saya harap satu hari nanti kamu akan tahu".

Yang pastinya, luahan itu menyingkap persoalan bahawa Adira kini dilamun cinta bersama jejaka dikenal dengan nama Shahrul.

Malah peminatnya turut komen statusnya itu berharap hubungan mereka berdua hingga ke jinjang pelamin.

Sumber

Tahniah! Isteri Ally Iskandar hamil


TAHUN 2014 nampaknya tahun bertuah untuk ramai pasangan selebriti.

Ramai yang berkongsi berita mengenai perkahwinan dan kehamilan.

Terbaru, isteri kepada pengacara terkenal Ally Iskandar, Farah Lee turut berkongsi berita kehamilannya yang sudah memasuki 12 minggu.

"Ini kandungan kedua selepas keguguran pada 15 April 2013," kongsinya di laman sosial Facebook.

Pasangan ini berkahwin pada 20 Januari 2012.

Sumber

Scha Al - Yahya Hamil Anak Sulung dengan Awal

on Monday, 20 January 2014


Tahniah diucapkan kepada pengacara popular, Awal Ashaari yang bakal bergelar bapa apabila isterinya, Scha Al-Yahya telah disahkan hamil anak sulung mereka. 
 
Berita gembira ini dikongsikan sendiri Awal menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi; 
 
"Salam Jumaat. Syukur alhamdulillah we are happy to announce that we're expecting our first baby, InshaAllah. Scha is reaching her second trimester now and we are so blessed with this rezeki. Terima Kasih buat semua yang selalu mendoakan kami dan moga semuanya berjalan lancar, Amin. #schawal #babyschawal #pregnant #secondtrimester #alhamdulillah."
 
Untuk rekod pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 4 May 2012. Tahniah! 

Alif Satar Berkahwin September ini


PENYANYI versatil Alif Satar bakal akhiri zaman bujang bersama gadis pilihannya yang dikenali Sha Dila Halid, 30.

Menerusi sebuah akhbar tempatan, jejaka berusia 24 tahun ini, mengakui sudah menghantar rombongan merisik pada Selasa lalu.

Setelah empat tahun menjalinkan hubungan cinta, mereka bakal disatukan pada September depan.

Alif menjelaskan bahawa faktor keserasian dan sikap memahami Sha Dila memikat hati lelakinya.

Biarpun enam tahun perbezaan usia, Alif menegaskan bahawa keputusan tersebut adalah tepat.

Katanya, tidak elok jika mereka sentiasa keluar bersama tanpa sebarang ikatan yang sah demi menjaga nama baik keluarga mereka berdua.

Sumber