Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Selepas Bersalin, Ibu Perlu Berpantang?

on Saturday, 22 June 2013

Gambar Hiasan

Masa mengandung berat badan ibu naik dengan banyak sekali. Sudahnya hati runsing dan sibuk bertanya bolehkah badan ini kembali macam dulu. Jawapannya mudah sahaja, amalkan berpantang secara tradisional, In Shaa Allah badan kembali langsing dan yang penting sihat.

Tetapi berapa ramai ibu-ibu moden masa kini masih kekal mengikut cara orang tua-tua berpantang? Ada yang berkata leceh hendak berstokin sepanjang hari, berbengkung, berpilis dan bertungku. Lebih berani, ada ibu yang baru dua minggu bersalin sudah sibuk mengusung anak ke pusat beli-belah.

Wah, ini kalau dilihat mak-mak bidan tradisional mahu menjerit dia. Bukan apa, kalau ikut cara berpantang tradisional yang sebenar, ibu-ibu dilarang melangkah keluar dari rumah sepanjang tempoh 40 hari berpantang.

Tetapi biasanya kita boleh melihat secara fizikal jika dibuat perbandingan antara ibu yang mengamalkan pantang dengan ibu yang tidak berpantang langsung. Ibu berpantang jarang mengalami sengal-sengal badan dan sakit pinggang, badan lembik tidak bermaya dan perut buncit macam masih lagi mengandung.
Jom kita semak semula apa perkara yang sepatutnya dipatuhi oleh ibu-ibu selepas bersalin.

1.       Kawal pergerakan
*Jangan terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan kerana dibimbangi tumpah darah.
*Sentiasa memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti bentan.
*Duduk secara rapat paha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan rahim kembali.
 
2.       Jaga pemakanan
*Makan ikan haruan supaya luka cepat sembut.
*Jangan makan makanan berkanji dan bersantan. Pulut misalnya boleh menyebabkan angin dan menambahkan kolesterol dalam badan. Ini melambatkan proses menurunkan berat badan.
*Jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin seperti kangkung, kacang panjang, labu air, nangka muda.
 
3.       Amalkan mandian air rebusan herba
*Air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kaduk, pandan,, serai wangi, jambu batu elok untuk menyegarkan tubuh yang lesu selepas bersalin.
 
4.       Berurut
*Amalan berurut seluruh badan membantu membetulkan urat-urat badan yang tegang, mengembalilkan pengaliran darah serta menaikkan rahim kembali ke tempat asal.
 
5.       Bertungku
*Selepas berurut elok bertungku terutama di bahagian perut dan peranakan untuk mempercepatkan proses pengecutan peranakan sekali gus mengempiskan perut ibu.
 
6.       Menyapu pilis
*Amalan yang semakin jarang dilakukan ibu lepas bersalin. Pilis bertujuan menyejukkan 
   bahagian kepala dan mencerahkan mata serta mengelakkan daripada sakit kepala yang 
   mungkin boleh menyebabkan meroyan.
 
7.       Minum jamu
*Sekarang ada banyak alternatif jamu bersalin yang bersesuaian untuk diamalkan. Ia membantu mengembalikan tenaga yang hilang dalam proses bersalin.

Semoga dengan langkah - langkah berpantang yang telah diterangkan ibu - ibu akan dapat semakin sihat dan langsing.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment