Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

10 Amalan Tabiat Buruk yang Berfaedah Sebenarnya

on Sunday, 21 July 2013

Hiasan

Amalan Tabiat Buruk yang Berfaedah dalam Hidupan Manusia. Tabiat Manusia ada bermacam ragam. Dalam kehidupan seharian, terdapat banyak Amalan Tabiat Buruk yang dilakukan oleh manusia. Tahukah anda, di sebalik Amalan Tabiat Buruk Manusia, rupa-rupanya ada juga yang berfaedah, Ia dinamakan Amalan dan Tabiat Buruk yang Baik. Terdapat 10 Amalan Tabiat Buruk yang Berfaedah dalam Hidupan Manusia. Berikut ialah 10 Amalan Tabiat Buruk yang Berfaedah dalam kehidupan manusia.

10 Amalan Tabiat Buruk yang Berfaedah


Tabiat Buruk Gigit Kuku, Pintal Rambut, Goyangkan Peha atau Kaki

Semasa kita gelisah, kita selalu gigit kuku, pintal rambut, goyangkan peha atau kaki, atau menggerakkan anggota badan yang lain tanpa kita sedar. Pergerakan itu sebenarnya seperti senaman ringan yang boleh membakar lemak dan mengurangkan tekanan tanpa kita sedar. Penyelidikan di Kliik Mayo Rochester menunjukkan bahawa orang yang menjadi gelisah akan meningkatkan kadar metabolisma mereka dan membakar kalori sebanyak 40 peratus. Ini kerana pergerakan badan mereka meransang hormon membebasakn otak dan meningkatkan keupayaan anda untuk membakar lemak yang disimpan untuk tenaga.

Tabiat Buruk Mulut Murai dan Suka Bergosip

Dengan berbual selama 20 minit bersama kawan akrab anda dapat mengurangkan tekanan dan rasa gelisah anda selama 4 jam seterusnya. Bagi mereka yang suka berbual perkara yang positif atau gosip positif pula dapat meningkatkan kegembiraan sebanyak 72%. Jadi tak salah untuk anda berbual dan bergosip, lebih-lebih lagi mengenai perkara yang positif mengenai orang lain.

Amalan Buruk Makan Manisan untuk Sarapan Pagi

Kajian oleh Virginia Commonwealth University mendapati, mereka yang makan makanan manis untuk sarapan pagi seperti donat, kek ataupun tart manis dan tidak menghiraukan mengenai kalori  boleh mengurangkan berat badan mereka 3 kali lebih cepat dari mereka yang mengamalkan makan bijirin pada waktu pagi.

Tabiat Buruk Buat-buat Sibuk dan Pura-pura Penat

Lebih dari 75 peratus wanita yang menangguhkan kerja mereka sekali sekala dan 1 dari 4 orang menanggungkan kerja mereka setiap hari dan berehat sebentar sebenarnya  agak baik untuk kesihatan mereka. Pakar dari Germany's University Medical Center Hamburg-Eppendorf mencadangkan dengan berehat sebentar dari membuat kerja yang memberikan tekanan kepada anda dapat mengurangkan rasa sakit badan dan kepala.

Tabiat Buruk Gila SMS, Whatsapp dan BBM

Menurut kajian California's Loma Linda University, jika anda selalu berhubungan dengan kawan-kawan melalui khidmat pesanan ringkas membantu hampir 100% mereka yang menghadapi tekanan dan rasa sedih. Sebabnya? Hubungan sosial yang kuat akan dapat meningkatkan hormon antidepresi seperti serotonin dan dopamine. Tetapi jangan pula anda text and drive. Itu tak membawa apa-apa manfaat pun pada anda, malahan membahayakan anda pula.

Amalan Buruk Ketagih Kopi

Kafein sebenarnya membantu peredaran gula dalam darah ke otot dan sel otak dan mengurangkan 50% risiko terkena penyakit prediabetes.

Amalan Buruk Makan Coklat

Coklat merupakan makanan kegemaran manusia di serata dunia dan jika anda memakan dark chocolate sebanyak 2 aun setiap hari, anda dapat mengurangkan risiko terkena masalah arteri tersumbat sebanyak 14% dan meningkatkan peredaran darah ke jantung sebanyak 48% dan coklat juga mempunyai bahan antioksida.

Amalan Buruk Makan kuning telur

Pernah tak dengar kajian dari Kanada bahawa makan kuning telur sama je teruk seperti merokok? Tapi jika anda makan telur 15 biji sehari tanpa bersenam, itu mungkin akan membahayakan anda. Penyelidik dari University Of Texas mendapati bahawa kuning telur dipenuhi dengan bahan antioksidan dan boleh mengurangkan penyakit kataraks dan buta sebanyak 40%.

Tabiat Buruk Malas bersenam

Bagi mereka yang sudah bekerja, memang tiada masa untuk bersenam, Amat sukar utak amalkan bersenam setiap hari. Tetapi mengikut kajian dari Louisiana State University, bersenam tidak semestinya dapat menurunkan berat. Menurut kajian jika anda membuat senaman ringan dalam jangka masa yang pendek dan berulang-ulang, ia lebih membantu dalam menurunkan berat badan anda.

Amalan Buruk Minum Susu Penuh Krim

Jika anda bukan penggemar susu tanpa lemak atau keju kurang lemak, ini ada berita baik untuk anda. Kajian dari Harvard mendapati, di dalam bahan makanan tenusu penuh lemak, ada asid lemak yang dapat membantu otot badan anda membakar gula dalam darah dengan lebih cepat dan mereka yang mempunyai kandungan asid lemak yang tinggi mampu mengurangkan  60% risiko terkena penyakit diabetes.
 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment