Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

7 TIPS ADAB KETIKA BERGURAU SENDA

on Friday, 19 July 2013

Gambar Hiasan

Bila sebut sahaja perkataan bergurau sudah tentu terbayang di fikiran kita bagaimana bentuk perbuatan tersebut. Gurauan kadang-kadang perlu mengikut keadaan, masa dan tempatnya serta dengan siapa kita bergurau. Dengan gurauan juga dapat menghilangkan rasa bosan serta sedih. Namun harus juga kita ingat bahawa dengan gurauan juga mungkin boleh tercetuskan pertengkaran malah ada yang sanggup menumpahkan darah. Untuk mengelakkan terjadinya perkara yang tidak sepatutnya berlaku ada beberapa tips adab ketika bergurau senda:

1. Niat Yang Betul.
Niat bergurau adalah untuk menghilangkan kepenatan, kebosanan, kelesuan serta menyegarkan semula minda.
2. Tidak Berlebihan.
Orang yang berlebihan dalam bergurau sebenarnya telah menjatuhkan martabatnya dalam pandangan manusia. Terlalu banyak bergurau akan menjatuhkan kehormatan dan kewibawaan seseorang.
3. Tidak Bergurau dengan Orang Yang Tidak Suka Bergurau.
Jangan sesekali bergurau dengan individu yang tidak suka bergurau serta serius dalam perbuatan dan perwatakan kerena dikhuatiri akan mendatangkan akibat buruk.
4. Tidak Bergurau Dengan Perkara Yang Serius.
Ada beberapa keadaan yang tidak sepatutnya bergurau, misalnya dalam majlis ilmu, sidang perbicaraan mahkamah, ketika diminta menjadi saksi nikah kahwin,wali, cerai dan sebagainya.
5. Menjahuhi Perkara Yang Diharamkan Ketika Bergurau
Ada beberapa perkara yang diharamkan ketika bergurau iaitu :
- Menakut-nakutkan orang lain.
- Berbohong.
- Memandang rendah orang lain.
- menuduh dan mengeji
6. Tidak Banyak Ketawa.
Terlalu banyak ketawa bertentang dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Banyak ketawa akan mengeraskan dan mematikan hati.
7. Menjauhi Bergurau Dengan Tangan dan Kata-Kata Yang Buruk.
Banyak pergaduhan dan pertengkaran terjadi disebabkan bergurau. Antara faktornya kerana tidak menjaga tangan daripada menyentuh tubuh orang lain tanpa adab. Begitu juga dengan kata-kata. Jaga lidah daripada mengucapkan perkataan yang keji dan tidak senang telinga orang yang mendengarnya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment