Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Abby Abadi Mengaku Sudah 12 Hari Nikah

on Saturday 20 July 2013


Abby dan Suaminya
Tahniah! diucapkan buat Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan atas pernikahannya bersama jejaka pilihan sejak 12 hari lalu.
Berita gembira ini telah disahkan sendiri oleh Abby menerusi laman Instagramnya dan menurut pelakon wanita ini dia baru sahaja mengenali jejaka tersebut dua minggu sebelum mereka bernikah.
"Dipendekkan cerita, Sebenarnya sudah 12hari dia sah menjadi suami Sy. Maaf sbb maklumkan lambat pd kalian…. ALLAH kami dulukan. Insyallah, majlisnya dlm bulan Raya nnti. Lokasi belum pasti. Doakan???????? Ini jodoh… krn kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru 2mggu kenal, ALLAH tunjukkan jalan ke sini… Syukur!!
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati suatu hari nanti. Macammana keadaan dan bila kita akan mati hanya DIA saja yang tahu….begitu juga dengan jodoh kita. Dgn siapa kita akan dijodohkan dan biler kita akan dijodohkan semuanyer telah ditetapkan oleh DIA. Semuanya telah tertulis sejak dari azali lagi… Ada orang kata jodoh tu akan datang dengan sendiri tanpa di cari dan ada sesetengah orang cakap jodoh tu tak kan datang dengan sendiri kalau kita tak cari….tapi apa2 pun semuanyer bergantung kepada kekuasaanNYA. Sama ada kita berusaha mencari ataupun tak DIA sudahpun menulisnya kerana DIA yang lebih mengetahui…. ?"

Menerusi respon peminat dilaman sosial tersebut, ramai antara mereka yang melahirkan rasa terkejut dengan berita gembira itu, bagaimanapun mereka tetap mendoakan semoga Abby bahagia bersama insan pilihannya kali ini.
Abby Abadi kahwin

p/s : Tahniah diucapkan kepada Abby dan Suami, semoga berkekalan selama - lamanya.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment