Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Akhirnya Bonus Raya Dapat Juga

on Monday 22 July 2013


Akhirnya, harapan untuk mendapat bonus sebelum Hari Raya Aidilfitri 2013 tercapai juga. Cuma tunggu masa dan waktunya sahaja. Bonus yang diberikan pada kali ini bukan setengah bulan tetapi sebulan gaji.

Sungguhpun begitu, bonus ini bukan diberikan kepada semua, ada syarat dan terma yang perlu dipenuhi. Hanya yang benar-benar mahu mendapatkan bonus ini sahaja akan dikurniakan bonus terhebat tahun ini.

Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.

1.     Bonus akan dibayar pada 8hb Ogos 2013.
2.     Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.
3.     Pekeliling umum sudah dikeluarkan.
4.     Pemberian bonus bersyarat dan mengikut terma.

Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini :

1.     Bonus pertama berupa Malam Lailatul Qadar yang tidak terdapat dalam mana-mana bulan.
2.     Mestilah memperhebatkan amalan ibadah di malam-malam 10 terakhir seperti yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
3.     Dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah S.W.T sebagai seorang hamba.
4.     Semua pembayaran bonus adalah tertakluk kepada kehendak Allah S.W.T kerana Dialah Yang Memberi dan Maha Mengetahui.

Inilah bonus yang dicari-cari bagi mereka yang berpuasa kerana Allah s.w.t. dan yang mencari malam Lailatul Qadar sahaja. Kejar jangan tak kejar!


Maka, mari kita beramai-ramai merebut pemberian bonus puasa di bulan Ramadan ini, yang mungkin akan menjadi kali terakhir buat kita tahun ini. Kalau tidak sekarang, bila lagi kita mahu dapatkan habuan penuh hebat daripada Allah S.W.T.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment