Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

PUISI LUAHAN DAYANA LOKMAN ISTERI PERTAMA ASHRAF MUSLIM !

on Thursday 18 July 2013

Isteri Pertama Ashraf Muslim
Dayana dan keluarga telah dikejutkan dengan berita perkahwinan kedua Ashraf Muslim bersama dengan Wan Sakinah bekas kru produksi di Thailand pada 7 Julai 2013 yang lalu. Ashraf telah memberikan alasan untuk ke Thailand atas urusan kerja kepada Dayana.
Namun hal itu terbongkar apabila Dayana menemui jadual penerbangan Ashraf ke Siam bersama nama Wan Sakinah yang tertera.
 Hari ini dayana menerusi facebook miliknya telah menulis Puisi Luahan Hati Untuk Ashraf Muslim
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
p/s : Semoga Beliau Tabah Menghadapi Dugaan Dunia ni

Update : Nukilan ini bukan dari Dayana tapi dari Facebook Page Owner Ana Hawa.. Harap Maklum..


Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Setuju dengan puisimu, semoga ditabahkan hatimu...dan menemui kebahagian kelak.


20 July 2013 at 00:32

Post a Comment