Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Tips Mengekalkan Hubungan Cinta

on Monday 15 July 2013

Hiasan

1. TIGA PERKATAAN AJAIB
Mudah. Hanya 3 perkataan mampu membuatkan pasangan anda rasa dihargai. I Love You.. Jangan terlalu berkira sangat, macam perkataan tu mahal sangat di sebut untuk yang korang sayang. Takkan nak si dia pulak yang nak menyebutkan kat korang dulu?, Tak gentlemen la wey.. Nie bagi si lelaki la kan. Tapi kata yang paling ajaib Ft awesome bagi lelaki and perempuan mahukan adalah " Aku Terima Nikahnya". Lagi kuat cinta korang tu. (>.<)Y

2. HAYATI HUBUNGAN ANDA
Meskipun hubungan korang telah lama, korang masih perlu menghargai dan menghayati hubungan korang seperti korang baru bermula. Jangan pulak bila dah lama, korang rasa bosan and cuba mencari yang lebih baik. Ingat sikit, bukan semua yang korang jumpa lebih baik dari dia adalah yang terbaik. Lebih baik menghargai yang ada tu sebab dia lebih memahami korang dari orang lain.

3. TERUSKAN KEHIDUPAN BIASA
Jika korang suka bersukan , teruskan. Tidak perlu mengubah gaya hidup korang. Mana tahu pasangan korang turut ingin melakukannya bersama. Pasti tambah meriah malahan si dia akan lebih memahami dan menghormati minat korang tu.

4. JANGAN TERLALU ROMANTIS
Romantis perlu dalam perhubungan tapi janganlah berlebih-lebih sehingga merimaskan pasangan korang tu. Bimbang nanti bila sudah berumahtangga, romantis ke mana, si dia ke mana.. Habis idea la katakan. Hahaha!.

5. KOMUNIKASI SECARA TERBUKA
Komunikasi yang betul adalah satu satu aspek terpenting dalam perhubungan. Kenali dan fahami isi hati pasangan korang tu. Janganlah cuba-cuba lakukan apa yang tidak disukai pasangan korang tu. Paham-paham noh?.

6. JANGAN KELAM KABUT
Jika pasangan korang orang popular dan dikenali ataupun seorang yang peramah, janganlah kelam kabut dan cepat cemburu. Hati si dia tetap milik  korang la wey. Jangan kerana sikap korang yang kelam kabut tidak tentu arah membuatkan si dia meluat dan berpaling arah. Jangan salahkan dia kalau dia dah mula berpaling arah pada yang lain dengan sikap korang yang membuatkan si dia berubah.

7. PEKA DAN SENSITIF
Sensitif dan peka terhadap apa juga perubahan si dia. Mungkin si dia tidak meluahkannya dan mengharapkan keprihatinan korang tu. Selesaikan apa sahaja masalah bersama dan sentiasa ada disisinya bila diperlukan.

8. BIARKAN CABARAN DAN DUGAAN DATANG
Ada yang berkata, hubungan bertambah manis selepas berjaya melewati pelbagai dugaan dalam percintaan mahupun alam berumahtangga. Itu akan membuatkan kita lebih mengenali pasangan. Jangan pula cepat melatah dan jadikannya sebagai masalah besar. Selagi mampu selesaikan dengan cara baik, kita selesaikan. Selagi kita termampu untuk berusaha untuk bersama.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment