Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Tips Tidur Nyenyak di Malam Hari

on Tuesday 2 July 2013

Hiasan

Aku selalu juga mempunyai masalah tidur. Waktu tidur aku selalunya  tak teratur. Selalu juga la tak cukup tidur. Kalau sehari aku tak tidur, esok mesti aku rasa macam jadi zombie. Setakat ni, aku pernah tak tidur selama 3 hari. Tips tidur nyenyak ni diharap dapat membantu memperbaiki kualiti tidur aku selepas ini.

Sebelum aku menyentuh topik tips tidur nyenyak, aku ingin berkongsi info tentang kebaikan tidur yang cukup. Dalam kehidupan yang serba canggih ditambah pula dengan tekanan serta gaya hidup sekarang ini, agak sukar bagi kita mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Berikut adalah antara kebaikan cukup tidur ialah:

1. Tidur malam yang cukup menggalakkan pengeluaran hormon serotonin, sebaliknya kurang tidur akan mengganggu pengeluaran serotonin yang menyebabkan kemurungan.

2. Tidur sekejap waktu siang dapat memperbaiki daya ingatan, fungsi kognitif dan mood.

3. Tidur malam yang cukup membolehkan badan mengumpulkan lebih banyak tenaga, tidak mengantuk selepas bangun dan sentiasa segar untuk menjalankan tugas harian.

4. Kurang tidur menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang dan menjadikan seseorang itu mempunyai selera makan yang sukar dikawal.

5. Mimpi semasa tidur dapat menguatkan daya ingatan kerana semasa badan rehat waktu tidur nyenyak, otak pula sibuk memproses segala pengalaman dan peristiwa yang dilalui dan mengaitkannya dengan perasaan dan ingatan seseorang.

Tips tidur nyenyak di malam hari khusus untuk aku dan korang yang ada masalah tidur.

- Biasakan diri anda tidur dalam keadaan malap atau gelap. Elakkan daripada tidur dalam keadaan terang kerana ia sedikit sebanyak menganggu tidur korang. Tapi masa aku tidur malam, aku tak pernah pun tutup lampu… huhu…. Lepas ni nak kena praktik tips tidur nyenyak yang pertama ni.

- Gunakan cadar dan sarung bantal yang bersih agar korang berasa lebih selesa.

- Pastikan sebelum tidur perut korang tidak terlalu lapar atau tidak terlalu kenyang.

- Sebelum korang nak tidur, amalkan minum segelas susu segar yang telah dicampurkan dengan beberapa titis madu.

- Mandi sebelum tidur kerana ia boleh membantu korang untuk tidur dengan lebih lena.

Itu sahaja maklumat yang dapat aku kongsikan tentang kebaikan tidur dan tips tidur nyenyak. Jom baca  tips tidur nyenyak saat hamil di BabyCenter.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment