Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Lidah Perlu Dipelihara

on Thursday 15 August 2013

Lidah

Keimanan ialah rahsia dalam hati. Namun, tahap keimanan seseorang Muslim boleh dinilai melalui perwatakannya.  Muslim yang mempunyai keimanan yang mantap pasti akan sentiasa menjaga anggota dan kelakuannya daripada menyakiti saudara Muslim yang berada disekelilingnya.

Anggota lidah ini kecil, namun kesannya sangat besar dan berbahaya. Ia boleh membawa tuannya kepada bahana atau pahala.  Jika digunakan untuk berdakwah, pahala ganjarannya.  Tetapi jika digunakan untuk mengaji dan mengumpat, binasa balasannya.
Walaupun pekerjaannya baik, namun jika tidak dipelihara lidahnya mampu menghumbankan dirinya ke neraka.
Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu ‘Uqbah bin ‘Amir bahawa mereka yang berjaya ke syurga ialah mereka yang berjaya memelihara atau menahan lidahnya daripada melakukan maksiat. Malah Baginda sendiri menjamin syurga bagi sesiapa yang memelihara lidah dan kemaluannya.
Wallahuaklam (Peliharalah LIDAH).

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment