Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

10 Idea Romantik Mehangatkan Percintaan Anda

on Monday 23 September 2013


Idea 1
Jika pasangan anda ada urusan di luar selama beberapa hari, beritahu dia yang anda risaukannya dan anda telah mengupah seorang pengawal peribadi untuk menjaganya. Kemudian berikan pasangan anda sebuah teddy bear yang kecil.

 Idea 2
Pada hari ulang tahun perhubungan anda, belikan pasangan anda 11 kuntum bunga mawar merah segardan sekuntum bunga mawar merah palsu. Letakkan bunga mawar merah palsu di tengah-tengah jambangan bunga tersebut. Kepilkan sekeping kad yang mengatakan: “Saya akan sentiasa cintakan awak sehingga kuntuman bunga mawar merah yang terakhir telah layu”.


Idea 3
Beli nama domain menyerupai nama pasangan anda jika ia masih ada contohnya nbafendy.com. Bina sebuah laman web/blog yang mengandungi puisi-puisi romantis dan gambar bunga mawar merah. Apabila pasangan anda sedang melayari internet, tanya dia secara bersahaja tentang pernahkah dia semak sama ada nama domainnya telah diambil orang. Biarkan dia menaip nama domainnya sendiri untuk menemukan laman web mengenai dirinya.

 Idea 4
Beli sebuah cermin tangan yang cantik dan berikan kepada pasangan anda sebagai hadiah. Kemudian kepilkan sekeping kad yang mengatakan:
“Di dalam cermin ini, anda akan lihat wajah wanita yang tercantik di dunia”.

 Idea 5
Hantarkan sejambak bunga ke tempat kerja pasangananda. Dia bukan sahaja akan menikmati  bunga tersebut malah akan menerima pujian dan perhatian dari rakan sekerjanya. Ia akan menyebabkan pasangan anda berasa sangat gembira dan merasakan bahawa anda seorang yang romantik.

Idea 6
Jika anda dan pasangan anda bersiar-siar di taman, ajak dia duduk di atas buaian dan hayunkan buaiannya perlahan-lahan. Perkara ini akan mengingatkan kembali memori pasangan anda semasa kecil dan ia akan mengeratkan lagi hubungan anda berdua.

Idea 7
Jika pasangan anda mempunyai haiwan peliharaan, sebagai tambahan semasa membeli hadiah hari jadi untuk pasangan anda, belikan juga hadiah yang kecil dan comel untuk haiwan peliharaannya

Idea 8
Ajak pasangan anda bersiar-siar di tepi pantai pada waktu senja. Kemudian lukiskan sebuah bentuk hati yang besar di atas pasir. Ajak pasangan anda duduk di dalam lukisan hati tersebut sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.

Idea 9
Ajak pasangan anda bersiar-siar di taman. Sediakan sebuah beg dan bungkuskan barang seperti berikut:
Sebuah tikar perkelahan, campuran buah-buahan di dalam bekas kecil seperti strawberi, kiwi, anggur, tembikai. Sedikit sandwich, biskut dan gelas kaca berserta minuman. Jika pasangan anda bertanya bahawa apa yang terdapat di dalam beg tersebut, katakan sahaja jaket dan sedikit makanan. Apabila anda jumpa kawasan yang romantik, jemput dia duduk sebentar untuk makan. Buka beg anda dan keluarkan set perkelahan yang telah anda sediakan tadi. Pasangan anda pasti berasa terkejut dan gembira dengan keprihatinan anda.

Idea 10
Hubungi keluarga pasangan anda tanyakan apa yang pasangan anda sangat mahukan semasa kecil. Seperti contoh dia sentiasa mahukan anak patung kaca, belikan dia semasa harijadinya. Pasangan anda bukan sahaja akan menghargai pemberian anda malah akan berfikir bahawa anda sangat mengambil berat tentangnya sehinggakan anda tahu apa yang dia hendakkan semasa kecil.

Sumber
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Teddy Bear said...

Hadiah teddy bear kepada kekasih anda.. paling romantik kalau di sertakan dengan bunga


16 November 2014 at 22:40

Post a Comment