Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Almy Nadia dan Fizz Fairuz Nikah Tahun Depan?

on Friday 27 September 2013


BAK kata pepatah, 'kalau sudah jodoh tak ke mana', amat sesuai untuk menggambarkan hubungan Fizz Fairuz dan Almy Nadia, kini.

Umum mengetahui tindakan aktor berusia 34 tahun bertunang dengan seorang wanita pada Februari lalu telah menjadi titik noktah pada hubungan mereka.

Belum pun reda dengan pertunangan mendadak itu, masyarakat dan peminat Fizz umumnya dikejutkan dengan berita, bahawa tunang Fizz itu adalah isteri orang dan secara tidak langsung memperlihatkan ikatan pertunangan itu terlerai.

Reda seketika dari isu tersebut, Fizz kelmarin, tampil menyampaikan berita gembira dan mengejutkan kepada semua bahawa dia dan Almy akan bernikah pada tahun depan.

Jika Fizz dilihat begitu teruja bercerita mengenai perancangannya itu, Almy sebaliknya mengambil pendekatan selamat dengan menutup mulut dari memperkatakan tentang berita gembira itu.

"Saya tak mahu beri komen panjang mengenai perkara ini. Saya serahkan segalanya kepada Fizz," jelasnya kepada Zass.

Kembali terjalin

Sementara itu, Fizz yang ditemui media di booth camp Liga Lawak Superstar, di Hulu Langat mengakui hubungannya dengan Almy sudah kembali terjalin.

Ditanya lebih lanjut mengenai hubungan mereka kali ini, Fizz berkata, dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi dan tidak mahu memaksa Almy menerima dirinya. Pun begitu, dia mengakui hubungan itu dikatakan kembali rapat sejak beberapa bulan lalu.

“Kami dah berkawan dan bercinta semula. Saya tak nak bertunang, tetapi terus merancang untuk berkahwin. Kalau tiada aral, saya mahu menjadikannya isteri yang sah secepat mungkin. Insya-ALLAH saya bercadang mahu menikahi Almy tahun depan.

“Tapi saya belum berjumpa keluarganya lagi. Bagilah saya masa dan ruang untuk selesaikan perkahwinan adik saya dahulu,” jelasnya.

Fizz mengakui Almy seorang wanita yang sempurna di matanya, sepanjang perkenalannya dengan mana-mana wanita, Fizz yakin, hanya Almy yang paling sempurna buatnya.

“Selepas apa yang berlaku, saya yakin ini jodoh. Saya tak paksa dia kembali pada saya. Bukan seorang yang cuba mendekati saya, tetapi saya sedar, hanya Almy yang memahami saya dan saya juga sudah cukup kenal dengan Almy.

“Dia dah tahu saya macam mana dan begitulah sebaliknya. Kami jarang berjumpa sebab  masing-masing sibuk dengan kerja. Hanya kadang-kadang kami berbual di telefon.

“Saya tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Jodoh itu ketentuan Allah. Siapa yang nak kan ‘duda’ macam saya ni,” katanya sambil berseloroh.

Menurut Fizz, dia memilih Almy bukan kerana tidak ada yang mempercayainya lagi tetapi dia yakin itu adalah jodoh. Malah, hubungan percintaan selama tujuh tahun menjadikannya serasi bersama Almy.

Anak Almy panggil papa

Dalam pada itu, Fizz berkata, hubungannya dengan anak angkat Almy, Nur Afrina amat rapat dan anak kecil itu turut memanggilnya dengan panggilan Papa.

“Anaknya, Afrina sering menelefon saya. Dia panggil saya papa dan saya sangat rapat dengannya.

"Setiap hari dia akan menelefon saya tanya di mana dan buat apa. Biasalah, budak-budak, walaupun saya sibuk, saya tetap melayaninya,” katanya yang kini sibuk dengan program realiti Akademi Fantasia (AF 2013).

Selain itu, dia juga bakal muncul dalam sebuah program terbaru TV3 berjudul Liga Lawak Superstar yang akan mula ditayangkan mulai 6 Oktober depan.

WAN NASRAH ABDUL RAHIM
Sumber : SinarHarian
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment