Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

TPM nafi minyak RON95 naik dalam masa terdekat

on Sunday 29 September 2013


BENTONG - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan harga petrol RON95 akan dinaikkan sekali lagi dalam masa terdekat.
  
Beliau berkata dakwaan itu tidak benar malah tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam.
  
"Sah tak ada...siapa yang menyebar berita itu, ia tidak betul. Sebenarnya tidak ada keputusan Kabinet, malah ia tidak dibincang," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan proses Simulasi Pemilihan Umno 2013 di Institut Latihan Memperkasa Umno (ILMU) di Janda Baik di sini.
  
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kerajaan akan menaikkan harga petrol RON95 dan RON97 masing masing sebanyak 10 sen dan 15 sen seperti yang tersebar di laman-laman sosial sejak semalam.
  
Berikutan itu, beliau menegaskan harga pasaran bahan api itu kekal pada harga semasa RM2.10.
  
Awal bulan ini, harga RON95 dinaikkan 20 sen kepada RM2.10. - Bernama
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment