Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Wanita masa kini tidak mahir masakan tradisional

on Monday 30 September 2013

Rendang

KUALA TERENGGANU – Golongan ibu yang sibuk bekerja serta pelbagai makanan segera yang mudah didapati di pasaran menjadi salah satu faktor mereka dilihat tidak mahir dalam masakan tradisional.

Pemenang tempat pertama pertandingan masakan berasaskan itik pada program Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Zon Timur 2013, Siti Robiah Hamd, 51, berkata, sebagai guru yang turut mengajar masakan, dia terpanggil untuk mendidik masyarakat terutama golongan muda untuk mendalami masakan tradisional.

“Masakan tradisional atau warisan ini perlu dipelajari dan dipraktikkan sendiri oleh golongan muda, barulah ia tidak tenggelam ditelan arus kemodenan,” katanya.

Menurut Siti Robiah, dia dan rakannya, Kalsom Jusoh, 55, adalah dua tenaga pengajar di Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kuala Berang dan Telemong.


Mereka berdua mengajar kira-kira 10 pelajar yang terdiri dari pelbagai lapisan usia mengenai masakan, gubahan, kraf tangan dan sebagainya.

“Kreativiti dalam penyediaan bahan masakan ini perlu digilap selalu, dipraktikkan barulah masakan menjadi.

“Sebab itulah, kami sarankan kepada golongan muda supaya mempelajari masakan tradisional tidak kiralah warisan turun temurun atau makanan tradisional yang lain, Ia bagi memastikan agar tidak terus lenyap apabila golongan seperti kami ini sudah tiada,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Kalsom, yang turut sama menyertai pertandingan itu berkata, resipi masakan kerutuk itik warisan yang dipertaruhkan mereka berdua pada pertandingan itu adalah hasil warisan turun temurun daripada orang tua terdahulu.

“Ramuan dalam kerutuk itik warisan ini kami gunakan daripada bahan semula jadi termasuk rempah ratusnya yang dihasilkan sendiri.

“Selain hidangan kerutuk itik warisan, ada lagi beberapa hidangan seperti acar mangga 1Malaysia, bubur jagung bersagu dan air timun,” katanya.

Kedua-dua mereka yang berjaya menyandang johan bagi pertandingan masakan berasaskan itik pada program Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI)  itu berjaya membawa pulang hamper dan wang tunai bernilai RM1,000.

NORADILA MAHAMAD
Sumber : SinarHarian
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment