Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Aeril Zafrel Mahu Saman Penyebar Cerita, Enggan Ulas Nikah Wawa Zainal

on Tuesday 8 October 2013


PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel, 25, enggan memberikan sebarang komen berhubung berita mengenai perkahwinannya dengan pelakon Wawa Zainal.

Pembantu peribadinya Aman, berkata, buat masa ini pelakon tersebut sedang sibuk dengan penggambaran drama namun berhasrat akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang menyebarkan berita itu.

"Buat masa sekarang Aeril tidak mahu beri sebarang komen tentang perkara tersebut tetapi dia beritahu saya bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah, apa-apa pun tunggu kenyataan dia nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar kononnya Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal pada 4 Februari lalu secara senyap.

Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Wawa Zainal

Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata.

Sementara itu, melalui laman sosial Twitter milik Aeril, dia akan mendedahkan perkara tersebut jika tiba masanya.

"Alhamdulillah...'mereka' telah keluarkan 'senjata terakhir' seperti yg dijangkakan... terlalu naif 'mereka' yang melontar batu sembunyi tangan ini

"Sampai masanya nanti saya akan dedahkan siapa dan tujuan sebenar 'mereka' itu," tulisnya pada Ahad.

Sumber : Mstar
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment