Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Alyah Rasa Puas Dengan Jual Tudung Turban

on Thursday 10 October 2013


KUALA LUMPUR: Penyanyi Alyah mula jatuh cinta dengan dunia perniagaan baharunya apabila melibatkan diri sebagai penjual tudung jenis ‘turban’ yang diberi nama ‘Gayaalyah’.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 32, berkata, dia berasa puas dengan pendapatan yang diterimanya melalui penjualan tudung rekaan sendirinya itu.

"Sebelum berhijab lagi saya sudah ada jenama turban iaitu Gayaalyah untuk wanita yang gemar bergaya tetapi sekarang selepas berhijab saya kembali semula dengan rekaan-rekaan baru untuk wanita Muslimah.

"Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan dan saya sangat gembira dengan hasil jualan turban yang saya reka sendiri," katanya ketika ditemui mStar Online.

Jelas Alyah, dia sentiasa membuat kajian terhadap trend terbaharu daripada fesyen luar negara untuk disesuaikan dengan fesyen Muslimah di negara ini.

Tambahnya, bukan sahaja tudung, malah terdapat juga pakaian wanita Muslimah dalam koleksi jenama tersebut.

"Gayaalyah bukan hanya turban sebaliknya ada juga pakaian wanita, cuma saya tiada banyak masa untuk itu dan fokus utama ialah pada rekaan turban," jelasnya.

Katanya, koleksi Gaya Alyah boleh didapati di laman web beli-belah dalam talian Eiliya Butik yang juga memuatkan pelbagai koleksi pereka fesyen Muslimah.

Dalam perkembangan lain, Alyah berkata, dia kini sibuk menyiapkan single terbaharunya berjudul Ada Cinta ciptaan Manusia Putih.

"Saya sedang cari lokasi penggambaran untuk video muzik tersebut dan mungkin akan dilancarkan penghujung tahun ini," katanya.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment